{"id":980,"date":"2010-11-18T21:03:51","date_gmt":"2010-11-18T13:03:51","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=980"},"modified":"2024-06-07T14:55:20","modified_gmt":"2024-06-07T06:55:20","slug":"mengapa-bayi-menangis-di-waktu-malam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-bayi-menangis-di-waktu-malam\/","title":{"rendered":"Mengapa Bayi Menangis di Waktu Malam?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya <em>on call<\/em> malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor, ada pesakit sedang didaftarkan<\/em>\u201d suara staff yang mengejutkan saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memandang ke jam di tangan.\u00a0Waktu sudah\u00a0menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor, baby saya ni tak berhenti menangis sejak 1.00 pagi tadi. <\/em><em>Saya tak tahu nak buat apa. Cuba doktor tolong periks<\/em>a\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya perhatikan bayi itu yang berada di pelukan ibunya. Bayi itu seolah-olah tersenyum melihat saya. Agaknya gelihati melihat saya seakan-akan mamai bila dikejutkan di awal pagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Tapi dia diam sekarang ni<\/em>&#8230;\u201d saya cuba mencari penjelasan. Belum ayat saya habis, suara hebat meletup.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Ya Allah ! Doktor ingat saya ni bohong ke?!<\/em>\u201d Bentak suaminya yang barangkali kepenatan dan mengantuk tidak dapat tidur semalaman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Sabar ya, saya pun tak cukup tidur dan penat. Saya hanya bertanya untuk kepastian, bukan tuduh sesiapa bohong. Saya lihat anak awak ni senyap saja. Itu yang saya agak pelik<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Kami pun pelik. Dah tiga jam dia meraung di rumah. Bila sampai sini, dia terus diam<\/em>\u201d terang isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya senyum melihat gelagat ibubapa muda itu. Mereka dan saya sama-sama penat, mengantuk dan berasa pelik. Ya, saya amat pelik, apabila bayi yang dikatakan menjerit melolong di rumah tiba-tiba diam bilik sampai ke pusat kesihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin <em>aircond<\/em> yang menyamankan, mungkin dia seronok melihat saya yang berwajah lucu bila bangun tidur atau mungkin bayi itu telah penat menjerit sepanjang malam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bukan pertama kali saya menerima bayi yang menangis di tengah malam, bila sampai ke pusat kesihatan, bayi itu senyap dan selesa dipelukan ibunya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka di\u2019usik\u2019 oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah \u2019dicetak\u2019 dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak alasan mengapa mereka menangis. Pakar <em>psychology<\/em> kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibubapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">mereka lapar<\/span><\/strong>. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ibubapa yang tidak menyangka bahawa bayi mereka mempunyai perasaan. Bayi bukannya seperi pokok bunga yang hidup tanpa perasaan. Mereka adalah makhluk yang hidup dan berperasaan. Pembentukan emosi mereka di peringkat baru dan sedang dibentuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka sebenarnya <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">mahu dimanja<\/span>i<\/strong>. Ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu. Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka akan rasa lebih disayangi dan selamat. Jadi sebelum bayi kita menjerit di tengah malam, pastikan kita memberikan sedikit masa untuk mendakap mereka dan mendodoikan mereka. Apabila bayi sudah menjerit, tidak banyak yang boleh dilakukan lagi untuk meredakan tangisannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">masih bertenaga<\/span><\/strong>. Mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk membaiki keadaan ini, beritahu pengasuh bayi kita supaya tidak membiarkan mereka terus tidur sepanjang waktu siang. Kalau ada kesempatan, bermain dan bercakap-cakap dengan bayi akan membuatkan mereka letih di sebelah petang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Gelapkan atau suramkan lampu di bilik mereka. Ini akan membuatkan otak mereka\u00a0 tidak berfikir secara aktif. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi mereka tidur dalam cahaya yang suram.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang boleh menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi selalunya akan menangis jika mereka bermasalah\u00a0 dan perlukan perhatian. Lampu yang terang menyebabkan mereka aktif bermain sendirian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang tidak percaya jika saya memberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">mereka kepenatan<\/span><\/strong>. Lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus. Ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung \u2019<em>babydoll<\/em>\u2019 yang tidak boleh berasa penat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayangkan kalau sepanjang hari ibubapa bermusafir dari Alor Star ke Johor Bahru dengan berkereta. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh. Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bilik tidur yang gelap sememang membantu untuk otak bayi \u201d<em>turn off<\/em>\u201d. Walaupun kepenatan, bayi tidak mampu untuk lena jika keadaan bilik mereka terang benderang. Otak mereka akan sentiasa \u201c<em>standby<\/em>\u201d, dan akan \u201d<em>turn on<\/em>\u201d bila-bila masa jika ada ransangan seperti bunyi angin atau bunyi air yang menitik. Perkara yang sama berlaku pada orang dewasa yang tidak dapat lena.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya ramai ibubapa yang keliru dengan jeritan bayi. Apabila mereka dikejutkan dari tidur oleh suara teriakan bayi, mereka terus ke dapur dan membuatkan susu untuk bayi mereka. Tanpa menyedari apa yang berlaku, mereka menyumbatkan mulut anak mereka dengan puting botol susu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi. <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">Suhu bilik <\/span><\/strong>di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu\u00a0 bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perhatikan juga <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">lampin bayi<\/span><\/strong> yang mungkin basah dan kotor. Jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa. Mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ahli psikologi kanak-kanak juga mengandaikan bayi juga mempunyai <em>mood <\/em>perasaan. Adakalanya bayi menjadi cerewet dan mudah meradang. Malah mereka mungkin berasa ceria dan mempunyai <strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">mood<\/span><\/em><\/strong><strong><span style=\"text-decoration: underline;\"> yang baik<\/span><\/strong><strong>. <\/strong>Ini semua boleh dirangsangkan apabila ibubapa berkomunikasi dengan bayi dengan baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bercakap, bercerita, berlawak dengan bayi akan meningkatkan <em>mood<\/em> mereka. Jika mereka dibiarkan tanpa komunikasi dan interaksi, <em>mood <\/em>bayi tidak diceriakan dan bayi akan mudah marah dan menangis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun,<strong> <em>mood <\/em>ibubapa <\/strong>juga mempengaruhi <em>mood <\/em>bayi mereka<strong>. <\/strong>Ahli <em>psychology <\/em>kanak-kanak berpendapat bahawa ibu\u00a0 yang marah, kecewa, sugul, penat dan\u00a0 murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun punca-punca bayi menangis tadi haruslah dibezakan dengan dua punca yang lain, iaitu <strong><em>colic <\/em><\/strong>dan demam. Punca-punca ini lebih serius dan memerlukan perhatian, dan harus dibawa berjumpa doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.medic8.com\/healthguide\/articles\/infantcolic.html\">Colic<\/a> adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang menangis di tahap melampau. Ia selalunya bermula dari umur dua minggu hingga 4\u00a0 bulan. Namun ada bayi yang masih lagi menangis walaupun berumur lebih empat bulan.Mereka menangis\u00a0 sepanjang petang dan kadang kala berlarutan ke malam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Colic<\/em> disebabkan oleh pengecutan otot usus menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas menyusu bayi. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ianya disebabkan susu yang tidak dapat dihadamkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susu yang tidak dihadamkan menghasilkan lebih banyak gas. Setengah bayi mempunyai alahan pada susu lembu dan kambing. Perut mereka menjadi kembung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Gas yang berada dalam usus tidak dapat menyerap dalam badan, ia harus dikeluarkan. Otot usus mengecut semaksima mungkin agar gas ini dapat dikeluarkan samada sebagai muntah atau kentut\/ceret beret.