{"id":823,"date":"2010-10-23T21:54:46","date_gmt":"2010-10-23T13:54:46","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=823"},"modified":"2023-05-22T16:22:04","modified_gmt":"2023-05-22T08:22:04","slug":"shaken-baby-syndrome-penderaan-bayi-yang-kejam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/shaken-baby-syndrome-penderaan-bayi-yang-kejam\/","title":{"rendered":"SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat <strong><em>Shaken Baby Syndrome (SBS)<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Shaken Baby Syndrome<\/em>, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan kematian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Kematian atau kecacatan kekal<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">SBS selalunya menyebabkan kematian akibat kecederaan otak yang teruk. Kematian bayi akibat SBS dijangkakan\u00a0antara 20%\u201325%. Jika tidak menyebabkan kematian, biasanya kecacatan kekal pada penglihatan (kebutaan), kecacatan kekuatan otot (e.g. <em><a title=\"Cerebral palsy\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Cerebral_palsy\">cerebral palsy<\/a><\/em>), terencat akal, sawan dan kecacatan pertuturan dan pembelajaran.<em>\u00a0<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Konsep <em>SBS<\/em> ini diterangkan oleh Dr.John Caffey, seorang pakar <em>radiologist<\/em>, dan Dr. Norman Guthkelch, pakar <em>neurosurgeon<\/em> pada awal 1970an. Mereka berpendapat bahawa pendarahan saluran darah vena subdural dalam otak di kalangan bayi disebabkan oleh saluran darah itu koyak akibat dari goncangan bahu bayi. Dengan adanya teknologi CT scan, SBS\u00a0dapat didiagnosa dengan mudah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, contoh kes seperti yang dilaporkan oleh akhbar News Strait Times, \u00a0ialah Jennet Fong Yen Phin yang kehilangan anaknya Xin Yi yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika di masukkan ke dalam ICU, Xin Yi bernafas menggunakan ventilator dan mengalami beberapa sawan. CT scan otak telah menunjukkan terdapat pendarahan di dalam otak. Akibatnya, kanak-kanak itu mengalami risiko kebutaan dan\u00a0 lumpuh berada di atas katil seumur hidup.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga terjadi pada adik Mohamed Darwish Khusyfi Mohd Khairol yang berusia 6 bulan. Menurut bapanya, anaknya itu tidak sedarkan diri dan mukanya menjadi biru ketika diambil dari pengasuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berita ini boleh dibaca di: \u00a0<a href=\"http:\/\/www.nst.com.my\/articles\/12afal\/Article\/index_html#ixzz135McYFnn\">Alarm as number of cases soars<\/a> <a href=\"http:\/\/www.nst.com.my\/articles\/12afal\/Article\/index_html#ixzz135McYFnn\">http:\/\/www.nst.com.my\/articles\/12afal\/Article\/index_html#ixzz135McYFnn<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">SBS adalah suatu penderaan fizikal terhadap bayi atau kanak-kanak yang berumur kurang dari 3 tahun, apabila pendera menggoyangkan bahu bayi atau kanak-kanak dengan kuat, menyebabkan kecederaan akibat pergerakan kepala dan badan <em><a title=\"Whiplash (medicine)\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Whiplash_(medicine)\">whiplash<\/a>. <\/em>Secara luaran tiada kecederaan yang dapat dilihat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ibubapa yang tidak sedar apa yang berlaku pada anak mereka. Pengasuh selalu memberikan alasan bahawa bayi atau kanak-kanak itu pengsan selepas terjatuh dari katil. Ada juga ibu bapa yang menyangka anak mereka diserang sawan akibat demam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan ketika menerima alasan pengasuh itu?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kanak-kanak\u00a0 atau bayi yang pengsan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, namun doktor akan mengesyaki sesuatu yang \u2019luar biasa\u2019 jika terdapat tanda-tanda <strong>pendarahan retina.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya pendarahan retina ini terlalu teruk sehingga darah keluar dari biji mata dan mengalir seperti air mata. Sebanyak satu pertiga dari kes SSB menyebabkan pendarahan retina.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya ibubapa mendapati bayi mereka tidak pengsan, namun berkeadaan tidak seperti biasa. Bayi itu menunjukkan tanda-tanda mudah merengek, kurang selera makan, kelihatan lemah dan tidak bermaya, selalu muntah, sesekali mendapat sawan, bengkak di ubun-ubun (<em>frontanel<\/em>), dan kelihatan seperti susah bernafas. Jika terdapat tanda-tanda begini harus segera membawanya ke hospital.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan penderaan ini dilakukan oleh pengasuh bayi yang tidak berpengalaman ataupun teman lelaki pengasuh bayi yang tinggal bersama dengan pengasuh. Akibat tekanan perasaan atau terlalu marah, mereka mungkin tidak tahan dengan tangisan bayi yang kuat dan cuba mendiamkan bayi itu dengan menggoncangkan bahunya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibubapa perlu berwaspada dengan berhati-hati ketika memilih pusat asuhan untuk bayi mereka. Kebanyakan \u2019pusat asuhan\u2019 tidak berdaftar, bermakna pengasuh bayi itu tidak\u00a0 terlatih dan kurang berpengetahuan mengenai penjagaan bayi. Mereka tidak tahu mengendalikan bayi yang menangis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesedaran ibubapa terhadap Shaken Baby Syndrome juga harus dipertingkatkan. Saya membuatkan ringkasan untuk kemudahan ibubapa:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanda-tanda bayi mengalami \u201cShaken Baby Syndrome\u201d:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Tidak mampu menoleh kepala.