{"id":2678,"date":"2012-05-19T16:59:42","date_gmt":"2012-05-19T08:59:42","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2678"},"modified":"2023-01-20T11:20:33","modified_gmt":"2023-01-20T03:20:33","slug":"pancutan-air-mani-ke-belakang-atau-retrograde-ejaculation","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-air-mani-ke-belakang-atau-retrograde-ejaculation\/","title":{"rendered":"Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (<em>semen<\/em>) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar <em>(testicles<\/em>) melalui satu saluran dinamakan <em>(vas deferens<\/em>) \u00a0yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (<em>semen<\/em>). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (<em>urethra) <\/em>untuk sampai ke faraj <em>(vagina)<\/em> isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE tidak mendatangkan kemudaratan, namun ia boleh menyebabkan masalah kesuburan bagi lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Perbezaan antara air mani dan sperma telah saya sebut di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1283\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1283<\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah ini berpunca dari otot yang mengawal pembukaan lubang pada dinding pundi kencing sepatutnya mengecut dan menutup pembukaan ini. Akibat kegagalan otot ini, pembukaan lubang ini terbuka dan membenarkan air mani memasuki punding kencing semasa air mani sedang dipancutkan (<em>ejaculation)<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Retrograde ejaculation boleh <span style=\"text-decoration: underline;\">disebabkan<\/span> oleh <strong>ubat-ubatan untuk masalah kesihatan seperti diabetes mellitus<\/strong>. Ia juga boleh disebabkan oleh <strong>pembedahan prostate atau pundi kencing<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Retrograde ejaculation tidak menganggu kenikmatan berjimak atau menghalang seorang suami mendapati kepuasan orgasm. Penderita RE mungkin mengadu bahawa mereka mengalami orgasm yang kering, iaitu\u00a0 hanya\u00a0 sedikit atau tiada langsung air mani yang keluar ketika mereka mengalami klimaks\/orgasm.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, apabila ke bilik air untuk kencing, mereka mendapati air kencing mereka keruh kerana bercampur dengan air mani. Perkara ini boleh disahkan dengan pemeriksaan air kencing yang menunjukkan banyak sperma terdapat dalam air kencing selepas melakukan jimak dan mendapat klimaks.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang agak merunsingkan penderita RE ialah masalah belum mendapat zuriat. Oleh kerana air mani tidak keluar ke dalam faraj, ini menyebabkan air mani tidak bercampur dengan telur ovum dalam rahem. Maka tiada persenyawaan antara sperma dan telur ovum berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oleh itu jika pasangan suami isteri telah berkahwin melebihi setahun, tinggal bersama dan tidak menggunakan apa-apa pil perancang keluarga atau kondom, dan masih belum mempunyai zuriat eloklah berjumpa dengan pakar kesuburan, terutama jika masalah kehamilan atau kesuburan menjadi isu dalam sebuah perkahwinan.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan batang zakar (<em>penis<\/em>), buah zakar (<em>testis<\/em>) dan kelenjar prostate. Pemeriksaan air kencing juga dilakukan untuk mengesan sperma dalam air kencing selepas mendapat klimaks sama ada mengadakan hubungan jimak dengan isteri atau isteri membantu suami mengeluarkan air mani dengan cara masturbasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pemeriksaan air kencing mendapati\u00a0 tiada sperma, maka doktor akan membuat pemeriksaan air mani. Jika pemeriksaan air mani \u00a0juga tidak mempunyai kuantiti air mani yang mencukupi, ini bermakna masalah kesuburan berpunca dari buah testis yang gagal berfungsi.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><\/h3>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Rawatan <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Retrograde ejaculation sebenarnya tidak perlu dirisaukan kerana ia tidak melibatkan kemudharatan kesihatan. Ia hanya melibatkan masalah kesuburan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Ubat-ubatan untuk pesakit <em>hypertensive <\/em>dan kemurungan<\/strong> juga boleh menyebabkan masalah RE. Bincanglah dengan doktor agar ubat-ubat itu boleh ditukarkan kepada jenis yang lebih baik. Selepas itu, masalah RE akan dapat dirawat dengan sendirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika RE ini disebabkan oleh pembedahan yang melibatkan pundi kencing seperti pembedahan kanser atau pembedahan saraf tunjang akibat kecedaraan jalanraya, maka keadaan ini sukar dirawat dengan ubat-ubatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi penderita RE yang juga merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, doktor akan membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Dengan ini kerosakan saraf dapat diperbaiki. Rawatan ubat-ubatan juga boleh diberikan untuk merawat masalah ini kepada mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat untuk merawat RE adalah ubat seperti:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Chlorpheniramine dan brompheniramine, ubat antihistamines untuk merawat alergi.