{"id":2782,"date":"2012-06-19T10:37:31","date_gmt":"2012-06-19T02:37:31","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2782"},"modified":"2012-06-19T10:38:57","modified_gmt":"2012-06-19T02:38:57","slug":"kesan-membesarkan-payudara-menggunakan-suntikan-hyaluronic-acid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-membesarkan-payudara-menggunakan-suntikan-hyaluronic-acid\/","title":{"rendered":"Kesan membesarkan Payudara menggunakan Suntikan Hyaluronic Acid"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2784\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-membesarkan-payudara-menggunakan-suntikan-hyaluronic-acid\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?fit=640%2C480&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"640,480\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;2.9&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;Fujifilm A175&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1230768339&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;5.7&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;100&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0.004&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"hyaluronic acid injectable wrinkle filler\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2784\" title=\"hyaluronic acid injectable wrinkle filler\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/hyaluronic-acid-injectable-wrinkle-filler-.jpg?w=640&amp;ssl=1 640w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">TERDAPAT GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dunia perubatan moden terutama di bidang kecantikan telah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu untuk membesarkan payudara seorang wanita harus menjalani pembedahan besar (<em>major surgery<\/em>) dan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh, sekarang banyak prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah yang timbul, adakah ianya selamat? Bagaimana dengan kebolehan untuk menyusukan anak apabila payudara telah disuntik dengan bahan-bahan itu? Tidakkah ia membahayakan bayi apabila susu dari payudara yang disuntik diberikan kepada anak?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>As salam mua alaikum Doktor. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Saya hendak bertanya, selamatkah bayi yang \u00a0diberi susu ibu sedangkan saya pernah menjalani pembesaran buah dada dengan suntikan hyaluronic acid. Suntikan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada awal 2010 dan akhir 2010. Tujuan suntikan ini bukanlah untuk membesarkan payudara, tetapi lebih kepada untuk menegangkan payudara kerana ia kelihatan mengendur selepas melahirkan anak yang ketiga.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Sya bimbang kerana saya ada terbaca bahawa bayi boleh mengalami kecacatan otak apabila terminum susu ibunya yang tercemar dengan kandungan suntikan itu.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Terima kasih.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menyedari bahawa terdapat segelintir para wanita yang ingin kelihatan cantik dengan sanggup mengambil risiko menyuntik bahan <em>hyaluronic acid<\/em> (HA) ke dalam payudara mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan hyaluronic acid injections telah banyak digunakan secara meluas di beberapa buah negeri. Di Malaysia teknik ini dibawa masuk dan telah diamalkan secara terbuka. Suntikan ini sepatutnya dilakukan oleh doktor atau pengamal perubatan yang berdaftar, namun ada juga pengamal kecantikan di beberapa pusat kecantikan melakukannya kerana kelonggaran penguatkuasaan dan undang-undang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sudah tentu suntikan seperti ini harus dilakukan oleh doktor yang berpengalaman dan terlatih. Kesan sampingan dan bahaya suntikan ini banyak bergantung kepada individu yang menjadi pelanggang dan doktor yang memberikan suntikan. Jika \u00a0pelanggan bukan individu yang berisiko tinggi dan diberikan oleh doktor yang berpengalaman dan terlatih, sudah hampir pasti kebarangkalian untuk mendapat kemudharatan amat berkurangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika sebaliknya, sudah tentu ia akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Hyaluronic acid<\/em> (HA) adalah bahan semula jadi yang terdapat pada lapisan kulit. Ia berfungsi \u00a0sebagai penyerap air dan menyebabkan kulit kelihatan lembap dan muda. Pada orang yang berusia, kekurangan HA pada kulit mereka ini akan menyebabkan kulit mereka menjadi berkedut dan berlendut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan ini diberikan untuk meluruskan bahagian kulit yang berkedut pada wajah. Selain itu suntikan ini diberikan sebagai alternative bagi pembedahan membesarkan payudara. Ia sesuai bagi wanita yang bimbang dengan proses pembedahan. Ia juga tidak menyebabkan parut yang ketara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2785\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-membesarkan-payudara-menggunakan-suntikan-hyaluronic-acid\/breast-injection\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?fit=720%2C480&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"720,480\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"breast injection\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?fit=618%2C412&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2785\" title=\"breast injection\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?resize=300%2C200&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?resize=300%2C200&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/breast-injection.jpg?w=720&amp;ssl=1 720w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan pelali (bius) diberikan pada kulit di antara otot pectoris dan tisu payudara. Kemudian HA disuntikkan di kawasan ini ke dalam payudara, dengan isipadu yang sesuai. Ini menyebabkan tisu payudara akan tertolak ke hadapan dan menyebabkan tegang dan bersaiz lebih besar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prosedur ini mengambil masa 30-90\u00a0 min. Oleh kerana HA adalah bahan semula jadi yang terdapat pada tubuh, maka kebarangkalian untuk mendapat \u00a0alahan \u00a0adalah kecil.\u00a0 Namun terdapat kesan sampingan yang kecil seperti rasa bengkak dan sakit tetapi akan perlahan-lahan hilang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu soalan mengenai hukum melakukan pembesaran payudara, <strong><em>Sheikh `Abd al-Rahm\u00e2n al-Jar`\u00ee<\/em><\/strong>, Professor di King Kh\u00e2lid University, Abh\u00e2 menjawab :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"638\" valign=\"top\">&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cJika payudara seorang wanita bukan semulajadi   menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana ketidakseimbangan hormon, dia   boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara selagi mana   pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu   dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang   keputusan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia   dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan   mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk   meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan ALLAH   lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh   ALLAH. ALLAH berfirman:<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201c<em>Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan:   \u201cAku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah   ditentukan (untuk aku).