{"id":968,"date":"2010-11-13T15:23:42","date_gmt":"2010-11-13T07:23:42","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=968"},"modified":"2024-11-01T11:52:13","modified_gmt":"2024-11-01T03:52:13","slug":"lelaki-dan-kesuburan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lelaki-dan-kesuburan\/","title":{"rendered":"Lelaki dan Kesuburan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerana\u00a0ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan \u2019kejantanan\u2019 mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan \u2019mandul\u2019, sesolah-olah dekat dengan perkataan \u2019pondan\u2019. Ia sangat pahit untuk ditelan bersama keegoan lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka lebih mudah menuduh isterinya yang mengalami masalah ketidaksuburan. Masyarakat pula lebih mudah menerima jika wanita yang menjadi puncanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika lelaki penyebabnya, istilah \u2019lelaki mandul\u2019 sendiri seolah-olah telah merabakkan institusi kelelakian. Lelaki lain tentu tidak dapat menerima kehadiran lelaki sebegini di dalam pergaulan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau akan dipinggirkan dan dipandang hina. Malah diperli dan ditertawakan. Apatah lagi jika dia menjawat jawatan yang tinggi dalam masyarakat, nescaya ianya sesuatu yang terlalu pahit untuk ditelan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu lebih baik menyuruh si isteri sahaja yang menjalani rawatan dan pemeriksaan, atau menjadikan alasan \u201dtakdir\u201d sebagai <em>escapism<\/em> yang terbaik.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Takdir atau bebal?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini saya diminta memberikan penerangan kepada sepasang suami isteri yang belum dikurniakan zuriat. Mereka telah berkahwin selama lima tahun. Saya menerangkan bahawa kemandulan itu bukan disebabkan boleh pihak wanita sahaja, tetapi mungkin juga di pihak lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suaminya yang menjadi guru pengajar seni mempertahankan diri mula memandang saya dengan pandangan tajam. Dia melentikkan misai dan mengurut-urut janggutnya, seolah-olah tidak dapat menerima penerangan saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dAku ni guru persilatan Melayu, misai melentik dan janggut panjang masakan mempunyai sifat \u2019pondan\u2019 tidak mampu mendapatkan zuriat. Doktor jangan menuduh saya mandul !\u201d<\/em> itulah agaknya bisik hatinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya hanya menjeling-jeling tangannya yang mula dikepul-kepulkan. Bimbang tak semena-mena \u2018buku lima\u2019 hinggap di muka saya. Hadiah dari sebuah \u2019keegoaan\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menerangkan lagi bahawa ketidaksuburan boleh berpunca dari lelaki, atau wanita sahaja atau kedua-duanya sekali. Jadi suami dan isteri perlulah datang untuk pemeriksaan bagi memudahkan rawatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoktor tahu tak, kami sebenarnya telah ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat !<\/em>\u201d tiba-tiba suara garau bernada tinggi dari si suami mencelah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Tak guna semua ini, kalau itu sudah nasib kami!\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terkebil-kebil mendengarkan hujah penolakan dari si suami. Ini <em>escapism<\/em> atau bebal?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya masih mengingati kata-kata <em>As Syeikh Walid bin Rasyid al Su\u2019aidan<\/em>, dalam kitab \u201d<em>Isu-isu Perubatan Fiqh semasa<\/em>\u201d memberitahu berubat dengan berjumpa doktor ketika sakit sebagai mengambil sebab untuk sembuh, adalah termasuk dalam tawakal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun dalam mendapat kesempurnaan tawakal hendaklah berkeyakinan bahawa Allah yang menyembuhkan penyakit. Doktor dan ubatnya tidak lebih dari sebab-sebab yang dimudahkan Allah kepada makhluknya. Mereka adalah jalan sunatullah yang berada di bawah kekuasaan Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita akan menjadi syirik apabila meyakini bahawa ubat dan doktor sajalah yang menjadi punca segala kesembuhan, tanpa menyandarkannya kepada Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu mendapatkan rawatan adalah suatu perbuatan yang tidak bertentangan dengan qadar. Allah SWT menentukan qadar segala sesuatu (dalam kes ini, masalah ketidaksuburan) dan dalam masa yang sama memerintahkan kita mengambil sebab-sebabnya untuk menyelesaikannya (dengan mencari rawatan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap sesuatu masalah, musibah dan ujian Allah, telah dimudahkan untuk menyelesaikannya. Jika kita dalam qadar lapar, diselesaikan dengan qadar makan. Qadar sakit pula diselesaikan dengan mencari rawatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umar r.a pada ketika berlakunya wabak taun dalam sebuah pekan mencari penyelesaiannya dengan tidak melalui pekan itu dan berkata \u201d<em>Kita lari dari qadar Allah kepada qadar Allah\u201d. <\/em>Beliau tidak berserah saja kepada \u2019nasib\u2019 dengan singgah ke pekan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka kata-kata <em>\u201cKalau sudah ditakdirkan hendak kena penyakit, maka kita akan kena juga\u201d<\/em> <strong>adalah salah<\/strong> kecuali kita telah berusaha untuk mengelakkan penyakit itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka mencari rawatan bagi ketidaksuburan bukanlah sesuatu yang melanggar hukum. Malah digalakkan bagi kita menyelesaikan masalah ini dengan membuat pemeriksan dan mendapatkan rawatan supaya tidak timbul nanti tuduh-menuduh antara kedua