{"id":2685,"date":"2012-05-23T12:47:20","date_gmt":"2012-05-23T04:47:20","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2685"},"modified":"2019-11-14T01:31:49","modified_gmt":"2019-11-13T17:31:49","slug":"jalur-samar-di-upt-adakah-saya-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jalur-samar-di-upt-adakah-saya-hamil\/","title":{"rendered":"Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2686\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jalur-samar-di-upt-adakah-saya-hamil\/upt\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?fit=400%2C352&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"400,352\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"UPT\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?fit=400%2C352&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2686\" title=\"UPT\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?resize=300%2C264&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"264\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?resize=300%2C264&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT.jpg?w=400&amp;ssl=1 400w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1107\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1107<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone <em>human chorionic gonadotropin<\/em> (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (<em>placenta<\/em>) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di dalam air kencing dan wanita itu dikatakan telah hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu tidak semua alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG pada kuantiti yang sama. Hanya alat ujian UPT yang sensitif saja yang dapat mengesan hormone ini dalam kuantiti yang rendah, terutama di awal kehamilan. Alat ujian UPT yang tidak sensitif ada kalanya tidak dapat mengesan kehadiran hormone hCG dalam air kencing padahal wanita itu telah hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya pula keputusan ujian UPT mengelirukan apabila jalur pada kotak ujian (<em>test<\/em>) yang ditandakan dengan huruf \u2018T\u2019 menunjukkan jalur yang samar. Ia memberikan pelbagai tafsiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu pengguna haruslah membaca arahan (<em>instruction<\/em>) yang tertulis pada pembalut ujian UPT itu. Pada pembalut itu, kilang pengeluar (<em>manufacturer<\/em>) akan memberitahu setakat mana ujian UPT ini dapat mengesan kehadiran hormone hCG. Sebagai contohnya, ada alat UPT yang dapat mengesan kepekatan hormone hCG pada kepekatan 20 IU\/L dan ada alat UPT yang hanya dapat mengesan pada kepekatan 50 IU\/L saja. Semakin rendah kepekatan hormone yang dapat diuji, semakin sensitif alat UPT itu dan selalunya ia lebih mahal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan wanita yang melakukan ujian UPT dan mendapat keputusan jaluran yang samar adalah kerana mereka melakukan ujian ini terlalu awal, hanya beberapa hari selepas tidak datang darah haid. Saya selalu memberitahu pesakit saya agar dapat mengulangi semula ujian UPT selepas seminggu. <strong>Ini kerana selepas seminggu kepekatan hormon hCG dalam darah dan air kencing wanita yang hamil, akan bertambah dan lebih mudah dikesan.<\/strong> Oleh itu harus bersabar dan jangan terburu-buru melakukan ujian UPT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ujian pemeriksaan UPT menunjukkan jalur samar-samar, dan selepas seminggu menjadi negatif, bermakna seorang wanita itu mengalami keguguran pada awal kehamilannya tanpa disedari. Keguguran sebegini berlaku sebanyak 20-30 peratus kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun, jika ujian UPT pada kali pertama kali adalah positif dan kemudian selepas sejam, ia menjadi pudar, bermakna kemungkinan seorang wanita itu mungkin hamil, tetapi tidak mempunyai kepekatan hormon yang cukup untuk kekal dikesan semasa melakukan ujian UPT ini. Oleh itu <strong>ujian UPT harus diuji semula selepas seminggu<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara kesimpulan, antara sebab berlakunya jalur yang samar atau memberikan keputusan negatif pada ujian UPT ialah:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>1. Melakukan ujian terlalu awal.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian UPT hanya dapat memberikan keputusan apabila dapat mengesan kepekatan hormon pada peringkat tertentu. <strong>Ujian ini harus dilakukan sekurang-kurangnya sepuluh hari selepas masa ovulasi<\/strong>.<\/p>\n<p>Pada Oktober 2001, satu artikel telah diterbitkan di sebuah jurnal perubatan, JAMA menyatakan bahawa kemungkinan untuk seorang wanita mendapat keputusan negatif setelah diuji dengan UPT pada hari pertama tidak datang haids sebanyak 90 peratus, dan kemungkinan untuk ujian UPT menjadi positif adalah 97 peratus selepas seminggu tidak kedatangan haids. (rujuk: JAMA. 2001;286:1759-1761).