<\/li>\n<li>Ephedrine, pseudoephedrine dan phenylephrine, digunakan untuk merawat selsema.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat-ubat ini <span style=\"text-decoration: underline;\">membantu otot yang mengawal pembukaan pada dinding pundi kencing ketika pemancutan air mani<\/span>. Harus diingat bahawa semua ubat yang diberikan mempunyai kesan sampingan, tetapi selalunya tidak serius. Bagi pesakit <em>hypertension<\/em>, ubat-ubat ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan degupan jantung menjadi laju.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ubat-ubat yang merawat RE tidak berkesan, kemungkinan pasangan suami-isteri ini memerlukan teknologi bantuan reproduksi, (ART) dengan cara sperma diperolehi dari air kencing. Kemudian sperma dan telur ovum ini disenyawakan melalui tabung uji melalui teknik IVF, sebelum dimasukkan semula ke dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu kos untuk rawatan ART, termasuk melakukan IVF bukanlah suatu yang murah. Ia mungkin memakan belanja antara RM15K-20K sekarang dan mungkin kosnya akan bertambah di masa akan datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi berbincanglah antara suami dan isteri dan fikirkan secara mendalam. Andaikata isu zuriat adalah isu yang boleh menggoncang kebahagiaan suami-isteri, maka \u2018melabur\u2019 RM15-20k adalah sesuatu yang berbaloi. Doktor akan memberikan pilihan dan memberitahu risiko yang bakal dihadapi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini saya mendapat e-mail (telah diedit). Saya tuliskan semula dalam blog sebagai panduan pembaca yang lain.<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"638\">As salamu\u2019alaikum doktor, \u00a0 Saya ingin bertanyakan tentang masalah <em>retrograde ejaculation<\/em> yang dihadapi oleh suami saya. Suami saya berumur 50 tahun, pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mempunyai penyakit diabetes yang teruk, dengan mendapat rawatan suntikan insulin. Di samping itu beliau juga mempunyai penyakit hypertension. Baru-baru ini suami saya mengalami \u201c<em>dry orgasm<\/em>\u201d iaitu beliau tidak memancutkan air mani ketika mengalami klimaks. \u00a0 Suami telah menjalani pemeriksaan air kencing di Klinik Pakar Urology dan disahkan mempunyai sperma di dalam air kencingnya. Doktor mencadangkan pengambilan ubat Piriton dan Decondine bagi membantu mengeluarkan mani, tetapi tidak berkesan langsung. Ubat-ubat ini hanya menyebabkan beliau sangat mengantuk. \u00a0 Sekarang suami saya mengambil VigRX dan Sudafed. Kesannya sangat memuaskan kerana kerandutnya rasa \u2018penuh\u2019 dan ketegangan dapat bertahan. Cuma air mani masih belum berjaya dikeluarkan. Kami dapati Sudafed tidak dijual di farmasi Malaysia buntu mencari alternatifnya. \u00a0 Adakah doktor dapat mencadangkan ubat yang berfungsi seperti Sudafed? Saya mengharapkan agar dapat hamil dengan benih suami saya. \u00a0 Mohon pandangan juga dari doktor. Terima kasih. \u00a0 Jawapan:<\/p>\n<p>Jawapan:<\/p>\n<p>Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi oleh puan dan suami puan. Masalah RE yang dihadapi oleh suami puan telah disahkan oleh pakar urologist yang memeriksa air kencing suami puan, di samping tanda yang dialami oleh suami puan iaitu \u201c<em>dry orgasm<\/em>\u201d. \u00a0 Saya percaya masalah RE ini berlaku kerana kerosakan saraf akibat penyakit diabetes mellitus suami puan yang tidak terkawal. Ubat untuk mengawal tekanan darah tingginya juga boleh menyumbang kepada RE. \u00a0 Ubat yang diberikan iaitu Piriton dan Decondine adalah ubat \u2018<em>antihistamine<\/em>\u2019 yang biasa digunakan untuk merawat selsema dan alergik. Begitu juga dengan Sudafed. Tidak dinafikan bahawa ubat-ubat yang diberikan oleh pakar Urologist dapat membantu pesakit RE. Malangnya ubat-ubat ini menyebabkan suami puan rasa mengantuk. Puan boleh mencuba Clarinase yang lebih baik kerana tidak menyebabkan rasa mengantuk. \u00a0 Walau bagaimana pun ubat-ubat ini terutama Clarinase, dan