{"id":478,"date":"2010-08-06T20:36:58","date_gmt":"2010-08-06T12:36:58","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=478"},"modified":"2023-05-31T11:05:21","modified_gmt":"2023-05-31T03:05:21","slug":"memilih-jantina-anak-sains-atau-takdir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/memilih-jantina-anak-sains-atau-takdir\/","title":{"rendered":"Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Doktor bukannya Tuhan <\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu <em>na\u00efve<\/em> dan <em>innocent <\/em>didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi mereka ketawa, \u201ckami tahu doktor bukan tuhan, cuma kami mahukan tips-tip agar kami dapat anak lelaki\u201d. Jika begitu, cuba perbaiki ayat yang digunakan. Awas kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakah mungkin untuk memilih jantina anak yang bakal \u201cdiusahakan\u201d itu? Banyak artikel mengenai isu pemilihan jantina ini. Dr Hamid Arsat dan Dr Ismail Thambi antara dua pakar sakit puan dan perbidanan yang memberikan tip-tip nasihat mengenainya. Banyak juga teori-teori yang dihasilkan oleh pakar-pakar dari luar negara yang dituliskan di dalam journal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u00a0<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Pandangan ulama mengenai kebolehan doktor <\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika saya membaca kitab syarahan <strong>Al Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su\u2019aidan<\/strong>, beliau menerangkan rangkap ayat Quran pada surah Luqman ayat 34 dan perselisihan awami.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. <\/em><em>Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal\u201d<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana seorang doktor mengetahui kandungan janin dalam rahem, (termasuk jatina janin tersebut) sedangkan dalam ayat itu Allah menerangkan tiada manusia yang mengetahui hal-hal dalam kandungan rahem selain DIA.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u201d&#8230;<em> (Allah saja yang) mengetahui apa yang ada dalam rahim&#8230;\u201d <\/em><\/strong><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hal ini diperkuatkan dengan hadis Nabi s.a.w \u201d<em>Tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalam wanita selain daripada Allah\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakah doktor yang mengamalkan perubatan moden ini bohong? Atau mengambil khidmat jin untuk mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain, termasuk ibu yang hamil itu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Atau adakah ini bermakna doktor memainkan peranan Tuhan? Doktor boleh mengetahui apa yang terjadi di rahem seorang wanita yang sedang hamil dan mengetahui juga jantinanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah ada teknik dan teori terbaru dalam dunia perubatan, bagaimana \u2019memilih\u2019 jantina seorang janin? Adakah jantina janin itu boleh ditentukan oleh doktor, dengan mengenepikan ketentuan Allah?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut \u00a0<strong>Al Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su\u2019aidan <\/strong>\u201d<em>para doktor mengetahui keadaan bayi (secara lahiriah saja) melalui pengamatan secara pancaindera yang membongkar apa yang tersembunyi\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini berlainan dengan bomoh yang menjampi dengan perantara jin untuk mengetahui apa yang tersembunyi di dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menggunakan khidmat jin dan syaitan untuk mengetahui perkara yang tersembunyi banyak dibincangkan oleh para ulamak. Cuma saya memendekkan perbincangan itu, dan menegaskan <strong><em>menggunakan perantaraan jin dan syaitan untuk mengetahui perkara ghaib adalah syirik dan harus dijauhi.<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Amat malang sekali bila kebanyakan org Melayu yang beragama Islam pergi berjumpa bomoh kerana terdesak untuk menyelesaikan masalah mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika telekan dan ramalan itu berjaya, sudah pasti kita tersesat atas tipu daya jin dan syaitan. Jika ianya tidak benar, kita juga tersesat akidah malah ditipu oleh bomoh itu tadi. Dua kerugian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berlainan dengan para doktor, pengamatan yang dilakukan dengan menggunakan pancaindera seperti pandangan mata, sentuhan tangan dan pendengaran bunyi adalah sesuatu yang dibenarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Al Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su\u2019aidan <\/strong>menambah lagi \u201c<em>dengan itu benda yang mereka amati itu menjadi benda yang mereka saksikan dengan pancaindera lahir. Janin apabila diletakkan di bawah gelombang bunyi Ultrasound, dia akan keluar dari alam yang tersembunyi kepada alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Perkara ini langsung\u00a0 tidak ada sangkut paut dengan pencerobohan ke atas alam ghaib, sehingga melayakkan ia dihukum sebagai bercanggah dengan nas\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi apakah sebenarnya hal yang diketahui oleh para doktor yang mengkaji embrio ini? Adakah mereka mengetahui semua hal berkaitan dengan janin ini?