{"id":2554,"date":"2012-01-25T08:09:03","date_gmt":"2012-01-25T00:09:03","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2554"},"modified":"2024-08-19T12:33:35","modified_gmt":"2024-08-19T04:33:35","slug":"suami-isteri-perlu-berpelukan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suami-isteri-perlu-berpelukan\/","title":{"rendered":"Suami Isteri Perlu Berpelukan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Keperluan pelukan antara suami-isteri<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja dan tidak lepas mengalami perasaan-perasaan negatif seperti berputus asa, perasaan marah atau perasaan rendah diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perasaan-perasaan yang tidak dikawal dengan baik akan mengundang penyakit-penyakit seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan sakit jantung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita pula urusan rumah tangga yang tidak pernah selesai dan perangai anak-anak yang menduga perasaan, akan menyebabkan para isteri memerlukan seseorang untuk meluahkan perasan yang terpendam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pakar psikologi yang mencadangkan \u2018rawatan pelukan\u2019 di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan jima\u2019. Tujuannya agar segala perasaan yang negatif tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi pelukan adalah sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri. Ia akan merapatkan hubungan suami isteri. <strong>Pelukan tidak harus dilihat sebagai mukadimah pada hubungan jima\u2019 antara suami dan isteri saja<\/strong>. Pelukan juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Kelebihan berpelukan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh \u2018lafaz nikah\u2019 dan hubungan fizikal dan jima\u2019 saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah s.a.w memberitahu<em>, <\/em><\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMan laa yarham laa yurham <\/em>(barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi) (Bukhari dan Muslim).<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan <em>\u201cSaya sayang awak..\u201d<\/em> dengan perkataan,\u00a0 pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh <strong>menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan hairan, seorang suami atau isteri lebih gemar memeluk anak dari pasangan masing-masing. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit yang mengalami sakit kepala akibat stress, memberitahu suaminya tidak pernah memeluknya kecuali sebelum melakukan hubungan jima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka sudah mempunyai empat orang anak tetapi masih kekok untuk berpelukan bagi menyatakan kasih sayang. Saya mengesyaki mereka belum lagi dapat menjalankan hubungan emosi walau sudah lama bergelar suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perbualan mereka sebagai suami dan isteri hanya membincangkan hal-hal berkaitan siapa yang akan membayar bil air dan api, barang-barang keperluan dapur harus dibeli dan hal persekolahan anak-anak.\u00a0 Tidak ada masa untuk menluahkan emosi, rasa gelisah dan rasa kekecewaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah si suami meremehkan emosi isteri dan tidak melayannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila kesedihan, isteri suka memeluk anak atau bantal dari memeluk suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suami yang sering berurusan <em>out station<\/em> dan berjauhan dengan isteri boleh menjadikan pelukan sebagai cara terbaik meluahkan rasa rindu. Seorang isteri atau suami boleh menilai kasih sayang pasangan mereka dengan pelukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan rindu seharusnya merupakan pelukan yang mesra dan kemas. Jika pelukan itu sangat ringkas dan tidak beremosi, sudah tentu ia bukan pelukan yang menyatakan rindu dan kasih sayang. Ia lebih kepada pelukan biasa yang penuh keraguan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Kesan pelukan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal <em>American Psychosomatic Society. <\/em>Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti <em>cortisol<\/em> dan <em>adrenaline<\/em>. <strong>Pelukan juga akan menyebabkan kelanjar di otak akan mengeluarkan hormon <em>serotonin <\/em>dan<em> dopamine<\/em>, yang memberikan rasa tenang dan tenteram<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (<em>anxiety<\/em>) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah\u00a0 rawatan kejiwaan yang baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Pelukan dan oxytocin<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima\u2019 dari si isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Masa masa untuk berpelukan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan antara suami isteri adalah perbuatan halal di sisi Islam. Oleh itu boleh dilakukan sekerap yang mungkin <span style=\"text-decoration: underline;\">tetapi biarlah mengikut keadaan<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, apabila berada di bilik tidur, tentu pelukan romantis itu dilakukan dengan kadar masa yang agak lama sambil mengucapkan kata-kata manis. Sentuhan fizikal pula boleh dilakukan tanpa hal batasan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi apabila berada di depan anak-anak, tentu <span style=\"text-decoration: underline;\">pelukan pada bahu <\/span>suami dan isteri lebih sesuai untuk memberitahu bahawa mereka adalah pasangan ibubapa yang bersefahaman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara apabila berada di khalayak ramai, tentu pelukan tubuh harus dikurangkan. Sentuhan fizikal seperti <span style=\"text-decoration: underline;\">memegang bahu dan\u00a0 tangan<\/span> mungkin lebih sopan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Namun bagi rakyat Malaysia, elok juga perlakuan pelukan antara suami dan isteri\u00a0 dilakukan dengan berhati-hati di khalayak awam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Lama berpelukan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan boleh dilakukan untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Ia bergantung kepada tujuan pelukan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana mahu memeluk dengan baik?<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Pastikan apakah jenis pelukan yang hendak diberikan. Sama ada pelukan itu pelukan mesra, pelukan romantik, pelukan gurauan, pelukan kegembiraan dan tahniah atau pelukan simpati.<\/li>\n<li>Lebarkan tangan dan senyumlah ketika mulakan pelukan. Bagi lelaki suka memeluk pinggang dan belakang isterinya dan isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh dan rasakan sentuhan pada dada, <em>abdomen<\/em> dan peha.<\/li>\n<li>Pelukan harus dilakukan dengan perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan kita selesa dengan suami\/isteri kita.<\/li>\n<li>Tukar posisi sama ada pelukan dari tepi, pelukan dari belakang atau pelukan sambil duduk menonton TV. Boleh memeluk bahu sambil memegang tangannya.