{"id":769,"date":"2010-10-12T11:08:32","date_gmt":"2010-10-12T03:08:32","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=769"},"modified":"2019-03-17T15:57:26","modified_gmt":"2019-03-17T07:57:26","slug":"sapaan-maut-dengan-strok-ringan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/","title":{"rendered":"Sapaan Maut dengan Strok Ringan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1.bmp\"><img decoding=\"async\" data-attachment-id=\"770\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/1-7\/\" data-orig-file=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1.bmp\" data-orig-size=\"\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"[]\" data-image-title=\"1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1.bmp\" class=\"aligncenter size-full wp-image-770\" title=\"1\" src=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1.bmp\" alt=\"\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. \u00a0Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya \u201c<em>Dia baru kena angin ahmar kecil. <\/em><em>Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !<\/em>\u201d Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia \u2018disapa\u2019 malaikat maut.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan, saya melihat beliau tidak lekang dengan puntung rokok. Air teh tarik dan \u2018roti canai special\u2019 yang penuh dengan kolestrol berada di depannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segala-galanya telah kembali seperti dulu. Nasihat yang diterima dahulu tidak diendahkan lagi. Memang sukar untuk manusia berubah. Peringatan yang berbekas di jiwa hanya kekal untuk sementara. Dia telah melupakan perjuangannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah sebenarnya perjuangan hidup. Berjuang membetulkan diri agar ianya memberi manfaat untuk jangka pendek atau jangka panjang. <strong>Perjuangan untuk mengekalkan kesihatan<\/strong>, adalah perjuangan yang sering dilupai orang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sabda rasulullah s.a.w<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dua nikmat yang selalu dilupakan iaitu kesihatan dan kelapangan masa<\/em>\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kalau nikmat wang tentu kita dapat menghargainya kerana kita mampu membeli barang dan mambayar hutang. Nikmat mendapat anak membuatkan kita seronok melihat telatahnya dan kita puas membesarkan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun nikmat kesihatan yang Allah berikan selalu kita lupakan, sehingga suatu hari kita terbaring di atas katil kerana demam. Atau kita sakit perut atau sakit kepala. Di kala itu tentu kita akan berkata, \u201d<em>Alangkah seronoknya ketika aku bebas dari semua musibah kesakitan ini\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai rakan-rakan saya telah \u2019pergi tidak kembali\u2019 di usia yang muda, akhir 30an dan awal 40an hanya kerana melupakan perjuangan untuk mengekalkan kesihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak perkara yang perlu kita perjuangkan untuk diri kita sendiri. Selain berjuang melawan tabiat buruk agar kita dapat mempersiapkan diri berjumpa dengan Allah s.w.t, kita juga harus berjuang untuk mengekalkan kesihatan diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2019Pemergian\u2019 rakan-rakan saya yang masih muda itu telah memberikan kesan pada masa depan isteri-isteri dan anak-anak mereka. Apatah lagi jika isteri tidak bekerja dan anak-anak masih kecil dan bersekolah. Masa depan mereka sebenarnya di bawah tanggungjawab kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Andaikata jika ada janda-janda yang menjadi GRO akibat kesempitan wang dan ada anak-anak yang menjadi penagih dadah akibat tidak mendapat kasih sayang seorang bapa, sebenarnya bapalah yang bertanggungjawab secara tidak langsung walaupun dia sudah tiada lagi. Semua ini dapat dielakkan jika kita berjuang mengekalkan kesihatan kita dan terus menunaikan tanggungjawab.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Stroke kecil adalah peringatan maut<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang tidak menyangka bahawa \u2018angin ahmar (stroke) permulaan\u2019\u00a0 adalah tanda peringatan bagi stroke yang mungkin membawa maut.\u00a0 Walau pun ianya hanya sementara dan pesakit akan sembuh semula, itu tidak bermakna pesakit bebas dari ancaman stroke sampai bila-bila. Ianya ibarat bom dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga dikenali sebagai \u2018mini-stroke\u2019 atau \u2018pre-stroke\u2019. Namun dalam istilah perubatan adalah <em>Transient Ischaemic Attack <strong>(TIA)<\/strong><\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jika seseorang mengalami tanda-tanda (symptom) <strong>bermasalah bercakap<\/strong> secara tiba-tiba seperti susah hendak memulakan percakapan, susah untuk menyusun ayat dalam percakapan atau percakapannya tidak jelas, ia adalah tanda-tanda TIA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan yang saya sebutkan di atas mengalami rasa lemah seluruh badan dan dia tidak dapat menggerakkan tangan dan kakinya sebaik saja bangun tidur. Ketika itu beliau hanya berfikir kematian semakin hampir kepada beliau. Anak-anak sedang disiapkan oleh isterinya untuk ke sekolah. Hal keadaannya hanya disedari oleh isterinya apabila beliau belum bersiap ke tempat kerja. Sejurus selepas itu dengan bantuan jiran, dia dihantar ke hospital.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah <strong>lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan tubuh<\/strong>, juga menandakan seseorang itu diserang TIA. Biasanya \u00a0pesakit tidak mampu menggerakkan tangan, kaki, mukanya atau sebelah badannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga yang mengalami <strong>masalah penglihatan<\/strong>. Secara tiba-tiba penglihatannya tidak jelas atau terus tidak dapat melihat apa-apa di hadapannya. Namun ada pesakit yang hanya mengalami pandangan berkabur saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah diberitahu ada pesakit ketika berjalan, yang secara tiba-tiba terjatuh kerana kakinya lemah. Ada juga yang <strong>tidak dapat mengimbangi badannya.