{"id":2494,"date":"2012-01-09T08:46:43","date_gmt":"2012-01-09T00:46:43","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2494"},"modified":"2023-02-03T14:49:43","modified_gmt":"2023-02-03T06:49:43","slug":"kemurungan-semasa-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kemurungan-semasa-hamil\/","title":{"rendered":"Kemurungan Semasa Hamil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Kehamilan \u00a0adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal \u00a0pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita \u00a0yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke <em>nursery<\/em>, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang terpaksa \u00a0mengambil anak pulang ke rumah. Jika anak sakit, terpaksa pula berjaga \u00a0malam, tentu ini akan memberikan tekanan perasaan (<em>stress<\/em>) kepadanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Belum lagi mengambil kira bebanan di tempat kerja dan sikap suami yang tidak mengambil berat. Kehamilan\u00a0yang tidak dirancang pasti \u00a0akan menambah \u00a0tekanan perasaan dan boleh menyebab kemurungan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kajian yang dilakukan di UK mendapati seramai 15% wanita yang ditemuduga pada usia kehamilan 32 minggu, mengalami saat yang paling menekan perasaan, <em>stress<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain tekanan perasan, kehamilan juga memberikan tekanan fizikal. Mereka mudah rasa\u00a0\u00a0penat, lapar dan rasa lemah badan. Tekanan perasaan dan tekanan fizikal akan menjadikan kehamilan satu\u00a0perjuangan yang sangat hebat.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji\u2019uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.\u201d<\/em> (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya doktor dan jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang di sekeliling juga tidak pernah rasa simpati, membantu dan memberikan mereka motivasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi\u00a0wanita yang hamil anak pertama dan atau pernah keguguran sebelum ini, emosi mereka \u00a0tidak menentu. Mereka mudah risau. Mereka selalu memikirkan keadaan \u00a0anak yang sedang berada dalam rahem. Adakah bayi dalam keadaan sihat atau bahaya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kegusaran dan kebimbangan ini harus dikongsikan. Tetapi kepada siapa? Jika suami dan ibubapa pun jauh?<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran <\/em>&#8221; (al Baqarah:186)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita sama ada mengenai diri mereka atau bayi \u00a0mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan \u00a0penerangan yang jelas harus diberikan. Ini membantu mengurangkan tekanan perasan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi dan mental wanita yang hamil, harus diberikan perhatian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tekanan perasaan\u00a0boleh memudharatkan diri mereka dan bayi \u00a0dalam rahem. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita, akan melintasi uri. <span style=\"text-decoration: underline;\">Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang<\/span>. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sudah menjadi tugas doktor dan jururawatlah untuk mengenalpasti sama ada seorang wanita itu berpotensi mengalami kemurungan (<em>depression<\/em>), terutama wanita yang sebelum hamil sudah pun mengalami rasa kerunsingan (<em>anxiety<\/em>) atau masalah pemakanan (<em>eating disorders<\/em>) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti <em>schizophrenia<\/em> dan <em>bipolar disorder<\/em>. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>National Institute for health and Clinical Excellence (NICE)<\/em><\/strong>, UK memberikan panduan, wanita-wanita seperti ini harus segera dikenalpasti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara pertanyaan yang mungkin boleh diajukan oleh doktor kepada mereka ialah:<\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">adakah puan pernah merasa murung, tidak bersemangat atau berputus asa sepanjang bulan lepas?<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">pernahkah puan rasa tidak berminat melakukan kerja seharian sepanjang bulan lepas?<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika mereka memberikan jawapan YA, menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan tertekan yang harus diberikan perhatian. Soalan-soalan tambahan juga boleh diajukan bagi membezakan mereka sudah memasuki fasa kemurungan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut panduan yang diberikan oleh <strong><em>National Institute of Mental Health, US<\/em><\/strong>, tanda-tanda kemurungan adalah:<\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Sukar untuk memberikan tumpuan, mengingati fakta-fakta yang terperinci atau sukar membuat keputusan.