{"id":760,"date":"2010-10-11T11:15:26","date_gmt":"2010-10-11T03:15:26","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=760"},"modified":"2023-01-18T10:21:50","modified_gmt":"2023-01-18T02:21:50","slug":"bahaya-badi-melawat-pesakit-di-hospital-bagi-anak-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-badi-melawat-pesakit-di-hospital-bagi-anak-kecil\/","title":{"rendered":"Bahaya \u2019Badi\u2019 Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti \u201dmeraikan\u201d pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Adab melawat pesakit yang dilupakan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya faham pelawat mungkin datang dari jauh. Kesempatan ini tentu digunakan oleh pelawat untuk bertanya khabar tentang keadaan pesakit. Namun berada di sisi pesakit sepanjang waktu lawatan tentu saja memberikan impak <em>psychology<\/em> dan perubatan kepada pesakit dan waris yang menjaganya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelawat seharusnya tidak menggunakan sepenuhnya masa lawatan itu (sepanjang 530pm-730pm sebagai contoh) untuk tinggal bersama pesakit, jika keadaan tidak sesuai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga beranggapan bahawa tinggal lama bersama pesakit di hospital mendatangkan bahaya dari segi perubatan dan juga menyalahi adab dalam melawat pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah membaca suatu riwayat dari Ibn Abbas, katanya:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi ialah memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising ketika melawat orang sakit<\/em>.\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada satu riwayat dari sahabat iaitu daripada Jabir, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu.<\/em>\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam melawat pesakit, Rasulullah s.a.w menekankan kepentingan memberikan suasana tenang kepada pesakit. Sememangnya ia adalah suatu aspek yang kurang diberikan perhatian oleh para pelawat. Lawatan kepada pesakit yang seharusnya menjadi motivasi kepada pesakit agar dia cepat sembuh dengan memberikan pesakit harapan dan doa untuknya. Semua ini perlu dilakukan dalam ketenangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Jangkitan kuman di hospital atau badi?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlukah kita membawa anak-anak kecil melawat pesakit? Baru-baru ini\u00a0seorang rakan membawa anaknya berjumpa saya. Sudah masuk kali ketiga beliau pergi ke klinik mendapatkan rawatan bagi luka di lutut anaknya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba bertanya bagaimana terjadinya luka. Seingat beliau, setelah balik dari melawat bapanya yang terlantar di hospital, anaknya ada mengadu ada luka lelasan (<em>abrasion wound<\/em>) pada lutut di kirinya akibat terjatuh di lantai wad. Dia telah menyapukan larutan ubat kuning (<em>flavin<\/em>) ke luka anaknya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah dua hari lukanya bertambah teruk dan mula mengeluarkan nanah. Dia segera mendapat rawatan doktor dari klinik berhampiran. Setelah tiga hari makan antibiotik yang diberikan, lukanya tetap tidak kurang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian dia pergi semula ke klinik tersebut. Setelah dicuci lukanya, doktor memberikan antibiotik yang \u2018lebih mahal\u2019, seharusnya lebih baik namun anaknya mula mendapat demam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memeriksa luka pada lutut anak beliau. Bila saya buka balutan di lututnya, saya mendapati luka anak itu dalam keadaan yang amat teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lukanya membusuk. Ini menyebabkan saya mula berfikir tentang kuman yang amat kuat dan <em>resistant<\/em> pada antibiotik. Ianya bengkak, kemerah-merahan di sekitarnya, dan amat sakit apabila disentuh. Saya segera mengambil swab contoh nanah pada lukanya untuk dihantarkan ke makmal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tujuan penghantaran swab ini untuk dianalisa jenis kuman bakteria yang menjangkiti luka pada lutut anak kawan saya ini dan <em>antibiotik<\/em> apa yang sensitif untuk membunuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan penuh kepayahan akibat si anak yang tidak bekerjasama dan menangis trauma ketakutan, saya mendapati luka itu amat dalam sehingga menampakkan lapisan otot dan tulang <em>tibia<\/em> dan <em>patella<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah membalut luka saya mencadangkan agar dibawakan segera ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Ini berdasarkan anaknya mula mendapat demam, keadaan lukanya amat teruk dan saya merasakan tanpa rawatan yang baik, luka anaknya akan