<\/strong> Malah ada pula yang secara tiba-tiba ketika memandu diserang <strong>sakit kepala yang kuat<\/strong>. Dia menyangka dia diserang <em>migraine<\/em> tetapi sebenarnya dia diserang TIA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu simptom-simptom ini selalunya tidak lama, kadang kala hanya beberapa minit atau beberapa jam sahaja. Pesakit akan sembuh semula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun berhati-hatilah. Ia ibarat bom yang boleh meletup pada bila-bila masa. Jika pesakit tidak mengamalkan ubat-ubatan yang diberikan dan tidak menjalani pemeriksaan untuk mencari puncanya, pasti stroke yang sebenar akan menyerang. Apabila stroke melanda, ianya akan merosakkan otak dan kecacatan itu akan menjadi kekal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"771\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/stroke_ischemia\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?fit=406%2C401&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"406,401\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"stroke_ischemia\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?fit=406%2C401&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-771\" title=\"stroke_ischemia\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?resize=406%2C401&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"406\" height=\"401\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?w=406&amp;ssl=1 406w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?resize=300%2C296&amp;ssl=1 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 406px) 100vw, 406px\" \/><\/a><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Bersyukur jika diserang stroke<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mendapat jelingan tajam tanda protes apabila memberitahu pesakit, \u201d<em>Bersyukurlah encik diserang stro<\/em>ke,\u201d. Apakah doktor ini gila, musibah minta disyukuri? Itu mungkin fikiran mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya tidak semua pesakit yang diserang stroke akan diberikan peringatan seperti ini. Beruntunglah jika seseorang mendapat peringatan seperti TIA ini. Ini kerana jika TIA menyerang bermakna kita harus melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut kajian perubatan, hanya satu pertiga dari pesakit stroke akan mendapat TIA. Selebihnya pesakit terus diserangkan stroke dan meninggalkan kecacatan kekal tanpa amaran dan ada yang terus meninggal dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Secara <em>pathophysiology<\/em>nya, TIA disebabkan oleh darah beku yang menghalang peredaran darah ke kawasan tertentu di dalam otak. Halangan ini hanya sementara, ada kalanya tidak sampai lima minit. <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana halangan itu dapat diatasi secara semulajadi oleh tubuh kita, tiada kerosakan otak yang berlaku dan pesakit yang mengalami TIA tidak mengalami kecacatan kekal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka yang berisiko untuk diserang TIA dan stroke adalah penghidap penyakit darah tinggi, pesakit yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi, pesakit jantung dan saluran <em>coronary<\/em> jantung yang tersumbat, pesakit\u00a0 diabetes, pesakit berdengkur semasa tidur (<em>sleep apnea<\/em>), dan pesakit migraine.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orang ramai yang sihat juga mengalami risiko TIA jika dia seorang yang obese, tidak cukup bersenam, berumur 55 tahun ke atas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasihat saya, bagi mereka yang mempunyai risiko-risiko di atas haruslah berhati-hati. Perjuangan kita untuk mengekalkan kesihatan ialah dengan melakukan pemeriksaan berkala, mengikut nasihat yang diberikan doctor, dan segeralah menjalani pemeriksaan jika terdapat masalah sakit kepala yang teruk, penglihatan, perimbangan badan atau lemah anggota badan secara tiba-tiba.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menafikan masalah yang kita hadapi ibarat menutup \u2019bangkai gajah dengan pelepah pisang\u2019. Bila terbau busuknya, ianya menjadi masalah untuk kita menanam bangkainya. Ianya bukan cara yang bijak menghadapi masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allhu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (121010)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. \u00a0Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya \u201cDia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[160,159,158],"class_list":["post-769","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-angin-ahmar","tag-stroke","tag-tia"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-cp","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1123,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selesema-yang-membawa-maut\/","url_meta":{"origin":769,"position":0},"title":"Selesema Yang Membawa Maut","author":"drzubaidi","date":"21\/12\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Tarikh 16 Februari\u00a0adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":10928,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-sampai-kena-serangan-stroke-kedua-atau-ketiga\/","url_meta":{"origin":769,"position":1},"title":"JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA ATAU KETIGA","author":"admin","date":"19\/11\/2019","format":false,"excerpt":"Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an. \u00a0 \"Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.\" \u00a0 \"Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke... \" jelasnya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6119,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menjadi-kurus-tiada-selera-demam-rendah-batuk-berdarah-tanda-santau-kata-rakannya\/","url_meta":{"origin":769,"position":2},"title":"Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2014","format":false,"excerpt":"Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit\u00a0baru yang masuk.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":441,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sawan-dan-ketumbuhan-otak-tiada-kaitan-dengan-saka\/","url_meta":{"origin":769,"position":3},"title":"Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka","author":"drzubaidi","date":"30\/07\/2010","format":false,"excerpt":"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: \u201ckami beriman\u201d, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi \u201cPada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/kota-tinggi-flooding1-300x197.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":783,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-lebam-gigitan-jin-diberikan-rawatan\/","url_meta":{"origin":769,"position":4},"title":"Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?","author":"drzubaidi","date":"18\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, \u201cPerlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?\u201d Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, \u201cDoktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?\u201d Lebam akibat gigitan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":268,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-berurut-pada-abdomen-ketika-hamil-2\/","url_meta":{"origin":769,"position":5},"title":"Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"03\/06\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB \u201cdoctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi\u00a0 yang songsang?\u201d Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/769","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=769"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/769\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10168,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/769\/revisions\/10168"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=769"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=769"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=769"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}