{"id":3635,"date":"2012-11-26T09:10:57","date_gmt":"2012-11-26T01:10:57","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3635"},"modified":"2024-02-29T15:41:24","modified_gmt":"2024-02-29T07:41:24","slug":"kehamilan-blighted-ovum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kehamilan-blighted-ovum\/","title":{"rendered":"Kehamilan Blighted Ovum.."},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan \u2018<em>blighted ovum<\/em>\u2019. Ia \u00a0berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk <em>embryo,<\/em>yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil \u2018tisu\u2019 ini hanya membentuk kantung kehamilan (<em>gestational sac<\/em>), uri dan cecair ketuban dan kantung itu, tetapi tidak berjaya membentuk janin yang sebenar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2018Blighted ovum\u2019 selalunya berlaku pada usia awal kehamilan, apabila terdapat kerosakan kromosom dan genetic pada awal pembentuk embryo, sehingga gagal membentuk janin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka telah hamil dengan kandungan \u2018blighted ovum\u2019. Mereka hanya menyedari bahawa mereka telah tidak mengalami haids (<em>missed period<\/em>) dan apabila melakukan ujian UPT, ia menjadi positif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian mereka menyangka bahawa kehamilan mereka tidak bermasalah kerana mengalami pengalaman biasa kehamilan seperti mula merasa loya, muntah dan beberapa tanda <em>morning sickness<\/em>. Ini kerana uri (<em>placenta<\/em>) dalam kantung kehamilan itu membesar dan mengeluarkan lebih banyak hormone b-hCG.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati bahawa sama rahem mereka telah kosong atau kelihatan kantung saja. Doktor tidak dapat melihat \u2018degupan jantung janin\u2019 dalam kantung itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara terbaik untuk mendiagnosa blighted ovum ialah dengan pemeriksaan ultrasound melalui faraj (transvaginal) di mana kedudukan rahem lebih dekat dengan alat pengesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa hari kemudian, mereka mengalami sakit perut, sedikit pendarahan, dan mulalah berlakunya proses keguguran secara normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya \u2018blighted ovum\u2019 akan keluar sendiri dari rahem sebagai darah yang berketul, dan prosedur D&amp;C tidak perlu dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi sebaliknya, ramai yang dinasihatkan oleh agar melakukan prosedur D&amp;C bagi mengeluarkan \u2018janin yang tidak lagi bernyawa\u2019 ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya saya lebih suka pada pendekatan \u2018tunggu dan lihat\u2019 sebelum mengambil keputusan untuk menasihati wanita agar melakukan D&amp;C.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya lebih suka menasihati wanita mengambil lebih banyak masa, kerana kadang kala pemeriksaan ultrasound tidak berapa tepat. Setelah beberapa minggu barulah kelihatan degupan jantung dalam kantung kehamilan itu dan disahkan bahawa kehamilan mereka adalah kehamilan normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika kehamilan kali itu, benar-benar kehamilan \u2018blighted ovum\u2019, saya percaya tubuh kita mempunyai mekanisme untuk mengeluarkannya dari rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila seorang wanita menyedari bahawa terdapat ketulan darah yang keluar dari faraj, maka bolehlah lakukan ujian UPT (akan menjadi negative) dan pemeriksaan ultrasound (rahem menjadi kosong).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga berpendapat bahawa dengan melakukan prosedur D&amp;C akan menyebabkan seorang wanita yang baru saja keguguran akan bertambah sedih. Ini akan menambahkan trauma dalam hidup mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">D&amp;C mungkin sesuai jika doctor mengesyaki bahawa kehamilan itu adalah kehamilan anggur dan bukan kehamilan yang biasa. Atau mungkin doctor ini mencari punca keguguran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sayangnya \u2018<em>blighted ovum\u2019<\/em> tidak dapat dicegah. Tiada cara untuk mencegah berlakunya perkara ini kerana kesilapan berlaku pada peringkat sel yang melibatkan genetic dan kromosom. Saya lebih percaya bahawa ini adalah takdir dari ALLAH yang mahu memberikan sesuatu yang lebih baik pada hambaNYA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang merasa sedih atas kehilangan sebegini, saya harap banyakkan bersabar dan cuba melihat dari sudut positif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya ada menulis mengenai kesedihan mereka dalam artikel yang lain di \u00a0<a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1083\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1083<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya \u2018blighted ovum\u2019 berlaku hanya sekali, dan jarang berlaku melebihi dari sekali. Bagi wanita yang mengalaminya berulang-ulang kami, saya nasihatkan agar melakukan pemeriksaan genetic dengan doktor pakar kesuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga menasihatkan wanita yang baru saya keguguran seperti ini agar menunggu menunggu selepas 3 bulan, untuk hamil semula bagi mengurangkan risiko berlakunya keguguran \u2018blighted ovum\u2019 