{"id":2703,"date":"2012-06-07T17:12:42","date_gmt":"2012-06-07T09:12:42","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2703"},"modified":"2021-11-09T12:26:23","modified_gmt":"2021-11-09T04:26:23","slug":"glucophage-metformin-dalam-rawatan-kesuburan-untuk-wanita-mengalami-polycystic-ovarian-cyst-syndrome-pcos","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/glucophage-metformin-dalam-rawatan-kesuburan-untuk-wanita-mengalami-polycystic-ovarian-cyst-syndrome-pcos\/","title":{"rendered":"METFORMIN UNTUK WANITA PCOS"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Assalamualaikum Doc,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa\u00a0 saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1\/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri saya mengambil ubat ini kerana saya\u00a0 masih lagi keliru. Saya harap doctor boleh membantu saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terima Kasih<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jawapan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah ketidaksuburan bukanlah suatu masalah yang mudah diselesaikan. Terdapat pelbagai punca ketidaksuburan pada pasangan muda. Antara sebabnya ialah penyakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Ia berlaku pada 5-10% wanita yang berada dalam \u2018usia yang masih subur\u2019 dan punca yang utama bagi masalah ketidaksuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PCOS mempunyai ciri seperti kitaran haids yang tidak subur, mempunyai hormone lelaki yang banyak (<em>hyperandrogenism<\/em>), mempunyai bulu roma yang berlebihan (<em>hirsuitism<\/em>), obesiti, ketidaksuburan bagi pasangan yang sudah berkahwin, mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah <em>(insulin resistance<\/em>) dan pada pemeriksaan ultrasound kelihatan organ kelenjar ovari yang mempunyai banyak kelompong di dalamnya (<em>polycystic<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi kajian yang telah membuktikan bahawa kandungan gula yang tinggi pada wanita yang mengalami PCOS boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi Metfomin diberikan untuk merendahkan kandungan gula dalam darah akibat (\u2018insulin resistance\u2019) ini walaupun wanita yang mengalami PCOS tidak semestinya mempunyai diabetes mellitus. Metformin akan mengurangkan pengeluaran gula dari organ hati dan merawat \u2018<em>insulin resistance<\/em>, mengurangkan pembentukan hormone lelaki (<em>hyperandrogenaemia<\/em>) dan seterusnya mengembalikan kesuburan dan ovulasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Metformin mempunyai kelebihan berbanding dengan penggunaan clomifene (clomid) pada wanita yang mengalami PCOS, sebagai rawatan awal bagi pasangan yang mengalami ketidaksuburan kerana Clomifene (Clomid) boleh menyebabkan risiko kehamilan berganda dan risiko mengalami kanser ovari apabila menggunakan clomiphene melebihi 12 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu metformin mengurangkan risiko keguguran yang kerap berlaku di kalangan wanita yang mempunyai masalah PCOS.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu ia adalah ubat yang terbaik dalam rawatan awal untuk masalah ketidaksuburan di kalangan wanita yang mempunyai masalah PCOS, sebelum memberikan ubat-ubat hormone seperti \u00a0hormone gonadotrophin atau melakukan pembedahan \u2018laparoscopic ovarian drilling\u2019 atau melakukan rawatan permanian berhadas tabung uji, IVF.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk:\u00a0 Lord JM, Flight IHK, Norman RJ. BMJ 2003; 327:951-56)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Adakah rawatan Metformin ini berkesan?<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa wanita yang mengalami ketidaksuburan akibat PCOS apabila menggunakan metformin mampu mengekalkan semula ovulasi dan kitaran haids yang teratur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Harborne L, Fleming R, Lyall H, Norman J, Sattar N. Descriptive review of the evidence for the use of metformin in polycystic ovary syndrome. Lancet. 2003 May 31;361(9372):1894-901)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan ini juga dapat dilihat apabila dikombinasikan dengan ubat Clomiphene pada kes-kes yang agak sukar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk:\u00a0 Kocak M, Caliskan E, Simsir C, Haberal A. Metformin therapy improves ovulatory rates, cervical scores and pregnancy rates in clomiphene citrate-resistant women with polycystic ovary syndrome. Fertil Steril 2002; 77: 101-6)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu rawatan menggunakan ubat Metformin haruslah diberikan kepada wanita yang mengalami masalah PCOS saja, bukan disebabkan oleh faktor-faktor punca ketidaksuburan yang lain. Rawatan mennggunakan Metformin tidak berkesan jika ketidaksuburan disebabkan oleh factor-faktor yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum mengesahkan seorang wanita mengalami PCOD beberapa pemeriksaan asas harus dilakukan. Antaranya ialah pemeriksaan darah untuk memeriksa tahap follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinising hormone (LH) pada hari 2-4, pemeriksaan darah untuk memeriksa tahap hormone progesterone pada hari ke 21, pemeriksaan darah untuk mengesan jangkitan Rubella, pemeriksaan lain bagi menentukan factor ketidaksuburan