{"id":845,"date":"2010-11-02T21:38:04","date_gmt":"2010-11-02T13:38:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=845"},"modified":"2024-08-09T12:58:21","modified_gmt":"2024-08-09T04:58:21","slug":"rasa-pitam-di-kalangan-wanita-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-pitam-di-kalangan-wanita-muda\/","title":{"rendered":"Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita\u00a0pertengahan 20an, mengadu\u00a0sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan <em>Negaraku<\/em>, tiba-tiba\u00a0beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak \u201c<em>Tolong doktor,\u00a0\u00a0kawan saya pengsan!\u201d.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi saya pitam adalah keadaan yang tidak merbahaya sementara pengsan adalah suatu <em>medical emergency.<\/em> Ia perlu diberikan perhatian dan boleh menyebabkan kematian.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apa yang menyebabkan pitam?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pitam adalah suatu fenomena biasa di kalangan remaja dan wanita muda. Dalam kebanyakan kes, ia bukanlah sesuatu yang serius. Tiada rawatan spesifik diperlukan. Ia dikenali sebagai <em>syncope <\/em>di kalangan masyarakat perubatan<em>.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Syncope <\/strong>adalah istilah perubatan untuk pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap tetapi boleh menjadi pengsan (tidak sedarkan diri, \u00a0<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Consciousness\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>loss of <\/em><em>consciousness<\/em><\/a><em>)<\/em> disebabkan oleh peredaran darah dan bekalan oksigen yang tidak cukup di otak. Ia didahului dengan tanda-tanda seperti pening, kulit menjadi sejuk, pandangan berkabur atau terasa lemah seluruh badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum seseorang itu pitam, berlaku perubahan dalam keseimbangan saraf dan peredaran darah, menyebabkan jumlah darah yang mengalir ke otak berkurangan. Selepas itu beliau kehilangan perimbangan badan dan jatuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila berbaring, <span style=\"text-decoration: underline;\">aras kepala perlu berada sama dengan aras jantung<\/span>. Darah akan kembali ke otak dan pesakit itu akan sedar selepas beberapa minit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka jika seseorang pitam atau pengsan, jangan cuba dudukkan pesakit. Jangan alaskan kepala pesakit dengan bantal. Ini menyebabkan aras kepala lebih tinggi dari jantung. Pengaliran darah ke otak akan perlahan, dan pesakit tidak pulih dari pitam atau pengsannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pernah terjadi ketika saya sedang\u00a0mengambil darah seorang pesakit wanita untuk beberapa ujian, tiba-tiba suaminya yang berdiri di sebelahnya jatuh.Saya tidak segera mendudukkan si suami itu. Saya hanya memperbetulkan baringannya dan memastikan dia tidak tercedera semasa jatuh. Tidak sampai seminit beliau mula sedar kembali.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apa yang menyebabkan pitam?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di antara sebab-sebab\u00a0 seseorang itu menjadi pitam ialah :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. <strong>Keadaan sekeliling<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan sekeliling amat mempengaruhi sistem pengaliran darah dan sistem saraf bagi seorang remaja wanita. Ramai remaja wanita pitam namun, ia bukan masalah kesihatan yang serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan yang mendesak seperti berada di tempat yang terlalu padat, melakukan senaman fizikal yang berat, terlalu lapar, terlalu haus, atau berdiri lama di tengah panas terik boleh menyebabkan\u00a0 mereka pitam dan pengsan. Begitu juga jika mereka bangun dari keadaan duduk atau baring terlalu cepat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan sebegini disebabkan di dalam tubuh kita terdapat <em><span style=\"text-decoration: underline;\">sistem vasovagal<\/span><\/em> yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah. Apabila ia terganggu, ia menyebabkan keadaan pitam atau syncope.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Vasovagal syncope<\/em> disebabkan oleh tekanan emosi, terlalu takut, dimalukan di khalayak, atau merasa tidak selesa di perhimpunan ramai. Emosi yang bercelaru ini menyebabkan sistem saraf akan menghalang darah ke otak, lalu menyebabkan pitam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Hypoxic syncope<\/em> berlaku akibat kekurangan oksigen (<em><a title=\"Hypoxia (medical)\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Hypoxia_(medical)\">hypoxia<\/a><\/em>)\u00a0iaitu apabila udara mengandungi kurang dari 16% oksigen. (Kurang dari \u00a011% boleh menyebabkan rasa susah bernafas (<em><a title=\"Suffocation\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Suffocation\">suffocation<\/a><\/em>) dan kematian).