{"id":2856,"date":"2012-06-30T05:24:53","date_gmt":"2012-06-29T21:24:53","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2856"},"modified":"2024-12-03T11:50:55","modified_gmt":"2024-12-03T03:50:55","slug":"bolehkah-bayi-minum-air-mineral","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-bayi-minum-air-mineral\/","title":{"rendered":"Bolehkah bayi minum air mineral?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang yang tidak baik seperti tidak aktif, menangis dengan suara yang perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan mengeluarkan buih pada mulutnya. Apabila dibawa ke hospital, bayi itu telah tidak sedarkan diri dan koma.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Anak adalah amanah <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya sering menasihatkan para ibu bapa agar lebih berhati-hati terhadap bayi yang mereka pelihara. Jangan mengambil sikap sambil lewa kerana anak-anak adalah amanah dari ALLAH SWT.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Bagaimanapun ibu bapa muslim sangat dituntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan Allah SWT ini. Ketidakfahaman dalam perkara ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat melaksanakan peranan dan tanggung-jawab mereka, malah mungkin tidak menunaikan hak anak-anak seperti memberi kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa\u00a0 yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul\u00a0 siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.<\/em>\u201d<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menganggap ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu terhadap penjagaan dan pendidikan anak, sebagai suatu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan olehNYA.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Memberikan air mineral?<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi yang jelas seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan untuk minum mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu yang menyusukan anak mereka. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air mineral juga?<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara amnya bayi yang berumur kurang 6 bulan tidak boleh diberikan air mineral atau air kosong. Bayi tidak memerlukan air dan mineral kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui air susu yang diminum, sama ada dari susu ibu atau susu formula.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memberikan air pada mereka akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrient dari susu ibu atau susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Memberikan air juga menyebabkan perut bayi akan menjadi penuh dan kembung. Mereka mungkin tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk meminum susu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu jika difikirkan perlu dan ini sudah pasti tidak menjejaskan kesihatan bayi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam dalam kes yang terpencil, jarang berlaku tetapi serius, apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami mengalami sawan dan koma akibat \u201ckeracunan air\u201d (<strong><em>water intoxication<\/em><\/strong>). Ini berlaku apabila air yang diberikan kepada bayi dengan kuantiti yang banyak telah menyebabkan kecairan pada kepekatan <strong><em>mineral sodium<\/em><\/strong> dalam tubuh, menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengambangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes yang disebutkan di atas, apabila ibubapa menambahkan air dalam bancuhan susu dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya, ia juga boleh menyebabkan \u201ckeracunan air\u201d. Selain itu susu yang cair dan diminum menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang amat berkurangan dari sepatutnya. Oleh itu para ibu yang menyusukan anaknya dengan susu formula haruslah membaca arahan bancuhan susu dan elakkan dari menambah air yang lebih dari kadar yang sepatutnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun jika bayi mengalami ceret-beret, doktor mungkin menasihati ibu untuk memberikan bancuhan garam ke dalam air untuk diberikan kepada bayi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila bayi telah mencapai umur enam bulan, tidak menjadi mudarat memberikan sedikit air menggunakan sudu kepada bayi. Berikan sekadar yang perlu. Memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan bayi akan mengalami kembung perut dan tidak berselera untuk makan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah berusia setahun, kanak-kanak telah makan makanan yang pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya, bolehlah memberikan air mineral kepada kanak-kanak itu sepuas hati.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula. \u00a0 Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[187],"tags":[803,377,787,798,23,802,801,804,795,796,799,67,800,797,58,794],"class_list":["post-2856","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-air","tag-air-mineral","tag-bayi","tag-bayi-tidak-selera-makan","tag-dehidrasi","tag-has-jb","tag-hospital-sultanah-aminah","tag-keracunan","tag-koma","tag-makanan-pejal","tag-mineral","tag-sawan","tag-sodium","tag-susu-formula","tag-susu-ibu","tag-water-intoxication"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-K4","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4424,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vitamin-tambahan-untuk-bayi-dan-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":2856,"position":0},"title":"Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak","author":"drzubaidi","date":"12\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":9847,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-menyusu-ibu-tapi-sembelit\/","url_meta":{"origin":2856,"position":1},"title":"ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT","author":"drzubaidi","date":"02\/10\/2018","format":false,"excerpt":"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/2193\/","url_meta":{"origin":2856,"position":2},"title":"Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi","author":"drzubaidi","date":"26\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah \u2018kuman baik\u2019 yang diberitahu oleh seorang doktor. \u201cDoktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/21.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5329,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/meningkatkan-daya-tahan-ibu-dan-anak\/","url_meta":{"origin":2856,"position":3},"title":"Meningkatkan daya tahan ibu dan anak","author":"drzubaidi","date":"05\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5433,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-baru-lahir-susu-ibu-tidak-cukup\/","url_meta":{"origin":2856,"position":4},"title":"Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup","author":"drzubaidi","date":"18\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5364,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-bayi-saya-mengalami-cirit-birit\/","url_meta":{"origin":2856,"position":5},"title":"Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAs salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.\u201d Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2856","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2856"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2856\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20555,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2856\/revisions\/20555"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}