yang lain seperti menentukan\u00a0 tiub fallopian yang normal menggunakan teknik hysterosalpingogram, atau\u00a0 \u2018laparoscopy and dye test\u2019 dan pemeriksaan air mani suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu untuk menentukan sama ada wanita yang mengalami PCOS mengalami ovulasi, pemeriksaan hormone seperti testosterone, sex hormone binding globulin, prolactin, thyroid function tests, 17-hydroxy-progesterone dan pemeriksaan ultrasound juga dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita yang akan diberikan rawatan metformin sebaiknya diperiksa fungsi hati dan ginjalnya, dan juga pemeriksaan darah untuk menguji kepekatan kolestrole dan gula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dos ubat Metformin yang biasa diberikan 500 mg tiga kali sehari, sama diberikan Metformin sahaja atau secara kombinasi dengan clomiphene untuk merawat masalah ketidaksuburan wanita yang mengalami PCOS.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk mengurangkan kesan sampingan ubat Metformin, tablet Metformin harus diambil selepas makan. Jika sukar mengambil ubat Metformine sebanyak tiga kali sehari, doktor boleh memberikan ubat Metformin dengan dose 850 mg dua kali sehari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu wanita itu dinasihatkan agar mengurangkan tabiat merokok dan minum minuman keras, mengurangkan berat badan jika BMI melebihi 30 dan mengambil folic acid sebagai supplemen sebelum dan selepas kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya ubat Metformin akan memberikan kesan positif, iaitu kitaran haids dan ovulasi berlaku secara tetap setelah enam bulan pengambilannya. Jika tidak berjaya, ubat clomiphene bolehlah diberikan bersama dengan ubat Metformine untuk selama enam bulan lagi. Banyak kajian menunjukkan, kombinasi rawatan Berjaya untuk kebanyakan wanita yang mengalami PCOS jika diambil untuk tiga bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Pasquali R, Gambinieri A, Biscott D, Vicennati V, Gagliardi L,Colitta D, et al. Effect of long-term treatment with metformin added to hypocaloric diet on body composition, fat distribution and androgen and insulin levels in abdominally obese women with and without the polycystic ovary syndrome. J Clin Endocrinol Metab 2000; 85: 2767-74)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas setahun pengambilan kombinasi ubat Metformin dan Clomiphene, maka rawatan ubat hormone seperti gonadotrophins, pembedahan\u00a0 laparoscopic ovarian drilling dan rawatan invitro fertilisation, IVF boleh dipertimbangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan metformin harus dihentikan apabila kehamilan disahkan, kerana ubat Metformin tidak sesuai digunakan untuk wanita yang hamil. Ini tidak bermakna Metformin adalah ubat yang bahaya. Belum ada bukti dari mana-mana kajian yang menunjukkan ubat Metformin boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk Coetzee EJ and Jackson WP. Oral hypoglycaemics in the first trimester and fetal outcome. S Afr Med J 1984; 65: 635-637).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rawatan Metformin juga dapat mengurnagkan risiko keguguran di kalangan wanita yang PCOS yang hamil. Keguguran seperti ini biasanya berlaku pada trimester pertama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Glueck CJ, Phillips H, Cameron D, Sieve-Smith L, Wang P. Continuing metformin throughout pregnancy in women with polycystic ovary syndrome appears to safely reduce first-trimester spontaneous abortion: a pilot study. Fertil Steril 2001; 75: 46-52)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun doctor tidak mencadangkan rawatan Metformin digunakan untuk mengurangkan risiko keguguran ketika hamil kerana tidak ada lagi kajian kukuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai doktor yang memberikan ubat Metformin selama enam bulan. Jika tidaK Berjaya, doktor akan memberikan kombinasi ubat Metformin dan clomiphene selama enam bulan. Jika masih tidak berjaya,\u00a0 maka ubat-ubat kesuburan yang berbentuk hormon seperti <em>gonadotrophins<\/em> dan pembedahan \u2018<em>ovarian drilling\u2019<\/em> dan rawatan IVF bolehlah dipertimbangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun keputusan sama ada berapa lama kedua-dua ubat ini digunakan bergantung kepada individu dan atas penilaian doctor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan sampingan yang utama bagi Metformin ialah masalah rasa tidak ada selera untuk makan (<em>anorexia<\/em>), rasa mahu loya, muntah dan ceret beret. Kesan ini lebih dirasakan bagi pesakit yang mengambil ubat Metformin sebanyak 3 g sehari ( selalunya diambil 1 g tiga kali sehari).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Metformin juga akan mengganggu penyerapan vitamin B12 ke dalam tubuh. Ia juga tidak boleh diambil oleh pesakit yang mengalami masalah organ ginjal kerana akan meningkatkan risiko mengalami \u2018lactic acidosis\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kesimpulan:<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu kajian yang dilakukan melibatkan 626 wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, mereka berjaya hamil apabila mengambil ubat Metformin saja sebanyak 7.2% , sementara wanita yang mengambil clomiphene sebanyak 22.5% dan yang mengambil kombinasi ubat Clomiphene dan Metformin sebanyak 26.8%.