{"id":3502,"date":"2012-10-27T23:32:07","date_gmt":"2012-10-27T15:32:07","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3502"},"modified":"2024-11-08T11:04:23","modified_gmt":"2024-11-08T03:04:23","slug":"perlukah-tonsillectomy-untuk-anak-saya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-tonsillectomy-untuk-anak-saya\/","title":{"rendered":"Perlukah tonsillectomy untuk anak saya?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>&#8220;Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanyakan tentang masalah jangkitan tonsil yang alami oleh anak saya. Baru-baru ini anak saya dinasihatkan oleh pakar ENT untuk menjalani pembedahan tonsillectomy kerana sering \u00a0demam dan mengganggu persekolahan beliau.<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Tetapi suami saya pula &#8216;dicadangkan&#8217; tidak dibuang tonsilnya semasa kecil dulu oleh pakar ENT juga, kerana jika dibuang tonsil itu, maka sukar untuk mengesan penyakit\/tahap kesihatan dia. <\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Saya menjadi keliru.&#8221;<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa alaikum mus salam. Saya masih ingat lagi satu peristiwa seorang ibu yang \u2018<em>educated<\/em>\u2019 membawa anaknya berjumpa dengan saya akibat jangkitan kuman pada tonsil anaknya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana serangan kuman itu sangat teruk, sering berlaku (hampir setiap dua bulan) dan menjejaskan persekolahannya, maka saya mencadangkan agar menjalani pembedahan tonsillectomy.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak semena-mena wanita tadi melenting.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor ! Saya hairan doktor di Malaysia ini. Semua mencadangkan pembedahan. Saya duduk di US empat\u00a0 tahun, tak pernah pun doktor di sana mencadangkan pembedahan<\/em>\u201d<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya agak terperanjat kerana suaranya agak tinggi. Tidak melambangkan langsung pelajaran yang diperolehi di luar negeri. Bukankah \u2018<em>padi semakin berisi, ia semakin menunduk\u2019<\/em>?<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba menenangkan diri sendiri.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor di US tak beritahu kesan jangka panjang menggunakan antibiotic?\u201d<\/em> rungut saya dalam hati. Tetapi saya tidak mahu membuat wanita itu lebih marah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lalu saya meminta maaf dan cuba menerangkan lagi tentang keperluan pembedahan tonsillectomy. Akhir saya mengalah kerana tidak mahu berbalah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Kalau mahu menggunakan antibiotic, tidak jadi masalah. Cuma mungkin bengkakan tonsil anak puan akan membesar<\/em>\u201d<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di kaunter ubat, wanita itu masih marah dan membebel pada pembantu klinik. \u00a0Saya mendengarnya dari bilik doktor, menggelengkan kepala.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Terserahlah, kalau tidak mahu mendengar sebab itu hak dia<\/em>\u201d saya cuba memujuk hati.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan buku teks telah memberikan pelbagai indikasi bagi tonsillectomy, ialah pembedahan membuang tonsil.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>American Academy of Otolaryngology\u2013Head and Neck Surgery (AAO-HNS)<\/em> juga telah menggariskan indikasi yang mudah difahami sebagai berikut.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan yang wajib dilakukan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Pembesaran tonsil hingga menjadi halangan dalam saluran pernafasan dan saluran pemakanan sehingga menjadi sukar bernafas, sukar menelan, mengganggu tidur akibat dengkuran dan menyebabkan masalah komplikasi kardipulmonari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Peritonsillar abscess iaitu nanah yang berkumpul dalam tonsil dan rawatan antibiotic tidak lagi berkesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Tonsillitis menyebabkan sawan demam (<em>febrile convulsions<\/em>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4. Bengkakan tonsil yang disyaki akibat kanser.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan yang harus dipertimbangkan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Tiga atau lebih setahun jangkitan kuman pada tonsil, walaupun telah diberikan rawatan ubat yang mencukupi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Mengalami bau mulut (pernafasan) yang kuat akibat jangkitan tonsilits yang terlalu lama (<em>chronic tonsillitis<\/em>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Jangkitan kuman yang berulang-ulang pada individu pembawa kuman streptococcal dan tidak sembuh dengan rawatan ubat antibitotik <em>beta-lactamase<\/em>.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun nasihat doktor ENT sama ada perlu pembedahan atau tidak, haruslah dibincangkan dengan baik oleh ibubapa sebelum membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin terdapat sedikit percanggahan, namun ia sebenarnya bukanlah percanggahan yang besar.