{"id":2750,"date":"2012-06-13T14:15:55","date_gmt":"2012-06-13T06:15:55","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2750"},"modified":"2023-01-18T12:11:36","modified_gmt":"2023-01-18T04:11:36","slug":"berapa-banyak-kuantiti-susu-untuk-bayi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-banyak-kuantiti-susu-untuk-bayi\/","title":{"rendered":"Berapa banyak kuantiti susu untuk bayi?"},"content":{"rendered":"<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera.<\/p>\n<p>\u201cDoktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan susu, tidak kira di malam hari atau di siang hari. Saya sangat letih..\u201d<\/p>\n<p>Sememangnya, banyak pahala dan jasa ibubapa ketika membesarkan anak-anak mereka. Mereka sentiasa risau tentang keselamatan dan keperluan anak-anak-anak mereka.<\/p>\n<p>Adakalanya pula bayi yang telah disusukan mengalami muntah susu. Apa yang membimbangkan mereka ialah bayi akan mengalami \u2018tersedak susu\u2019 seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan menyebabkan kematian.<\/p>\n<p>Oleh itu kombinasi antara jumlah kuantiti susu yang diperlukan dalam sehari, dan jumlah kuantiti susu yang boleh diberikan oleh bayi bagi setiap susuan akan menentukan bilangan kekerapan memberikan susu dalam sehari.<\/p>\n<p>Jika tidak, dikhuatiri bayi akan mengalami kekurangan susuan sehingga bayi menjadi letih dan kekurangan berat badan. Bayi yang diberikan lebih susuan pula boleh menyebabkan mereka muntah dan kekembungan pula.<\/p>\n<p>Ibubapa perlu mengetahui bahawa setiap kali bayi menangis tidak bermakna mereka kelaparan dan mahu disusu. Bayi yang merengek boleh jadi disebabkan mereka penat, merasa bosan, tidak selesa atau lampin mereka telah kotor.<\/p>\n<p>Oleh itu sebagai panduan, tanda bayi yang kelaparan ialah :<\/p>\n<p>1. Bayi meletakkan tangan mereka dekat dengan mulut.<\/p>\n<p>2. Bayi memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri.<\/p>\n<p>3. Bayi kelihatan gelisah dan menjelirkan lidah seolah-olah kita mahu menyusukan.<\/p>\n<p>4. Bayi mula menghisap jari atau kain yang diberikan.<\/p>\n<p>5. Bayi mula merengek.<\/p>\n<p>6. Bayi menangis kuat.<\/p>\n<p>Perlu kita ingat juga bahawa bayi, terutama yang baru lahir mempunyai perut yang sangat kecil, sedang keperluan terhadap susu untuk tumbesaran amat tinggi. Oleh kita mengimbangkan antara kekerapan dan kuantiti susu yang diberi agar bayi mendapat susuan yang cukup.<\/p>\n<p>Oleh itu ramai ibubapa yang bertanyakan tentang kekerapan bayi mereka menyusu. Kekerapan ini sebenarnya bergantung kepada berat dan umur bayi. Ada beberapa formula yang digunakan untuk menentukan kuantiti susu formula yang diperlukan oleh bayi.<\/p>\n<p><strong>Formula 1<\/strong><\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"342\">Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi dalam unit oz, \u201cDarabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5\u201d<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>Untuk mendapat bilangan jumlah ounce (oz) yang diperlukan, perlu merujukkan ke formula 2.<\/p>\n<p>Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan, memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam.<\/p>\n<p>Formula ini hanya menggunakan unit\u00a0<em>pound, lb<\/em> (untuk berat) dan\u00a0<em>ounce, oz<\/em> (untuk isipadu).<\/p>\n<p><strong>Formula 2<\/strong><\/p>\n<p>Formula ini mengikut umur bayi.<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"294\">UMUR BAYI<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"270\">JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN SETIAP KALI DIDUDUKAN<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"294\">Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"270\">30ml-60ml\u00a0\u00a0 (1oz-2oz)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"294\">Sebulan sehingga dua bulan<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"270\">90ml-120ml\u00a0\u00a0 (3oz-4oz)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"294\">Dua bulan sehingga enam bulan<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"270\">120ml-180ml (4oz-6oz)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"294\">Enam bulan sehingga setahun<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"270\">180ml-220ml (6oz-8oz)<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>Apabila baru mencapai umur enam bulan, selalunya ibubapa digalakkan memberikan makanan pejal. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 600ml (20oz) susu sepanjang hari sehingga berumur setahun.<\/p>\n<p>Walau bagaimana pun, formula-formula ini adalah panduan kasar. Lebih baik bertanyakan kepada doktor pakar paediatrician yang merawat anak. Formula ini juga tidak sesuai untuk bayi yang dilahirkan secara pramatang dan mempunyai kekurangan berat badan.<\/p>\n<p>Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas, makanan pejal tidak harus menggantikan susu sepenuhnya. Susu (susu ibu atau formula) harus diberikan sehingga berumur setahun. Bayi-bayi ini masih memerlukan susu untuk menggantikan nutrisi yang kurang dalam pemakanan mereka.<\/p>\n<p>Ibubapa juga harus perhatikan tanda-tanda bayi mereka diberikan susu yang berlebihan. Antaranya ialah muntah, terutama ketika menangis, melipatkan kaki ke abdomen dan mengeliatkan badan. Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kekembungan. \u00a0Cara untuk mengurangkan muntah ialah dengan memberikan kuaniti yang sedikit dalam setiap kali susuan tetapi lebih kerap.<\/p>\n<p>Oleh itu menjadi tugas ibubapa memastikan bayi-bayi mereka mendapat bekalan susu yang lengkap.<\/p>\n<p>Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera. \u201cDoktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan susu, tidak kira di malam hari atau di siang hari. Saya sangat &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[187],"tags":[656,653,655,654,657,658,58],"class_list":["post-2750","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-baby-comel","tag-botol-susu","tag-ibu-mengantuk","tag-kuantiti-susu","tag-menangis","tag-merengek","tag-susu-ibu"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Im","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2856,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-bayi-minum-air-mineral\/","url_meta":{"origin":2750,"position":0},"title":"Bolehkah bayi minum air mineral?","author":"admin","date":"30\/06\/2012","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula. \u00a0 Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4019,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hindari-alahan-protein-susu\/","url_meta":{"origin":2750,"position":1},"title":"Hindari Alahan Protein Susu","author":"drzubaidi","date":"24\/04\/2013","format":false,"excerpt":"Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka. \u201cSusu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..\u201d jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya. \u201cSusu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8101,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-menyusukan-anak-ketika-ibu-demam\/","url_meta":{"origin":2750,"position":2},"title":"Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?","author":"drzubaidi","date":"22\/05\/2016","format":false,"excerpt":"BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM? \u00a0 \"Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?\"\u00a0 \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5364,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-bayi-saya-mengalami-cirit-birit\/","url_meta":{"origin":2750,"position":3},"title":"Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAs salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.\u201d Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4424,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vitamin-tambahan-untuk-bayi-dan-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":2750,"position":4},"title":"Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak","author":"drzubaidi","date":"12\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":2193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/2193\/","url_meta":{"origin":2750,"position":5},"title":"Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi","author":"drzubaidi","date":"26\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah \u2018kuman baik\u2019 yang diberitahu oleh seorang doktor. \u201cDoktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/21.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2750"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15483,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2750\/revisions\/15483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}