{"id":831,"date":"2010-10-25T11:06:36","date_gmt":"2010-10-25T03:06:36","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=831"},"modified":"2024-07-10T10:11:33","modified_gmt":"2024-07-10T02:11:33","slug":"kekurangan-berat-badan-underweight","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-berat-badan-underweight\/","title":{"rendered":"Kekurangan Berat Badan (Underweight)"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini,\u00a0saya dikunjungi oleh seorang ibu\u00a0bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun.\u00a0Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau <em>acute gastroenteritis <\/em>yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana \u2018desakan rakan sebaya\u2019 yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 kg dan ketinggiannnya 160 cm. Menurutnya dia telah cuba menambahkan berat badannya namun tidak berjaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah dikira, didapati BMI gadis ini mencecah 21.5 lalu\u00a0saya terus memberitahunya\u00a0bahawa berat badannya sebenarnya normal. Tiada apa yang perlu diperbetulkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes berasingan, saya pernah ditanya oleh seorang ibu yang risau tentang berat badannya. Pada pendapat saya jika BMI seseorang itu normal, atau mungkin rendah sedikit,\u00a0tetapi sihat dan telah dikurniakan anak,\u00a0maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Buanglah pemikiran negatif tentang diri\u00a0\u2018terlalu kurus\u2019 kerana ramai wanita yang \u2018sanggup mati\u2019 untuk menjadi kurus.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa tahun lepasdi Singapura, seorang artis wanita mengalami kerosakan hati dan terpaksa menjalani pemindahan hati akibat menelan dos ubat pelangsing berlebihan. Alasannya kerana mahu cepat menjadi kurus.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><em>Underweight<\/em> dan BMI<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Istilah \u2018kurang berat badan\u2019 (<em>underweight<\/em>) sebenarnya merujuk kepada seseorang yang mempunyai berat badan yang kurang dari sepatutnya berdasarkan umur, berat dan ketinggiannnya. Ianya selalunya dikira dengan menggunakan formula <em><a title=\"Body mass index\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Body_mass_index\">body mass index<\/a><\/em> (<em>BMI<\/em>).<\/p>\n<table style=\"text-align: justify;\" border=\"0\" width=\"66%\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\">18.5 atau kurang<\/td>\n<td valign=\"top\">Kurang berat<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\">18.5 &#8211; 24.99<\/td>\n<td valign=\"top\">Normal<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\">25 &#8211; 29.99<\/td>\n<td valign=\"top\">Overweight<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\">30 &#8211; 34.99<\/td>\n<td valign=\"top\">Obesiti (Kelas 1)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\">35 &#8211; 39.99<\/td>\n<td valign=\"top\">Obesiti (Kelas 2)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\">40 atau lebih<\/td>\n<td>Morbid Obesiti<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang dapat kita lihat dalam jadual di atas, anda dikira sebagai kurang berat badan jika BMI\u00a0anda kurang dari 18.5.\u00a0Individu yang mengalami berat badan ini bolehjadi sihat atau mungkin berpenyakit. Jika berat badannya berkurangan secara berterusan, dikhuatiri dia akan mengalami kekurangan zat makanan (<em>malnourished<\/em>). Oleh itu kekurangan berat badan dan kekurangan zat makanan haruslah dibezakan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Punca<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan\u00a0faktor utama seseorang mengalami kekurangan berat badan\u00a0adalah\u00a0disebabkan kurang pengambilan\u00a0makanan. Kekurangan makanan ini adakalanya terlalu subjektif.\u00a0Ada sebilangan\u00a0wanita yang mengaku makan banyak,\u00a0padahal\u00a0dia hanya makan satu pinggan\u00a0dan tidak habis pula. Dia merasakan bahawa dia telah makan dengan banyak, namun malangnya tenaga kalori yang diperolehi tidak mencukupi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu kekurangan berat badan juga boleh disebabkan oleh masalah penyakit yang melibatkan mental atau fizikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antaranya\u00a0<a title=\"Anorexia nervosa\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Anorexia_nervosa\"><em>Anorexia nervosa<\/em><\/a><em>, <\/em><a title=\"Bulimia nervosa\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Bulimia_nervosa\"><em>Bulimia nervosa<\/em><\/a><em>, <\/em>kanser<em>, <\/em><a