{"id":3723,"date":"2013-01-08T10:09:26","date_gmt":"2013-01-08T02:09:26","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3723"},"modified":"2024-10-18T10:13:13","modified_gmt":"2024-10-18T02:13:13","slug":"mengenal-tanda-masalah-autism","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengenal-tanda-masalah-autism\/","title":{"rendered":"MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p>Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki \u00a0usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur\/bercakap\u00a0 dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism\u00a0dan mahukan kepastian. Saya bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi.\u00a0Saya kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini. Semua ujian yang diberikan adalah sebagai ujian keimanan kita, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah, sama ada kanak-kanak itu mengalami Autism atau tidak.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Diagnosa yang dibuat hanyalah bergantung kepada pemerhatian yang dibuat ke atas kanak-kanak itu sepanjang hari dan ini hanya dapat dilakukan oleh ibubapa atau penjaga kanak-kanak saja. Sudah tentu doktor tidak mampu memerhatikan kelakuan kanak-kanak itu dalam tempuh masa yang panjang.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Apatah lagi jika kanak-kanak itu tidak menunjukkan kelakuan yang terlalu pelik kerana masih berada dalam tahap yang permulaan atau sederhana, amat sukar untuk memberikan diagnosa yang sebaiknya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>(saya maksudkan pelik ialah tidak berkelakuan seperti kanak-kanak sebaya, bukan bermakna melakukan perbuatan di luar dugaan)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Bagi kanak-kanak yang nyata menunjukkan kelakuan pelik yang tertentu, mereka mudah didiagnosakan sebagai Autism, sementara ada kanak-kanak lain yang tidak menunjukkan kelakuan seperti itu, agak sukar untuk didiagnosa sebagai Autism.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Oleh itu masalah kanak-kanak yang berkelakuan tidak seperti kanak-kanak sebaya disebut sebagai <em>Autism Spectrum (ASD)<\/em> yang terdiri dari Autism yang mana kanak\u2014kanak itu menunjukkan kelakuan pelik yang jelas. Kanak-kanak ini mudah didiagnosakan sebagai Autism.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Jika kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan yang jelas, dan hanya mengalami masalah perkembangan pemikiran (<em>cognitive<\/em>) dan bahasa yang <span style=\"text-decoration: underline;\">agak lambat, <\/span>mungkin didiagnosakan sebagai <em>Asperger Syndrome.<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kelakuan yang tidak termasuk dalam kategori Autism atau <em>Asperger Syndrome<\/em>, maka kanak-kanak ini didiagnosakan sebagai <em>Pervasive Developmental Disorder, Not Otherwise Specified(PDD-NOS).<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>(rujuk: Johnson CP, Myers SM, Council on Children with Disabilities.\u00a0<a href=\"http:\/\/pediatrics.aappublications.org\/cgi\/content\/full\/120\/5\/1183\">Identification and evaluation of children with autism spectrum disorders<\/a>.\u00a0<em>Pediatrics<\/em>.)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Sebenarnya Autism bermula ketika proses pembentukan saraf, menyebabkan seseorang kanak-kanak itu didapati gagal berkomunikasi dan bergaul dengan baik bersama rakan-rakan-rakan sebaya dan melakukan kelakuan yang (pelik) berulang dan terbatas.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Kanak-kanak Autism mengalami gangguan proses penterjemahan maklumat di dalam otak apabila perhubungan antara sel-sel saraf dan struktur sel-sel saraf itu sendiri telah rosak.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Ini menyebabkan mereka gagal memahami arahan, melakukan kelakuan yang berulang dan tidak berminat untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka. Walau bagaimana pun ahli saintis masih belum mendapat bukti yang nyata mengenai punca terjadinya hal ini.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>(rujuk: Levy SE, Mandell DS, Schultz RT.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pmc\/articles\/PMC2863325\/\">Autism<\/a>.<em>Lancet<\/em>. 2009;374(9701):1627\u201338.)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Menurut <em>American Psychiatric Association, <\/em>selalunya seseorang kanak-kanak itu didiagnosa mengalami Autism sebelum berumur 3 tahun kerana telah menunjukkan kelakuan-kelakuan tertentu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>(American Psychiatric Association.\u00a0<a href=\"http:\/\/cdc.gov\/ncbddd\/autism\/hcp-dsm.html\"><em>Diagnostic and statistical manual of mental disorders: DSM-IV<\/em><\/a>. 4 ed. Washington, DC: American Psychiatric Association; 2000.<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Special:BookSources\/0890420254\">ISBN 0-89042-025-4<\/a>.\u00a0<a href=\"http:\/\/worldcat.org\/oclc\/768475353\">OCLC 768475353<\/a>. Diagnostic criteria for 299.00 Autistic Disorder.)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Sayangnya setakat ini, tiada ujian makmal (ujian darah) atau ujian radiology (xray atau CT scan) yang mampu mendiagnosa penyakit\u00a0autism secara tepat. Hanya doktor yang terlatih saja seperti <em>Child Psychiatrist<\/em> yang mampu mendiagnosa masalah ini berdasarkan kelakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Kebanyakan ibubapa seperti puan dapat menyedari anak mereka mengalami masalah dan ada sesuatu yang tidak kena apabila menunjukkan kelakuan yang tidak normal berbanding dengan anak-anak lain yang sebaya, seperti tidak melakukan hubungan mata (<em>eye contact<\/em>), tidak perduli apabila nama mereka dipanggil atau bermain dengan alat permainan mereka dengan cara yang luar biasa dana berulang-ulang.