{"id":2689,"date":"2012-05-24T07:42:29","date_gmt":"2012-05-23T23:42:29","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2689"},"modified":"2024-04-01T16:11:06","modified_gmt":"2024-04-01T08:11:06","slug":"mengalami-masalah-untuk-hamil-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengalami-masalah-untuk-hamil-semula\/","title":{"rendered":"Mengalami Masalah untuk Hamil Semula"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cAtau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,\u00a0 anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya \u00a0mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.\u201d<\/em> (Surah Asy-Syura: 50)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (<em>secondary infertility<\/em>). Fakta ini agak sukar diterima oleh sesetengah pasangan kerana mereka sebelum ini tidak mempunyai masalah kesuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun, isteri telah hamil. Setelah anak besar dan merancang untuk mendapatkan seorang anak lagi, mereka mengalami masalah. Perasaan hampa menguasai diri dan pelbagai nasihat telah diterima. Apabila terlalu lama menunggu, pasangan ini mula rasa keliru dan kecewa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun saya selalu menasihatkan pasangan-pasangan ini agar jangan mudah kecewa dan berputus harap. Ini kerana rahmat Allah sangat luas. Sekurang-kurangnya mereka telah dikurnia seorang cahaya mata, berbanding dengan orang lain belum lagi menimang cahaya mata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan pasangan yang berkahwin tidak menghadapi masalah kesuburan. Dianggarkan seramai 84 peratus dari pasangan yang berkahwin, dan tinggal bersama, kerap melakukan hubungan jimak (melakukan antara 2-3 kali seminggu) tanpa menggunakan apa-apa alat mencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun. Peratusan ini meningkat ke 92 peratus apabila pasangan yang sudah berkahwin selalunya memperolehi zuriat pada tahun kedua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jika setelah berusaha selama dua tahun, sama ada pasangan ini belum pernah mendapat cahaya mata atau belum pernah hamil, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi mengkaji masalah sebenar yang dihadapi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi pasangan yang sedia maklum mengalami masalah kesihatan sebelum mereka berkahwin seperti diabetes mellitus, SLE atau pernah menjalani rawatan kanser. Ini kerana <strong>semakin lama menunggu, kesuburan seorang wanita akan menurun<\/strong>. <span style=\"text-decoration: underline;\">Bagi wanita yang sudah berumur 35 tahun, saya menasihatkan agar tidak harus menunggu lebih dari enam bulan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah kesuburan ini bukanlah suatu isu yang memalukan, malah harus diberikan perhatian yang serius, terutama jika ia menggegarkan keharmonian rumahtangga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dianggarkan satu dari tujuh pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Ada yang tidak begitu teruk, malah ada yang sangat teruk. Ini semua tanda kekuasaan Allah. Kita sebagai hamba harus redha dan berusaha mencarikan penyelesaiannya dengan cara yang betul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah ketidaksuburan sekunder ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan disebabkan oleh pelbagai sebab. Ada yang berlaku semenjak awal perkahwinan dan ada yang berlaku setelah mendapat seorang atau dua orang anak. Masalah ini boleh berpunca dari suami, isteri atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara punca ketidaksuburan yang biasa berlaku ialah:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2022 masalah kurang jumlah sperma lelaki dalam air mani (32 peratus)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2022 masalah ketidak dating haids dan ovulasi (4.9 peratus)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2022 masalah kerosakan pada tiub fallopian pada wanita (16.7 peratus)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2022 masalah endometriosis atau masalah lain yang mengganggu rahem (3.3 peratus)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2022 kombinasi masalah suami (lelaki) dan isteri (wanita) (17 peratus).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebanyak 19 peratus dari ketidaksuburan ini tidak dapat dipastikan puncanya. Diagnosa ini memang mengecewakan, keran doktor telah habis ikhtiar untuk mengesan puncanya. Sekali lagi, kita harus redha dengan ketetapan Allah dan teruskan berusaha. Yang menarik ialah seramai dua pertiga dari pasangan yang meneruskan usaha dan berdoa, akan hamil setelah mendapat rawatan pada tahun ketiga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi janganlah berputus harap dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu dalam merawat masalah ini. Sekarang banyak pusat kesuburan sama ada di swasta atau di kerajaan yang menawar perkhidmatan rawatan kesuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan sejak dari awal perkahwinan atau pasangan yang mengalami masalah \u2018ketidaksuburan sekunder\u2019, cara rawatannya adalah sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor pakar kesuburan akan memeriksa kedua-dua suami dan isteri. Doktor akan memastikan isteri boleh mengeluarkan telur ovum, dan suami mempunyai bilangan sperma yang mencukupi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara pemeriksaan darah yang diperiksa untuk isteri ialah:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li><strong>Serum Progesterone<\/strong>. Jika seorang isteri mempunyai kitaran haids yang tetap (28 hari dalam satu kitaran) , ujian darah ini akan dilakukan pada hari ke 21\u00a0 untuk memastikan sama ada beliau mengalami ovulasi. Jika tidak mempunyai kitaran haids yang tetap, maka pemeriksaan akan dilakukan pada akhir kitaran itu dan diulang untuk beberapa minggu sehingga kedatangan darah haids , untuk menentukan masa ovulasi yang sebenar.