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sama ada otak kita kekurangan oksigen atau pengaliran darah ke otak tidak mencukupi, tubuh akan menerima \u2018<em>signal\u2019 <\/em>agar sesuatu harus dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tubuh akan bertindakbalas dengan mengecutkan saluran darah ke bahagian tubuh yang kurang penting, supaya darah dapat dihantar ke bahagian otak bagi membekalkan oksigen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penghantaran darah dipercepatkan untuk mempercepatkan degupan jantung (<em><a title=\"Tachycardia\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Tachycardia\">tachycardia<\/a>)<\/em>. Kadar pernafasan juga dipercepatkan bagi meningkatkan tahap kandungan oksigen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Proses ini akan menyebabkan kulit pesakit berwarna pucat, bernafas dengan laju, loya dan muntah,\u00a0dan\u00a0lemah anggota terutamanya kaki. Jika tidak terkawal ia akan menyebabkan pitam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>2.Hyperventilation<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Individu\u00a0yang berada dalam keadaan <em>hyperventilation<\/em> biasanya akan menarik nafas pendek tetapi dengan kadar laju. Tujuannnya adalah untuk menampung kepekatan oksigen yang kurang. Ia juga menyebabkan kepekatan <em>carbon dioxide (CO2)<\/em> di dalam darah menurun secara mendadak dan mengakibatkan\u00a0pitam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan ini berlaku di kalangan orang yang terperanjat, terlalu stress atau mengalami masalah keresahan (<em>anxiety disorders<\/em>). Saya pernah menerima seorang eksekutif wanita yang pitam kerana dimarahi oleh pegawai atasannya. Beliau tidak dapat menahan rasa terperanjat, malu dan marah di khalayak lalu pitam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>3.Kekurangan gula dalam darah<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Otak memerlukan bekalan gula yang berterusan untuk berfungsi 24 jam tanpa berhenti. Kekurangan gula berlaku pada mangsa bencana alam yang tidak mendapat bekalan makanan untuk beberapa hari. Mereka yang terlalu menjaga pemakanan dengan ketat juga mengalami masalah serupa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang pesakit mengadu selalu sakit kepala dan badannya lemah. Dia pernah beberapa kali pitam di pejabat. Bila saya periksa, saya dapati kandungan gulanya terlalu rendah. Alasannya untuk menjaga berat badan kerana majlis perkahwinannya akan berlangsung\u00a0tidak lama lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kandungan gula sebanyak 3.5mmol\/ml menyebabkan pesakit mula berasa pitam manakala bacaan GM 2.0mmol\/ml pasti menyebabkan seseorang itu pitam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>3.Anemia<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anemia berlaku apabila\u00a0pesakit mempunyai kurang bilangan sel darah merah. Sel-sel ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan otak. Biasanya anemia berlaku pada gadis yang mengalami pendarahan haids yang banyak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>4.Kehamilan<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita muda yang hamil, tubuh mereka mengalami beberapa perubahan dalam sistem peredaran darah. Darah mereka di\u2019kongsi\u2019 dengan bayi yang di dalam rahemnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rahem yang membesar menekan saluran darah besar <em>aorta <\/em>dan<em> inferior vena cava <\/em>yang menyalurkan darah semula ke jantung dan ke otak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang gadis berusia 18 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana pengsan di dapur rumah. Beliau juga kelihatan selalu penat. Ujian air kencing untuk kehamilannya positif. Ibunya pula yang pitam akibat terkejut menerima berita itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>5.Masalah Jantung. <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah jantung di kalangan remaja jarang diketahui sehingga mereka melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Antara masalah jantung ialah degupan jantung yang tidak seragam (<em>irregular rhythm<\/em>) dan kebocoran kecil pada dinding tengah jantung (<em>Septal Defect<\/em>). Jika remaja atau wanita muda pitam setelah melakukan aktiviti senaman yang berat, mereka perlu dihantar untuk pemeriksaan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Bagaimana mengurangkan kemungkinan untuk pitam?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesetengah remaja merasa pening kepala sebelum terjadinya pitam. Pening kepala harus dibezakan dari sakit kepala. Pening kepala bermakna pesakit merasakan seluruh benda yang berada di sekitarnya berpusing laju mengelilinginya. Sementara sakit kepala biasanya merasakan kesakitan di dalam kepala. Selain itu pesakit berasa pandangan berkabur atau terus gelap. Ada yang berasa loya dan muntah. Jantung pula\u00a0berdegup laju dan sukar untuk\u00a0bernafas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ada tanda-tanda begitu, pesakit ini perlu\u00a0segera berbaring. Ini akan menyebabkan darah yang beredar ke otak menjadi normal. Kemudian barulah perlahan-lahan cuba posisi duduk. Apabila tidak ada masalah, baru;ah dibolehkan berdiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Minumlah air secukupnya untuk mengurangkan dehidrasi terutama apabila kehilangan air yang banyak melalui peluh akibat bersenam, melakukan aktiviti fizikal atau ketika di cuaca panas. Elakkan suasana yang terlalu panas, padat dan merimaskan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terpaksa duduk atau berdiri terlalu lama, sesekali buatlah <em>exercise stretching<\/em> regangan dengan cara meluruskan kaki atau menyilangkan kaki. Ini membantu peredaran darah yang sempurna ke otak dan jantung.