{"id":783,"date":"2010-10-18T20:48:22","date_gmt":"2010-10-18T12:48:22","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=783"},"modified":"2024-04-05T11:31:09","modified_gmt":"2024-04-05T03:31:09","slug":"perlukah-lebam-gigitan-jin-diberikan-rawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-lebam-gigitan-jin-diberikan-rawatan\/","title":{"rendered":"Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, \u201c<em>Perlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, \u201c<em>Doktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan<\/em>?\u201d<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Lebam akibat gigitan jin<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terdiam dan memandang tepat ke muka peserta yang bertanya. Saya cuba membaca fikirannya.\u00a0Dia bertanya kerana \u2018ikhlas atas kebodohannya\u2019 atau \u2018mahu buat lawak jenaka\u2019?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah juga terbaca tentang gigitan jin ini di majalah, namun saya menolaknya kerana tiada asas hadis atau penerangan ulama\u2019 yang muktabar yang pernah saya temui.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya hanya\u00a0ada\u00a0mendengar mengenai isu ini dari ustaz-ustaz yang berceramah\u00a0melalui VCD. Dalam membicarakan tentang gigitan jin, syarahannya disambut oleh gelak ketawa para hadirin yang mendengar. Jadi saya berpendapat bahawa syarahannya agak longgar. Mungkin isu gigitan jin ini adalah pendapatnya saja. Pendapat yang mengelirukan hadirin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ada pembaca yang mempunyai hujah yang kuat, harap dapat menyampaikannya pada saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sepanjang pengetahuan saya, lebam yang terjadi secara tiba-tiba boleh disebabkan pelbagai penyakit yang berkaitan darah dan saluran darah. Tentu amat menghairankan, bagaimana lebam itu terjadi secara tiba-tiba.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun saya masih ingat ketika bekerja di hospital, seorang kanak-kanak mengalami lebam-lebam teruk. Pada mulanya ia disangkakan didera oleh ibubapanya, tetapi akhirnya didiagnosakan sebagai pesakit Leukemia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sayangnya kanak-kanak itu meninggal dunia setelah enam bulan menderita. Walaupun ajal dan maut itu Allah yang menentukan, namun ingatlah mencari ubat dan berusaha untuk sihat itu adalah sebahagian dari tawakal. Usaha ini pula haruslah mengikut jalan yang Allah telah tetapkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini saya mendapat tahu rakan saya meninggal dunia setelah dia tidak menjalani <em>follow up<\/em> di HUSM bagi sakit kanser tulangnya. Ini semua gara-gara beliau bertawakal dengan cara yang salah. Beliau cuba mengubati penyakit kanser tulang dengan menggunakan teknik \u2018pembedahan batin\u201d. Dia hanya mendengar-dengar tentang kehebatan dukun Jawa moden yang menggunakan pelbagai kalimah. Akhirnya tidak sampai enam bulan, kanser tulangnya telah merebak ke paru-paru dan dia tewas dalam tawakalnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pusat Perubatan Jawa itu juga telah ditutup oleh pihak Kementerian Kesihatan kerana mendapat laporan bahawa dukun Jawa moden ini mengenakan bayaran pengeras harga seekor lembu, namun penyakit yang dirawat hanya sembuh buat sementara saja. Malah ada yang menjadi lebih teruk dan parah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain mendapat rawatan yang salah, ramai juga pesakit tidak mendapatkan apa-apa rawatan langsung. Penyakit itu dibiarkan tanpa dikaji dan dikenalpasti. Tiada pemeriksaan yang dilakukan oleh pesakit. Bila sudah melarat, dengan mudahnya pesakit ini\u00a0berjumpa bomoh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang kawan saya sering sakit kepala dan demam. Setelah tiga hari tidak sembuh daripada penyakitnya, walaupun telah mendapat rawatan di klinik, akhirnya dia berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh itu mengatakan dia dirasuk oleh jin dan minta pengeras seekor kambing untuk dipersembahkan kepada jin itu. Mujur kawan saya enggan kerana ianya syirik. Dia kemudian dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami <em>meningitis.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya kerap menerima <em>email <\/em>atau <em>inbox message<\/em> yang bertanyakan perkara yang sama. Kebanyakan mereka yang bertanya <span style=\"text-decoration: underline;\">hanya risau keadaan penyakit mereka namun tidak melakukan pemeriksaan<\/span>. Yang sedihnya mereka hanya mendengar kata-kata dari kawan-kawan atau terpengaruh dengan pembacaan dari majalah-majalah yang penuh dengan cerita tahyul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kali ini saya menulis berapa panduan yang boleh digunapakai untuk ibubapa apabila anak mereka mengalami masalah lebam. Sekurang-kurangnya ibubapa boleh faham, bilakah agaknya lebam\u00a0itu\u00a0dianggap merbahaya dan perlu dihantar untuk pemeriksaan lanjut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebam sebenarnya berlaku apabila kulit di badan kita terdapat pengumpulan darah. Ini\u00a0terjadi apabila saluran darah kecil (<em>capillary<\/em>) pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberikan warna merah, biru kuning dan seterusnya akan hilang selepas dua minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga dikenali sebagai \u00a0<strong>ecchymosis,<\/strong> di mana ia sering berlaku apabila ada kecederaan trauma akibat terlanggar benda yang keras<strong>.