{"id":2889,"date":"2012-07-11T11:00:37","date_gmt":"2012-07-11T03:00:37","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2889"},"modified":"2023-01-11T15:07:23","modified_gmt":"2023-01-11T07:07:23","slug":"bahayakah-menggunakan-suplemen-alfalfa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahayakah-menggunakan-suplemen-alfalfa\/","title":{"rendered":"Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari <a href=\"http:\/\/www.webmd.com\/vitamins-supplements\">http:\/\/www.webmd.com\/vitamins-supplements<\/a>. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebih 1,500 tahun orang Cina kuno menggunakan alfalfa muda untuk merawat penyakit usus dan ginjal. Mereka juga merawat pesakit yang mengalami sakit sendi (<em>arthritis<\/em>) dan bengkak kaki akibat pengumpulan air (<em>water retention<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini alfalfa masih digunakan oleh tabib herba untuk merawat penyakit ginjal, pundi kencing, dan kalenjar prostate bagi melancarkan pengeluaran air kencing. Ia juga digunakan untuk rawatan kolesterol yang tinggi, asthma, osteoarthritis, rheumatoid arthritis, diabetes, kekembungan perut dan masalah pendarahan seperti <em>thrombocytopenic purpura<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana alfalfa dapat merawat penyakit-penyakit itu, tidak dapat\u00a0 dijelaskan. Kajian saintifik masih tidak dapat menjelaskannya dengan baik tetapi berkemungkinan disebabkan alfalfa mengandungi protein dan vitamin K yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun, ada kajian yang dijalankan, menunjukkan alfalfa mampu menghalang penyerapan kolesterol dalam usus. (Kajian ini tidak diterima untuk penerbitan dalam jurnal yang besar)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setakat ini ramai ahli saintis berpendapat belum ada kajian yang sahih mengenai keberkesanan alfalfa merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Masalah ginjal.<\/li>\n<li>Masalah pundi kencing.<\/li>\n<li>Masalah kelenjar prostate.<\/li>\n<li>Asthma.<\/li>\n<li>Sakit sendi (Arthritis).<\/li>\n<li>Diabetes Mellitus.<\/li>\n<li>Perut kembung.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu FDA, satu badan berkuasa di Amerika Syarikat yang menjaga keselamatan ubat dan makanan mengkelaskan Alfalfa sebagai bahan suplemen yang diperolehi dari herba, tetapi harus digunakan dengan berhati-hati .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">FDA mengatakan \u201cmenggunakan daun alfalfa BERKEMUNGKINAN SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa, tetapi menggunakan biji benih alfalfa secara berpanjangan BERKEMUNGKINAN TIDAK SELAMAT kerana biji benih alfalfa boleh memberikan tindak balas autoimmune dan menyebabkan penyakit <em>lupus erythematosus<\/em> atau boleh merangsangkan kemudharatan akibat penyakit itu.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">FDA juga mendapati memakan alfalfa dalam kadar yang berlebihan dan berpanjangan, juga boleh menyebabkan sesetengah orang yang sedang memakan ubat tertentu akan mengalami sensitiviti yang berlebihan\u00a0 terhadap sinaran matahari. Mereka akan mudah mengalami <em>sunburn<\/em>, lepuhan dan ruam pada kulit .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jika seorang pesakit yang sedang mengambil ubat seperti <em>amitriptyline<\/em> dan\u00a0 ubat antibiotic seperti <em>Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim\/sulfamethoxazole<\/em> (Bactrim) dan <em>tetracycline<\/em>, diingatkan agar berbincang dengan doktor dahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan alfalfa secara berpanjangan dalam kuantiti yang besar juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa \u00a0alfalfa bertindak seperti hormone estrogen, dan boleh memberikan kemudaratan pada kehamilan.