yang berulang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Cuba kongsikan feedback yang diterima dari rakan-rakan FB yang dipetik dari fanpage saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/intan.m.mohd\">Intan Muhaida Mohd<\/a> : Saya pun ada pengalaman macam ni, tetapi alhamdulilah, masa doktor bagi tempoh 2 minggu, sebelum cuci, nampk janin. Alhamdulilah anak saya dah berumur 6 tahun. Doa banyak2 dan paling penting ialah solat hajat suami isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/noli.alayubi\">NoLi Al-ayubi<\/a>: Saya pun mengalaminya. Ujian UPT kabur, kemudian pemeriksaan ultrasound nampak kantung saja. Setiap hari pergi ke makmal swasta untuk ambil darah, bagi memeriksa cek hormone dalam darah, sebab doctor melakukan pemeriksaan ultrasound melalui vagina, tidak dapat melihat apa-apa pun. Tetapi selepas seminggu, hormone menunjukkan peningkatan yang baik. Alhamdulillah sekarang anak saya sudah berumur 7 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/umi.farhan.77\">Jae Emi<\/a> : Saya scan masa hamil 8 minggu. Nampak kantung saja, doctor cakap mungkin tak jadi so kena cuci. Doc minta saya \u00a0datang 2 minggu kemudian kalau masih tidak nampak terpaksa cuci. Mula-mula sedih dan menangis sebab sudah lama tunggu baru hamil tapi dapat berita mcm ni pulak. Apa yang saya buat, doa banyak-banyak dan cuba untuk positif. Saya datang 3 minggu kemudian (sengaja datang lambat \u00a0dengan harapan kandungan ok) Alhamdulillah, bila scan masa 11 minggu dah nampal janin dan degupan jantung sekali. Syukur sangat-sangat. Biarpun saya kemudiannya di sahkan placenta previa stage 4 dan terpaksa bersalin c-sect tapi saya bersyukur sebab sudah ada baby amirul berumur 9 bulan. Banyak-banyakkan berdoa. Hamil ini memang banyak ragamnya..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita. Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[1390,6],"tags":[],"class_list":["post-3635","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-doktor-adakah-saya-hamil","category-pregnancy"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-WD","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5252,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/keguguran-adalah-ujian-allah-pada-pasangan-terpilih\/","url_meta":{"origin":3635,"position":0},"title":"Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih","author":"drzubaidi","date":"22\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya. \u00a0Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2846,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hamil-tetapi-mengalami-haids\/","url_meta":{"origin":3635,"position":1},"title":"Hamil tetapi mengalami Haids?","author":"drzubaidi","date":"28\/06\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids. \u00a0 Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/red-waterdrops-300x168.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4973,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/keguguran-tanpa-disedari\/","url_meta":{"origin":3635,"position":2},"title":"Keguguran Tanpa Disedari","author":"drzubaidi","date":"25\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u201cAssalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor\u201d \u00a0 \u00a0 Wa alaikum mus salam.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"janin","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/janin-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3613,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/dusphaton-dan-keguguran\/","url_meta":{"origin":3635,"position":3},"title":"Dusphaton dan Keguguran","author":"drzubaidi","date":"20\/11\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai \u201dthreatened abortion\u201d dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/dusphaton-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3618,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kehamilan-anggur\/","url_meta":{"origin":3635,"position":4},"title":"Kehamilan anggur","author":"drzubaidi","date":"22\/11\/2012","format":false,"excerpt":"Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami \u2018kehamilan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1221,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/punca-pendarahan-di-awal-kehamilan\/","url_meta":{"origin":3635,"position":5},"title":"Punca Pendarahan di Awal Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"07\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Sebelum ini saya ada menulis tentang pendarahan di awal kehamilan. Kebanyakan isunya mengenai keguguran dan mengapa kita harus bersabar dengan musibah yang Allah turunkan. Anda boleh membacanya di http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=750. \u00a0 Namun banyak juga pertanyaan yang masuk di dalam inbox facebook saya bertanyakan mengenai punca-punca pendarahan itu. Malah ada yang keliru\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3635","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3635"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3635\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17696,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3635\/revisions\/17696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}