<\/strong> Sebagai contoh, anak kecil bermain dengan kawan-kawannya dan terhantuk sesama sendiri. Salur darah kecil yang terdapat di bawah kulit akan pecah dan darah berkumpul di situ. Ini menyebabkan kawasan itu bengkak dan berwarna merah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Lebam tidak akan kekal<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibubapa tidak perlu bimbang\u00a0kerana\u00a0lebam itu akan menyusut dan warnanya\u00a0akan menjadi cerah. Penukaran warna ini berlaku secara semulajadi kerana darah yang berkumpul akan menjadi pecah (<em>haemolysis<\/em>) dan terserap ke dalam badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada peringkat awal, lebam ini berwarna kemerah-merahan. Selepas 1 atau 2 hari, hemoglobin akan keluar dari darah yang musnah. Ini menyebabkan lebam berubah menjadi biru gelap atau kehitaman. Selepas 5 hingga 10 hari, ianya akan bertukar menjadi kehijauan. Selepas 10-14 hari, lebam itu bertukar menjadi kekuningan. Selalunya apabila mencapai masa 2 minggu, kesan lebam semakin berkurangan. Namun ada juga\u00a0lebam yang hilang lebih awal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Wanita lebih mudah mendapat lebam<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua orang\u00a0akan mengalami lebam jika berlaku trauma pelanggaran. Namun\u00a0ada sesetengah orang yang\u00a0lebih mudah mendapat lebam\u00a0berbanding orang lain walaupun traumanya sangat minimal. Ini kerana\u00a0kekenyalan tisu kulit setiap orang adalah berbeza-beza. Misalnya jika seseorang itu berpenyakit seperti denggi berdarah atau leukemia, keberangkaliannya\u00a0untuk mudah mendapat lebam adalah tinggi. Begitu juga jika seseorang pesakit itu mengambil beberapa ubat pencair darah atau mengamalkan beberapa jenis herba.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara umumnya, wanita dan kanak-kanak lebih mudah mendapat lebam kerana tisu kulit mereka sangat <em>fragile<\/em>. Selain itu, saluran darah juga menjadi mudah pecah bila umur semakin tua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Pek Ais membantu mengurangkan lebam?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebam sebenarnya boleh dirawat di rumah. Ianya sebahagian daripada kecederaan yang memerlukan pertolongan kecemasan. Ia dapat dilakukan dengan teknik yang mudah dan harus dilakukan segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Caranya dengan menekapkan ais yang boleh didapati dari peti sejuk di dapur. Ais yang sejuk akan mengurangkan pendarahan dalam kulit kerana suhu sejuk akan mengecutkan salur darah.\u00a0Dalam kata lain ia akan mengurangkan pengaliran darah ke kawasan di mana darah berkumpul. Ais juga akan mengurangkan bengkak dan menpercepatkan proses penyembuhan. Tekapkan ais pada tempat yang lebam <span style=\"text-decoration: underline;\">selama setengah jam untuk beberapa hari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika di rumah tiada <em>cold pack <\/em>khas, bolehlah ambil ketulan ais dan masukkan ke dalam beg plastik, dan balutkan plastik itu dengan tuala. Kemudian tekaplah ke tempat yang lebam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan lupa untuk meninggikan kedudukan anggota yang lebam. Sebagai contoh, jika lebam itu di betis, baringkan pesakit dan alaskan kaki yang lebam itu supaya ia lebih tinggi dari aras jantung. Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke betis. Jangan biarkan\u00a0pesakit itu berdiri, kerana ia akan menyebabkan lebam itu bertambah teruk\u00a0di mana\u00a0lebih banyak darah yang akan keluar ke kawasan berkenaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Perlukah rawatan di hospital ?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah soalan yang paling banyak ditanya oleh ibubapa yang risau tentang keadaan anak-anak mereka. Saya amat memahaminya. Jika seorang bayi boleh meninggal dunia akibat tersedak susu yang diminumnya, inikan pula lebam akibat kecederaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain kanak-kanak, wargatua\u00a0tua juga\u00a0mudah mengalami lebam. Saya pernah mendapat satu kes dimana seorang wanita tua Cina 60an yang terhempap pintu pagar ketika hendak membukanya. Beliau mengalami lebam di sebelah kening kanannya. Ketika mula dimasukkan ke hospital lebamnya hanya sebesar syiling RM1, namun selepas beberapa lama menunggu pakar bedah, bengkaknya semakin membesar seperti sebiji buah limau <em>orange <\/em>pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika wanita itu dihantar ke bilik bedah, hampir separuh mukanya di sebelah kanan membengkak.\u00a0Pembedahan dilakukan\u00a0untuk membuang semua darah beku di mukanya dan mengikat salurah darah pecah akibat hentakan pintu pagar itu. Kecederaan ini melibatkan saluran darah yang besar iaitu <em>facial artery <\/em>yang mudah pecah dan berdarah di muka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun terdapat beberapa <em>tips<\/em> yang boleh digunakan untuk menilai kecederaan lebam. Jika lebam itu kecil, tidak perlulah pesakit dibawa berjumpa dengan doktor. Namun pesakit dinasihatkan berjumpa doktor jika<\/p>\n<ol>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Lebam itu tidak hilang selepas 2 minggu<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Kulit mudah lebam tanpa trauma atau berlanggar benda keras<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Kulit lebam tanpa sebab<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Lebam menjadi bertambah sakit<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Jika lebam itu membengkak (saiz bertambah besar)<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Lebam berdekatan sendi dan pesakit tidak boleh menggerakkan sendi<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Lebam berdekatan dengan mata atau organ sensitive seperti kemaluan.