<\/p>\n<p>Oleh kerana alfalfa mempunyai kesan seperti estrogen yang kecil, bagi wanita yang mengamalkan pil perancang, berkemungkinan\u00a0 alfalfa boleh menyebabkan pil perancang yang digunakan tidak berkesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pesakit kanser payudara, kanser rahem (uterine cancer), kanser ovari, endometriosis, atau fibroids, juga harus mengelakkan diri dari mengambil alfalfa. \u00a0\u00a0Dibimbangi alfalfa yang mempunyai kesan seperti estrogen, walaupun kecil \u00a0akan merangsang sel-sel dalam organ rahem, payudara dan ovari untuk menjadi kanser. Walaubagaimanapun kebimbangan ini belum dibuktikan secara kajian klinikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit \u201cauto-immune diseases\u201d \u00a0seperti\u00a0 <strong><em>multiple sclerosis<\/em><\/strong> (MS), <strong><em>systemic lupus erythematosus,<\/em><\/strong> (SLE) dan <strong><em>rheumatoid arthritis<\/em><\/strong> (RA), dinasihatkan agar tidak mengambil alfalfa sebagai makanan tambahan dan suplemen. Ini kerana alfalfa boleh menyebabkan penyakit mereka akan menjadi lebih serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit yang menjalani pemindahan organ seperti ginjal dan hati harus mengelakkan diri dari mengamalkan alfalfa kerana ia boleh memudaratkan. Dibimbangi organ yang dipindahkan tidak dapat digunakan kerana fenomena \u2018<strong><em>body rejection\u2019<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini kerana ubat yang diberikan untuk merendahkan daya tahan menjadi tidak berkesan apabila pesakit memakan alfalfa. Antara ubat itu ialah <em>azathioprine<\/em> (Imuran), <em>basiliximab<\/em> (Simulect), <em>cyclosporine<\/em> (Neoral, Sandimmune), <em>daclizumab<\/em> (Zenapax), <em>muromonab-CD3<\/em> (OKT3, Orthoclone OKT3), <em>mycophenolate<\/em> (CellCept), <em>tacrolimus<\/em> (FK506, Prograf), <em>sirolimus<\/em> (Rapamune), <em>prednisone<\/em> (Deltasone, Orasone) dan <em>corticosteroids <\/em>(glucocorticoids).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alfalfa juga dikatakan boleh menurunkan kandungan gula dalam darah. Jadi pesakit diabetes yang mengamalkan ubat diabetes, sama ada tablet atau suntikan harus berhati-hati untuk memastikan gula dalam darah tidak terlalu rendah. Jika gula terlalu rendah, boleh menyebabkan pesakit menjadi pengsan dan koma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alfalfa boleh memekatkan darah kerana mengandungi kuantiti vitamin K yang banyak. Bagi pesakit yang mengalami penyakit yang disebabkan darah yang pekat dan diberikan ubat <strong><em>Warfarin (Coumadin)<\/em><\/strong> untuk mencairkan darah, elakkan dari menggunakan alfalfa sebagai suplemen. Alfalfa akan menyebabkan ubat warfarin menjadi kurang berkesan. Ini bermakna darah mereka akan menjadi pekat dan mudah membeku. Akhirnya boleh menyebabkan stroke.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi pesakit yang mengalami darah yang pekat dan mudah membeku, harus berhati-hati mengambil alfalfa. Mereka mungkin memerlukan dos warfarin yang lebih besar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai kesimpulannya, suplemen alfalfa memberikan manfaat bagi segelintir pesakit, namun harus berbincang dengan doktor bagi mengelakkan kemudaratannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Brown R. \u201cPotential interactions of herbal medicines with antipsychotics, antidepressants and hypnotics\u201d. Eur J Herbal Med 1997;3:25-8.<\/li>\n<li>Farber JM, Carter AO, Varughese PV, et al. \u201cListeriosis traced to the consumption of alfalfa tablets and soft cheese\u201d N Engl J Med 1990;322:338.<\/li>\n<li>Light TD, Light JA. \u201cAcute renal transplant rejection possibly related to herbal medications\u201d. Am J Transplant 2003;3:1608-9.<\/li>\n<li>Malinow MR, Bardana EJ Jr, Goodnight SH Jr. \u201cPancytopenia during ingestion of alfalfa seeds\u201d. Lancet 1981;14:615.<\/li>\n<li>Malinow MR, McLaughlin P, et al. \u201cComparative effects of alfalfa saponins and alfalfa fiber on cholesterol absorption in rats\u201d. Am J Clin Nutr 1979;32:1810-2.<\/li>\n<li>Molgaard J, von Schenck H, Olsson AG. \u201cAlfalfa seeds lower low density lipoprotein cholesterol and apolipoprotein B concentrations in patients with type II hyperlipoproteinemia.\u201d Atherosclerosis 1987;65:173-9.<\/li>\n<li>Roberts JL, Hayashi JA. \u201cExacerbation of SLE associated with alfalfa ingestion\u201d. N Engl J Med 1983;308:1361.