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apa yang perlu dibuat?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"848\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-pitam-di-kalangan-wanita-muda\/med02_1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?fit=400%2C306&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"400,306\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"med02_1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?fit=400%2C306&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-848\" title=\"med02_1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?resize=300%2C229&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"229\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?resize=300%2C229&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1.jpg?w=400&amp;ssl=1 400w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pitam berlaku buat pertama kali dan puncanya jelas (eg berada di kawasan yang sesak, panas atau kekurangan gula dalam badan), selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun jika berlaku berulangkali, pesakit seharusnya berjumpa doktor dan menjalani beberapa pemeriksaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas kejadian itu, beritahu doktor sama ada pesakit mengalami apa-apa kecederaan. Mungkin kepalanya terhantuk di meja semasa pitam atau tangannya luka akibat serpihan kaca. Pitam yang terjadi bersama dengan sakit dada, susah bernafas dan jantung berdegup kencang, memerlukan pemeriksaan yang lebih rapi.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apa yang akan dilakukan oleh doktor?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pitam selalunya tidak berkaitan dengan masalah kesihatan yang serius di kalangan remaja atau wanita muda. Doktor yang memeriksa biasanya hanya melakukan beberapa pemeriksaan ringkas di samping bertanyakan beberapa soalan saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada baiknya doktor menguji tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan melakukan ujian <em>full blood picture<strong>.<\/strong><\/em> Untuk ini, sedikit darah akan\u00a0diambil dan dihantar ke makmal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan <em>full blood count<\/em> akan memeriksa tahap <em><a title=\"Hemoglobin\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Hemoglobin\">hemoglobin<\/a>\u00a0 <\/em>dan mengira jumlah sel darah merah seseorang. 5% pesakit yang pitam disebabkan oleh kekurangan sel darah merah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa ujian lain boleh dilakukan bergantung kepada <em>diffential diagnosis<\/em> yang doktor fikirkan, antaranya <em>ECG<\/em>. ECG boleh membantu doktor untuk mendiagnosa masalah jantung seperti <em>atrial fibrillation, heart block<\/em>, atau serangan sakit jantung sama ada baru atau lama. Seramai 20%-30% pesakit yang pitam mengalami ECG yang tidak normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rawatan bagi pitam bergantung punca pitam, iaitu penyakit yang menyebabkan pitam. Tiada ubat atau rawatan khusus.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Membantu rakan yang pitam<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayangkan kita sedang bekerja dan mendapati seorang rakan kita tiba-tiba jatuh dan pengsan. Apa yang perlu kita lakukan?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pastikan dia berada dalam keadaan berbaring lurus di atas lantai. Jika dia tercedera, jangan alihkan. Kecederaan tulang belakang (<em>spinal injury) <\/em>akan lebih mudharat jika digerakkan tanpa cara yang betul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Longgarkan pakaian, tali pinggang, kolar atau tali leher. Ini membantu peredaran darah dan memudahkan dia bernafas. Alaskan kaki dan peha menggunakan selimut agar ia lebih tinggi dari aras jantung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit biasanya akan sedar selepas beberapa minit. Jika masih berasa lemah untuk bangun, benarkan dia berbaring untuk beberapa minit lagi agar dia benar-benar pulih dari pitamnya. Jika pesakit itu terus pengsan dan tidak sedarkan diri langsung, bawalah dia ke hospital dengan seberapa segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog<\/a> <\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita\u00a0pertengahan 