{"id":725,"date":"2010-10-05T12:54:36","date_gmt":"2010-10-05T04:54:36","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=725"},"modified":"2024-07-23T10:19:19","modified_gmt":"2024-07-23T02:19:19","slug":"kepentingan-ct-scan-otak-untuk-sakit-kepala","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kepentingan-ct-scan-otak-untuk-sakit-kepala\/","title":{"rendered":"Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit \u2019kepala biasa\u2019, atau <em>migraine<\/em> atau <em>stress <\/em>akibat kerja yang banyak. Namun sebagai pesakit, mereka lebih tahu apa yang mereka rasa dan cuma mereka tidak dapat menjelaskan keadaan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sebenarnya tidak boleh memberikan pandangan atau <em>consultation on-line<\/em> seperti mana yang diharapkan. Sebagai doktor, saya harus melakukan pemeriksaan fizikal kepada pesakit dan melakukan beberapa ujian makmal ke atasnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari gabungan pemeriksaan fizikal, keputusan makmal dan pengimejan, mungkin saya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap apa yang berlaku pada pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakna jika seorang pesakit menghidap sakit kepala, saya bukanlah orang yang pertama layak memberikan pandangan. Pesakit haruslah pergi berjumpa dengan doctor keluarga dahulu dan menjalankan pemeriksaan, sama ada fizikal, pemeriksaan darah dan pengimejan (<em>xray dan CT scan<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika tidak berapa puas hati dengan penjelasan atau mahukan <em>second opinion, <\/em>barulah saya layak memberikannya dengan syarat lampirkan laporan perubatan, keputusan makmal dan laporan pengimejan. Dengan ini saya mungkin dapat melihat beberapa perkara yang \u2018terlepas pandang\u2019 oleh doctor yang pertama itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekali lagi janganlah minta pandangan saya dengan hanya memberikan satu dua ayat bagi menerangkan penyakit yang kronik yang dideritai bertahun-tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh <em>\u201cDoktor, saya sudah lama sakit kepala bila ke tempat kerja. Apa penyakit itu sebenarnya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bukannya bomoh yang boleh melihat semua penyakit melalui air dalam mangkok. Seorang doktor memerlukan gabungan pemeriksaan, laporan makmal dan pengimejan supaya dapat membuat diagnosa dengan lebih tepat dan rawatan yang lebih berkesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi sakit kepala yang kronik ini saya mencadangkan agar pesakit menjalani pemeriksaan yang lengkap. Ini kerana sakit kepala adalah simptom yang terlalu luas yang boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit sama ada secara <em>pathological <\/em>atau<em> psychological<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rasanya tidak keterlaluan jika saya mencadangkan pesakit menjalani pemeriksaan <em>CT scan<\/em> otak jika semua pemeriksaan fizikal dan makmal di dapati normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>CT scan<\/em> otak bukannya suatu pemeriksaan yang <em>invasive<\/em>, cuma masalahnya kemudahan ini sukar didapati di Malaysia. Banyak perkara boleh diketahui di dalam otak menggunakan teknik pengimejan ini. Namun sebagai alat buatan manusia, ianya tidak terlepas dari kelemahan mesin yang melakukannya dan juga kelemahan manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kelemahan pada mesin seperti <em>artifact<\/em> atau kekaburan disebabkan cara memproses keputusan filem <em>CT scan. <\/em>Adakalanya mesin itu tidak dapat mengesan masalah dalam otak kerana kekuatan mesin itu tidak cukup untuk melakukan proses pengimbasan dengan baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya juga doktor pakar <em>radiologist<\/em> tidak dapat mengesannya kerana kurang pengalaman terhadap kes-kes penyakit tertentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kali ini saya mahu membawa pembaca melihat peristiwa yang berlaku ke atas seorang wanita muda berumur 39 tahun di US. Perhatikan kepentingan <em>CT scan <\/em>otak dalam kes sakit kepala yang teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita ini mengadu sakit kepala yang amat sangat di bahagian belakang kepala (<em>occipital<\/em>) dan muntah berkali-kali. Ia berlaku di tempat kerja, maka rakan-rakan sekerjanya membawanya ke Jabatan Kecemasan di seuah hospital di sana.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita itu menggambarkan sakit kepalanya seperti \u201c<em>sakit kepala yang paling teruk yang pernah dihadapinya<\/em>\u201d. Ianya berlaku secara tiba-tiba semasa beliau berhempas pulas sibuk melakukan kerja-kerja yang banyak di pejabat. Mulanya beliau cuba makan ubat Ponstan 500mg seperti biasa dia mengambilnya. Namun sakit kepalanya tidak berkurang. Ini membuatkan beliau pitam di atas lantai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum ini beliau tidak pernah mengalami\u00a0 kecederaan di kepala, atau berasa amat penat, rasa demam, mengalami pandangan mata berkabur, atau masalah-masalah lain kecuali sakit kepala disertai loya dan muntah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu beliau memberitahu 2 hari sebelumnya beliau ada mengalami sakit kepala yang kuat seperti ini tetapi berlangsung hanya beberapa minit saja dan hilang dengan sendirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau tidak mengalami masalah perubatan ketika hamil 2 orang anak. Beliau tidak pernah menjalani pembedahan, namun beliau ada mengamalkan pil perancang keluarga selama 15 tahun. Beliau bekerja sebagai akauntan dan tidak pernah merokok atau mengambil apa-apa dadah memabukkan. Sejarah perubatan keluarganya juga amat baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila doktor melakukan pemeriksaan, dia agak <em>obese, <\/em>tidak mengalami demam, degupan jantung normal dan tekanan darah <em>\u00a0<\/em>160\/90 mm Hg agak tinggi. Kadar pernafasannya normal 20 pernafasan\/min.