melarat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya faham rakan saya ini seorang yang amat sibuk dan isterinya juga berkerjaya. Tiga orang anak-anaknya masih lagi kecil. Mujurlah ada seorang pembantu rumah. Jika anaknya itu ditahan di hospital, tentu kehidupan mereka akan menjadi kelam kabut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun setelah dipujuk , akhirnya beliau setuju. Itu pun setelah saya memberitahu risiko yang bakal menanti. Jika luka semakin teruk, maka ianya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tiga hari selepas itu, saya mendapat telefon dari <em>microbiologist<\/em> di makmal bahawa kebanyakan antibiotik tidak berkesan untuk membunuh kuman pada luka di lutut anak kawan saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah dua hari, saya menerima satu fax dari makmal yang sama, bahawa kuman yang terdapat pada lukanya disahkan sebagai\u00a0<em> <span style=\"text-decoration: underline;\">methicillin-resistant <a title=\"Staphylococcus aureus\" href=\"http:\/\/en.citizendium.org\/wiki\/Staphylococcus_aureus\">Staphylococcus aureus<\/a><\/span><\/em> (<strong>MRSA<\/strong>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat terkejut membaca laporan itu kerana setahu saya kuman yang sangat aggresif ini jarang berada di persekitaran. Ia hanya terdapat di hospital. Apakah anak kawan saya mendapat kuman itu dari hospital ketika ibu bapanya melawat datuknya yang sedang sakit?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba menyusun logika urutan peristiwa. Kanak-kanak itu mungkin berlari di sekitar wad dan terjatuh. Ia mengalami luka kecil dilutut. Rakan saya tidak menyedari hal ini. Apabila pulang ke rumah, kuman telah mula memasuki tisu yang lebih dalam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan saya hanya menyapukan ubat sapu <em>flavin<\/em> yang bertindak sebagai <em>antiseptik<\/em>. Malangnya ia tidak membantu membunuh kuman. Selepas itu dia membawa ke klinik dan itulah seterusnya yang berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Cross infection jangkitan kuman berlaku di hospital<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Situasi sebegini sering dielakkan daripada berlaku ketika berada di hospital. Ia dinamakan <em>cross infection<\/em>. <span style=\"text-decoration: underline;\">Bukan setakat pelawat, tetapi semua staf hospital yang bekerja, termasuk juga doktor dan jururawat adalah golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman secara tidak sengaja ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah pesakit juga menghadapi risiko yang sama. Katakan dia dimasukkan ke hospital akibat masalah dalam perut dan perlukan pembedahan, tetapi setelah 10 hari di hospital, dia mengalami pneumonia pula akibat jangkitan kuman dari pesakit lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Cross infection <\/em>adalah perpindahan kuman bacteria dari seseorang ke seorang yang lain, atau bahagian tubuh seseorang ke bahagian tubuh yang lain contohnya perpindahan kuman dari tangan ke mata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia berlaku di mana-mana institusi kesihatan dan ianya melibatkan kuman-kuman bakteria yang merbahaya ialah\u00a0 methicillin-resistant <em><a title=\"Staphylococcus aureus\" href=\"http:\/\/en.citizendium.org\/wiki\/Staphylococcus_aureus\">Staphylococcus aureus<\/a><\/em> (MRSA), <em><a title=\"Pseudomonas aeruginosa\" href=\"http:\/\/en.citizendium.org\/wiki\/Pseudomonas_aeruginosa\">Pseudomonas aeruginosa<\/a><\/em> dan <em><a title=\"Clostridium difficile\" href=\"http:\/\/en.citizendium.org\/wiki\/Clostridium_difficile\">Clostridium difficile<\/a><\/em><em>. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia boleh berlaku pada sistem ventilasi, atau peralatan yang dianggap bersih seperti cadar tilam. Ini bermakna sistem ventilasi menyalurkan udara yang dijangkiti kuman, antara kuman yang ditakuti ialah\u00a0 <em><a title=\"Legionella pneumophila\" href=\"http:\/\/en.citizendium.org\/wiki\/Legionella_pneumophila\">Legionella pneumophila<\/a><\/em> yang menyerang paru-paru staf hospital, pesakit atau pelawat yang berada di kawasan itu. Ia adalah kuman yang <span style=\"text-decoration: underline;\">sukar dibunuh dengan antibiotik<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain dari bakteria, <em>cross infections<\/em> juga boleh disebabkan oleh virus, fungus, atau parasit yang mungkin memang sedia ada pada anggota pesakit atau datang dari persekitaran hospital yang tidak bersih, kakitangan hospital, pelawat atau pesakit yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak hairanlah jika seseorang yang menjalani pembedahan, mengalami jangkitan kuman di tempat pembedahannya