{"id":610,"date":"2010-09-03T08:52:21","date_gmt":"2010-09-03T00:52:21","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=610"},"modified":"2023-01-09T16:45:33","modified_gmt":"2023-01-09T08:45:33","slug":"ovulation-predictor-kits-opk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ovulation-predictor-kits-opk\/","title":{"rendered":"Ovulation Predictor Kits (OPK)"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3>OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat<\/h3>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Saya mendapat banyak pertanyaan melalui <em>email<\/em> dan <em>inbox facebook<\/em>, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga.<\/p>\n<p>Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima\u2019 bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima\u2019 bersama suami pada hari itu.<\/p>\n<p>Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun tidak lebih dari tiga hari.<\/p>\n<blockquote>\n<p><em>\u201dDialah yang mencipta kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkan kamu sebagai seorang anak,..\u201d<\/em> (al Ghafir : 67)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p>Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita. Dengan teknologi moden, para saintis telah mencipta Ovulation Prediction Kits (OPK). Alat ini membantu seseorang wanita untuk mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Namun harus diingat proses persenyawaan bukan saja melibatkan penentuan tarikh kesuburan itu, banyak perkara lain yang mempengaruhi kesuburan itu yang harus diambil kira.<\/p>\n<p>Walau bagimanapun alat yang boleh dibeli melalui farmasi ini sangat membantu para isteri. Mungkin bagi pasangan yang tinggal bersama suami atau isteri tidak menjadi masalah.<\/p>\n<p>Namun bagi mereka yang terpisah kerana menyambung pelajaran atau tuntutan tugas dan sesekali saja berjumpa, ia merupakan suatu kemudahan untuk mereka, sama ada merancang untuk mendapat zuriat atau merancang untuk melambatkan zuriat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3>Bagaimana alat itu berfungsi?<\/h3>\n<p>Ovulation adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana telur (ovum) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari. <strong>Luteinizing Hormone (LH)<\/strong> adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari itu kandungan LH berada dalam tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan keluar melalui air kencing.<\/p>\n<p>Bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kitaran haids 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14. Jadi para isteri dinasihatkan untuk bersama suami jika mahu mendapatkan zuriat. Untuk lebih yakin, OPK membantu mengesan hari ovulasi ini dengan mengesannya melalui air kencing.<\/p>\n<p>Namun bagi yang tidak mempunyai kitaran haids yang tetap, OPK amat membantu para isteri mengesan hari ovulasi. Mengesan hari ovulasi penting bagi mereka kerana bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang pendek, ovulasi boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haids.<\/p>\n<p>Oleh kerana OPK ini agak mahal, maka saya menasihatkan agar menggunakannya secara berhikmah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3>Bilakah hari yang sesuai untuk melakukan ujian ini?<\/h3>\n<p>Pengiraan hari yang sesuai hendaklah dilakukan dulu. Pertama, kira panjang kitaran haids secara purata. Kitaran haids dikira bermula dari hari pertama pendarahan haids hingga hari terakhir sebelum darah darah haids bermula semula.<\/p>\n<p>Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haids sebelum ini.<\/p>\n<p>Selepas itu tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haids. Sebagai contoh jika panjang kitaran haids ialah 28 hari, 28-17 ialah 11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11. Teruskan selama enam hari berikutnya.<\/p>\n<p>Ia akan memberikan keputusan yang diharapkan.<\/p>\n<p>Jadual dibawah mungkin membantu.<\/p>\n<table border=\"1\" width=\"55%\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\"><strong>Panjang Kitaran Haids<\/strong><\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\"><strong>Hari untuk lakukan ujian<\/strong><\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">21 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 4<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">22 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 5<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">23 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 6<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">24 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 7<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">25 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 8<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">26 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 9<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">27 Hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 10<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">28 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 11<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">29 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 12<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">30 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 