{"id":268,"date":"2010-06-03T17:36:17","date_gmt":"2010-06-03T09:36:17","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.wordpress.com\/?p=268"},"modified":"2023-05-22T11:26:04","modified_gmt":"2023-05-22T03:26:04","slug":"bahaya-berurut-pada-abdomen-ketika-hamil-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-berurut-pada-abdomen-ketika-hamil-2\/","title":{"rendered":"Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB \u201c<em>doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi\u00a0 yang songsang?<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya \u00a0korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3><strong>Songsang tidak bermakna situasi bahaya<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya \u201d<em>puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang tetapi kawannya yang berbadan dua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mengurut dada, semoga Allah memberikan kesabaran. Adakah pertanyaan ini adalah \u201cpertanyaan menyibuk hal orang\u201d agar dapat digossipkan ketika minum petang di kedai kopi?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menjawab soalan tentang medical bukannya seperti menjawab soalan di kedai kopi. Segala perkataan dan kata-kata saya mungkin akan di\u2019quote\u2019 olehnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dKawan saya kata dia hamil 20 minggu. <\/em><em>Bila dia pergi jumpa bidan, bidan kata bayi dala<\/em><em>m kandungannya songsang\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memang \u201dkagum\u201d sangat kebolehan bidan-bidan kampung yang boleh mengesan bayi dalam kandungan tanpa menggunakan <em>mesin ultrasound<\/em>. Saya yang diajar menyambut kelahiran semasa di universiti dan menguruskan pemeriksaan ibu-ibu hamil setiap bulan masih lagi memerlukan teknologi moden untuk mengesan kedudukan bayi dalam kandungan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Bidan pun dah mengurut untuk betulkan kedudukan bayi<\/em>\u201d dia menambah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mata saya terbeliak mendengarkannya. Risiko mengurut untuk wanita hamil sangat tinggi, terutama apabila perut (<em>abdomen<\/em>) diurut. Walau apa juga alasan pengurutan itu, sama ada untuk \u201dmenyengkak rahem\u201d (<em>saya pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan itu<\/em>) atau memusing kedudukan bayi tanpa kemahiran yang cukup akan memberikan kesan sampingan yang sangat bahaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3><strong>Bukan menguli roti canai<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak menentang peranan yang dimainkan oleh bidan kampung. Namun kebanyakan bidan kampung yang saya maksudkan sebagai memberikan mudarat ialah bidan yang tidak bertauliah dari mana-mana institusi kesihatan atau perubatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka mendapat latihan dari pengalaman atau pengetahuan yang diajar dari mulut ke mulut atau dengan kaedah \u201dcuba dan jaya\u201d . Kalau berjaya, ibu dan bayi itu bernasib baiklah, kalau tidak berjaya atau mengalami masalah, maka takdir yang disalahkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengurut perut ketika hamil tentulah tidak sama dengan mengurut perut selepas melahirkan bayi. Setiap tekanan (pressure) atau pusingan (rotation) yang diberikan pada abdomen akan memberikan kesan pada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terlalu kuat tekanan pada abdomen, maka tekanan itu juga akan dirasakan oleh bayi. Apa yang perlu kita ketahui ialah bayi mempunyai organ dalaman yang lembut. Hati, hempedu, jantung dan paru-paru mereka tidak matang dari segi anatomi dan fisiologikalnya. Organ-organ itu terlalu lembut. Malah tempurung kepala (<em>skull<\/em>) juga sangat lembut kerana ianya belum lagi bertaut (<em>fused<\/em>). Tekanan yang kuat akan menyebabkan kecederaan dalaman pada organ tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3><strong>Tali pusat tersimpul <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayi dalam kandungan bukannya ibarat ikan dalam kolam yang bebas bergerak tanpa penghubung. Bayi itu disambungkan kepada fizikal ibunya melalui tali pusat atau tali uri (umbilical cord).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tali pusat inilah yang membekallan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan itu daripada ibunya. Apabila tali pusat tersimpul akibat pergerakan bayi ke atas dan ke bawah, ke kanan dan ke kiri, oksigen dan nutrien tidak sampai ke pada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oksigen adalah unsur yang amat diperlukan. Tanpa oksigen, otak bayi akan mati dengan serta merta. Akibatnya bayi dalam kandungan boleh meninggal dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Urutan yang cuba mengubah kedudukan bayi selalunya menyebabkan tali pusat tersimpul tanpa disedari. Bagaimanakah bidan boleh yakin urutan ke atas abomen wanita yang hamil, tidak akan menyebabkan tali urinya tersimpul?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan itu sihat ialah apabila ibu merasa pergerakan bayi itu. Tanpa pergerakan sepanjang hari, bermakna bayi di dalam kandungan sedang dalam keadaan bahaya, nyawanya telah terancam dan kemungkinan bayi itu mati jika tidak dibantu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3><strong>External Cephalic Version<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam perubatan moden, doktor perbidanan kadangkala cuba melakukan teknik mengubah kedudukan bayi dalam kandungan itu agar ianya tidak dilahirkan songsang. Namun ianya amat berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bidan yang tidak mempunyai kemahiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kaedah ini dinamakan sebagai <em>external cephalic version<\/em> dan ia mempunyai kejayaan sebanyak 40-70% bergantung kepada kepakaran dan pengalaman doktor itu. Kajian mendapati teknik ini haruslah dilakukan pada usia kandungan 36 minggu, barulah kejayaan akan tercapai. Apa yang dimaksudkan dengan kejayaan ialah, kedudukan bayi yang songsang dikesan melalui imbasan CT Scan, akhirnya dilahirkan dengan prentasi normal (kepala dahulu).