{"id":3553,"date":"2012-11-09T19:07:34","date_gmt":"2012-11-09T11:07:34","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3553"},"modified":"2023-01-10T13:11:08","modified_gmt":"2023-01-10T05:11:08","slug":"darah-nifas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/darah-nifas\/","title":{"rendered":"Darah Nifas"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Definisi<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan \u201cna fi sa\u201d yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Tempoh Nifas<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi\u2019i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata:<strong><em>\u201cPada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.\u201d<\/em><\/strong> (Riwayat Abu Daud)<\/li>\n<\/ul>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.<\/li>\n<\/ul>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>3. Al-Ja\u2019fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.<\/li>\n<\/ul>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>4. Mazhab Syafi\u2019i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi\u2019i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi\u2019i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anas r.a. pula berkata:\u00a0<strong><em>\u201cRasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.\u201d <\/em><\/strong>(Riwayat Ibn Majah)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Bersalin Caesar<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da\u2019imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta\u2019 menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar\u2019ah al-Muslimah)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Keguguran<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Tiada nifas<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Darah yang Keluar sebelum melahirkan<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da\u2019imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta\u2019, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar\u2019ah al-Muslimah)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Keadaan-keadaan Nifas<\/strong><\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi\u2019i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.<\/li>\n<li>2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).<\/li>\n<li>3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">sumber: SOLUSI<\/p>\n<p>Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan suplemen\u00a0<em>Ektrak Kacip Fatimah\u00a0<\/em>keluaran UTM bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim dan faraj.<\/p>\n<p>Wallahu a&#8217;lam.<\/p>\n<p><strong>IKLAN <\/strong><\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>\n<p>Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan \u201cna fi sa\u201d yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[8,7],"tags":[1376,1378,891,212,1377,153,1373,1374,1375],"class_list":["post-3553","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-wanita","tag-darah","tag-darah-busuk","tag-darah-nifas","tag-faraj","tag-istihadah","tag-keguguran","tag-nifas","tag-pantang","tag-pantang-selepas-bersalin"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Vj","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7518,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/darah-nifas-berlarutan-melebihi-60-hari\/","url_meta":{"origin":3553,"position":0},"title":"Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari","author":"drzubaidi","date":"04\/06\/2015","format":false,"excerpt":"DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI. \u00a0 \u201cSalam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5064,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/nifas-wanita-yang-melahirkan-secara-cesarean\/","url_meta":{"origin":3553,"position":1},"title":"Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean","author":"drzubaidi","date":"09\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu\u2019alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean. \u00a0 1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal. \u00a0 2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah\u2026","rel":"","context":"In &quot;EKF&quot;","block_context":{"text":"EKF","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/ekf\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9729,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/nifas-dan-pendarahan-selepas-tempoh-berpantang\/","url_meta":{"origin":3553,"position":2},"title":"Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang","author":"drzubaidi","date":"10\/08\/2018","format":false,"excerpt":"NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG \u00a0 Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7659,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/darah-nifas-bermula-selepas-proses-kelahiran\/","url_meta":{"origin":3553,"position":3},"title":"Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran","author":"drzubaidi","date":"04\/08\/2015","format":false,"excerpt":"DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN \u00a0 \"Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7621,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-keguguran\/","url_meta":{"origin":3553,"position":4},"title":"Pendarahan selepas keguguran","author":"drzubaidi","date":"07\/07\/2015","format":false,"excerpt":"PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN \u00a0 \u00a0 Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24\/5\/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25\/5\/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh\/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/07\/9.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-darah-merah-semasa-pantang\/","url_meta":{"origin":3553,"position":5},"title":"PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG","author":"drzubaidi","date":"23\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32. Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3553","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3553"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3553\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15390,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3553\/revisions\/15390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3553"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3553"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3553"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}