{"id":774,"date":"2010-10-13T19:59:05","date_gmt":"2010-10-13T11:59:05","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=774"},"modified":"2024-04-05T11:34:38","modified_gmt":"2024-04-05T03:34:38","slug":"menentukan-kesuburan-berdasarkan-lendiran-serviks","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menentukan-kesuburan-berdasarkan-lendiran-serviks\/","title":{"rendered":"Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Rujuklah pada yang pakar<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar <em>Gynaecologist<\/em> yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi <em>anatomy<\/em> atau pun <em>physiology<\/em>. Saya\u00a0 membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar <em>Gynaecologist<\/em>. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada seseorang pesakit kerana saya tidak memeriksa pesakit itu dan melakukan ujian ke atasnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi penerangan am yang saya berikan, janganlah dijadikan asas untuk memahami keadaan penyakit seseorang. Setiap pesakit mempunyai keadaan penyakit yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan oleh seorang doktor membantu pesakit itu untuk mengenalpasti masalah penyakitnya dan akhirnya mendapat kesembuhan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tujuan saya menulis dalam blog ini semata-mata agar pesakit bertambah faham dengan penerangan-penerangan yang telah diberikan. Saya rasa kecewa bila membaca kenyataan yang salah mengenai perubatan moden. Kekeliruan ini cuba saya perbetulkan dengan bahasa yang mudah dan contoh-contoh yang boleh digambarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maaflah jika ada bahasa yang saya gunakan agak melampau menyebabkan\u00a0ada pembaca yang merasakan tulisan saya ini seakan-akan lucah. Pada saya perubatan moden memang tidak terlepas dari memperkatakan aspek-aspek yang begitu peribadi dan ianya harus\u00a0 dinyatakan secara telus dan tepat. Perkataan \u2019anu\u2019 untuk menggambarkan kemaluan adalah kurang tepat, kerana kemaluan seseorang juga mempunyai bahagian-bahagian tertentu. Jadi biarlah saya membincangkan sesuatu dengan telus dan jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, iaitu mengenai lendiran yang banyak keluar dari vaginanya, adakah ianya menandakan kesuburan atau penyakit. Eloklah saya menjawabnya dengan perkataan yang tepat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Apakah maknanya lendiran cervical ?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lendiran cervical \u00a0itu adalah lendiran yang dihasilkan dari persekitaran pangkal rahem (cervix) dan ianya keluar melalui liang vagina. Seseorang wanita selalunya amat peka pada perubahan lendiran yang keluar ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perubahan lendiran itu boleh membantu\u00a0dalam menentukan sama ada seseorang wanita itu sedang mengalami ovulasi atau tidak. Apabila kitaran haids berlangsung, lendiran cervical mucus juga berubah dari segi kuantiti dan kepekatannya. Ini semua berlaku kesan daripada hormone wanita yang berubah-ubah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat mencadangkan agar wanita itu melakukan sendiri analisa lendiran cervical mucus ini. Ianya amat mudah bagi menentukan hari kesuburan (ovulasi) seseorang. Menganalisa cervical mucus adalah cara yang menjimatkan masa, kerana tidak perlu mengira purata kitaran haids seseorang seperti yang saya sebut sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sila rujuk <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=610\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=610<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati\u00a0dalam keadaan mencangkung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lendiran itu perlu dipegang dengan\u00a0menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian\u00a0renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terdapat <strong>kekeringan<\/strong> di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir\u00a0seperti <em>KY Jelly<\/em> untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. <span style=\"text-decoration: underline;\">Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika lendiran cervical mucus itu agak <strong>kental dan pekat, berwarna putih<\/strong> atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu <span style=\"text-decoration: underline;\">menghampiri waktu ovulasi<\/span>. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. <span style=\"text-decoration: underline;\">Kemungkinan untuk hamil adalah rendah,<\/span> namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna <strong>jernih,<\/strong> licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna \u2018<strong>puteh telur<\/strong>\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak. Seseorang wanita terpaksa menukarkan <em>pantyliner<\/em>nya beberapa kali dalam sehari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah masa di mana <span style=\"text-decoration: underline;\">peluang untuk hamil adalah amat tinggi<\/span>. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan\u00a0mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman. \u00a0 Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,7],"tags":[108,161,1318,1482,1400],"class_list":["post-774","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-wanita","tag-keputihan","tag-lendiran-cervical-mucus","tag-lendiran-faraj","tag-lendiran-servik","tag-tidak-hamil"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-cu","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":9836,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tanda-seorang-wanita-itu-subur\/","url_meta":{"origin":774,"position":0},"title":"TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR","author":"drzubaidi","date":"01\/10\/2018","format":false,"excerpt":"Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan. \u00a0 Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583-300x300.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1445,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-stress-mengganggu-kesuburan-wanita\/","url_meta":{"origin":774,"position":1},"title":"Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?","author":"drzubaidi","date":"02\/03\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.\u201d Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. \u201dKami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/stress_2-294x300.gif?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1840,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-rawatan-kesuburan-sering-gagal\/","url_meta":{"origin":774,"position":2},"title":"MENGAPA RAWATAN KESUBURAN SERING GAGAL","author":"drzubaidi","date":"26\/06\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain \u2018letih\u2019 memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari. \u00a0 Rawatan kesuburan memang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":774,"position":3},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2070,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/2070\/","url_meta":{"origin":774,"position":4},"title":"Bilateral Tubal Reversal","author":"drzubaidi","date":"13\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. \u00a0 Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9568,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lendir-di-belakang-tekak-dan-bau-badan-kuat\/","url_meta":{"origin":774,"position":5},"title":"LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU","author":"drzubaidi","date":"31\/05\/2018","format":false,"excerpt":"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"Image result for sinusitis","src":"https:\/\/encrypted-tbn0.gstatic.com\/images?q=tbn:ANd9GcQAT0u5-x6mThTTGEoGBzhUUlHfwKgkaK9HONKDGhkAKKkRcvzM6Q","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/774","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=774"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/774\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18072,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/774\/revisions\/18072"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=774"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=774"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=774"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}