{"id":2819,"date":"2012-06-25T01:50:55","date_gmt":"2012-06-24T17:50:55","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2819"},"modified":"2023-01-19T12:45:16","modified_gmt":"2023-01-19T04:45:16","slug":"merawat-jerawat-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merawat-jerawat-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Merawat Jerawat ketika Hamil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya mengalami jerawat (<em>acne<\/em>) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini akan menggalakkan kulit mengeluarkan minyak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang-liang pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak di situ. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan pembentukan jerawat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun tidak semua wanita yang hamil akan mengalami jerawat. Wanita-wanita yang berisiko ialah wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk semasa remaja atau wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk pada setiap kali ketika kedatangan haids.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika wanita itu tidak mengalami jerawat di awal kehamilan, berkemungkinan besar beliau tidak akan mengalami jerawat di sepanjang kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Merawat jerawat ketika hamil agak rumit sedikit. Doktor harus bertanyakan sama ada seorang wanita itu sedang hamil atau tidak. Ini soalan yang perlu ditanyakan kerana kebanyakan ubat jerawat boleh mendatangkan kemudharatan pada bayi atau janin dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi berhati-hatilah ketika membeli ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi kerana kebanyakan pembantu kedai di farmasi tidak ada pengetahuan mengenai kemudharatan ini. Berjumpalah dengan ahli farmasi atau doctor bagi mengelakkan kemudharatan pada bayi dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu secara amnya saya menasihatkan agar haruslah mengelakkan diri daripada ubat-ubatan moden atau herba yang tidak perlu bagi mengelakkan kemudharatan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mencegah jerawat yang menjadi lebih teruk, bolehlah amalkan tip-tip berikut:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Membasuh muka dengan pembasuh muka dua kali sehari<\/li>\n<li>Jangan menggosok muka dengan kain yang kotor atau menggosok terlalu kuat kerana akan menyebabkan jerawat bertambah teruk.<\/li>\n<li>Gunakan tuala untuk mengeringkan muka dengan cara menepuk-nepuk dan bukan menggosok kulit muka<\/li>\n<li>Pastikan menggunakan pelembap muka tanpa minyak (oil-free moisturizer)<\/li>\n<li>Jangan memicit jerawat kerana akan menyebabkan jerawat meninggalkan parut yang besar<\/li>\n<li>Jika menggunakan mekap, gunakan mekap \u201cwater-based\u201d dan bukan \u201coil-based\u201d. Ada kalanya dilabel sebagai &#8220;noncomedogenic&#8221; atau &#8220;nonacnegenic,&#8221; bermakna tidak menyumbatkan liang pada muka dan menyebabkan jerawat.<\/li>\n<li>Pastikan menanggalkan mekap sebelum tidur.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika tip-tip ini tidak berkesan kerana mengalami jerawat yang terlalu teruk, bolehlah mengambil kream untuk disapukan pada kulit. Menggunakan kream adalah lebih baik kerana ia mengurangkan kesan ubat yang masuk ke dalam sistem darah dan seterusnya akan sampai kepada bayi dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekali lagi, saya menasihatkan sebelum menggunakan ubat-ubatan untuk merawat jerawat haruslah mendapat preskripsi dari doctor atau nasihat dari ahli farmasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang tidak hamil, penggunaan pil antibiotic adalah cara terbaik membunuh bakteria yang membiak di liang-liang kulit. Bagi mengurangkan kesan mudharat pada bayi, ubat antibiotic ini harus diambil dalam bentuk kream.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya doctor akan memberikan pil antibiotic <strong><em>tetracycline<\/em><\/strong>, tetapi antibiotic tidak sesuai untuk wanita hamil kerana akan menyebabkan kemudharatan pada bayi. Kream antibiotic <em>tetracycline<\/em> juga ada dijual di farmasi. Namun bagi wanita hamil, penggunaan kream tetracycline masih tidak selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor selalunya memberikan kream antibiotic <strong><em>erythromycin<\/em><\/strong> yang lebih selamat tetapi harus mendapat preskripsi doctor dahulu. Selain kream antibiotic, kream <strong><em>Azelaic acid<\/em><\/strong> (Azelex), yang merupakan kream bukan antibiotic yang lebih selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan kream <strong><em>benzoyl peroxide<\/em><\/strong> masih dalam kontroversi. Walaupun belum terdapat laporan bahawa kream ini memberikan mudharat pada bayi, tetapi belum banyak kajian mengenainya. Jadi keselamatan untuk bayi masih belum terjamin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan kream <strong><em>isotretinoin<\/em><\/strong> dan antibiotik lain seperti <strong><em>minocycline <\/em><\/strong>dan <strong><em>doxycycline<\/em><\/strong> ketika hamil harus dielakkan. Jika kream yang digunakan masih tidak berkesan, saya cadangkan untuk berjumpa dengan pakar kulit, dermatologist.