title=\"Tuberculosis\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Tuberculosis\"><em>Tuberculosis<\/em><\/a><em>, <\/em><a title=\"Hyperthyroidism\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Hyperthyroidism\"><em>Hyperthyroidism<\/em><\/a><em>, <\/em><a title=\"Type 1 Diabetes\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Type_1_Diabetes\"><em>Type 1 Diabetes<\/em><\/a>, kemurungan (<em>depressive disorders)<\/em>, penyalahgunaan dadah, <em><a title=\"Inflammatory bowel disease\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Inflammatory_bowel_disease\">Inflammatory Bowel Disease<\/a><\/em> (Penyakit Radang Usus), masalah penghadaman, kegiatan sukan yang keterlaluan (<em>endurance sports<\/em>), <a title=\"HIV\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/HIV\">HIV<\/a>\/<a title=\"AIDS\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/AIDS\">AIDS<\/a> , dan remaja (ketinggian bertambah, tetapi berat badan tidak).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keturunan juga memainkan peranan dalam menentukan berat badan.\u00a0Bagi individu yang mempunyai baka genetik di mana kadar metabolismanya tinggi, badannya tidak menyimpan banyak kalori sebagai lemak, tetapi disimpan untuk dibakar sebagai tenaga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah pemakanan seperti <em>anorexia <\/em>atau<em> bulimia<\/em>, adalah masalah yang berkaitan dengan <em>psychological<\/em>, kerana seseorang merasakan beliau terlalu gemuk, pada hal sebaliknya.\u00a0Pesakit ini\u00a0akan mengurangkan pemakanannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Para atlit professional yang menghabiskan masa berjam-jam untuk berlatih juga membakar kebanyakan kalori, sekaligus boleh menyebabkannya kekurangan berat badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, mungkin terdapat beberapa parasit yang tinggal dalam dalam usus manusia seperti <em>cacing tapeworm<\/em>. Parasit ini selalunya memakan nutrisi yang dimakan oleh manusia. <em>\u00a0<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Inflammatory Bowel Disease<\/em> atau penyakit radang usus, akan menyebabkan usus menjadi bengkak dan radang. Semua makanan yang dimakan tidak dapat diproses dengan baik, menyebabkan seseorang itu akan menghadapi ceret beret dan sakit perut. Seterusnya gejala ini akan menyebabkan pesakit ini kehilangan banyak berat badan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Masalah<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan masalah kekurangan berat badan selalunya disebabkan oleh penyakit yang dialaminya. Oleh itu bagi mereka yang tidak mengetahui punca kekurangan berat badan secara jelas, haruslah berjumpa doktor. Pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekurangan berat badan ini selalunya menyebabkan kekurangan stamina dan\u00a0lemah daya tahan imuniti. Kedua-dua ini akan menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti kuman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini kerana masalah kekurangan berat badan yang keterlaluan amat berkait rapat dengan masalah kekurangan nutrisi <em>(micronutrient deficiencies<\/em>). Mereka yang mengalami kekurangan nutrisi selalunya mengambil kadar kalori yang rendah, sekaligus mengehadkan penyerapan nutrisi\u00a0penting seperti\u00a0<em>amino acid<\/em> dan <em>micronutrients<\/em> yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imuniti untuk melawan penyakit menjadi lemah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di kalangan wanita, kekurangan berat yang ketara boleh menyebabkan ketiadaan kitaran haids (<em><a title=\"Amenorrhea\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Amenorrhea\">amenorrhea<\/a><\/em>) dan mungkin mengalami masalah jika wanita itu hamil. Kekurangan berat badan juga boleh menyebabkan <em>anemia<\/em> (kekurangan sel darah merah), keguguran rambut, risiko kereputan tulang (<em><a title=\"Osteoporosis\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Osteoporosis\">osteoporosis<\/a><\/em>) walaupun wanita ini masih muda.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Rawatan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika\u00a0anda mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan\u00a0menghidap beberapa penyakit, maka hendaklah anda\u00a0cuba sedaya upaya untuk mendapatkan rawatan dan menambahkan berat badan anda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah sembuh dan pulih dari penyakit,\u00a0anda perlu\u00a0menambahkan jumlah tenaga kalori yang diambil setiap hari. Selain itu\u00a0anda digalakkan menjalani latihan di gym untuk meningkatkan jumlah berat otot anda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara terbaik untuk menambah berat badan ialah dengan menambah pengambilan karbohidrate kompleks terutamanya makanan berbentuk <em>whole grain<\/em>, legume (kekacang) dan buah-buahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk menambahkan berat badan, pengambilan lebih kalori melalui pemakanan amat perlu.