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor mendapati tiada bengkakan atau ada bahagian yang berasa sakit di kepalanya. Pemeriksaan hidung, telinga dan tekak adalah normal. Pemeriksaan saraf <em>cranial <\/em>dan<em> periphery<\/em> didapati normal, dan pemeriksaan dalam mata (<em>fundoscopy<\/em>) juga normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan leher dan paru-paru juga normal. Jantung berdegup dengan baik. Kekuatan otot dan kesimbangan normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang lebih membingungkan keputusan makmal bagi pemeriksaan darah juga normal. Saya percaya jika kita di Malaysia, kebanyakan doktor akan <em>give up<\/em> dan mendiagnosa pesakit itu sebagai <em>migraine <\/em>dan membenarkan balik ke rumah dengan ubat penahan sakit saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apa yang dilakukan oleh doktor itu ialah meminta pesakit itu menjalani pemeriksaan <em>CT scan<\/em> otak. Keputusan pemeriksaan mendapati terdapat tompokan <em>hyperdensity <\/em>dalam<em> subarachnoid space<\/em>. Ini bermakna terdapat pendarahan kecil di dalam otak yang menyebabkan sakit kepala yang teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana tiada kejadian kecederaan trauma di kepala, maka doktor memberikan diagnosa \u201d<strong><em>subarachnoid haemorrage (SAH)<\/em><\/strong>\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya rasa wanita ini bernasib baik kerana mendapat kemudahan <em>CT scan <\/em>otak, yang mana kurang dinikmati oleh pesakit di Malaysia. Mesin <em>CT<\/em><em> Scan<\/em> di Malaysia amat terhad di hospital kerajaan sementara di hospital swasta kosnya kira-kira RM550-RM800.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kejadian di mana pendarahan berlaku pada <em>subarachnoid space<\/em> di dalam otak adalah emergency dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika pendarahan terus berlaku di dalam otak. Seseorang wanita yang mengalami sakit kepala yang teruk, boleh pitam, pengsan dan seterusnya koma dan meninggalkan kerosakan otak yang kekal jika dia pulih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pendarahan di otak sebegini disebabkan oleh kebocoran dari saluran darah yang cacat (<em>aneurysm<\/em>) di otak. <em>Subarachnoid hemorrhage<\/em> berlaku pada 20-50 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk dan 10%-15% pesakit meninggal dunia sebelum sampai ke hospital. Ianya lebih banyak berlaku di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun contoh yang saya berikan agak ekstrem, namun saya tetap berpendapat bahawa <em>CT Scan<\/em> otak banyak membantu doktor dalam kes-kes sakit kepala yang kronik. Pemeriksaan darah saja tidak mungkin mencukupi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pesakit sudah menderita sakit kepala berpuluh tahun dan mengganggu aktiviti seharian, maka dapatkanlah pemeriksaan yang sempurna. Walaupun harga pemeriksaan <em>CT scan <\/em>agak mahal, namun saya rasa ianya berbaloi. Ramai yang tidak mahu menjalani pemeriksaan ini kerana harganya tetapi telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapat rawatan bomoh, sengseng dan MLM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terserah kepada pesakit untuk memilih kerana menjalani kehidupan ini adalah penuh dengan pilihan. Pilihlah pilihan yang betul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (051010)<\/p>\n<div class=\"mceTemp\">\u00a0<\/div>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit \u2019kepala biasa\u2019, atau &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[148,69,149],"class_list":["post-725","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-ct-scan-otak","tag-sakit-kepala","tag-suaarachnoid-haemorrhage"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-bH","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5699,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kecederaan-kepala-anak-keretakan-tulang-dan-darah-beku\/","url_meta":{"origin":725,"position":0},"title":"KECEDERAAN KEPALA ANAK : KERETAKAN TULANG DAN DARAH BEKU","author":"drzubaidi","date":"16\/04\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3\/3\/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku. \u00a0Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"CTscan head","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/CTscan-head.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":686,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-akibat-hentikan-ubat-sawan\/","url_meta":{"origin":725,"position":1},"title":"Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan","author":"drzubaidi","date":"02\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":246,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-berterusan-adakah-tumor-otak\/","url_meta":{"origin":725,"position":2},"title":"Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?","author":"drzubaidi","date":"01\/06\/2010","format":false,"excerpt":"Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2188,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":725,"position":3},"title":"Sakit Kepala ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"25\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, bolehkah isteri saya yang hamil makan Panadol yang dijual di farmasi?\u201d Saya berkerut dahi. Soalan ini seperti soalan perangkap. \u201cBoleh, asalkan ikut dos yang ditetapkan.\u201d \u201cBukan apa doc, isteri saya sudah telan 8 biji panadol pagi ini sebab sakit kepala yang kuat...\" Ya Allah\u2026 Sahlah, soalan tadi adalah soalan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":845,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-pitam-di-kalangan-wanita-muda\/","url_meta":{"origin":725,"position":4},"title":"Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda","author":"drzubaidi","date":"02\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita\u00a0pertengahan 20an, mengadu\u00a0sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba\u00a0beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1-300x229.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5055,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/haemoglobin-rendah-dan-sakit-kepala-akibat-terhentak\/","url_meta":{"origin":725,"position":5},"title":"Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak","author":"drzubaidi","date":"09\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas. \u00a0 Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"tired-man","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/tired-man-300x199.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=725"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19316,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/725\/revisions\/19316"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}