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan jerawat akan beransur-ansur hilang setelah melahirkan anak. Jadi pertimbangkan manfaat dan kemudharatan yang bakal diterima oleh bayi dalam rahem, dalam usaha untuk merawat jerawat ketika hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem. Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[6,7],"tags":[723,730,734,731,736,733,738,737,724,728,735,727,726,725,729,732],"class_list":["post-2819","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","category-wanita","tag-acne","tag-awal-kehamilan","tag-azelaic-acid","tag-benzoyl-peroxide","tag-doxycycline","tag-erytromycine","tag-hasrizal","tag-isotretinoin","tag-jerawat","tag-kream","tag-minocycline","tag-moisturizer","tag-pelembap-muka","tag-pencuci-muka","tag-retinoid","tag-tetracycline"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Jt","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7509,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kehamilan-dan-ubat-jerawat\/","url_meta":{"origin":2819,"position":0},"title":"Kehamilan dan ubat jerawat","author":"drzubaidi","date":"04\/06\/2015","format":false,"excerpt":"KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT \u00a0 \u201cSalam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil \u00a09 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.\u201d \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"retino A","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/retino-A.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6130,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/produk-ubat-jerawat-boleh-menyebabkan-alahan-teruk\/","url_meta":{"origin":2819,"position":1},"title":"Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk","author":"drzubaidi","date":"11\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3918,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merawat-jerawat-dengan-pil-perancang\/","url_meta":{"origin":2819,"position":2},"title":"Merawat Jerawat dengan Pil Perancang","author":"drzubaidi","date":"17\/03\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Sebagai \u00a0seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?\". \u00a0 JAWAPAN \u00a0 Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6894,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wanita-yang-tidak-sesuai-menggunakan-implanon\/","url_meta":{"origin":2819,"position":3},"title":"Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon","author":"drzubaidi","date":"29\/12\/2014","format":false,"excerpt":"WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun. \u00a0 Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan \u2018etonogestrel\u2019. \u00a0 Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas. \u00a0 Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"implanon 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/implanon-2-300x216.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6164,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga\/","url_meta":{"origin":2819,"position":4},"title":"Kesan sampingan suntikan perancang keluarga","author":"drzubaidi","date":"13\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. \u00a0 Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/EKF.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1678,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-untuk-keguguran-rambut\/","url_meta":{"origin":2819,"position":5},"title":"Punca Keguguran Rambut di kalangan Wanita","author":"drzubaidi","date":"16\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang menyebabkan rambut mereka semakin menipis. Kebanyakan wanita hanya membeli ubat dari sengseh atau farmasi tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya. Adakah mereka hanya mengalami masalah keguguran rambut sahaja atau keguguran rambut itu tanda bagi \u2018penyakit yang lebih serius\u2019? Ada wanita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2819","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2819"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2819\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15511,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2819\/revisions\/15511"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2819"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2819"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2819"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}