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Saya sangat menggalakkan agar ibubapa mempercayai naluri mereka dan mencari doctor yang dapat mendengar dengan baik supaya anak mereka dapat dirujukkan kepada pakar yang berkaitan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Malangnya kebanyakan doktor tidak begitu mahir dengan kes-kes\u00a0autism\u00a0sehingga mereka tidak memperdulikan cerita ibubapa kanak-kanak itu dan mengatakan segalanya normal. Ini akan mengakibatkan kanak-kanak itu tidak dikenalpasti dengan lebih awal dan mereka tidak diberikan rawatan seawal mungkin.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Autism\u00a0selalunya dapat dikesan pada umur 18 bulan atau lebih awal lagi. Apabila telah sampai umur 2 tahun, diagnosis yang lebih tepat dapat dibuat oleh doktor yang pakar dan berpengalaman. Oleh itu diagnosa harus dilakukan sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Namun terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat dikesan lebih awal, dan hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak itu semakin membesar dan menjadi remaja. Ini menyebabkan mereka tidak dapat dirawat dengan lebih awal dan akhirnya mengalami masalah apabila bercampur dengan masyarakat kelak.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Jadi bagaimana cara terbaik untuk menilai seorang kanak-kanak mungkin mengalami Autism?<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Untuk mendiagnosa Autism doctor akan menilai perkembangan kanak-kanak itu dalam dua langkah:<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>1.<\/strong> <strong>Perkembangan fizikal dan mental <\/strong><\/p>\n<p>Ujian saringan ini sangat mudah dan selalunya dilakukan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak ketika anak-anak ini diberikan suntikan immunisasi. Doktor atau jururawat terlatih akan melakukan ujian ringkas dan bertanyakan kepada ibubapa kanak-kanak tersebut beberapa soalan untuk mengesan jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah untuk belajar, bercakap, berkelakuan dan bergerak secara yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak sebaya dengan mereka.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Oleh itu kanak-kanak yang dibawa untuk suntikan immunisasi wajib diperiksa untuk memantau perkembangan fizikal dan mental setiap kali berjumpa doctor pada umur mereka:<\/p>\n<ul>\n<li>9 bulan<\/li>\n<li>18 bulan<\/li>\n<li>24 bulan<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Pemeriksaan tambahan selalunya dilakukan kepada bayi yang berisiko tinggi seperti bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan dilahirkan dengan berat badan yang tidak mencukupi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Pemeriksaan yang lebih teliti dan perhatian lebih harus diberikan kepada kanak-kanak\u00a0\u00a0yang mempunyai adik beradik yang telah disahkan mengalami\u00a0Autism, atau kanak-kanak itu menunjukkan perubahan yang agak luar biasa.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Oleh itu sangat penting bagi doktor untuk melakukan pemeriksaan ini. Ibubapa boleh meminta doktor atau jururawat melakukan pemeriksaan ini jika mereka agak sibuk dan terlepas pandang untuk melakukan ujian yang penting ini.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Ini kerana jika terdapat sebarang masalah dalam ujian saringan perkembangan fizikal ini, rawatan awal dapat diberikan dan doktor akan merujukkan kanak-kanak tersebut kepada doktor pakar untuk melakukan ujian yang lebih komprehensif.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>2. Penilaian komprensif diagnose<\/strong><\/p>\n<p>Langkah kedua ialah penilaian yang lebih lengkap, dan dilakukan oleh sepasukan doktor yang terdiri daripada <em>Child Psychiatrist, Pediatrician, Audiologist <\/em>dan<em> Speech Therapist<\/em>.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Dalam penilaian ini kanak-kanak itu akan dinilai kelakuan dan perkembangan fizikal mereka, dan akan bertanyakan beberapa soalan dengan ibubapa kanak-kanak tersebut bagi mengetahui keadaan dan perkembangan kanak-kanak itu di rumah. Penilaian ini termasuk ujian pendengaran, ujian penglihatan, ujian saraf dan mungkin ujian genetic jika difikirkan perlu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Oleh itu setiap kanak-kanak harus dilakukan pemeriksaan saringan perkembangan fizikal mereka sebelum mereka berumur 36 bulan setiap kali datang ke klinik atau Pusat Kesihatan untuk mendapatkan suntikan immunisasi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Di pihak doktor pula, perlulah mendengar aduan ibubapa yang risau dengan perkembangan fizikal dan mental anak-anak mereka dan segera dirujukkan ke doctor yang pakar agar pemeriksaan yang lebih teliti dilakukan dan rawatan yang awal dapat diberikan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Jika ia didiagnosa agak lambat selalunya kanak-kanak ini apabila dewasa akan mengalami masalah pembelajaran di sekolah, bersosial dengan masyarakat dan mengalami masalah mengawal emosi dengan baik.