{"id":686,"date":"2010-10-02T15:14:21","date_gmt":"2010-10-02T07:14:21","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=686"},"modified":"2023-07-13T14:33:28","modified_gmt":"2023-07-13T06:33:28","slug":"sakit-kepala-akibat-hentikan-ubat-sawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-akibat-hentikan-ubat-sawan\/","title":{"rendered":"Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan"},"content":{"rendered":"<h2 style=\"text-align: justify;\"><\/h2>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat penahan sakit untuk beberapa jam dan kemudian sakit kepalanya menyerang semula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya kebingungan dan menatap kosong kertas yang mengandungi keputusan darahnya. Saya tidak tahu di mana punca sakit kepala beliau kerana keputusan darah beliau adalah normal dan pesakit ini mempunyai badan tegap seperti athelet.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba mengorek lagi cerita sakit kepalanya. Kemarahan beliau akibat terlalu kecewa dengan sakit kepala itu kadangkala menguji kesabaran saya juga. Namun saya cuba menfokuskan diri dan mencari sebab-sebab sakit kepalanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya saya bertanya kalau-kalau dia ada mengamalkan ubat-ubat herba. Dia menyatakan YA, namun itu tidak membuatkan saya teruja, tetapi apabila dia menyambung <em>\u201dSaya makan ubat herba sebab saya ada penyakit epilepsy. Saya dah jemu makan ubat dari hospital dan sudah lama meninggalkannya\u201d <\/em>membuatkan saya mengerti mengapa sakit kepalanya dalam tahap teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor berapa lama saya nak makan ubat ini? Tak ada ubat yang membolehkan saya terus sembuh? Saya dah jemu makan ubat dan saya mahu sembuh!<\/em>\u201d Nada marahnya betul-betul menjentik akidah saya. Dia marah untuk apa?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia boleh bertanyakan soalan itu namun jika pertanyaannya itu membawa kepada mempersoalkan takdir, itu yang membuatkan saya \u2019berasap\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tiada siapa yang mahu sakit dan penyakit ini adalah ujian dariNYA. Saya sendiri sebagai doktor yang membantu pesakit, ALLAH uji dengan penyakit juga. Maka kita redha dan berusahalah mencari penawarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201d(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali\u201d (al Baqarah 156) <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya rasa dia amat beruntung mendapat rahmat ALLAH kali ini kerana walaupun seminggu sakit kepala, namun belum lagi ditakdirkan mendapat sawan. Ramai yang meninggalkan ubat-ubat dari hospital untuk penyakit epilepsi, akhirnya ditakdirkan mengalami sawan dan lebih memburukkan lagi ianya menyebabkan komplikasi lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya masih teringat ketika bekerja di Jabatan Pembedahan di Hospital Sultanah Aminah kira-kira 10 tahun yang lalu, terdapat banyak kes di mana wanita yang sedang memasak terkena minyak panas di seluruh tubuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada yang mengalami 45% kecederaan terbakar dan yang meninggal dunia akibatnya. Mereka mengalami sawan ketika memasak, di mana ketika mereka menggelupur itu minyak di kuali tersimbah ke badan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segalanya berpunca wanita-wanita itu meninggalkan ubat untuk epilepsi dan menyangka dia telah sembuh (atau mungkin jemu memakan ubat epilepsi)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya kebanyakan kes kemalangan jalanraya juga disebabkan oleh pemandu itu mengalami sawan secara tiba-tiba.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkataan epilepsi digunakan secara umum untuk penyakit yang menyebabkan sawan.Sawan pula adalah simptom yang menceritakan keadaan pesakit yang menggelepar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia umpama demam yang menunjukkan simptom dan bukannya penyakit. Dalam kes ini epilepsi adalah penyakit dan sawan (seizure) adalah tanda bagi penyakitnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sawan bermula dari dalam otak yang disebabkan oleh punca-punca tertentu. Ia berlaku apabila <em>electrical impulses<\/em> dalam otak berfungsi secara <em>abnorma<\/em>l melebihi aktivitinya yang biasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia bermula dari suatu kawasan kecil di otak dan merebak ke bahagian lain menyebabkan ianya tidak terkawal dan mengakibatkan otot-otot akan menjadi kecut dan rehat (<em>twitching<\/em>) secara serta merta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya pesakit dapat merasakan tahap permulaan untuk mendapat sawan. Dia mungkin merasa sakit kepala, tidak berapa selesa dengan dirinya, ada kalanya pandangan terjejas (adakalanya nampak \u2019bintang-bintang\u2019) dan mungkin juga mendengar sesuatu yang pelik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi nasihat saya bagi mereka yang menghidap epilepsi, jika mengalami sesuatu seperti yang saya sebutkan, ia menunjukkan pesakit dalam bahaya dan mungkin akan mengalami sawan bila-bila masa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segeralah berjumpa doktor yang bertanggungjawab memberikan ubat-ubatan itu. Saya percaya sama ada ubat itu tidak lagi berkesan akibat sesuatu yang lebih parah berlaku di dalam otak atau dos ubat itu perlu dinilai semula dan mungkin perlu dinaikkan dosnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai juga yang bertanya punca-punca yang menyebabkan penyakit epilepsi ini. Saya bersimpati bagi pesakit-pesakit ini. Pada saya ianya sesuatu yang tidak dapat kita jangkakan akan berlaku pada kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Epilepsi secara mudahnya saya terang begini. Ianya bermula akibat kerosakan pada otak secara kekal yang menyebab seseorang itu mudah mendapat sawan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerosakan otak ini boleh disebabkan bayi tidak cukup oksigen semasa proses kelahiran, atau \u00a0kecederaan kepala dan otak semasa kemalangan, atau ketumbuhan dalam otak, atau penyakit sistemik yang boleh