\u00a0Riadah yang berterusan juga penting untuk mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa menentukan apa yang harus dimakan, anda perlulah menitikberatkan bagaimana untuk mendapatkan nutrisi, bukan pada \u2019kilogram\u2019 saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang perlu ialah penambahan berat secara perlahan dan berterusan. Ini akan membantu kita memastikan berat yang ditambah adalah berat yang merangkumi otot dan lemak, bukannya setakat lemak saja. Penambahan berat tidak seharusnya melebihi \u00bd kg setiap minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara menambahkan berat badan yang sistematik akan ditulis jika ada kelapangan masa dan kesihatan, insya Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (251010)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini,\u00a0saya dikunjungi oleh seorang ibu\u00a0bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun.\u00a0Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10,7],"tags":[174,175,176],"class_list":["post-831","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","category-wanita","tag-anorexia","tag-bmi","tag-malnutrisi"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-dp","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":853,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menyusukan-anak-bagi-menjarakkan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":831,"position":0},"title":"Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"04\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/Breastfeeding-And-Bottlefeeding-And-Transtition-300x199.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2951,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perimenopause\/","url_meta":{"origin":831,"position":1},"title":"Perimenopause","author":"drzubaidi","date":"30\/07\/2012","format":false,"excerpt":"Assalamualaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil. Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya. Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7762,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sukar-hamil-anak-kedua\/","url_meta":{"origin":831,"position":2},"title":"Sukar Hamil Anak Kedua","author":"drzubaidi","date":"05\/10\/2015","format":false,"excerpt":"SUKAR HAMIL ANAK KEDUA Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama. Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":750,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-ketika-baru-hamil\/","url_meta":{"origin":831,"position":3},"title":"Pendarahan Ketika Baru Hamil","author":"drzubaidi","date":"07\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? \u201cDoktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13424,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tuala-wanita-komersial-tidak-menyebabkan-penyakit-kanser\/","url_meta":{"origin":831,"position":4},"title":"TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER","author":"admin","date":"18\/05\/2021","format":false,"excerpt":"Saya telah diundang berceramah beberapa tahun oleh sebuah badan NGO. Slot ceramah saya berkaitan dengan penyakit wanita pada usia 40an. Mulanya ada seorang doktor wanita yang akan menyampaikannya. Namun atas sebab yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa menggantikan beliau di saat-saat akhir. Memandangkan saya mempunyai masa yang agak terluang, lalu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":6334,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-datang-haid-2-tahun\/","url_meta":{"origin":831,"position":5},"title":"Tidak datang haid 2 tahun","author":"drzubaidi","date":"22\/08\/2014","format":false,"excerpt":"TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN \u00a0 \u201cSalam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. \u00a0Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa \u00a0hormon saya tidak stabil dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/831","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=831"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/831\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19135,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/831\/revisions\/19135"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=831"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=831"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=831"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}