akibat jangkitan kuman ini. Mulanya ia akan menunjukkan kawasan yang merah, hangat dan sakit. Tidak lama kemudian ia menghasilkan nanah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika kuman memasuki saluran darah, ia menyebabkan jangkitan kuman ke seluruh badan. Ia menyebabkan tekanan darah rendah, demam yang kuat, dan kadang kala kekeliruan minda. Pemeriksaan darah akan menunjukkan pesakit mengalami <em>leucocytosis, <\/em>iaitu sel darah putih yang banyak dalam tubuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya jangkitan kuman di hospital mudah berlaku pada orang yang mengalami tekanan mental, kurang zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau penyakit kanser. Kanak-kanak juga antara golongan yang mudah dijangkiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasihat saya bagi mereka yang ingin melawat pesakit di hospital, pastikan saudara <strong>sihat, tidak tinggal terlalu lama di sana atau membawa anak-anak yang belum mengerti apa-apa<\/strong>. Cukuplah menyatakan keprihatinan kita pada pesakit, memberikannya semangat dan motivasi dan mendoakannya agar cepat sembuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (111010)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti \u201dmeraikan\u201d pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[187,8,10],"tags":[155,156,157],"class_list":["post-760","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-fiqh","category-umum","tag-adab-melawat-pesakit","tag-cross-infection","tag-mrsa"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-cg","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":12446,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/peningkatan-pesakit-diabetes-jenis-2-di-kalangan-remaja\/","url_meta":{"origin":760,"position":0},"title":"PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA","author":"admin","date":"11\/01\/2021","format":false,"excerpt":"Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda. Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":11620,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tips-penjagaan-pesakit-yang-baru-dibenarkan-keluar-dari-wad\/","url_meta":{"origin":760,"position":1},"title":"TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD","author":"admin","date":"28\/09\/2020","format":false,"excerpt":"Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad, berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul-betul sihat. Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik. \u00a0 Mereka terpaksa dikeluarkan dari wad kerana kesesakan dalam wad dan memberikan peluang kepada pesakit lain untuk diberikan rawatan. \u00a0 Keadaan ini mungkin berlaku pada masa-masa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1146,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kemoterapi-dan-kesuburan\/","url_meta":{"origin":760,"position":2},"title":"Kemoterapi Dan Kesuburan","author":"drzubaidi","date":"24\/12\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. \u201cSecara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1666,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merawat-luka-pembedahan\/","url_meta":{"origin":760,"position":3},"title":"Merawat Luka Pembedahan","author":"drzubaidi","date":"12\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. \u201dEntah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/26129-300x179.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":769,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/","url_meta":{"origin":760,"position":4},"title":"Sapaan Maut dengan Strok Ringan","author":"drzubaidi","date":"12\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. \u00a0Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya \u201cDia baru kena angin ahmar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4561,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-asthma-tidak-perlu-ubat-hospital\/","url_meta":{"origin":760,"position":5},"title":"Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?","author":"drzubaidi","date":"01\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\"Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat. \u00a0 Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/760","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=760"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/760\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15471,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/760\/revisions\/15471"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=760"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=760"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=760"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}