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Legro RS, Barnhart HX, Schlaff WD, Carr BR, Diamond MP, Carson SA, Steinkampf MP, Coutifaris C, McGovern PG, Cataldo NA, Gosman GG, Nestler JE, Giudice LC, Leppert PC, Myers ER; \u201cCooperative Multicenter Reproductive Medicine Network. Clomiphene, metformin, or both for infertility in the polycystic ovary syndrome\u201d N Engl J Med. 2007 Feb 8;356(6):551-66.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi saya amat menggalakkan bagi wanita yang mengalami masalah PCOS dan dalam waktu yang sama mengalami masalah ketidaksuburan atau pernah keguguran ketika hamil, agar menurut nasihat yang diberikan doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (300512)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tagging: PCOS, Polycystic Ovarian Cyst Syndrome, Glucophage, Metformin 500mg<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kategori: Bina Keluarga,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamualaikum Doc, Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa\u00a0 saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1\/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti. Buat masa ini saya tidak &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2705,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,4],"tags":[1515],"class_list":["post-2703","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","","category-perancangan-keluarga","category-farmasi","tag-pcos"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/metformin1.jpg?fit=320%2C250&ssl=1","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-HB","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2429,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/scoliosis-dan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2703,"position":0},"title":"Scoliosis Dan Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"30\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2302 dan http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2148,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/buah-keladi-untuk-masalah-ketidakseimbangan-hormon\/","url_meta":{"origin":2703,"position":1},"title":"Buah Keladi untuk Masalah Ketidakseimbangan Hormon?","author":"drzubaidi","date":"12\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doktor, saya ingin bertanya. Isteri saya mengalami masalah yang berat iaitu beliau selalu keguguran. Doktor yang merawat memberitahu isteri saya mengalami kekurangan hormon progesterone, yang menjadi penyebab beliau selalu keguguran. \u00a0 Doktor memberikan beliau ubat Susten 100 (Progesterone Soft gelatin Capsules) bagi memastikan kehamilannya dapat diselamatkan. Melalui pemeriksaan ultrasound,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5234,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wanita-bermisai-dan-berbulu-tebal\/","url_meta":{"origin":2703,"position":2},"title":"Wanita bermisai dan berbulu tebal","author":"drzubaidi","date":"15\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u201cAssalamu'alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. \u00a0 Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5080,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apa-punca-hormon-fsh-saya-tinggi\/","url_meta":{"origin":2703,"position":3},"title":"Apa punca hormon FSH saya tinggi?","author":"drzubaidi","date":"18\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.\u201d \u00a0 \u00a0 Wa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"woman reading report","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/woman-reading-report-300x198.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":8165,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-obese-tetapi-haid-tidak-menentu\/","url_meta":{"origin":2703,"position":4},"title":"Tidak Obese Tetapi Haid Tidak Menentu","author":"drzubaidi","date":"24\/06\/2016","format":false,"excerpt":"TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU \"Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid&quot;","block_context":{"text":"Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/soalan-ketidaksuburan-dan-kitaran-haid\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/k.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5264,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/keputihan-akibat-penyakit-kelamin-boleh-menyebabkan-sukar-hamil\/","url_meta":{"origin":2703,"position":5},"title":"Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil","author":"drzubaidi","date":"26\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan \u00a0belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"ubat 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/ubat-2-300x180.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2703","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2703"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2703\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14223,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2703\/revisions\/14223"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2703"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2703"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2703"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}