<\/li>\n<li>Tidak mampu mengangkat kepala.<\/li>\n<li>Anak mata (<em>pupil<\/em>) menjadi besar, kecil atau tidak sama.<\/li>\n<li>Darah berkumpul di dalam mata.<\/li>\n<li>Ubun-ubun membengkak.<\/li>\n<li>Bayi tidak senyum atau tidak bersuara.<\/li>\n<li>Tidak mampu menghisap puting atau menyusu.<\/li>\n<li>Bayi kelihatan seperti separuh sedar, seolah-olah penat dan lemah<\/li>\n<li>Sukar bernafas.<\/li>\n<li>Sawan tanpa sebab.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Bagi kesedaran terhadap <strong><em>Shaken Baby Syndrome<\/em><\/strong> bolehlah melihat di <a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=PwHUOSTkHOk\">http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=PwHUOSTkHOk<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (241010)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog<\/a>\u00a0<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat Shaken Baby Syndrome (SBS). Shaken Baby Syndrome, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan kematian. Kematian atau kecacatan kekal &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[173,172],"class_list":["post-823","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-kecederaan-otak","tag-penderaan-bayi"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-dh","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4820,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-mati-secara-tiba-tiba-dalam-tidur\/","url_meta":{"origin":823,"position":0},"title":"Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur","author":"drzubaidi","date":"22\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAs salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3571,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kematian-bayi-disebabkan-oleh-penyakit-vacerl\/","url_meta":{"origin":823,"position":1},"title":"Kematian bayi disebabkan oleh penyakit VACERL","author":"drzubaidi","date":"10\/11\/2012","format":false,"excerpt":"Salam doktor. Saya ada pertanyaan. Saya baru melahirkan seorang bayi perempuan pada pertengahan tahun ini, akan tetapi usianya tidak panjang meninggal selepas empat hari pembedahan jantung. Doktor mengesahkan anak saya mempunyai sindrom VACTERL. Boleh doktor terangkan lebih lanjut apa punca VACTERL? Adakah kemungkinan berlaku lagi pada kelahiran seterusnya? Terima kasih.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4792,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hydrocephalus\/","url_meta":{"origin":823,"position":2},"title":"Hydrocephalus","author":"drzubaidi","date":"21\/10\/2013","format":false,"excerpt":"Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4308,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/holoprosencephaly-sains-membuktikan-kelahiran-dajjal\/","url_meta":{"origin":823,"position":3},"title":"Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?","author":"drzubaidi","date":"03\/08\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu. \u00a0 Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"Holoprosencephaly","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/Holoprosencephaly-300x180.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1052,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-suntikan-vaksin-memberikan-kesan-sampingan\/","url_meta":{"origin":823,"position":4},"title":"Adakah Suntikan Vaksin Memberikan Kesan Sampingan?","author":"drzubaidi","date":"27\/11\/2010","format":false,"excerpt":"(Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia) S: \u201cSaya telah difahamkan bahawa sesetengah vaksin seperti vaksin untuk polio boleh menyebabkan penyakit tersebut dan bukan mencegahnya. Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika anak saya berisiko untuk mendapat penyakit tersebut? Adakah lebih selamat jika anak saya langsung tidak mendapat sebarang vaksin?\u201d Hampir semua kanak-kanak di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/vac21-300x221.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3324,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/craniosynostosis-kecacatan-tulang-tengkorak\/","url_meta":{"origin":823,"position":5},"title":"Craniosynostosis \u2013 Kecacatan tulang tengkorak","author":"drzubaidi","date":"29\/09\/2012","format":false,"excerpt":"As salam mu alaikum doktor, saya ada 2 org anak yang mempunyai masalah CRANIOSYNOSTOSIS yang berumur 1tahun 8bulan dan sorang lain berusia 8 bulan. Saya mohon pendapat doktor, kenapa masalah ini tidak boleh dikesan semasa hamil & adakah saya akan mendapat bayi yg ada masalah yang sama jika saya hamil\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=823"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/823\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15334,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/823\/revisions\/15334"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}