<\/li>\n<li>Yang penting rasakan kenikmatan dan keseronokan bersama. Tinggalkan semua fikiran yang mungkin mengganggu, sama ada memikirkan pinggan yang belum dibasuh atau bunyi telefon bimbit.<\/li>\n<li>Peluklah suami\/isteri selama yang mahu. Ia boleh jadi beberapa saat, hingga beberapa minit. Jika mampu bolehlah peluk untuk beberapa jam terutama jika isteri berada dalam keadaan trauma perasaannya seperti baru keguguran atau baru diragut begnya.<\/li>\n<li>Sambil memeluk, ucapkan kata-kata romantik, kata-kata semangat dan motivasi atau kata-kata memujuk. Elakkan pelukan ala kadar yang mungkin memberikan mesej yang salah.<\/li>\n<\/ol>\n<p>\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Siapa harus memulakan?<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika dalam keluarga yang kurang mempunyai hubungan emosi dan dikendali oleh seorang bapa yang garang dan tegas, saya percaya bahawa pelukan adalah sesuatu perbuatan yang asing. Malah ia boleh digambarkan sebagai \u2018perbuatan yang melampau\u2019 dilakukan di hadapan anak-anak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi janganlah mengharapkan suami atau isteri yang dididik dalam keluarga yang sebegitu akan memulakan pelukan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suami juga kadang-kala merasa kekok untuk melakukannya kerana mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Memulakan pelukan pada mereka adalah perbuatan yang dilihat sebagai perbuatan yang tidak <em>macho<\/em>, mencabar sifat kelakian dan meruntuhkan keegoannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam diam, suami sebegini sebenarnya minta untuk dipeluk oleh isterinya walaupun berat mulut mereka memintanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi persoalan siapa yang peluk dahulu tidak harus diperdebatkan. Malah orang yang hebat ialah orang yang memulakan pelukan itu kerana dia telah meruntuhkan perasaan kekok, malu dan ego.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika suami yang tidak memulakan pelukan, maka eloklah isteri yang memeluk dulu. Tiada hadiah untuk siapa \u2018menang\u2019 dalam soal mencantumkan perasaan dalam rumahtangga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak kajian menunjukkan pelukan akan mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam hal ini, wanita yang mendapat faedah paling banyak kerana hormon <em>oxytocin<\/em> yang dikeluarkan oleh wanita lebih banyak berbanding dengan lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelukan harus diberikan setiap masa, sekerap yang mungkin. Saya sendiri memeluk isteri saya setiap kali mahu pergi kerja, sebaik sahaja saya tiba di rumah dari tempat kerja dan ketika mahu tidur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia harus dijadikan suatu tabiat untuk menyatakan rasa cinta dan kasih antara suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250112)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<div class=\"mceTemp\">\u00a0<\/div>\n\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[574,310],"tags":[599,598,601,2732,3455,44,3453,3457,3456,600,3454],"class_list":["post-2554","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-motivasi","category-suami-isteri","tag-adrenaline","tag-cortisol","tag-dopamine","tag-fizikal","tag-isteri-bekerja","tag-oxytocin","tag-peluk","tag-ransangan","tag-sentuhan","tag-serotonin","tag-sokongan-emosi"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Fc","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4901,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-isteri-suka-dipeluk\/","url_meta":{"origin":2554,"position":0},"title":"Mengapa Isteri Suka Dipeluk","author":"drzubaidi","date":"20\/12\/2013","format":false,"excerpt":"Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;hubungan intim&quot;","block_context":{"text":"hubungan intim","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/hubungan-intim\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13160,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kecelaruan-emosi-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":2554,"position":1},"title":"KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL","author":"admin","date":"15\/03\/2021","format":false,"excerpt":"Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami. Ramai yang\u00a0 gembira kerana dapat menyempurnakan\u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":10261,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suami-perlu-bantu-isteri-ketika-rasa-sakit-melahirkan-anak\/","url_meta":{"origin":2554,"position":2},"title":"SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK","author":"drzubaidi","date":"21\/06\/2019","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit. \u00a0 \u00a0 Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":11711,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berikan-rawatan-jiwa-pada-pesakit-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":2554,"position":3},"title":"BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA","author":"admin","date":"14\/10\/2020","format":false,"excerpt":"Ini adalah catatan ketiga saya berkaitan kanser payudara, sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober. \u00a0 Sebagai doktor lelaki, terlalu mudah untuk saya menyarankan pesakit segera membuangkan payudara yang telah diserang kanser payudara. Iaitu melakukan pembedahan mastectomy. \u00a0 Apatah lagi saya adalah seorang lelaki dan pesakit bukan pula isteri\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2643,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penggunaan-perkataan-kita-ketika-salah-faham\/","url_meta":{"origin":2554,"position":4},"title":"Penggunaan Perkataan &#8216;KITA&#8217; Ketika Salah Faham","author":"drzubaidi","date":"12\/04\/2012","format":false,"excerpt":"Saya sering ditanya melalui e-mail untuk mendapat nasihat dan panduan bagi pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga. Kebanyakan yang bertanya adalah suri rumah yang tidak tahan lagi dengan pertengkaran dengan suami mereka, sama ada yang hanya melibatkan \u2019verbal\u2019 atau pertengkaran yang melibatkan kekerasan fizikal. Sayang sekali kebanyakan pertengkaran ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Motivasi&quot;","block_context":{"text":"Motivasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/motivasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/diaggrement-243x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1083,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghadapi-kesedihan-bila-keguguran\/","url_meta":{"origin":2554,"position":5},"title":"Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran","author":"drzubaidi","date":"08\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di\u2019cuci\u2019 dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2554"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19544,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2554\/revisions\/19544"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}