13<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">31 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 14<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">32 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 15<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">33 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 16<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">34 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 17<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">35 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 18<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">36 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 19<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">37 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 20<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">38 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 21<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"160\">\n<p style=\"text-align: center;\">39 hari<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"166\">\n<p style=\"text-align: center;\">Hari ke 22<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>OPK berfungsi dengan mengesan luteinizing hormone (LH) ketika ia berada di paras tertinggi. Keadaan ini dinamakan sebagai <strong><em>LH surge<\/em>. <\/strong><\/p>\n<p>Jika ujian OPK menjadi positif, biasanya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan ovulasi dan tahap kesuburan adalah maksima. Proses persenyawaan di tahap terbaik pada ketika itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/EkstrakKacipFatimah\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3>Cara menggunakan OPK<\/h3>\n<p>Para pengguna haruslah membaca arahan pada kertas yang dilampirkan di dalam kotak OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 2pm dan 2.30pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.<\/p>\n<p>Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkin dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum dua jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan LH surge.<\/p>\n<p>Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.<\/p>\n<p>Masa reaksi untuk menunjukkan keputusan ujian itu selalunya lima minit. Ini bermakana seorang itu harus menunggu lima minit sebelum boleh melihat keputusannya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"616\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ovulation-predictor-kits-opk\/otresults1-2\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?fit=420%2C85&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"420,85\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"otresults(1)\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?fit=420%2C85&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-616\" title=\"otresults(1)\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?resize=300%2C60&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"60\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?resize=300%2C60&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/otresults11.gif?w=420&amp;ssl=1 420w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Semua OPK mempunyai dua jalur C dan T, C bermakna control (kawalan) dan T bermakna Test (ujian).\u00a0 Jalur kawalan adalah untuk memastikan alat ini berfungsi atau tidak. Jalur ujian memberitahu sama apa ianya positif (mempunyai jalur) atau negatif (tidak mempunyai jalur).<\/p>\n<p>Ujian ini menjadi positif (bermakna terdapat LH Surge) apabila terdapat jalur pada bahagian ujian yang <span style=\"text-decoration: underline;\">sama terang<\/span> dengan jalur terdapat di bahagian kawalan. Ujian ini menjadi negatif apabila jalur pada bahagian test tidak wujud atau jalurnya tidak terang.<\/p>\n<p>Para pengguna selalu keliru apabila wujudnya jalur ujian tetapi tidak terang. Ianya dikira negatif\u00a0 kerana dalam badan seorang wanita itu tetap mempunyai hormon LH yang rendah. Ianya bukan LH surge di mana tahap LH berada di tahap tertinggi. Jika ianya berlaku, dinasihatkan agar mengulanginya semula esok selama enam hari atau sehingga OPK menunjukkan keputusan positif.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3>Kesan ubat penyubur pada OPK<\/h3>\n<p>Jika wanita itu menggunakan tablet Clomid (clomiphene citrate) untuk tujuan penyuburan, ia boleh memberikan keputusan <strong><em>false positive<\/em><\/strong> iaitu bacaan OPK akan menunjukkan positif padahal, tiada <em>LH surge<\/em>.<\/p>\n<p>Dinasihatkan untuk menunggu 3 hari selepas tamat penggunaan ubat itu. Sebagai contoh, jika tablet Clomid diambil pada hari ke 3 hingga ke 7, maka ujian OPK haruslah dibuat pada hari ke 10.<\/p>\n<p>Jika wanita itu menggunakan suntikan penyubur seperti Pergonal, Humegon atau Repronex, haruslah bertanyakan kepada doctor dahulu. Dibimbangi ia akan memberikan keputusan false positif juga kerana ianya mengandungi hormone campurnan LH dan FSH.<\/p>\n<p>Bagi ubat suntikan penyubur seperti Gonal-F, Follistim dan Fertinex, ia mengandungi hormone FSH saja, jadi ia tidak menjejaskan ujian OPK itu.<\/p>\n<p>Bagi wanita yang Allah s.w.t uji dengan kepayahan untuk hamil, saya nasihatkan agar puan-puan banyak bersabar. Lakukan banyak sedekah dan banyak berdoa. Jika segala usaha telah puan lakukan, insya Allah puan akan diberikan yang terbaik, sama ada doa puan dimakbulkan Allah atau Allah memberikan puan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.