{"id":670,"date":"2010-09-30T12:32:12","date_gmt":"2010-09-30T04:32:12","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=670"},"modified":"2024-08-01T16:49:08","modified_gmt":"2024-08-01T08:49:08","slug":"adakah-perlu-ubat-selesema-untuk-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-perlu-ubat-selesema-untuk-anak\/","title":{"rendered":"Perlukah Ubat Selesema untuk Anak?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara <em>over the counter (OTC)<\/em> (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu <em>advance <\/em>sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya masih teringat lagi bila saya semasa kecil, ibubapa saya \u2018membiarkan\u2019 saya bersin dan mengalami selsema sehingga <em>mucous<\/em> (lender) selsema itu kering di pipi. Selsema saya berhenti sendiri untuk beberapa hari selepas itu tanpa diberikan apa-apa ubat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun alhamdulillah saya jarang sakit, tidak seperti sesetengah kanak-kanak yang saya temui di Pusat Kesihatan yang datang mendapat rawatan dengan buku rekod kesihatan yang tebal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak menyalahkan kanak-kanak ini atau ibubapa mereka, namun saya mengharapkan agar ibubapa tidaklah terlalu ghairah untuk mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka jika keadaan mereka tidak terlalu serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisme pertahanan diri (immuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflex untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflex batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah saya selalu merasionalkan tindakan ini dengan memberitahu bahawa badan kita haruslah diberikan peluang untuk cuba menghalang jangkitan itu dengan pembentukan antibodi dalam tubuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Misalan yang selalu saya berikan ialah seperti ini. Katakan ada tentera Israel datang menyerang Malaysia. Memberikan antibiotik tanpa memberikan peluang kepada tubuh kita untuk membentuk antibodi ibarat mengundang tentera bantuan dari negara luar membantu kita membunuh tentera-tentera Israel itu sedangkan askar kita duduk senang lenang. Tanpa \u2019latihan\u2019 sebegini, bayangkan jika bantuan dari tentera luar tidak datang, bolehkan askar-askar kita mempertahankan diri?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga dengan sistem pertahanan badan. Berilah peluang untuk badan menjalani \u2019latihan\u2019 dengan membentuk antibodi. Jika \u2019tentera\u2019 anak kita (atau sistem imuniti badan) lemah barulah kita bantu mereka dengan tentera dari luar (antibiotik).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Di manakah kewajaran memberikan ubat?<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti <em>actifed<\/em>) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari dua tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat yang mengandungi antihistamine selalu diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami simptom alergik (alahan) seperti kegatalan pada kulit, mata berair, bersin dan ruam pada kulit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada Jun 2008, <em>American Academy of Padiatric<\/em> telah memberikan kenyataan tentang ubat seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia mengatakan bahawa ubat seperti itu tidak langsung memberikan kesan kepada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah malah boleh mendatangkan bahaya terutamanya mereka yang berumur dua tahun ke bawah jika ianya diberikan tanpa pengawasan doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Badan yang mengawal ubat-ubatan di Amerika Syarikat , <em>U.S. Food and Drug Administration<\/em> juga telah melakukan penilaian terhadap penggunaan ubat batuk dan selsema yang boleh dibeli secara <em>over-the-counter<\/em> (tanpa perlu preskripsi doktor) terhadap kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">FDA telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa semua ubat-ubatan seperti itu <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak harus diberikan<\/span> kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. <em>US FDA<\/em> memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak berkesan<\/span> kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga ke 11 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengapa ianya tidak harus diberikan kepada kanak-kanak? Isu ini telah menjadi perdebatan di kalangan para doktor untuk mengimbangi kebaikan dan keburukannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini berikutan terdapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubat ini secara tidak langsung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memberikan <em>antihistamine<\/em> ( mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru bertambah kurang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku pada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia adalah kesan sampingan secara tidak langsung yang sangat dibimbangi. Namun belum ada bukti kajian sains yang menunjukkan ada kaitan secara langsung mengambil ubat antihistamine boleh menyebabkan kematian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Apakah langkah yang selamat untuk ibubapa untuk merawat anak mereka yang batuk dan selsema?