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Selalu rasa penat dan kurang bertenaga<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa bersalah, tidak penting atau rasa dipinggirkan<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa tidak mempunyai harapan<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Sukar untuk tidur (<\/span><em style=\"text-align: justify;\">insomnia<\/em><span style=\"text-align: justify;\">), mudah terjaga di awal pagi atau selalu mengantuk<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa mudah marah atau tidak menentu<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Hilang rasa minat pada aktiviti atau hobi yang satu masa dulu sangat digemari, dan tiada minat pada hubungan seksual<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa sakit pada tubuh yang berpanjangan seperti rasa sakit kepala, kejang atau masalah penghadaman yang tidak berkurangan walaupun telah diberikan rawatan<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa tidak berselera untuk makan atau rasa mahu banyak makan<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa sedih yang berpanjangan, gelisah, risau atau \u2018kekosongan\u2019<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Rasa mahu bunuh diri<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">NICE juga mencadangkan agar wanita yang hamil mengalami kemurungan yang sederhana harus ditawarkan rawatan kaunselling. Jika wanita itu mengalami tanda kemurungan yang teruk, haruslah dirujukkan segera kepada pakar <em>psychiatrist<\/em> segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagimanapun terdapat beberapa perbahasan sama ada wanita yang hamil selamat diberikan ubat <em>antipsychotic<\/em> yang merawat penyakit kemurungan mereka, kerana ubat-ubat ini boleh memberikan kemudharatan kepada bayi dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mencadangkan agar diwujudkan satu kumpulan sokongan bagi mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan ini. Mereka harus dibantu kerana tidak ramai wanita akan mengadu masalah emosi mereka kepada doctor kerana bimbang kerisauan mereka tidak akan didengar, atau dikatakan mengada-ngada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita Islam, saya menasihatkan agar membuat persediaan mental dan fizikal ketika merancang untuk hamil. Ini kerana ramai di antara mereka yang memberi lebih perhatian kepada aspek fizikal berbanding aspek mental dan emosi. Suami juga perlu membantu isteri mereka yang sedang berhadapan dengan masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seterusnya, semasa hamil banyakkan ibadah dan membaca al-Quran kerana ia adalah cara terbaik untuk menguruskan stress dan tekanan perasaan. Allah yang menjaga hati dan perasaan, memberikan ketenangan dan kerisauan pada hamba-hambaNYA.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah berfirman:\u00a0<em>\u201cWahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar\u201d.<\/em> (Al-Baqarah: 153)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090112)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehamilan \u00a0adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata. Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal \u00a0pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[6,7],"tags":[579,278,100,578],"class_list":["post-2494","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","category-wanita","tag-anxiety","tag-kemurungan","tag-stress","tag-ubat-anti-psychotic"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Ee","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":13160,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kecelaruan-emosi-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":2494,"position":0},"title":"KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL","author":"admin","date":"15\/03\/2021","format":false,"excerpt":"Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami. Ramai yang\u00a0 gembira kerana dapat menyempurnakan\u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6687,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perubahan-emosi-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2494,"position":1},"title":"PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"30\/10\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil \u00a0beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih\". \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2042,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula\/","url_meta":{"origin":2494,"position":2},"title":"Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?","author":"drzubaidi","date":"27\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cHamil lagi..??!!\u201d \u201cIsh abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak\u201d. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. \u201cDoktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.\u201d keluh si isteri. \u201cMaaf puan, saya tak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1083,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghadapi-kesedihan-bila-keguguran\/","url_meta":{"origin":2494,"position":3},"title":"Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran","author":"drzubaidi","date":"08\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di\u2019cuci\u2019 dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":2494,"position":4},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9820,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-hamil-tapi-upt-positif\/","url_meta":{"origin":2494,"position":5},"title":"TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?","author":"drzubaidi","date":"22\/09\/2018","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya. \u00a0 \"Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia...\" \u00a0 Ya puan. Apa masalahnya? \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/UPT-1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2494","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2494"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2494\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15647,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2494\/revisions\/15647"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2494"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}