<\/p>\n<p>Namun begitu haruslah pengguna memilih jenis alat ujian UPT yang sensitif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>2. Salah mengira kitaran haids<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai wanita yang silap mengira hari dalam kitaran haid mereka dan menyangka mereka telah lewat kedatangan haid, padahal tarikh kedatangan haid belum lagi sampai. Jadi ujian yang dilakukan akan menunjukkan keputusan negatif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>3. Air kencing yang cair<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian UPT yang baik harus dilakukan menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi. Selepas sarapan, selalunya air kencing akan menjadi lebih cair dan ini akan mengurangkan kepekatan hormone hCG yang berada dalam air kencing itu, menyebabkan keputusan yang diperolehi adalah negatif atau mendapat jalur samar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>4. Sensitiviti Alat Ujian Kehamilan. <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesetengah alat ujian UPT lebih sensitif berbanding dengan alat ujian UPT yang lain. Alat ujian UPT yang sensitif akan dapat mengesan hormone hCG pada kepekatan yang rendah, sementara alat ujian UPT yang kurang sensitif tidak dapat mengesan kehadiran hormone itu dalam air kencing. Ia akan memberikan keputusan yang negatif atau jalur yang samar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>5. Telah tamat tempoh habis-guna atau disimpan dengan cara yang salah.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana alat ujian UPT adalah alat yang sensitif terhadap haba, ia harus disimpan dalam stor yang tidak terlalu panas. Selain itu tempoh habis-guna harus diperiksa seperti tertera pada bungkusan alatan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>6. Jalur sejatan<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jalur sejatan berlaku apabila air kencing tersejat dari ujian UPT itu setelah dibiarkan lama. Ini menyebabkan seolah-olah ujian UPT ini menunjukkan tanda positif pada hal wanita ini tidak hamil. Jaluran sejatan (<em>vaporation line) <\/em>ini selalunya tidak mempunyai warna padanya, hanya menunjukkan jalur yang kabur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>7. Membaca keputusan selepas masa yang dicadangkan.<\/strong> Jalur yang kabur boleh terjadi apabila membaca keputusan ujian ini selepas masa yang dicadangkan.\u00a0 Sebagai contoh ada alat ujian UPT ini hanya boleh dibaca selepas 5 minit, dan harus buang segara jika tidak ujian UPT ini akan memberikan keputusan yang positif, padahal wanita itu tidak hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>8. Kehamilan Kimia (\u201cChemical pregnancy\u201d)<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kehamilan ini berlaku pada awalnya dan kemudiannya berlaku keguguran tanpa disedari. Ketika diuji air kencing masih mengandungi sedikit kepekatan hormon hCG yang rendah, menyebabkan ia memberikan jaluran samar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>9. Ubat-ubatan tertentu<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat ubat-ubatan yang mengandungi hormon hCG seperti ubat-ubatan yang diberikan ketika rawatan kesuburan. Ini juga akan memberikan keputusan jaluran yang samar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ujian yang dilakukan menunjukkan jaluran yang samar, saya mencadangkan agar ujian ini dilakukan semula selepas seminggu. Jika masih keliru , <strong>cara lain ialah dengan melakukan pemeriksaan ultrasound atau pemeriksaan kepekatan hormon hCG<\/strong> yang mungkin masih rendah di dalam darah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa hari yang lepas, saya mendapat e-mail pertanyaan.<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"638\">&nbsp;<\/p>\n<p>Assalamualaikum doktor.<\/p>\n<p>Saya berasal dari Klang. Saya ada pertanyaan untuk doctor. Saya telah melakukan UPT di klinik panel kerana kelewatan period selama 2 bulan. Dan keputusannya, jalur pada kotak ujian (<em>test,T<\/em>) adalah samar dan tidak sepekat warna di kotak kawalan (<em>control,C<\/em>). Adakah saya hamil?<\/p>\n<p>Doktor meminta saya untuk hadir semula pada minggu hadapannya. Kerana tidak sabar, pada keesokan harinya, saya telah melakukan UPT sendiri yang dibeli di farmasi dan resultnya masih sama. Saya pergi pula ke klinik kerajaan untuk mengesahkan kehamilan. Doctor di klinik kerajaan memberitahu keputusan UPT saya negetif.<\/p>\n<p>Pada keesokan pagi, saya melakukan UPT sekali lagi pada kencing yang pertama di awal pagi. Dan keputusan terdapat dua jalur terang. \u00a0Adakah saya hamil? Dan kenapa klinik kerajaan mengatakan yang ujian UPT saya negetif?<\/p>\n<p>Terima kasih.