\u00a0 Dan aku   benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan   kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang   ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka   (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya. \u00a0Barangsiapa yang menjadikan syaitan   pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.<\/em>\u201d<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(Surah al-Nisa\u2019: 118-119)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik   untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana   hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w.   mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi   atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.\u201d<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bahan HA yang berada dipasaran dijual dengan pelbagai jenama. Jenama yang biasa dipasarkan ialah jenama Macrolane. Ia telah mendapat kelulusan di Eropah tetapi belum lagi diluluskan di Amerika Syarikat. Ini kerana produk ini masih baru, dan kesan jangka masih tidak diketahui.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apatah lagi kadar penyerapan HA ke dalam tubuh tidak dapat diagak. Ia bergantung banyak faktor, dan dianggarkan selepas setahun isipadu HA yang masih tinggal dalam payudara antara 5-85%.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakna selepas setahun kebarangkalian untuk payudara menjadi tidak pejal dan kendur semula adalah tinggi. Oleh itu suntikan kali kedua dan seterusnya harus diberikan untuk mengekalkan bentuk payudara, selalunya antara 9-12 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setakat ini tiada kajian yang cukup dan sahih mengenai kesan sampingan bayi yang disusukan jika ibu mereka mengambil suntikan ini. Oleh itu doktor dan pelanggan harus menimbangkan kemudharatan dan kebaikan sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembesaran payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; TERDAPAT GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT Dunia perubatan moden terutama di bidang kecantikan telah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu untuk membesarkan payudara seorang wanita harus menjalani pembedahan besar (major surgery) dan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh, sekarang banyak prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu. Masalah yang timbul, adakah &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[8,7],"tags":[683,679,680,677,678,681,682],"class_list":["post-2782","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-wanita","tag-hyaluronic-acid","tag-king-khalid-university","tag-macrolane","tag-payudara-besar","tag-pembedahan-membesarkan-payudara","tag-sheikh-abd-al-rahman-al-jari","tag-surah-al-nisa-118-119"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-IS","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2454,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risiko-pembedahan-membesarkan-payudara\/","url_meta":{"origin":2782,"position":0},"title":"Risiko Pembedahan Membesarkan Payudara","author":"drzubaidi","date":"03\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya mengambil kesempatan membaca akhbar NST bertarikh 24 Desember 2011 pada waktu makan tengah hari. Oleh kerana ia berkaitan dengan \u2018berita perubatan\u2019, saya tertarik untuk membacanya. NST melaporkan pihak polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran menangkap pengasas syarikat Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas, seorang warga Perancis setelah mendapati syarikatnya\u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/1-300x219.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2777,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hukum-mengecilkan-payudara\/","url_meta":{"origin":2782,"position":1},"title":"Hukum mengecilkan Payudara","author":"drzubaidi","date":"17\/06\/2012","format":false,"excerpt":"HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA \"TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT\" Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai \u201cmengada-ngada\u201d.\u00a0 Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/bra-300x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9885,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/membesarkan-payudara-breast-injection-breast-filler\/","url_meta":{"origin":2782,"position":2},"title":"membesarkan payudara breast injection breast filler","author":"drzubaidi","date":"29\/11\/2018","format":false,"excerpt":"BREAST INJECTION@BREAST FILLER \u00a0 Assalamualaikum doc. saya ada terbaca artikel doctor di blog tentang breast surgery. boleh tak doc komen skit tentang breast injection @ breast filler? saya nampak sekarang ni ramai yg buat promo tentang injection filler ni. adakah ia selamat? dan bolehkah menyebabkan cancer?\u00a0\u00a0Terima kasih doc. \u00a0 WALAIKUMUSALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/VIT-E-1-300x268.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1146,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kemoterapi-dan-kesuburan\/","url_meta":{"origin":2782,"position":3},"title":"Kemoterapi Dan Kesuburan","author":"drzubaidi","date":"24\/12\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. \u201cSecara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7907,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/doclab-mempunyai-serum-hyaluronic-acid-untuk-kesihatan-muka\/","url_meta":{"origin":2782,"position":4},"title":"DOCLAB MEMPUNYAI SERUM HYALURONIC ACID UNTUK KESIHATAN MUKA","author":"drzubaidi","date":"24\/01\/2016","format":false,"excerpt":"Dalam dunia kosmetik, salah satu unsur yang telah dibuktikan secara saintifik, dan sangat memberikan manfaat dan selamat digunakan ialah hyaluronic acid. Ia adalah pelembap yang terbaik dan sangat sesuai bagi kulit yang sensitif, dan bagi wanita yang hamil. Sebenarnya,\u00a0hyaluronic acid\u00a0sudah berada dalam tubuh secara semulajadi. Oleh itu ia tidak menyebabkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Advertorial&quot;","block_context":{"text":"Advertorial","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/advertorial\/"},"img":{"alt_text":"doclab","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/doclab-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4925,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketulan-fibroadenoma-pada-payudara\/","url_meta":{"origin":2782,"position":5},"title":"Ketulan Fibroadenoma pada payudara","author":"drzubaidi","date":"12\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAs salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2782"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2788,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions\/2788"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}