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Al Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su\u2019aidan <\/strong>menerangkan lagi \u201c<em>kefahaman (yang dimiliki oleh doktor) adalah kefahaman yang terhad\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maknanya seorang doktor tidak dapat mengetahui tentang kehidupan janin yang bakal dilahirkan itu, kematiannya, amalannya, kebahagiannya, kecelakaannya, rezekinya, cacat atau sempurna bayi yang akan dilahirkan, kurus atau gemuk, pendek atau tingginya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor hanya boleh mengetahui jantina janin itu hanya apabila ianya telah dibentuk dalam rahim dan pengesahannya dapat dilakukan oleh penggunaan gelombang ultrasound pada umur kehamilan 4-5 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u00a0<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Pemilihan jantina berdasarkan teori \u201dsurvival of sperma\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbalik kepada tip-tip pemilihan jantina janin, dengan izin Allah. Semua tips-tips ini berdasarkan teori \u201d<em>survival of sperma<\/em>\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teori-teori itu menyarankan masa yang sesuai untuk melakukan jima\u2019, memakan makanan yang tertentu dan melakukan posisi-posisi tertentu ketika melakukan jima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun tiada dalam mana-mana nas Quran dan hadis yang saya jumpa atau pernah dengar mengenai kepentingan mendapat anak lelaki atau perempuan.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cHai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. <strong>Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu<\/strong>. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal\u201d.[QS. Al-Hujurat (49) : 13]<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sudah semestinya keutaman seseorang anak ialah nilai taqwanya, bukannya jantinanya. (<em>Jadi kepentingan mendapatkan anak yg bertqwa lebih penting dari mendapat anak lelaki atau perempuan<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga tips-tips yang tidak masuk akal sehingga ianya kelihatan bodoh dan membodohkan. Antaranya ialah memilih hari tertentu dan tarikh tertentu hanya berdasarkan penelekan kalendar atau bintang, meminta air-air jampi atau memakai tangkal-tangkal semasa jima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada tips-tips yang mirip \u2019islamik\u201d namun ianya terkeluar dari landasan sunnah, eg bernazar hendak botakkan kepala, berikan pulung kuning pada orang yang bertahlil (sedangkan dia sendiri sibuk melayan tetamu dan memasak saja) dan berdoa kepada kuburan orang-orang alim yang sudah mati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu saya lebih suka mengemukakan teori yang lebih sahih berdasarkan pengetahuan sains yang dipelopori sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang telah diterangkan masa ovulasi bagi seseorang wanita. (Bagi mereka yang keliru dengan istilah itu, boleh rujuk semula pada artikel <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=447\">Cara Menentukan Kesuburan Seorang Wanita<\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara genetik, pembentukan janin akibat pembelahan dan pengembangan melalui proses mitosis dan meiosis, terjadi apabila genetik dari suami yang dibawa oleh sperma dan sementara genetik yang dibawa isteri melalui ovum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Genetik pada sperma mempunyai dua jenis kromosom, iaitu X atau Y. Setiap sperma membawa salah satu kromosom, samada ada X atau Y yang bakal dikongsikan. Sementara genetik pada ovum pula hanya memiliki kromosom X sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakana, sperma suami yang akan menentukan sama ada jantina janin itu lelaki atau wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika sperma yang mengndungi kromosom X bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom X, maka hasil perkongsian itu, janin akan mempunyai kromosom XX iaitu janin perempuan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala jika sperma yang mengandungi \u00a0kromosom Y bercampur dengan ovum yang mempunyai kromosom X, maka hasil perkongsian ini , janin yang terhasil adalah kromosom XY iaitu janin lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sperma yang membawa kromosom X biasanya bergerak perlahan tetapi ganas, dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Manakala sperma yang mempunyai kromosom Y bergerak pantas, kecil tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila berlaku jima\u2019 pada waktu ovulasi, sperma yang mengandungi kromosom Y akan berenang dengan cepat dan sampai kepada ovum dahulu. Ini kerana ketangkasan sperma yang mengandungi kromosom\u00a0 itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila waktu jika beberapa hari sebelum ovulasi, selalunya sperma yang membawa kromosom X yang akan dikongsikan dengan ovum yang mengandungi kromosom X. Ini kerana semua sperma yang mempunyai kromosom Y telah mati dahulu kerana jangka hayatnya yang pendek. Walaupun sperma yang mengandungi kromosom X lambat berenang namun ianya hidup lebih lama untuk menunggu sehingga ovum dikeluarkan dari ovari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam Islam ada menjelaskannya. Cuba perhatikan hadis di bawah :<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Air (sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma wanita, maka bayi yang lahir insya Allah lelaki, sedangkan sperma betina mengalahkan sperma jantan, maka bayi yang lahir insya Allah perempuan<\/em>\u201d\u00a0 (Sahih Muslim : 315)<\/p>\n<\/blockquote>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Adapun kemiripan anak, jika seorang suami bersetubuh dengan isterinya, lalu sperma (lelaki) mendahulu sperma perempuan, maka si anak akan mirip dengan bapanya, sedangkan jika ir mani