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Saya pernah berjumpa dengan ibubapa yang selama-lama ini tertanya-tanya mengenai masalah yang dihadapi anak mereka terutama ketika bergaul dengan rakan sebaya dan mengalami kesukaran pembelajaran. Akhirnya dia merasa lega setelah didiagnosakan sebagai autism dan segera mendapatkan rawatan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Oleh itu jika anak puan yang berusia 2 tahun ke bawah mengalami tanda-tanda seperti berikut, saya amat menggalakkan agar segera membawa anak puan ke hospital untuk dirujukkan ke pakar yang berkaitan:<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>1.Kanak-kanak itu tidak senyum sebenar-benarnya apabila diacah oleh orang dewasa apabila memasuki umur sembilan bulan atau lebih.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>2. Kanak-kanak itu tidak cuba menyebut perkataan yang mudah seperti \u2018mama\u2019, \u2018tata\u2019 dan \u2018papa\u2019 (<em>babbling<\/em>) apabila memasuki umur 12 bulan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>3.Apabila berumur 16 bulan, langsung tidak dapat menyebut perkataan mudah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>4.Apabila berusia 24 bulan, masih tidak dapat menyebut 2 patah perkataan yang mudah walaupun diminta mengajukkan perkataan kita.<\/p>\n<p>5.Tidak mampu bergaul dengan rakan-rakan sebaya apabila mencecah umur 8 bulan.<\/p>\n<p>Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki \u00a0usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur\/bercakap\u00a0 dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian. \u00a0 Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism\u00a0dan mahukan kepastian. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[1028],"class_list":["post-3723","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-autism"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Y3","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2652,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menentukan-penglihatan-bayi-yang-normal\/","url_meta":{"origin":3723,"position":0},"title":"Menentukan Penglihatan Bayi Yang Normal","author":"drzubaidi","date":"18\/04\/2012","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini seorang ibu bertanyakan kepada saya mengenai penglihatan anaknya yang baru berusia 3 bulan. Beliau sangat risau kerana anaknya seolah-olah masih tidak dapat melihat apa-apa. Saya tidak berkesempatan memeriksa bayi beliau kerana beliau hanya menelefon saya untuk mendapatkan kepastian. Saya hanya memberikan nasihat agar beliau bertenang dan memberikan sedikit\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/download-1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5220,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-5-tahun-masih-tidak-dapat-bertutur\/","url_meta":{"origin":3723,"position":1},"title":"Anak 5 tahun masih tidak dapat bertutur","author":"drzubaidi","date":"05\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai anak yang sudah berusia 5 tahun. Masalah anak saya ialah dia masih belum bertutur dgn baik. Dia boleh bercakap (mengeluarkan bunyi), tetapi belum boleh bertutur seperti kanak-kanak yang sama usia dengan beliau. Jika dia bertutur, hanya satu patah perkataan sahaja, dan kami juga\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3024,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vaksin-untuk-bayi-kita-adakah-selamat\/","url_meta":{"origin":3723,"position":2},"title":"Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?","author":"drzubaidi","date":"15\/08\/2012","format":false,"excerpt":"Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/Vaccine-300x265.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1241,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/acanthosis-nigricans-bukan-setakat-daki-di-kulit\/","url_meta":{"origin":3723,"position":3},"title":"Acanthosis Nigricans: Bukan Setakat Daki di Kulit","author":"drzubaidi","date":"10\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam komuniti perubatan. Ini kerana kegemukan mereka bukan setakat masalah kosmetik dan penampilan fizikal kanak-kanak itu atau saiz baju yang mereka yang terpaksa ditempah. Ia boleh menjadi lebih parah daripada itu kerana mampu menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/15-300x200.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":212,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rubella-dan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":3723,"position":4},"title":"Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA","author":"drzubaidi","date":"25\/05\/2010","format":false,"excerpt":"\u201dSalam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung\u2026? thanx \u201d \u201cSaya sedang hamil 12 minggu dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":743,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kecederaan-kepala-kanak-kanak-dan-ct-scan-otak\/","url_meta":{"origin":3723,"position":5},"title":"Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak","author":"drzubaidi","date":"06\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap \u2018kecederaan\u2019 kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai \u2019kecederaan\u2019 itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/child-brain-injury1-300x198.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3723","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3723"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3723\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20188,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3723\/revisions\/20188"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3723"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3723"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3723"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}