<\/div>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi usah risau dengan lebam yang kecil\u00a0atau mengecil saiznya. Itu menandakan lebam itu mengalami proses pemulihan walaupun mungkin mengambil sedikit masa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (191010)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, \u201cPerlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?\u201d Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, \u201cDoktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?\u201d Lebam akibat gigitan jin Saya terdiam dan memandang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[164,165,163],"class_list":["post-783","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-bruises","tag-gigitan-jin","tag-lebam"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-cD","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1162,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suntikan-voltaren\/","url_meta":{"origin":783,"position":0},"title":"Suntikan Voltare","author":"drzubaidi","date":"27\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya. \u201dCepat doktor, saya sudah tak tahan ni. Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !\u201d Setelah mengambil history-taking dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1858,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/komplikasi-rawatan-gigitan-lintah\/","url_meta":{"origin":783,"position":1},"title":"Komplikasi Rawatan Gigitan Lintah","author":"drzubaidi","date":"30\/06\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, saya nak marah ini. Kenapa leher anak saya berdarah tak berhenti-henti. Saya nak samanlah..\u201d Saya terpaku apabila mendengar perkataan saman. \u201cMasa buat rawatan, sudah diberitahu tentang risiko?\u201d \u201cManalah diberitahu. Dia cuma kata boleh keluarkan darah kotor. Ini darah bersih pun keluar. Sudah tiga hari tidak berhenti\u2026\u201d Sama ada percaya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":17374,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/saya-ingin-bertanya\/","url_meta":{"origin":783,"position":2},"title":"SAYA INGIN BERTANYA","author":"admin","date":"27\/12\/2023","format":false,"excerpt":"PERLUKAH AMBIL SEMULA UBAT ASPIRIN? \u00a0 ASSALAMUALAIKUM Dr Zubaidi. Kalau berhenti ambil ubat cair darah aspirin dalam tempoh lebih kurang satu tahun, boleh ke ambil semula aspirin sebab khuatir darah pekat? Perlu jumpa doktor dahulu ke untuk mula semula ubat cair darah tersebut atau saya boleh ambil olivie 30 plus\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6353,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-terhantuk-dan-kepala-berdarah\/","url_meta":{"origin":783,"position":3},"title":"Anak Terhantuk dan Kepala Berdarah","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":7493,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-rawatan-antibiotik-jika-pemeriksaan-air-kencing-menunjukkan-air-kencing-kotor\/","url_meta":{"origin":783,"position":4},"title":"Perlukah rawatan antibiotik jika pemeriksaan air kencing menunjukkan &#8220;air kencing kotor&#8221;?","author":"drzubaidi","date":"20\/05\/2015","format":false,"excerpt":"PERLUKAH ANTIBIOTIK JIKA PEMERIKSAAN AIR KENCING MENUNJUKKAN \"AIR KENCING KOTOR? \"Salam doktor. Saya ingin bertanya. baru-baru ini saya menjalan pemeriksaan air kencing sebagai pemeriksaan perubatan sebelum saya diterima masuk ke dalam sebuah syarikat multinasional. Doktor mendapati air kencing saya mempunyai beberapa sel darah putih, darah dan elemen protein. Doktor memberitahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"urine","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/urine.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3071,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menggunakan-antibiotik-zinnat-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":783,"position":5},"title":"Menggunakan antibiotik Zinnat ketika hamil","author":"drzubaidi","date":"28\/08\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 9 minggu dan didiagnosa mengalami kencing kotor. Doktor telah memberikan saya antibiotik zinnat untuk 5 hari 2 kali sehari. Soalan saya adakah dengan memakan antibiotik itu akan menjejaskan kandungan saya? Saya ada bertanya pada pharmacist soalan yang sama dan dia tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/zinnat1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/783","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=783"}],"version-history":[{"count":20,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/783\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18071,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/783\/revisions\/18071"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=783"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=783"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=783"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}