{"id":3898,"date":"2013-03-08T07:25:35","date_gmt":"2013-03-07T23:25:35","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3898"},"modified":"2024-08-01T15:05:22","modified_gmt":"2024-08-01T07:05:22","slug":"anak-kecil-demam-berpanjangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-kecil-demam-berpanjangan\/","title":{"rendered":"Anak Kecil Demam Berpanjangan"},"content":{"rendered":"<p><i>As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar namun beliau mengatakan anak saya sebagai demam biasa saja. Saya amat risau.<\/i><\/p>\n<p>Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Demam di kalangan kanak-kanak adalah suatu perkara yang membimbangkan.<\/p>\n<p>Namun suatu perkara yang menjadi tanda Tanya ialah berapa tinggi demam anak puan? Mungkin puan berasa anak puan mengalami demam, tetapi suhu badannya tidak terlalu tinggi atau mungkin juga normal.<\/p>\n<p>Oleh itu perkara yang puan perlu ada ialah alat thermometer yang baik bagi menyukat suhu badan anak puan, bertujuan untuk memastikan bahawa anak puan betul-betul mengalami suhu badan yang tinggi dan dikatakan demam.<\/p>\n<p>Saya mencadangkan agar puan membeli <i>ear thermometer<\/i>, iaitu thermometer yang digunakan untuk menyukat suhu badan melalui rongga telinga.<\/p>\n<p>Cuba catatkan perubahan suhu beliau setiap hari, mungkin setiap lapan jam atau sekurang-kurangnya\u00a0 sebelum tidur, pagi dan petang.<\/p>\n<p>Seperti yang saya tuliskan, demam bukanlah suatu penyakit, ia hanya tanda-tanda yang mengatakan bahawa \u2018ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam badan\u2019. Setiap kali anak puan sembuh dari demam, daya tahan beliau akan bertambah kuat.<\/p>\n<p>Selalunya demam yang serius dan harus diberikan perhatian segera apabila suhu yang tinggi diikuti dengan perubahan tingkah laku anak seperti menangis dan tidak aktif di siang hari.<\/p>\n<p><i>American Association of Paediatric<\/i> mencadangkan bahawa bayi yang berumur antara 3 hingga 6 bulan dan mempunyai demam melebihi 101 darjah Fahrenheit atau bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan mempunyai suhu badan melebihi 103 darjah Fahrenheit haruslah dibawa berjumpa doktor.<\/p>\n<p>Bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke atas dan demam, tetapi masih boleh bermain, makan dan minum, dan dapat melakukan aktiviti seperti biasa, maka saya berpendapat bahawa tidak perlu dirisaukan.<\/p>\n<p>Seperti yang saya beritahu bahawa tidak semua demam harus diberikan ubat demam dan antibiotic. Demam hanyalah tanda bahawa anak kita mengalami perubahan fisiologi sama ada ia hanya disebabkan oleh kesan faktor luaran seperti suhu persekitaran luar yang panas, kurang minum air atau tubuhnya sedang melawan serangan jangkitan kuman bakteria atau virus.<\/p>\n<p>Selagi suhu badan anak kita kurang dari 103 darjah Fahrenheit dan masih aktif, saya berpendapat sebagai ibubapa kita tidak perlu risau kerana antibodi dalam tubuh anak kita sedang melakukan fungsi pertahanan dalam diri dengan baik dan tidak memerlukan apa-apa bantuan ubat demam dan antibiotik.<\/p>\n<p>Sebagai peringatan umum, ibubapa tidak harus memberikan ubat demam kepada anak mereka yang berumur kurang dari 2 bulan tanpa merujukkan dulu kepada doktor. Ubat demam jenis <i>ibuprofen<\/i> hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas.<\/p>\n<p>Jadi apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan suhu badan anak jika tidak boleh memberikan ubat demam? Salah satu cara yang biasa ialah dengan membasahkan tubuh anak dengan air suam selama 30 minit. Jangan gunakan air yang sejuk kerana ini akan menyebabkan anak kita kesejukan dan menggigil.<\/p>\n<p>Bagi suhu badan yang melebihi 103 darjah Fahrenheit dan berlanjutan selama tiga hari atau tidak aktif (tidak bermain, makan dan minum), bawalah anak puan berjumpa doktor.<\/p>\n<p>Selain doktor dapat melakukan pengesahkan kenaikan suhu badan dan memberitahu bahawa anak puan demam, doktor juga akan melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan untuk mencari punca demam.<\/p>\n<p>Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar namun beliau &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[1603],"tags":[181,23,557,1531,1613,1279,1612,1611,298],"class_list":["post-3898","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-doktor-menjawab","tag-antibiotik","tag-dehidrasi","tag-demam","tag-demam-berpanjangan","tag-demam-menggigil","tag-doktor","tag-paediatrik","tag-suhu","tag-thermometer"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-10S","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5280,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-saya-boleh-tahu-demam-bayi-saya-serius\/","url_meta":{"origin":3898,"position":0},"title":"Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?","author":"drzubaidi","date":"29\/01\/2014","format":false,"excerpt":"As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake \u00a0hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia \u00a0sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih. Wa alaikum mus salam. Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat-300x300.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":21623,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-demam-berulang\/","url_meta":{"origin":3898,"position":1},"title":"ANAK DEMAM BERULANG","author":"admin","date":"19\/05\/2025","format":false,"excerpt":"ANAK DEMAM BERULANG \u00a0 \"Assalamualaikum doktor, mohon pencerahan. Semalam anak perempuan saya mula demam dan batuk. Saya telah membawanya ke klinik, dan selepas diberi ubat, suhu badannya menurun. Namun begitu, setiap kali kesan ubat habis (kira-kira selepas 6 jam), demamnya kembali semula. Demam ini baru bermula malam tadi. Saya telah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-18-at-16.50.23.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-18-at-16.50.23.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-18-at-16.50.23.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-18-at-16.50.23.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":20480,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-kerap-demam\/","url_meta":{"origin":3898,"position":2},"title":"ANAK KERAP DEMAM","author":"admin","date":"21\/11\/2024","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Assalamualaikum Dr Zubaidi.Nak minta pendapat, bayi saya umur 11 bulan kerap demam. Walaupun jarang keluar rumah dan banyak berada di dalam rumah, sekarang cuaca panas memang tak keluar langsung. Kalau dia demam panas, akan naik merah-merah macam kelopak garam. Bila pergi ambil ubat, doktor cakap sebab panas tu jadi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-300x300.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4403,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-saya-berjumpa-doctor-apabila-anak-selesema\/","url_meta":{"origin":3898,"position":3},"title":"Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia \u00a0sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/WhatsApp-Image-2024-09-03-at-11.15.42-AM-300x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7278,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/demam\/","url_meta":{"origin":3898,"position":4},"title":"Demam","author":"drzubaidi","date":"27\/03\/2015","format":false,"excerpt":"DEMAM Berikut adalah \u00a0perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk \"DEMAM\" 1. \"Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?\" Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F). \u00a0Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah\u2026","rel":"","context":"In &quot;BERNAMA RADIO 24&quot;","block_context":{"text":"BERNAMA RADIO 24","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/bernama-radio-24\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":6459,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-sering-demam-sejak-masuk-taska\/","url_meta":{"origin":3898,"position":5},"title":"Anak sering demam sejak masuk TASKA","author":"drzubaidi","date":"16\/09\/2014","format":false,"excerpt":"ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA \u00a0 \u201cSalam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah \u00a0anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3898","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3898"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3898\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19360,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3898\/revisions\/19360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3898"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3898"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3898"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}