<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk melegakan hidung yang tersumbat (<strong>stuffy nose<\/strong>), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan ke dalam hidung anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga kadang kala menyarankan kepada ibubapa agar menyedut saja mucuos (lendir) yang menyumbati hidung anak dengan menggunakan mulut. Selepas disedut, lendir itu bolehlah dibuang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk menghilangkan <strong>batuk<\/strong> di kalangan kanak-kanak yang berumur<span style=\"text-decoration: underline;\"> lebih dua tahun<\/span> boleh berikan air suam atau boleh mencuba berikan setengah sudu madu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi kanak-kanak berumur dua tahun hingga sebelas tahun, dos madu yang dicadangkan ialah satu sudu. Madu dan air suam juga boleh melonggarkan lendir yang berada di tekak. Namun bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah, penggunaan madu dan air suam tidak digalakkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Demam<\/strong> boleh dirawat dengan memberikan ubat panadol atau paracetamol yang boleh didapati dari farmasi. Namun haruslah mengikut preskripsi yang ditetapkan oleh doktor atau ahli farmasi. Menggunakan teknik <em>tapid sponging<\/em> juga dapat membantu menurunkan suhu badan. Caranya ialah membasahkan tuala kecil dan letakkan di dahi dan celah ketiak kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga ibubapa yang mengadu tentang <strong>kahak<\/strong> yang sukar dibuang. Ianya terlalu banyak menyebab batuk berbunyi seolah-olah asthma. Doktor akan memastikan kanak-kanak ini tidak menghidap asthma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya selalu mencadangkan kanak-kanak yang lebih besar agar menggunakan teknik menghidu wap <em>mentho<\/em>l. Caranya ialah dengan menggunakan air suam dan letakkan sedikit <em>vick menthol<\/em> ke dalam air yang suam. Tutupkan kepala kanak-kanak itu dengan tuala agar wap dari <em>vick menthol<\/em> itu boleh dihidu perlahan-lahan ke dalam dadanya. Tepukkan perlahan-lahan belakang dada kanak-kanak itu agar kahak yang longgar dapat dibatukkan dan dikeluarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (300910)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir. Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[187,4],"tags":[136],"class_list":["post-670","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-farmasi","tag-anak-selesema"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-aO","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4403,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-saya-berjumpa-doctor-apabila-anak-selesema\/","url_meta":{"origin":670,"position":0},"title":"Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia \u00a0sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/WhatsApp-Image-2024-09-03-at-11.15.42-AM-300x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4635,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghilangkan-batuk-berlendir-pada-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":670,"position":1},"title":"MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK","author":"drzubaidi","date":"08\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. \u00a0 Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":3691,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kurangkan-penggunaan-antibiotik-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":670,"position":2},"title":"Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2013","format":false,"excerpt":"Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila\u00a0 saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa \"demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik\". Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":18105,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-antibiotik-bila-anak-sering-selsema-dan-batuk\/","url_meta":{"origin":670,"position":3},"title":"PERLUKAH ANTIBIOTIK BILA ANAK SERING SELSEMA DAN BATUK?","author":"admin","date":"08\/04\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum doktor. Boleh doktor terangkan apa perbezaan selsema biasa dengan selsema elergik di kalangan kanak kanak. Sebab anak saya kerap selsema dan bersin. Doktor di klinik berikan ubat selsema dan antibiotik. Saya confused nak bagi ubat bila anak selsema, perlukah ubat antibiotik? Kadang tengok dia bukan selsema sangat cuma ada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/71nv5bcjy1rge0cv5xysm56hd0-200x300.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9839,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tips-bagi-ubat-pada-anak\/","url_meta":{"origin":670,"position":4},"title":"TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT","author":"drzubaidi","date":"01\/10\/2018","format":false,"excerpt":"Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa \"berperang\" dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1-300x300.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5912,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selsema-yang-disebabkan-oleh-virus-berbahaya-kepada-wanita-hamil\/","url_meta":{"origin":670,"position":5},"title":"Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?","author":"drzubaidi","date":"14\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema. \u00a0 Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka. \u00a0 Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang. \u00a0 Selesema yang disebabkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=670"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19366,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/670\/revisions\/19366"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}