Sudafed boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan degupan jantung laju. Oleh kerana suami puan juga pesakit <em>hypertension<\/em>, maka eloklah berbincang dengan doktor yang merawat beliau. \u00a0 Ubat VigRx sebenarnya adalah ubat Viagra yang digunakan untuk masalah \u2018mati pucuk\u2019, sebab itu ketegangan zakar beliau lebih keras. Malangnya ubat itu tidak membantu mengawal masalah RE. \u00a0 Jika masalah RE suami puan tidak dapat dikawal akibat kerosakan saraf yang teruk akibat penyakit <em>diabetes mellitus <\/em>yang tidak terkawal, maka untuk mendapat kehamilan, puan harus melakukan <em>Assisted Reproductive Technology (ART). <\/em> Oleh itu saya sangat mencadangkan puan berjumpa dengan pakar kesuburan kerana mereka akan bekerjasama dengan pakar Urologist untuk mendapatkan benih dalam air kencing\u00a0 dan melakukan persenyawaan dalam dalam tabung uji (IVF). \u00a0 Wallahu a\u2019lam.<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya doakan orang yang bertanya ini diberikan kemudahan untuk merawat masalah RE suami beliau dan semoga beliau boleh hamil. Saya juga berdoa agar beliau sama-sama diberikan pahala dan kebaikan atas perkongsian ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Rujukan <\/strong><\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Lipshultz LI, Thomas AJ, Khera M. Surgical management of male infertility. In: Campbell-Walsh Urology. 9th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 20.<\/li>\n<li>Heidelbaugh JJ. Management of erectile dysfunction. Am Fam Physician. 2010;81:305-312.<\/li>\n<li>Bhasin S, Basson R. Sexual dysfunction in men and woman. In: Kronenberg HM, Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, eds. Williams Textbook of Endocrinology. 12th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 20.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (190512)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens) \u00a0yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186,310],"tags":[273,434,621],"class_list":["post-2678","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-suami-isteri","tag-air-mani","tag-kesuburan","tag-retrograde-ejaculation"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Hc","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1283,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perbezaan-antara-sperma-dan-semen-air-mani\/","url_meta":{"origin":2678,"position":0},"title":"Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)","author":"drzubaidi","date":"19\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana \u2018percubaan\u2019 mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/sperm-2-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1332,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe\/","url_meta":{"origin":2678,"position":1},"title":"Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)","author":"drzubaidi","date":"27\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation\/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki\/","url_meta":{"origin":2678,"position":2},"title":"CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor \u201d Rakan FB di kalangan kaum Adam telah\u00a0bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/16-300x177.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6369,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ujian-tahap-kesuburan-suami-isteri-gempal\/","url_meta":{"origin":2678,"position":3},"title":"UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih\u201d. WA ALAIKUM MUS SALAM Lelaki dan wanita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/","url_meta":{"origin":2678,"position":4},"title":"Risau Air Mani Bercampur Darah","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani-300x218.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5881,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-pada-kerandut-zakar\/","url_meta":{"origin":2678,"position":5},"title":"SAKIT PADA KERANDUT ZAKAR","author":"drzubaidi","date":"13\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya. Punca sebenar sakit\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2678","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2678"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2678\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15526,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2678\/revisions\/15526"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2678"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2678"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2678"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}