sperma betina mendahulunya, maka si anak akan mirip si ibu<\/em>\u201d (Sahih al Bukhari: 3329)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam makna yang mudah, jika suami yang climax dahulu kemungkinan anak itu lelaki dan jika isteri yang climax dahulu, tentu anaknya perempuan, insya Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun makna ungkapan \u201c<em>sperma lelaki mengalahkan sperma wanita\u201d <\/em>tentu memerlukan penjelasan yang lebih mendalam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u00a0<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Semuanya berlaku dengan kuasa Allah<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun doktor boleh memberikan tip-tip di atas, namun siapa yang dapat memastikan bahawa hanya sperma yang mempunyai kromosom X atau atau kromosom Y yang akan bergabung dengan ovum yang mempunyai kromosom X. Semua ini berlaku dengan kekuasaan Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka tidak hairan jika terdapat janin yang mempunyai kromosom XXX (trisomy X) yang membawa kepada kelahiran <strong><em>Down\u2019s Syndrome<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehingga kini, tiada kajian yang lengkap mengenai ketepatan tip-tip yang diberikan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun harus diingati bahawa bila pasangan itu mengambil keputusan untuk memilih jantina anak, maka kekerapan untuk berjima\u2019 adalah kurang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maksudnya, pasangan anak menunggu-nunggu hari tertentu (hari ovulasi). Ianya seperti membedik pistol pada sasaran yang tepat. Ianya juga menambahkan tekanan perasaan dan psikologi pada pasangan suami dan isteri itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka dalam masa memilih jantina bayi yang akan lahir, pasangan itu akan mengurang kebarangkalian untuk hamil itu sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi saya harapkan pasangan yang hendak memilih itu jangan terlalu berharap untuk mendapat jantina tertentu. Isteri juga bukan mesin melahirkan anak. Perlu sayangi dan berikan sentuhan emosi. Ini akan memberikan kestabilan hormon dan memudahkan isteri itu hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fokuskan pada kebarangkalian untuk hamil dan bukannya kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki atau wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau apa anak yang lahir kemudian, ianya adalah amanah dari Allah yang perlu kita jaga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (100710)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu na\u00efve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,8],"tags":[75],"class_list":["post-478","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-fiqh","tag-pilih-jantina-anak"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-7I","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5927,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berdosakah-melakukan-scan-untuk-mengetahui-jantina-anak\/","url_meta":{"origin":478,"position":0},"title":"Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?","author":"drzubaidi","date":"23\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"scan 1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/scan-1-300x197.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":988,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menilik-jantina-bayi-menggunakan-ultrasound\/","url_meta":{"origin":478,"position":1},"title":"Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound","author":"drzubaidi","date":"20\/11\/2010","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?\u201d Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":995,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ultrasound-sejauh-mana-ketepatan-penentuan-jantina\/","url_meta":{"origin":478,"position":2},"title":"Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?","author":"drzubaidi","date":"21\/11\/2010","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!\u201d Fuh\u2026 berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5931,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketepatan-scan-jantina-bayi-dalam-rahem\/","url_meta":{"origin":478,"position":3},"title":"Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem","author":"drzubaidi","date":"23\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5938,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/waktu-sesuai-untuk-scan-jantina-bayi-dalam-rahem\/","url_meta":{"origin":478,"position":4},"title":"Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem","author":"drzubaidi","date":"24\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan\" WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"ultrasound 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/ultrasound-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2832,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/%e2%80%9cmeramal%e2%80%9d-hayat-anak-menggunakan-teknik-preimplantation-genetic-diagnosis\/","url_meta":{"origin":478,"position":5},"title":"\u201cMeramal\u201d hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis","author":"drzubaidi","date":"27\/06\/2012","format":false,"excerpt":"Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu\u00a0 Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/bx-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=478"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16334,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/478\/revisions\/16334"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}