{"id":3001,"date":"2012-08-10T19:09:04","date_gmt":"2012-08-10T11:09:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=3001"},"modified":"2023-01-20T12:12:26","modified_gmt":"2023-01-20T04:12:26","slug":"pecah-tuban-sebelum-waktunya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pecah-tuban-sebelum-waktunya\/","title":{"rendered":"Pecah Tuban Sebelum Waktunya"},"content":{"rendered":"<p>Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini.<\/p>\n<p>Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga.<\/p>\n<p><em>\u201cDoc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!\u201d<\/em><\/p>\n<p><em>\u201cItu tanda mahu melahirkan\u2026\u201d<\/em><\/p>\n<p><em>\u201cBetul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..\u201d<\/em><\/p>\n<p><em>\u201cKalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..\u201d<\/em><\/p>\n<p>Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal.<\/p>\n<p><em>\u201cAbah, air tuban tu apa?\u201d<\/em> soal anak saya pula. Soalannya ringkas tetapi memerlukan jawaban yang panjang dan agak kompleks.<\/p>\n<p>Semasa seorang wanita sedang hamil, bayi dalam rahem dilindungi oleh selaput yang dikenali sebagai<em>amniotic membrane<\/em> dan mengandungi cecair, yang disebut sebagai air tuban, atau \u2018<em>amniotic fluid<\/em>\u201d.<\/p>\n<p>Ia bertujuan untuk melindungi bayi dari \u00a0ancaman gegaran dan hentakan dari luar dan menjadi medium untuk perkumuhan. Bayi bebas bergerak di dalamnya, ibarat bayi yang sedang bermain dalam kolam air yang cetek.<\/p>\n<p>Apabila selaput ini bocor, ia akan menyebabkan air tuban keluar dari rahem melalui faraj. Dalam istilah perubatan ia dinamakan SROM (<em>spontaneous rupture of membranes).<\/em><\/p>\n<p>Selalunya apabila wanita hamil sedang mengalami proses kelahiran, selaput tuban akan mula bocor dan mengeluarkan air tuban. Dalam hal ini, ia adalah kejadian kebocoran selaput tuban yang normal.<\/p>\n<p>Namun sebahagian kecil wanita yang hamil mengalami kebocoran tuban sebelum berlakunya proses kelahiran dan berlaku pada usia kehamilan kurang dari 37 minggu.<\/p>\n<p>Mereka tidak merasa sakit perut seperti rasa mahu bersalin kerana proses kelahiran belum bermula. Namun begitu proses kelahiran dan sakit perut akan berlaku dalam masa 24 jam dari masa selaput tuban itu bocor.<\/p>\n<h3>Apa yang perlu dilakukan?<\/h3>\n<p>Jangan panik. Letakkan pad, tuala atau kain yang bersih pada kemaluan. Selalunya air tuban yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan. Ada juga bercampur dengan sedikit darah.<\/p>\n<p>Jumlah air yang keluar berbeza-beza. Ada yang keluar sedikit, dan ada yang keluar dengan banyak seperti \u2018empangan yang pecah\u2019, sehingga membasahi kain yang dipakai.<\/p>\n<p>Oleh itu saya mencadangkan agar segera membuat persiapan untuk ke hospital, walaupun tidak merasa sakit perut untuk melahirkan. Di hospital doktor akan membuat pemeriksaan dan anda mungkin ditahan di wad.<\/p>\n<p>Doktor akan memastikan bahawa air yang keluar itu adalah air tuban, bukan air kencing atau lendiran dari faraj.<\/p>\n<p>Pemeriksaan ultrasound dilakukan bagi memeriksa air tuban yang tinggal dalam rahem, di mana selalunya kuantiti air tuban telah menjadi kurang. Pemeriksaan ultrasound juga dapat melihat pergerakan dan fizikal bayi.<\/p>\n<p>Jika usia kehamilan sudah mendekati 37 minggu, doktor akan membuat keputusan sama ada harus menunggu selama 12 jam lagi atau terus memberi ubat induksi bagi mempercepatkan proses kelahiran (<em>induction<\/em>). Ini kerana kebanyakan pesakit akan mula memasuki proses kelahiran dalam masa 24 jam, dari bermulanya masa kebocoran tuban.<\/p>\n<p>Namun apa yang dikhuatirkan ialah\u00a0<strong>jangkitan kuman yang boleh berlaku jika dibiarkan terlalu lama<\/strong>. Kuman dari faraj boleh memasuki rahem dan menyebabkan jangkitan kuman. Ini berbahaya kepada bayi dalam rahem dan si ibu, sehingga boleh menyebabkan kematian kedua-duanya.<\/p>\n<p>Semakin lama doktor membiarkan lama dan tidak membuat apa-apa bagi memberi peluang kepada tubuh mengalami proses kelahiran secara semulajadi, semakin tinggi risiko untuk mendapat jangkitan kuman, atau\u00a0<em>chorioamnionitis<\/em>.<\/p>\n<p>Dalam satu kajian yang dijalankan, kebarangkalian untuk mendapat risiko jangkitan kuman boleh berlaku sebanyak 40% selepas 24 jam dari masa kebocoran tuban berlaku.<\/p>\n<p>(rujuk: Seaward PG, Hannah ME, Myhr TL, Farine D, Ohlsson A, Wang EE, et al. \u2018International Multicentre Term Prelabor Rupture of Membranes Study: evaluation of predictors of clinical chorioamnionitis and postpartum fever in patients with prelabor rupture of membranes at term\u2019.\u00a0<em>Am J Obstet Gynecol<\/em>. Nov 1997;177(5):1024-9)<\/p>\n<p>Oleh itu\u00a0jika usia kehamilan sudah menghampiri 37 minggu, selalunya doktor akan menunggu selama 12 jam. Jika tiada tanda-tanda proses kelahiran akan bermula, doktor akan memberikan ubat induksi, supaya proses kelahiran boleh berlaku dengan lebih cepat dan bayi dapat dilahirkan dengan selamat.<\/p>\n<p>Jika umur kehamilan kurang dari 37 minggu, dan proses kelahiran belum bermula, doktor akan cuba menghalang proses kelahiran, dan memastikan bayi yang berada dalam rahem berada dalam keadaan selamat.<\/p>\n<p>Jika ibu dan bayi dalam rahem selamat dan sihat, dan belum memasuki proses kelahiran, wanita yang hamil berkemungkinan akan ditahan di wad di mana proses kelahiran boleh berlaku dalam masa seminggu.<\/p>\n<p>Kebanyakan mereka pula akan terus memasuki proses kelahiran dan terus melahirkan bayi sebaik saja selaput tubannya pecah.