pihak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika dahulu kemudahan perubatan amat terhad, banyak kes ketidaksuburan yang tidak dapat dirawati. Namun kini kita mempunyai teknologi moden yang canggih. Dengan izin Allah, masalah ini akan dirawati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai juga pesakit yang kurang yakin berubat dengan rawatan moden. Mereka bimbang ianya akan menyalahi kaedah fiqh perubatan Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut \u201c<em>Kitaab Majmoo\u2019 Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi\u2019ah li Samaahat\u201d, (<\/em>vol. 8, muka surat 423), \u00a0<strong>al-Shaykh al-\u2018Allaamah \u2018Abd al-\u2018Azeez ibn Baaz <\/strong>memberitahu ketika menjawab soalan yang sama, <em>\u201cSepanjang pengetahuan saya, tidak salah untuk seseorang berdoa<\/em> &#8216;<em>Ya <\/em><em>Rabbi (wahai Tuhanku)! <\/em><em>Berikan daku daripada sisi-Mu (Allah) keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau (Allah) adalah al-Sami\u2019 (Maha Mendengar) akan doa&#8217;<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga menasihatkan agar pesakit pergi berjumpa dengan doktor pakar kerana mungkin kemandulannya bukanlah sesuatu yang semulajadi tetapi disebabkan oleh masalah (penyakit) yang boleh diubati. (rujukan <a href=\"http:\/\/islamqa.com\/en\/ref\/10097\/infertile\">http:\/\/islamqa.com\/en\/ref\/10097\/infertile<\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Shaykh \u2018Abd-Allaah ibn Jibreen <\/strong>pula menjelaskan bahawa Islam membenarkan bagi lelaki atau wanita untuk mendapatkan rawatan dengan syarat ubat yang digunakan dibenarkan oleh syarak dan ia memberikan kesan baik terhadap penyakit yang dideritainya (mandul). (rujukan\u00a0 <a href=\"http:\/\/islamqa.com\/en\/ref\/13345\/infertile\">http:\/\/islamqa.com\/en\/ref\/13345\/infertile<\/a>)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Kemandulan lelaki mudah dikesan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi mendapatkan rawatan moden bukanlah menjadi isunya lagi. Tetapi keegoan lelaki yang menjadi penghalang bagi si lelaki itu memberi sokongan kepada isteri (jika isterinya yang bermasalah) atau lelaki itu sendiri yang tampil mendapatkan rawatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai lelaki yang cuba mengelak dari berbincang isu ini. Ianya seolah-olah ianya mahu ditanam di dalam sejarah hidupnya dan tidak mahu dibuka sampai bila-bila.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Paling malang si isteri dipaksa menjalani rawatan dan pemeriksaan yang kompleks. Si isteri terpaksa menjalani pemeriksaan darah, pemeriksaan <em>ultrasound <\/em>dan pembedahan <em>lap and dye <\/em>bagi menentukan ketidaksuburan mereka. Kos rawatan juga mahal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbanding dengan lelaki yang hanya perlu memeriksa air mani (<em>semen<\/em>)nya. Kosnya murah dan keputusannya tidak sampai sehari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa gunanya jika si isteri menjalani pemeriksaan dan rawatan yang kompleks dan mahal, jika si suami mempunyai benih lelaki (<em>sperma<\/em>) yang kurang. Maka saya mencadangkan bagi pemeriksaan dan rawatan kesuburan, sebaiknya <strong>pihak lelaki dahulu<\/strong> yang menjalani pemeriksaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah kesuburan yang biasa berlaku pada lelaki ialah kekurangan sperma yang baik (<em>oligosperma<\/em>), atau langsung tiada sperma (<em>azoosperma<\/em>). Ianya amat merunsingkan kerana jika wanita yang menghadapi masalah ketidaksuburan yang teruk, seorang lelaki Islam dibenarkan untuk berkahwin lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika lelaki yang mengalami kesuburan yang teruk seperti azoosperma, bagaimana pula? Tidak guna dia berkahwin lagi jika dia tidak mampu memberikan sperma untuk disenyawakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertanyaan yang harus dijawab ialah adakah pesakit azoosperma tidak berpeluang mempunyai zuriatnya sendiri? Adakah ini takdir atau suatu qadar yang harus diubah dengan usaha dan doa?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan azoosperma. Bagi seorang lelaki yang bermisai lentik dan berjanggut panjang seperti pengajar seni persilatan tadi, saya percaya sperma telah dihasilkan namun ianya tidak dapat disalurkan keluar ketika pancutan. Ini disebabkan oleh sumbatan pada saluran sperma (<em>vas deferens<\/em>) atau <em>epididymis<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara punca sumbatan ialah jangkitan kuman yang menyebabkan parut pada saluran itu. Parut ini yang menyebabkan saluran menjadi sempit dan adanya menghalang penghantaran sperma dari kantung air mani (<em>testis)<\/em> ke luar ketika pancutan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Faktor kecederaan ketika bersukan juga menyebabkan saluran vas deferens boleh tersumbat. Ketika seorang pesilat sedang bertarung, mungkin dia mengalami kecederaan di kemaluan akibat disepak oleh lawan. Pendarahan di testis akhirnya menyebabkan parut dan seterusnya menyebabkan kesumbatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan teknologi terkini, sperma diambil terus dari testis. Saya tidak mahu menceritakan secara <em>detail<\/em> bagaimana cara sperma diambil tetapi saya suka memberikan harapan kepada lelaki seperti ini, bahawa mereka mampu mendapatkan zuriat sendiri dengan izin Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kaedah pengambilan sperma ini adalah mudah jika ketidaksuburan lelaki disebabkan saluran <em>vas deferen<\/em> yang tersumbat (<em>obstructive azoosperma<\/em>) kerana testis yang berfungsi sebagai kilang yang menghasilkan sperma adalah normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi ketidaksuburan lelaki yang disebabkan oleh kegagalan testis (testicular failure) menghasilkan sperma, ianya agak sukar. Ini kerana sperma yang berada di kilang biasanya amat sedikit. Ianya sukar dicari dan diambil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbanding dengan <em>obstructive azoosperma<\/em>, selalunya terdapat banyak sperma\u00a0 di testis. Ianya mudah diambil untuk disenyawakan. Pengambilan ini dilakukan dengan cara <em>microbiopsies <\/em>yang dinamakan TESE (<em>testicular sperm extraction).