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun saya ingin memberitahu, sungguhpun tonsil adalah sebahagian daripada sistem pertahanan dalam badan, namun kesihatan kita tidak akan terjejas jika kita membuang tonsil, kerana tubuh kita mempunyai pelbagai jenis antibodi yang cukup kuat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengalaman saya sendiri, semasa belajar di universiti \u00a0sering mengalami sakit tekak akibat tonsillitis. Hampir setiap bulan saya mengalami jangkitan kuman pada tonsil.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehinggakan tubuh saya <em>resistant<\/em> kepada pelbagai jenis antibiotic. Ini bermakna banyak antibiotic yang tiadak lagi berkesan merawat jangkitan kuman di tonsil saya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya saya menjalani pembedahan tonsillectomy ketika berumur 22 tahun, Alhamdulillah dengan izin ALLAH, sehingga sekarang saya tidak lagi mengalami sakit tekak \u00a0yang kuat seperti mana semasa saya belajar di universiti dulu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanyakan tentang masalah jangkitan tonsil yang alami oleh anak saya. Baru-baru ini anak saya dinasihatkan oleh pakar ENT untuk menjalani pembedahan tonsillectomy kerana sering \u00a0demam dan mengganggu persekolahan beliau. Tetapi suami saya pula &#8216;dicadangkan&#8217; tidak dibuang tonsilnya semasa kecil dulu oleh pakar ENT juga, kerana jika dibuang tonsil itu, maka sukar &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[187,10],"tags":[181,1343,1345,1344,1342,1411],"class_list":["post-3502","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-umum","tag-antibiotik","tag-buang-tonsil","tag-sakit-tekak","tag-tonsil-bengkak","tag-tonsilectomy","tag-tonsillitis"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Uu","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":8177,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/demam-tonsillitis-tidak-surut-adakah-diphtheria\/","url_meta":{"origin":3502,"position":0},"title":"Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?","author":"drzubaidi","date":"25\/06\/2016","format":false,"excerpt":"DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ? \u00a0 \u201cAssalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6763,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/minum-air-suam-apabila-sakit-tekak\/","url_meta":{"origin":3502,"position":1},"title":"MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS","author":"drzubaidi","date":"08\/11\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr. \u00a0Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM. Tonsil adalah kelenjar yang berada\u00a0 di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"Lemon tea","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/Lemon-tea-300x199.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7682,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-selalu-mengalami-pembengkakan-tonsil\/","url_meta":{"origin":3502,"position":2},"title":"ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL","author":"admin","date":"19\/08\/2015","format":false,"excerpt":"Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema\u00a0 sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":20566,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tonsillitis-anak-kerap-berulang\/","url_meta":{"origin":3502,"position":3},"title":"TONSILLITIS ANAK KERAP BERULANG","author":"admin","date":"04\/12\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Anak saya kerap mendapat jangkitan tonsillitis. Doktor mencadangkan pembedahan. Saya cuba ingin menangguhkan dulu sebab belum bersedia menghadapinya. Adakah terdapat suplemen untuk rawatan tonsillitis tahap 3-4 pada kanak-kanak berusia 8 tahun selain daripada pembedahan? Terima kasih Dr Zubaidi?\". \u00a0 Waalaikumussalam. \u00a0 Tonsillitis adalah keradangan pada tonsil. \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-4.22.11-PM-225x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6440,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risiko-bius-pengsan-untuk-pembedahan-di-kalangan-kanak-kanakbayi\/","url_meta":{"origin":3502,"position":4},"title":"Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak\/bayi","author":"drzubaidi","date":"11\/09\/2014","format":false,"excerpt":"RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK\/BAYI \u00a0 \u201cSalam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih\u201d \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5568,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-berdengkur-ketika-tidur\/","url_meta":{"origin":3502,"position":5},"title":"BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR","author":"drzubaidi","date":"18\/03\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cDr...saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3502"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20393,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3502\/revisions\/20393"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}