<\/p>\n<p>Selalunya ia mengambil beberapa kitaran haids untuk puan-puan berusaha mengenalpasti waktu subur dan akhirnya hamil. Kebarangkalian untuk hamil bagi setiap kitaran haids\u00a0 bergantung kepada umur wanita itu.<\/p>\n<p>Jika puan berumur antara 20-25 tahun, kebarangkalian untuk hamil pada setiap kitaran haids adalah 25%. Semakin umur meningkat, semakin merosotlah kebarangkalian itu. Pada umur 25-30 tahun kebarangkalian untuk hamil ialah 20%. Pada umur 30-35 merosot kepada 15%. Selepas 35 tahun merosot sebanyak 10% bagi setiap kitaran haids, dan ianya semakin merosot.<\/p>\n<p>Ini bermakana untuk mendapat kebarangkalian untuk hamil, jika puan berumur dalam lingkungan 30an, puan perlu berusaha sebanyak 6 atau 7 kitaran. Jika selepas setahun, puan masih tidak berjaya untuk hamil, saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan dan perbidanan yang mahir dalam bidang kesuburan wanita.<\/p>\n<p>Namun bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, jika melihat pada pengiraan kebarangkalian 10%, memerlukan sekurang-kurangnya 10 kitaran haids, (10% X 10 kitaran haid = 100% ), namun saya mencadangkan puan segera pergi berjumpa pakar jika gagal hamil dalam masa 6 bulan.<\/p>\n<p>Ini kerana kebarangkalian puan untuk hamil sangat rendah, dan jika hamil pula, kebarangkalian untuk gugur (<em>miscarriage) <\/em>sangat tinngi. Jadi jangan buang masa.<\/p>\n<p>Semoga dapat membantu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Wallahu a&#8217;lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>IKLAN<\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"[KLIK]\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat \u00a0 Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga. Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186,4],"tags":[123,124],"class_list":["post-610","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-farmasi","tag-opk","tag-zuriat"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-9Q","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":14200,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hari-subur-wanita\/","url_meta":{"origin":610,"position":0},"title":"HARI SUBUR WANITA","author":"admin","date":"07\/11\/2021","format":false,"excerpt":"Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri. Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;kehamilan&quot;","block_context":{"text":"kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/kehamilan\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":447,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/cara-menentukan-masa-kesuburan-wanita\/","url_meta":{"origin":610,"position":1},"title":"Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita","author":"drzubaidi","date":"30\/07\/2010","format":false,"excerpt":"\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064f\u0637\u0652\u0641\u064e\u0629\u064d \u0623\u064e\u0645\u0652\u0634\u064e\u0627\u062c\u064d \u0646\u064e\u0628\u0652\u062a\u064e\u0644\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0641\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0633\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064b\u0627 \u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u201d Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat\u201d (al-Insan : 2) Isu kesuburan adalah ketetapan Allah Tentunya pasangan yang berkahwin\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":610,"position":2},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1343,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekerapan-jima-untuk-hamil\/","url_meta":{"origin":610,"position":3},"title":"Kekerapan Jima\u2019 untuk Hamil","author":"drzubaidi","date":"31\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1445,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-stress-mengganggu-kesuburan-wanita\/","url_meta":{"origin":610,"position":4},"title":"Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?","author":"drzubaidi","date":"02\/03\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.\u201d Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. \u201dKami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/stress_2-294x300.gif?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":11484,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ingin-hamil-semula-setelah-sepuluh-tahun\/","url_meta":{"origin":610,"position":5},"title":"INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN","author":"admin","date":"03\/09\/2020","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Assalammualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai ubat subur Clomid 50mg. Saya tidak merancang kehamilan sudah 10 tahun dan sekarang saya berusaha untuk hamil. Kitaran haid saya tiada masalah. Dalam tempoh 3 bulan ini saya ada buat ujian kesuburan menggunakan strip. Dalam sebulan cuma 2-3hari subur. Double line pun samar-sama.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=610"}],"version-history":[{"count":15,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15364,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/610\/revisions\/15364"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}