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak ubat yang boleh didapati di farmasi yang membantu mengurangkan <em>colic<\/em> pada bayi. Antaranya ialah <em>gripe water<\/em> dan <em>colimix<\/em>. Namun haruslah bertanyakan kepada farmasi yang bertauliah atau doktor tentang masalah bayi anda sebelum memberikan apa-apa ubat kepadanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengurut dan mengusap bayi dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi. Caranya ialah dengan melakukan pergerakan yang berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kaki mereka berada di udara dan \u2018mengayuh\u2019 dalam keadaan telentang. Pergerakan pasif yang dilakukan oleh ibubapa mereka sangat membantu bayi merasakan kelegaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutama kaki dan bahunya. Urutan yang lembut sebegini tidak menggunakan minyak panas, hanya sekadar minyak \u2019<em>baby oil\u2019 <\/em>yang melicinkan pergerakan tangan ketika mengurut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat mencadangkan ibubapa membeli termometer yang ringkas agar dapat mengukur suhu badan bayi. Ianya akan membantu ibubapa mengetahui samada bayi mereka sedang demam atau tidak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayi yang demam adalah antara masalah yang serius dan harus dibawa berjumpa doctor. Demam yang tinggi dan berlarutan boleh memberikan kesan buruk pada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi perhatikan keadaan bayi sebelum kita membawanya ke pusat kesihatan. Adakalanya bayi akan diam dengan sendirinya tanpa perlu memakan apa-apa ubat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya on call malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk. \u201dDoktor, ada pesakit sedang didaftarkan\u201d suara staff yang mengejutkan saya. Saya memandang ke jam di tangan.\u00a0Waktu sudah\u00a0menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka. \u201dDoktor, baby saya ni tak &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[192],"class_list":["post-980","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-bayi-menangis-malam"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-fO","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":13144,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahayakah-demam-anak-saya\/","url_meta":{"origin":980,"position":0},"title":"BAHAYAKAH DEMAM ANAK SAYA?","author":"admin","date":"10\/03\/2021","format":false,"excerpt":"Jika tidak kerana niat illahi ta\u2019ala, tentu saya di antara doktor yang paling kecewa bila berhadapan dengan ibu bapa yang \u2018gemar\u2019 membawa anak mereka ke klinik. Setiap kali ke klinik, pasti mahukan ubat-ubat yang ada kalanya tidak perlu. Jika tidak diberi, akan berbantah pula dengan doktor. Ini bukanlah satu tindakan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":2234,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apakah-masa-depan-bayi-yang-tidak-menangis-ketika-dilahirkan\/","url_meta":{"origin":980,"position":1},"title":"Apakah Masa Depan Bayi Yang Tidak Menangis Ketika Dilahirkan?","author":"drzubaidi","date":"04\/11\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya telah menjalani latihan housemanship di Jabatan Obstetric selama enam bulan di hospital awam di selatan tanah air. Saya diwajibkan berada di \u2019pusat bersalin\u2019 selama enam bulan. Sepanjang latihan di sana saya mencatatkan bilangan kelahiran yang disambut ialah sebanyak kira-kira 450 orang bayi. Namun apa yang saya amat bimbang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5403,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-mandikan-bayi-saya-pada-waktu-malam\/","url_meta":{"origin":980,"position":2},"title":"Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?","author":"drzubaidi","date":"14\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5934,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-melatih-bayi-tidur-sepanjang-malam\/","url_meta":{"origin":980,"position":3},"title":"Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam","author":"drzubaidi","date":"24\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3898,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-kecil-demam-berpanjangan\/","url_meta":{"origin":980,"position":4},"title":"Anak Kecil Demam Berpanjangan","author":"admin","date":"08\/03\/2013","format":false,"excerpt":"As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5445,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/memberi-susu-botol-pada-bayi-sebelum-tidur\/","url_meta":{"origin":980,"position":5},"title":"Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur","author":"drzubaidi","date":"18\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya \u00a0yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan\u201d Wa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/980","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=980"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/980\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18845,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/980\/revisions\/18845"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=980"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=980"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=980"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}