<\/li>\n<li><strong>Serum Gonadotrophins (FSH and LH<\/strong>). Ujian ini penting bagi menentukan seorang wanita itu mengalami penyakit seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau \u2018Premature Ovarian Failure\u2019 \u00a0(Menopause Pramatang) yang menyebabkan telur ovum tidak dapat dikeluarkan dari kelenjar ovari.<\/li>\n<li><strong>Serum Prolactin<\/strong>. Ujian ini untuk menilai masalah lain yang menjadi punca masalah ovulasi, kerana tahap serum prolactin yang tinggi akan menghalangkan pengeluaran telur ovum dan ovulasi.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu ujian untuk menilai tahap kesempurnaan sistem reproduktif juga dijalankan. Antaranya pemeriksaan untuk menentukan sama ada sekatan pada tiub fallopian, ujian untuk jangkitan chlamydia atau jangkitan pada pelvis (\u2018Pelvic Inflammatory Disease\u2019), dan pemeriksaan ultrasound bagi melihat imej organ kelenjar ovari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian bagi suami\/lelaki pula ialah <strong>pemeriksaan air mani<\/strong> bagi menentukan bilangan sperma yang cukup. Jika doktor mendapati bahawa bilangan sperma tidak mencukupi, ujian ini akan diulang semula setelah 3 bulan bagi membolehkan telur zakar (testis) melengkapkan proses pembentukan sperma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. <strong>Secara sunatullah, doktor akan memeriksa dan menentukan puncanya. Apabila tahu puncanya, barulah boleh diberikan rawatan yang betul.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak mustahil untuk seorang yang mengalami masalh kesuburan, dikurniakan zuraiat oleh Allah. Ada yang menunggu 10 tahun, dan Tidak mustahil bagi Allah memberikan yang terbaik untuk pasangan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hal ini diterangkan oleh Allah dalam al Quran, sebagai bukti kekuasaannya.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cNabi Zakariya bertanya: &#8220;Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?&#8221;<\/em> ( Surah Maryam: 8 )<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi janganlah berputus asa kerana rahmat dan kasih Allah dan teruskan berusaha.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (230512)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. \u201cAtau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,\u00a0 anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,1372,310],"tags":[624,625],"class_list":["post-2689","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-proxeed-plus","category-suami-isteri","tag-hamil-semula","tag-pemeriksaan-kesuburan"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Hn","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":2689,"position":0},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4548,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-mudah-berputus-asa-jika-belum-lagi-hamil\/","url_meta":{"origin":2689,"position":1},"title":"Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil","author":"drzubaidi","date":"04\/10\/2013","format":false,"excerpt":"Bagaimanakah kehidupan pasangan suami isteri tanpa anak? Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan \u2018tiada rezeki\u2019 apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika seorang wanita itu telah bawah 35 tahun ke atas dan masih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4222,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/panduan-untuk-hamil-selepas-usia-selepas-35-tahun\/","url_meta":{"origin":2689,"position":2},"title":"Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun","author":"drzubaidi","date":"07\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha.\u00a0Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka. \u00a0\u00a0Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa. \u00a0 Ramai\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"infant","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/infant.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/memilih-jantina-anak-sains-atau-takdir\/","url_meta":{"origin":2689,"position":3},"title":"Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?","author":"drzubaidi","date":"06\/08\/2010","format":false,"excerpt":"Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu na\u00efve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2042,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula\/","url_meta":{"origin":2689,"position":4},"title":"Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?","author":"drzubaidi","date":"27\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cHamil lagi..??!!\u201d \u201cIsh abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak\u201d. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. \u201cDoktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.\u201d keluh si isteri. \u201cMaaf puan, saya tak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5252,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/keguguran-adalah-ujian-allah-pada-pasangan-terpilih\/","url_meta":{"origin":2689,"position":5},"title":"Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih","author":"drzubaidi","date":"22\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya. \u00a0Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2689","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2689"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2689\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17982,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2689\/revisions\/17982"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2689"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2689"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2689"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}