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya doktor di klinik panel telah melakukan sesuatu yang betul apabila menasihatkan agar beliau datang semula selepas seminggu. Ini kerana pada awal kehamilan, kepekatan hormone hCG terlalu rendah dan tidak dapat dikesan. Selepas seminggu selalunya kepekatan hormone itu akan meningkat dengan lebih tinggi dan memberikan keputusan yang lebih jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor di klinik kerajaan membandingkan jalur pada kotak ujian dengan kotak kawalan dan mendapati ia tidak sama. Untuk memberikan jawapan pada satu kehamilan yang pasti, selalunya doktor mengharapkan jalur di kotak ujian sama \u2018pekat\u2019 dengan jalur di kotak kawalan. Jika tidak, doktor tidak dapat memberikan keputusan yang pasti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh itu cara terbaik ialah melakukan ujian semula selepas seminggu atau melakukan ujian pemeriksaan ultrasound. Cara lain ialah menguji kepekatan hormon hCG dalam darah kerana ujian ini lebih tepat.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (210512)<\/p>\n<p>IKLAN<\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>\n<p>Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,6],"tags":[623,622],"class_list":["post-2685","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-pregnancy","tag-jalur-upt-samar","tag-upt"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Hj","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7171,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/upt-mulanya-negatif-kemudian-positif-adakah-saya-hamil\/","url_meta":{"origin":2685,"position":0},"title":"UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?","author":"drzubaidi","date":"25\/02\/2015","format":false,"excerpt":"UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL? \u00a0 \u201cSalam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada \u00a0buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"UPT 1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/UPT-1-300x143.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3563,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/3563\/","url_meta":{"origin":2685,"position":1},"title":"UPT Kabur: Adakah saya hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/11\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalam mualaikum doktor, saya telah menjalankan ujian UPT sendiri di rumah, dan menunjukkan tanda positif iaitu ada 2 jalur yang muncul dalam masa 3 minit. Apabila saya pergi ke klinik, saya menjalani pemeriksaan UPT semula dan doktor mengatakan bahawa keputusannya samar, lalu meminta saya dating semula selepas dua minggu.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/UPT-300x264.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":12087,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-saya-hamil-2\/","url_meta":{"origin":2685,"position":2},"title":"ADAKAH SAYA HAMIL?","author":"admin","date":"30\/11\/2020","format":false,"excerpt":"ADAKAH SAYA HAMIL? Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya harap doktor dapat menjawab soalan saya. Pagi semalam saya buat pemeriksaan air kencing, saya dapati ada satu jalur pada ujian UPT. Kemudian saya periksa semula, mendapati ada dua jalur. Hari pertama haid saya pada 8 October (Hari ini 29 November).\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/preg-test.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1107,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/","url_meta":{"origin":2685,"position":3},"title":"Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan","author":"drzubaidi","date":"14\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN-300x198.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4810,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-pemeriksaan-ultrasound-untuk-mendiagnosa-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2685,"position":4},"title":"Perlukah Pemeriksaan Ultrasound untuk Mendiagnosa Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"22\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cDoktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?\u201d Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT. Selalunya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7608,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tunggu-sejam-upt-ada-jalur-halus\/","url_meta":{"origin":2685,"position":5},"title":"Tunggu sejam UPT ada jalur halus","author":"drzubaidi","date":"29\/06\/2015","format":false,"excerpt":"UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS \u00a0 \"\"Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"UPT 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/UPT-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2685","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2685"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2685\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10860,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2685\/revisions\/10860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}