merosakkan otak seperti\u00a0 <em>tuberous sclerosis<\/em>, atau jangkitan kuman\u00a0 yag melibatkan otak atau selaputnya iaitu <em>meningitis<\/em> atau <em>encephalitis<\/em>, atau penyakit stroke atau akibat masalah genetik (keturunan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu sebanyak 70% dari kes epilepsi pada kanak-kanak dan dewasa tidak diketahui puncanya. \u00a0Apa yang penting bagi pesakit ialah tabah menghadapi ujian penyakit ini dan berusaha untuk mencari penawarnya. Ia adalah takdir yang menguji keimanan kita dan beruntunglah bagi mereka yang bersabar di akhirat nanti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerosakan pada otak tidak menyebabkan pesakit epilepsi sentiasa mengalami sawan. Apabila aktiviti eletrik telah menjadi normal, pesakit akan berkeadaan seperti biasa. Namun pesakit boleh mengalami sawan-sawan bila-bila masa disebabkan beberapa faktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Faktor yang akan menyebabkan orang yang mempunyai epilepsi ini mengalami sawan dinamakan <em>trigger factor<\/em>.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><em>Trigger Factor<\/em><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara yang faktor yang menjadi pesakit epilepsi ini mengalami sawan ialah tidak makan ubat untuk penyakit epilepsinya tanpa nasihat doktor. Ramai yang meninggalkan ubat itu kerana mungkin menyangka bahawa dia telah sembuh dari penyakit epilepsi, jemu memakan ubat epilepsi itu atau mungkin dia mencari alternatif lain (ubat-ubat herba) bagi mengawal penyakitnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya mencadangkan bagi pesakit epilepsi yang berjumpa doktor untuk rawatan lain seperti sakit perut, sakit kepala atau batuk selsema; agar memberitahu doktor bahawa dia adalah pesakit epilepsi. Ini memudahkan doktor memberikan \u00a0rawatan kerana sesetengah ubat yang diberikan mengganggu keberkesanan ubat epilepsi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menjawab soalan pesakit saya tadi, setakat ini perubatan moden belum menjumpai ubat-ubatan yang ajaib di mana ubat itu boleh memperbaiki kerosakan yang telah berlaku pada otak. Namun apa yang lebih saya yakini, Allah akan menguji kita dalam pelbagai bentuk ujian. Terimalah dengan redha dan brusahalah agar sawan itu tidak mengganggu aktiviti kehidupan seharian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270910)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog<\/a>\u00a0<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat penahan sakit untuk beberapa jam &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[142,67],"class_list":["post-686","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-epilepsi","tag-sawan"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-b4","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":725,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kepentingan-ct-scan-otak-untuk-sakit-kepala\/","url_meta":{"origin":686,"position":0},"title":"Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala","author":"drzubaidi","date":"05\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2188,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":686,"position":1},"title":"Sakit Kepala ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"25\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, bolehkah isteri saya yang hamil makan Panadol yang dijual di farmasi?\u201d Saya berkerut dahi. Soalan ini seperti soalan perangkap. \u201cBoleh, asalkan ikut dos yang ditetapkan.\u201d \u201cBukan apa doc, isteri saya sudah telan 8 biji panadol pagi ini sebab sakit kepala yang kuat...\" Ya Allah\u2026 Sahlah, soalan tadi adalah soalan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5005,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pengalaman-pesakit-endometriosis-yang-hampir-kehilangan-nyawa\/","url_meta":{"origin":686,"position":2},"title":"PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA","author":"drzubaidi","date":"01\/12\/2013","format":false,"excerpt":"JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid. \u00a0Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid. Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa\u2026","rel":"","context":"In &quot;EKF&quot;","block_context":{"text":"EKF","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/ekf\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2017,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-jangka-panjang-cafergot\/","url_meta":{"origin":686,"position":3},"title":"Kesan Jangka Panjang Cafergot","author":"drzubaidi","date":"23\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun\u201d Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/cafergot.1jpg.jpg?fit=500%2C375&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4418,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-menggunakan-pil-pelangsing\/","url_meta":{"origin":686,"position":4},"title":"Kesan menggunakan Pil Pelangsing","author":"drzubaidi","date":"09\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan. \u00a0 Saya mencuba\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5055,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/haemoglobin-rendah-dan-sakit-kepala-akibat-terhentak\/","url_meta":{"origin":686,"position":5},"title":"Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak","author":"drzubaidi","date":"09\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas. \u00a0 Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"tired-man","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/tired-man-300x199.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/686","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=686"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/686\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15893,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/686\/revisions\/15893"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=686"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=686"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=686"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}