<\/em> Ianya dinamakan demikian kerana sperma diambil terus dari kilang testis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sperma yang diambil akan terus disenyawakan menggunakan teknik ICSI. Dengan teknik ini satu sperma disuntukkan ke dalam telur wanita ovum untuk menghasilkan persenyawaan. Kebaikan teknik ini ialah ia dapat memastikan sperma itu dapat disenyawakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah itu benih yang telah disenyawakan akan disimpan seketika dalam makmal untuk memastikan ianya berkembang dengan baik. Teknik ini dinamakan <em>In vitro fertilization (IVF<\/em>). Benih yang berkembang dengan baik kemudiannya akan dipindahkan ke dalam rahem ibu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Gabungan antara TESE, ICSI dan IVF boleh membantu kehamilan, bagi lelaki yang sebelum ini dianggap \u2019mandul\u2019. Sesuatu yang dulu dianggap mustahil, dengan bantuan sains dan teknologi yang menepati sunatullah, qadar (tidak mempunyai zuriat) dapat diubah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebih baik lagi jika usaha ini disertakan dengan doa dan amalan baik seperti bersedekah dan memperbaiki amalan. Semoga selepas ini lebih ramai lelaki yang mengalami masalah kesuburan tampil untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.<\/p>\n<p>Wallahu a&#8217;lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131110)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerana\u00a0ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan \u2019kejantanan\u2019 mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan \u2019mandul\u2019, sesolah-olah dekat dengan perkataan \u2019pondan\u2019. Ia sangat pahit untuk &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,8],"tags":[190,189,188,191],"class_list":["post-968","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-fiqh","tag-icsi","tag-ivf","tag-lelaki-tidak-subur","tag-tese"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-fC","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4232,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-lelaki-yang-mempunyai-sperma-yang-cacat-mempunyai-anak\/","url_meta":{"origin":968,"position":0},"title":"Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?","author":"drzubaidi","date":"08\/07\/2013","format":false,"excerpt":"Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah \u2018sukar mendapat anak\u2019 dan sering\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"Teratozoospermia","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/Teratozoospermia-300x298.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3817,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merokok-jejas-kualiti-sperma\/","url_meta":{"origin":968,"position":1},"title":"Merokok Jejas Kualiti Sperma","author":"drzubaidi","date":"03\/02\/2013","format":false,"excerpt":"SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta\/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6304,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/benarkah-masalah-kesuburan-berpunca-dari-wanita\/","url_meta":{"origin":968,"position":2},"title":"Benarkah Masalah Kesuburan Berpunca dari Wanita?","author":"drzubaidi","date":"18\/08\/2014","format":false,"excerpt":"BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA? \u00a0 \u201cSalam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki\/","url_meta":{"origin":968,"position":3},"title":"CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor \u201d Rakan FB di kalangan kaum Adam telah\u00a0bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/16-300x177.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4241,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perokok-boleh-menyebabkan-anak-lelakinya-mandul\/","url_meta":{"origin":968,"position":4},"title":"Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?\u201d seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting \u00a0di facebook. \u201cMasalah yang bagaimana ..?\u201d \u201cSaya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi \u00a0mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca \u00a0dari saya..\u201d \u201cSaya terkejut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":4222,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/panduan-untuk-hamil-selepas-usia-selepas-35-tahun\/","url_meta":{"origin":968,"position":5},"title":"Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun","author":"drzubaidi","date":"07\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha.\u00a0Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka. \u00a0\u00a0Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa. \u00a0 Ramai\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"infant","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/infant.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/968","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=968"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/968\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20324,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/968\/revisions\/20324"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}