<\/li>\n<\/ol>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[4,10],"tags":[840,181,855,844,848,847,846,5471,24,849,850,841,853,791,852,851,856,842,845,854,857,843],"class_list":["post-2889","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-farmasi","category-umum","tag-alfalfa","tag-antibiotik","tag-arthritis","tag-bengkak-kaki","tag-cholestrole","tag-darah-cair","tag-darah-pekat","tag-diabetes-mellitus","tag-estrogen","tag-gula-dalam-darah","tag-kembung-perut","tag-makanan-tambahan","tag-multiple-sclerosis","tag-sakit-sendi","tag-sle","tag-sunburn","tag-suplemen","tag-supplement","tag-susah-kencing","tag-thrombocytopenia","tag-vitamin","tag-water-retention"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-KB","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5468,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-yang-tidak-stabil\/","url_meta":{"origin":2889,"position":0},"title":"Tekanan darah yang tidak stabil","author":"drzubaidi","date":"23\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171\/110 kadang 97\/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung \u00a0dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala \u00a0di sebelah kanan. Saya tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4317,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-haid-2\/","url_meta":{"origin":2889,"position":1},"title":"Pendarahan selepas haid","author":"drzubaidi","date":"07\/08\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan \u201cubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":10007,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/biji-aprikot-untuk-pesakit-kanser-limfoma\/","url_meta":{"origin":2889,"position":2},"title":"BIJI APRIKOT UNTUK PESAKIT KANSER LIMFOMA?","author":"drzubaidi","date":"11\/01\/2019","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u00a0 \"Assalamualaikum doktr, maaf ganggu, saya nak tanya betul ke appricot seed dapat mengurangkan kanser limfoma? Kawan baik saya ada kanser limfoma tahap 2. Ada tak rawatan alternatif selain dari kimo? Dia sudah buat kimo 2x. Adakah suplemen yang boleh kurangkan sel kanser. Saya harap sangat doktor boleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":5896,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suplemen-vitamin-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":2889,"position":3},"title":"Suplemen vitamin semasa hamil","author":"drzubaidi","date":"14\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \"As-salam Dr Zubaidi. Sy ingin bertanyakan pendapat Dr. Harap Dr x keberatan. This is regarding supplement tambahan spt vit C, folic acid etc yg diambil oleh ibu mengandung selain drpd yg diberi oleh pihak hospital spt jenama xxxxxx atau any brand. Would it give any affect? What is\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"vitamin 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/vitamin-2-300x229.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":12336,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-saya-memberikan-anak-saya-suplemen-multi-vitamin\/","url_meta":{"origin":2889,"position":4},"title":"PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN?","author":"admin","date":"23\/12\/2020","format":false,"excerpt":"Kanak-kanak tidak memerlukan pengambilan sebarang suplemen vitamin termasuk multivitamin untuk tumbesaran, jika mereka mendapat cukup nutrien dari makanan yang mereka makan. Ini kerana makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran dan buah-buahan) menyediakan sumber nutrient yang terbaik dan semulajadi termasuk vitamin dan mineral. Namun begitu untuk menyediakan tubuh anak kita dengan sistem\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":4591,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengetahui-darah-haid-terlalu-banyak\/","url_meta":{"origin":2889,"position":5},"title":"Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?","author":"drzubaidi","date":"09\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.\u201d Wa alaikum mus salam. Ramai wanita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2889","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2889"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2889\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15431,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2889\/revisions\/15431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2889"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2889"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2889"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}