20an, mengadu\u00a0sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba\u00a0beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[7],"tags":[911,2217,2219,2230,2225,2209,2191,2214,532,2205,23,2188,147,2201,1937,2231,2213,2203,2183,2220,2221,1388,2212,2228,2222,215,2218,2204,277,2200,2196,1663,2211,2194,2210,2193,2229,2226,2190,2195,2198,2189,2197,2075,2186,2224,2202,2207,2185,2187,2208,69,643,2223,810,178,177,2206,2227,2216,2215,2192,2199,2184],"class_list":["post-845","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-wanita","tag-anemia","tag-anxiety-disorders","tag-aorta","tag-atrial-fibrillation","tag-berbaring","tag-bernafas-dengan-laju","tag-berpinar-pinar","tag-carbon-dioxide","tag-cpr","tag-degupan-jantung","tag-dehidrasi","tag-duduk","tag-ecg","tag-emosi","tag-fb","tag-heart-block","tag-hyperventilation","tag-hypoxic-syncope","tag-inbox","tag-inferior-vena-cava","tag-irregular-rhythm","tag-jantung","tag-kaki","tag-kandungan-gula-dalam-darah","tag-kebocoran-jantung","tag-kehamilan","tag-kekurangan-gula-dalam-darah","tag-kekurangan-oksigen","tag-keresahan","tag-keseimbangan-hormon","tag-kulit-menjadi-sejuk","tag-lemah","tag-lemah-anggota","tag-loss-of-consciousness","tag-loya-dan-muntah","tag-mati","tag-melakukan-ujian-full-blood-picture","tag-minum-air","tag-negaraku","tag-oksigen","tag-otak","tag-pagi","tag-pandangan-berkabur","tag-pengsan","tag-pening","tag-pening-kepala","tag-peredaran-darah","tag-pernafasan","tag-pertengahan-20an","tag-pitam","tag-pucat","tag-sakit-kepala","tag-saraf","tag-septal-defect","tag-serangan-sakit-jantung","tag-sukar-bernafas","tag-syncope","tag-tachycardia","tag-tekanan-darah","tag-terlalu-stress","tag-terperanjat","tag-tidak-sedarkan-diri","tag-vasovagal","tag-wanita-2"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-dD","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4913,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-rendah-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":845,"position":0},"title":"TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"10\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada\u00a0 masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-rendah-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":845,"position":1},"title":"TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"17\/07\/2014","format":false,"excerpt":"Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110\/70 dan 110\/60, tetapi telah mencecah kepada 90\/53 dan kini 90\/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4779,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suntikan-pethidine-untuk-sakit-kronik\/","url_meta":{"origin":845,"position":2},"title":"Suntikan Pethidine untuk sakit kronik","author":"drzubaidi","date":"20\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala. \u00a0Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan\u201d Wa alaikum mus salam. Pethidine adalah suatu ubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":16600,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apa-itu-tekanan-darah-rendah-di-kalangan-wargamas\/","url_meta":{"origin":845,"position":3},"title":"APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH DI KALANGAN WARGAMAS","author":"admin","date":"07\/07\/2023","format":false,"excerpt":"1. Secara purata, tekanan darah di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120\/80 mmHg. Sementara itu tekanan darah yang Normah lebih rendah dari 135\/85 mmHg. \u00a0 2. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90\/60 mmHg. \u00a0 3. Sesetengah orang mengalami tekanan darah rendah sepanjang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wargatua&quot;","block_context":{"text":"Wargatua","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/wargatua-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-07-at-3.56.38-PM-224x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6217,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wanita-yang-pernah-keguguran-boleh-mendapat-sakit-jantung\/","url_meta":{"origin":845,"position":4},"title":"Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung","author":"drzubaidi","date":"20\/07\/2014","format":false,"excerpt":"KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN \u00a0 \u00a0 Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan. \u00a0 Kajian ini telah diterbitkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8391,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/aduh-peningnya-kepalaku\/","url_meta":{"origin":845,"position":5},"title":"ADUH PENINGNYA KEPALAKU","author":"drzubaidi","date":"28\/01\/2017","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 1. APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING? \u00a0 Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar. \u00a0 Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening\u2026","rel":"","context":"In &quot;BERNAMA RADIO 24&quot;","block_context":{"text":"BERNAMA RADIO 24","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/bernama-radio-24\/"},"img":{"alt_text":"inner ear 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/inner-ear-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=845"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19458,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/845\/revisions\/19458"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}