<\/p>\n<p>Jika air tuban yang keluar amat sedikit dan berhenti, pemeriksaan oleh doktor harus dijalankan bagi menentukan bayi dalam rahem dalam keadaan selamat dan si ibu belum memasuki proses kelahiran.<\/p>\n<p>Jika keadaan anak telah disahkan selamat dan belum memasuki proses kelahiran, berkemungkinan doctor membenarkannya pulang ke rumah dan diminta datang semula untuk membuat susulan.<\/p>\n<p>Mereka akan dinasihatkan agar memastikan tidak ada tanda-tanda jangkiman kuman atau demam. Walaubagaimanapun bagi wanita yang mempunyai tanggungjawab di rumah kerana mempunyai anak yang ramai, keputusan untuk pulang rumah haruslah dibuat setelah berbincang dengan doktor.<\/p>\n<p>Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p><strong>Rujukan dan bacaan lain<\/strong><\/p>\n<p>Mercer BM. Preterm premature rupture of the membranes: diagnosis and management.\u00a0<em>Clin Perinatol<\/em>. Dec 2004;31(4):765-82, vi.<\/p>\n<p>Aagaard-Tillery KM, Nuthalapaty FS, Ramsey PS, Ramin KD. Preterm premature rupture of membranes: perspectives surrounding controversies in management.\u00a0<em>Am J Perinatol<\/em>. Aug 2005;22(6):287-97.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. \u201cDoc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!\u201d \u201cItu tanda mahu melahirkan\u2026\u201d &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[899,963,968,974,212,967,838,975,962,966,881,973,971,964,970,969,972,965,952,746],"class_list":["post-3001","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-air-kencing","tag-air-tuban","tag-amniotic-fluid","tag-chorioamnionitis","tag-faraj","tag-hospital","tag-induction","tag-jangkitan-kuman","tag-ketuban","tag-melahirkan-anak","tag-melahirkan-bayi","tag-pemeriksaan-doktor","tag-rahem","tag-selaput-tuban","tag-spontaneous-rupture-of-membranes","tag-srom","tag-tahan-wad","tag-tuban-pecah","tag-uterus","tag-vagina"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Mp","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1353,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bila-harus-ke-hospital-untuk-kelahiran\/","url_meta":{"origin":3001,"position":0},"title":"Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?","author":"drzubaidi","date":"02\/02\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cMana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !\u201d Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan \u2018pressure\u2019 begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5064,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/nifas-wanita-yang-melahirkan-secara-cesarean\/","url_meta":{"origin":3001,"position":1},"title":"Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean","author":"drzubaidi","date":"09\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu\u2019alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean. \u00a0 1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal. \u00a0 2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah\u2026","rel":"","context":"In &quot;EKF&quot;","block_context":{"text":"EKF","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/ekf\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2385,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mempercepatkan-proses-kelahiran-melalui-induksi\/","url_meta":{"origin":3001,"position":2},"title":"Mempercepatkan Proses Kelahiran Melalui Induksi","author":"drzubaidi","date":"22\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Pengalaman saya bekerja di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital awam di selatan tanah air, banyak membantu saya menjawab kekeliruan yang ditanyakan oleh rakan-rakan FB. Saya akui saya bukan pakar perbidanan, maka setiap yang saya tuliskan hanyalah sebagai satu panduan kepada pesakit dan bukanlah penyelesaian mutlak bagi setiap\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3307,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/air-tuban-atau-air-kencing\/","url_meta":{"origin":3001,"position":3},"title":"Air tuban atau air kencing?","author":"drzubaidi","date":"25\/09\/2012","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan \u2018leaking\u2019 air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. Agak sukar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":3001,"position":4},"title":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":14695,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pengiraan-air-tuban-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":3001,"position":5},"title":"PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL","author":"admin","date":"18\/03\/2022","format":false,"excerpt":"PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL \"Assalamualaikum doktor, semalam pagi saya ada buat pemeriksaan perut di klinik kerajaan. Dan bacaan air ketuban saya adalah 7. Adakah itu normal? Sebab klinik masih belum berikan apa-apa keputusan untuk saya refer hospital atau tidak. Kandungan saya 36 minggu 5 hari. Mohon nasihat sebab saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/AFI-1.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3001"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15544,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001\/revisions\/15544"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3001"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3001"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3001"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}