{"id":3663,"date":"2012-12-08T14:45:00","date_gmt":"2012-12-08T06:45:00","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3663"},"modified":"2024-07-23T16:31:18","modified_gmt":"2024-07-23T08:31:18","slug":"diabetes-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/diabetes-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Diabetes ketika hamil"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p><em>SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol\/L (berpuasa) dan 11 mmol\/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya?<\/em><\/p>\n<p>*\u00a0Mas, Subang, Selangor.<\/p>\n<p>Jawapan:<\/p>\n<p>Terima kasih Puan Mas. Soalan yang ditanya agak biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil. Elok sangatlah soalan ini dikongsi bersama.<\/p>\n<p>Kesakitan yang dialami boleh merupakan masalah biasa sewaktu kehamilan akibat tekanan kandungan kepada anggota bahagian bawah. Anda mungkin dapat mengurangkan kesakitan ini jika berada pada posisi tertentu (contohnya bersandar sewaktu duduk) serta tidak berada dalam posisi sama untuk masa lama.<\/p>\n<p>Sekiranya berurut atau mengusap di bahagian kaki dapat mengurangkan kesakitan, keadaan ini tidak menjadi masalah. Elakkan berurut pada bahagian abdomen (termasuk kawasan ari-ari) kerana dikhuatiri urutan boleh memberi tekanan secara tiba-tiba kepada kandungan, ini boleh menyebabkan keadaan uri lekang (<em>abruptio placenta<\/em>) dan sangat berbahaya.<\/p>\n<p>Paras glukosa darah Puan berada dalam tahap diabetes. Keadaan ini dipanggil sebagai\u00a0<em>gestational diabetes<\/em> iaitu diabetes ketika hamil. Semasa hamil, diabetes akan berlaku kerana paras glukosa ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras glukosa tersebut akan kembali normal selepas bersalin. Lebih kurang dalam lima peratus wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70 peratus daripada mereka akan pulih daripada gejala tersebut.<\/p>\n<p>Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan menghidap diabetes jenis kedua di kemudian hari. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.<\/p>\n<p>Pankreas kita akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin, yang dapat membantu glukosa dalam darah untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan.<\/p>\n<p>Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis (rintang) terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras glukosa dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.<\/p>\n<p>Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang menghidap diabetes sebelum kehamilan bermula, penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.<\/p>\n<p>Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya.<\/p>\n<p>Antara yang berisiko ialah wanita hamil berumur lebih 35 tahun, ada sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu, berat badan sebelum hamil melebihi 80 kilogram. Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kilogram juga berisiko tinggi, begitu juga wanita yang hamil kembar atau\u00a0<em>hydramnions<\/em>.<\/p>\n<p>Sesetengah wanita yang menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simptom diabetes seperti berat badan melebihi 80 kilogram, terdapat glukosa (gula) di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya.<\/p>\n<p>Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik.<\/p>\n<p>Wanita yang menghidap diabetes semasa hamil juga berisiko tinggi kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas dua bulan hamil, bayi menjadi besar (<em>macrosomia<\/em>) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin, bayi yang mempunyai saiz yang melebihi empat kg akan mendapat risiko kecederaan bahu semasa proses bersalin (<em>shoulder dystocia<\/em>), aras glukosa dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin menyebabkan hipoglisemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap.<\/p>\n<p>Gestational diabetes juga boleh mengakibatkan wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap pre-eclampsia (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil, seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih dan 50 peratus daripada wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis kedua kemudian hari.<\/p>\n<p>Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah kepada normal. Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalani ujian glukosa darah sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan dua jam selepas makan malam.<\/p>\n<p>Profil paras glukosa perlu dibuat dua minggu sekali atau sebulan sekali. Ibu yang mengalami\u00a0<em>gestational diabetes<\/em> perlu mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar pemakanan dan jika paras glukosa di luar kawalan, mereka perlu mendapat rawatan insulin.<\/p>\n<p>Jangan rungsing, kesihatan puan, kandungan dan juga paras glukosa darah akan dipantau dengan teliti. Mohon dapatkan rawatan yang berterusan daripada doktor.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Keluarga\/20121202\/ke_03\/Diabetes-ketika-hamil#ixzz2Dz7buDjT\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Keluarga\/20121202\/ke_03\/Diabetes-ketika-hamil#ixzz2Dz7buDjT<\/a><br \/>tusan Melayu (M) Bhd\u00a0ARKIB : 02\/12\/2012<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[1456,1452,1453,5471,1457,1450,639,1454,1455,1451,898,897],"class_list":["post-3663","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-bayi-besar","tag-berpuasa","tag-bersalin","tag-diabetes-mellitus","tag-gestational-diabetes","tag-glukosa","tag-hamil","tag-insulin","tag-klinik-ibu-dan-anak","tag-minum-gula","tag-mmoll","tag-pusat-kesihatan"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-X5","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":6011,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-gula-dalam-darah\/","url_meta":{"origin":3663,"position":0},"title":"Kekurangan gula dalam darah","author":"drzubaidi","date":"19\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami \u2018Hipoglesimia\u201d. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":21577,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/gdm-diabetes-amalan-selepas-bersalin\/","url_meta":{"origin":3663,"position":1},"title":"GDM, DIABETES &amp; AMALAN SELEPAS BERSALIN","author":"admin","date":"07\/05\/2025","format":false,"excerpt":"Saya ingin berkongsi pengalaman seorang ibu yang melalui Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sejak kehamilan pertama pada usia 21 tahun, sehingga kehamilan kelima pada usia 40 tahun. Kini, beliau berusia 55 tahun\u2014dan perjalanan beliau dengan isu gula darah tidak berakhir di bilik bersalin, tetapi terus menjadi bab penting dalam penjagaan kesihatan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6020,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-mana-yang-boleh-dan-tidak-boleh-berpuasa\/","url_meta":{"origin":3663,"position":2},"title":"Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?","author":"drzubaidi","date":"21\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":19746,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/diabetes-dan-air-bunga-telang\/","url_meta":{"origin":3663,"position":3},"title":"DIABETES DAN AIR BUNGA TELANG","author":"admin","date":"10\/09\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Pagi tadi saya buat pemeriksaan gula dalam darah di farmasi dan mendapati bacaan gula saya 11.0 mmol\/L. Kakak ipar saya mencadangkan minum Air Bunga Telang. Adakah ia membantu? Terima kasih\". ******** Waalaikumussalam. Bacaan gula darah 11.0 mmol\/L adalah tinggi dan mungkin menunjukkan bahawa puan telah mengalami diabetes,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/tocotrienol-softgel-300x300.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2029,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-gula-hypoglycemia-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":3663,"position":4},"title":"Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"25\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?\u201d Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi\u00a0 terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. \u201cIsteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7178,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kandungan-gula-tinggi-dalam-darah-ketika-hamil-perlukah-rawatan-insulin\/","url_meta":{"origin":3663,"position":5},"title":"KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?","author":"drzubaidi","date":"25\/02\/2015","format":false,"excerpt":"KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN? \u201cAssalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"insulin 1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/insulin-1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3663","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3663"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3663\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19330,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3663\/revisions\/19330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3663"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3663"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3663"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}