{"id":3817,"date":"2013-02-03T01:50:45","date_gmt":"2013-02-02T17:50:45","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3817"},"modified":"2024-03-21T09:38:50","modified_gmt":"2024-03-21T01:38:50","slug":"merokok-jejas-kualiti-sperma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merokok-jejas-kualiti-sperma\/","title":{"rendered":"Merokok Jejas Kualiti Sperma"},"content":{"rendered":"<p>SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif.<\/p>\n<p>Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta\/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.<\/p>\n<p>Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi.<\/p>\n<p>&#8211; Mr. R, Selangor.<\/p>\n<p>JAWAPAN:<\/p>\n<p>Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi &#8216;produktif&#8217; pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.<\/p>\n<p>Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.<\/p>\n<p>Anda menjalani ujian air mani dan mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal. Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar badan.<\/p>\n<p>Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam &#8216;lemak&#8217; seolah-olah macam dalam &#8216;ketuhar&#8217; yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).<\/p>\n<p>Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.<\/p>\n<p>Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.<\/p>\n<p>Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Saya harap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda untuk berhenti merokok.<\/p>\n<p>Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.<\/p>\n<p>Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.<\/p>\n<p>Saya nasihatkan agar encik berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan. Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri. Cuba amalkan nasihat-nasihat ini kerana terbukti dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Selepas itu elok berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.<\/p>\n<p>Artikel Penuh:\u00a0<a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Kesihatan\/20130127\/kn_01\/Merokok-jejas-kualiti-sperma#ixzz2JG6HM5y0\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Kesihatan\/20130127\/kn_01\/Merokok-jejas-kualiti-sperma#ixzz2JG6HM5y0<\/a> \u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta\/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186,1521,10],"tags":[273,1547,777,1546,1545,1544,1540,1541,308,424,1542,1543],"class_list":["post-3817","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-soalan-ketidaksuburan-dan-kitaran-haid","category-umum","tag-air-mani","tag-hormonm-lelaki","tag-hubungan-kelamin","tag-infertiliti","tag-kemoterapi","tag-ketidaksuburan-lelaki","tag-kurang-sperma","tag-rokok","tag-sperma","tag-spermatogenesis","tag-tidak-puas","tag-tidak-tahan-lama"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Zz","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4241,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perokok-boleh-menyebabkan-anak-lelakinya-mandul\/","url_meta":{"origin":3817,"position":0},"title":"Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?\u201d seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting \u00a0di facebook. \u201cMasalah yang bagaimana ..?\u201d \u201cSaya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi \u00a0mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca \u00a0dari saya..\u201d \u201cSaya terkejut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki\/","url_meta":{"origin":3817,"position":1},"title":"CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor \u201d Rakan FB di kalangan kaum Adam telah\u00a0bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/16-300x177.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1332,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe\/","url_meta":{"origin":3817,"position":2},"title":"Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)","author":"drzubaidi","date":"27\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation\/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3497,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/clomid-dan-ketidaksuburan-lelaki\/","url_meta":{"origin":3817,"position":3},"title":"Clomid dan ketidaksuburan lelaki","author":"drzubaidi","date":"11\/11\/2012","format":false,"excerpt":"Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa\u00a0 resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/clomid-300x224.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1283,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perbezaan-antara-sperma-dan-semen-air-mani\/","url_meta":{"origin":3817,"position":4},"title":"Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)","author":"drzubaidi","date":"19\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana \u2018percubaan\u2019 mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/sperm-2-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":968,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lelaki-dan-kesuburan\/","url_meta":{"origin":3817,"position":5},"title":"Lelaki dan Kesuburan","author":"drzubaidi","date":"13\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Kerana\u00a0ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan \u2019kejantanan\u2019 mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan \u2019mandul\u2019, sesolah-olah dekat dengan perkataan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3817","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3817"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3817\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17834,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3817\/revisions\/17834"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}