{"id":6093,"date":"2014-07-04T16:12:04","date_gmt":"2014-07-04T08:12:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=6093"},"modified":"2014-07-04T16:14:43","modified_gmt":"2014-07-04T08:14:43","slug":"penjelasan-terhadap-keraguan-suntikan-vaksin-imunisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penjelasan-terhadap-keraguan-suntikan-vaksin-imunisasi\/","title":{"rendered":"Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"6094\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penjelasan-terhadap-keraguan-suntikan-vaksin-imunisasi\/vaksin-2-2\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?fit=960%2C717&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,717\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"vaksin 2\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?fit=618%2C462&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-6094\" alt=\"vaksin 2\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?resize=300%2C224&#038;ssl=1\" width=\"300\" height=\"224\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?resize=300%2C224&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/vaksin-2.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>KENYATAAN AKHBAR BERSAMA\u00a0KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN\u00a0KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA<\/p>\n<p>1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.<\/p>\n<p>2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.<\/p>\n<p>3. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.<\/p>\n<p>4. Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksin-vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).<\/p>\n<p>5. Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.<\/p>\n<p>6. Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>7. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui talian 03 &#8211; 7883 5400 atau emel ke bpfk@bpfk.gov.my.<\/p>\n<p>8. Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu \u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629 .<\/p>\n<p>9. Al-\u2018Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu\u2018ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.<\/p>\n<p>10. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.<\/p>\n<p>11. Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar\u2019iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha\u2019, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.<\/p>\n<p>12. Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu \u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.<\/p>\n<p>13. Islam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:<\/p>\n<p>\u201cDari Abi Darda\u2019 RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram\u201d.<\/p>\n<p>14. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dharurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja.<\/p>\n<p>15. Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (<a href=\"http:\/\/l.facebook.com\/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.e-fatwa.gov.my%2F&amp;h=iAQFnCuIA&amp;enc=AZO9YQpqdchPlElitEROwQZ50zHKMILXWTZZmv69VHdBDfOITQHJuoTZYCpPlNg_5BL5uihGtVQwkdFBGmQKjXtRS9B7257PtpWY7zlxGeBSTmmwSSarA4M0E5HfW9npOk-EKr-Y58ssygUEw-z4V2GYKrc2soQ4p1YxzIJatd2tOg&amp;s=1\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow\">www.e-fatwa.gov.my<\/a>).<\/p>\n<p>16. Sukacita pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM menasihatkan seluruh masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, eloklah merujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama ini tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH<br \/>\nKetua Pengarah Kesihatan Malaysia<\/p>\n<p>DATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA<br \/>\nKetua Pengarah<br \/>\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia<\/p>\n<p>Tarikh: 15 Jun 2013<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KENYATAAN AKHBAR BERSAMA\u00a0KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN\u00a0KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187,8,4637],"tags":[1028,4156,2344,4640,1104,3979,3840,2592,867,1474,3975,64],"class_list":["post-6093","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-fiqh","category-vaksin-2","tag-autism","tag-babi","tag-bahaya","tag-bayi-anak","tag-dna","tag-halal","tag-imunisasi","tag-islam","tag-jakim","tag-kkm","tag-perubatan","tag-vaksin"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-1Ah","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":8174,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/maklumat-tidak-tepat-punca-segelintir-ibu-bapa-menolak-vaksin\/","url_meta":{"origin":6093,"position":0},"title":"Maklumat Tidak Tepat Punca Segelintir Ibu Bapa Menolak Vaksin","author":"drzubaidi","date":"24\/06\/2016","format":false,"excerpt":"MAKLUMAT TIDAK TEPAT PUNCA SEGELINTIR IBUBAPA MENOLAK VAKSIN \u00a0 Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber terbuka seperti laman web dan media sosial menjadi punca segelintir ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka. \u00a0 Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata\u2026","rel":"","context":"In &quot;Vaksin&quot;","block_context":{"text":"Vaksin","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/vaksin-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8114,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mufti-islam-haruskan-guna-vaksin-bahan-terlarang\/","url_meta":{"origin":6093,"position":1},"title":"Mufti: Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang","author":"drzubaidi","date":"15\/06\/2016","format":false,"excerpt":"MUFTI: ISLAM HARUSKAN GUNA VAKSIN BAHAN TERLARANG Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Vaksin&quot;","block_context":{"text":"Vaksin","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/vaksin-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8135,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/immunisasi-vaksin-lima-serangkai-elak-diphtheria\/","url_meta":{"origin":6093,"position":2},"title":"Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria","author":"drzubaidi","date":"23\/06\/2016","format":false,"excerpt":"IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV\/Hib bagi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Vaksin&quot;","block_context":{"text":"Vaksin","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/vaksin-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4363,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-sudah-terlambat-ambil-vaksin\/","url_meta":{"origin":6093,"position":3},"title":"Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?","author":"drzubaidi","date":"29\/08\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSalam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"infant","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/infant.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3024,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vaksin-untuk-bayi-kita-adakah-selamat\/","url_meta":{"origin":6093,"position":4},"title":"Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?","author":"drzubaidi","date":"15\/08\/2012","format":false,"excerpt":"Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/Vaccine-300x265.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":212,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rubella-dan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":6093,"position":5},"title":"Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA","author":"drzubaidi","date":"25\/05\/2010","format":false,"excerpt":"\u201dSalam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung\u2026? thanx \u201d \u201cSaya sedang hamil 12 minggu dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6093"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6095,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6093\/revisions\/6095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}