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teknik ini tidak akan berjaya jika dilakukan kurang pada 36 minggu. Namun apa yang penting ilah bayi dalam kandungan ini di\u2019monitor\u2019 pergerakan dan degupan jantungnya, kerana risiko yang disebutkan di atas tetap ada. Keadaan bayi dapat dipastikan selamat sepanjang 24 jam dengan monitor beberapa kali menggunakan beberapa cara, sebelum dipastikan bayi dalam kandungan selamat dan dibenarkan pulang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3><strong>Bayi mati dalam kandungan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang saya cuba tekankan, hanya dengan bantuan imbasan <em>Ultrasound<\/em> sahaja, dapat membantu doktor melihat pergerakan bayi dan degupan jantung bayi bagi memastikan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat dan sihat. (Degupan jantung yang normal bagi bayi dalam kandungan ialah antara 110-160 degupan perminit).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Amat menyedihkan apabila pesakit datang ke hospital atau pusat kesihatan, mengadu dia tidak merasakan pergerakan bayi dalam kandungan selama beberapa hari. Apabila dilakukan imbasan <em>ultrasound<\/em>, tiada pergerakan bayi dan degupan jantung sudah tiada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kematian bayi dalam kandungan amat tragik. Apabila telah timbul cahaya pengharapan di hati sepasang suami isteri untuk menerima tanggungjawab sebagai ibubapa, menunggu kehadiran orang baru dari hari ke hari, namun tiba-tiba mendapat berita buruk bahawa bayi itu telah meninggal dunia. Kelahiran bayi yang telah meninggal dunia semestinya diiringi dengan perasaan sedih oleh ibubapa, apabila melihat jasad bayi dilahirkan ke dunia namunnya rohnya dihantar terus ke alam yang lebih kekal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seeloknya sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa bayi tidak dipandang ringan oleh ibubapa. Perbuatan mengurut bayi dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan oleh orang yang tidak berkemahiran dan berkelayakan adalah suatu tindakan kecuaian, bukan saja pihak yang mengurut harus disalahkan, namun pihak yang menyerahkan diri mahu diurut juga harus bertanggungjawab.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya, jangan terlalu mudah untuk mendengar nasihat dari sesiapa saja. Saya bimbang percubaan kita untuk mengubah posisi bayi dalam kandungan agar dapat dilahirkan dengan mudah menjadi satu peristiwa yang amat tragis.<\/p>\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB \u201cdoctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi\u00a0 yang songsang?\u201d Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[18,33,41,63],"class_list":["post-268","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-bidan-kampung","tag-kelahiran-songsang","tag-mati-dalam-kandungan","tag-urutan-semasa-hamil"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-4k","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2385,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mempercepatkan-proses-kelahiran-melalui-induksi\/","url_meta":{"origin":268,"position":0},"title":"Mempercepatkan Proses Kelahiran Melalui Induksi","author":"drzubaidi","date":"22\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Pengalaman saya bekerja di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital awam di selatan tanah air, banyak membantu saya menjawab kekeliruan yang ditanyakan oleh rakan-rakan FB. Saya akui saya bukan pakar perbidanan, maka setiap yang saya tuliskan hanyalah sebagai satu panduan kepada pesakit dan bukanlah penyelesaian mutlak bagi setiap\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2358,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/scoliosis-jalani-pembedahan-atau-guna-brace\/","url_meta":{"origin":268,"position":1},"title":"Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?","author":"drzubaidi","date":"16\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/brace1-300x237.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4312,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lendiran-kental-dari-kemaluan\/","url_meta":{"origin":268,"position":2},"title":"Lendiran kental dari kemaluan","author":"drzubaidi","date":"04\/08\/2013","format":false,"excerpt":"Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur. \u00a0Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15\/5\/2013. Soalan saya ialah \u00a0pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1406,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketidakseimbangan-hormone-ketika-hamil-hcg-dan-progesterone\/","url_meta":{"origin":268,"position":3},"title":"Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Banyak soalan yang ditanyakan mengenai \u2018ketidakseimbangan hormon\u2019 yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di\u2019kambinghitam\u2019kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini,\u00a0jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan\u00a0oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/21.gif?fit=379%2C449&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":268,"position":4},"title":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2058,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apakah-kaitan-ovarian-cysts-dengan-ketidaksuburan\/","url_meta":{"origin":268,"position":5},"title":"Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?","author":"drzubaidi","date":"10\/09\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. \u201c Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/268","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=268"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/268\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16304,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/268\/revisions\/16304"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=268"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=268"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=268"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}