{"id":2478,"date":"2012-01-06T07:27:48","date_gmt":"2012-01-05T23:27:48","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2478"},"modified":"2024-02-12T11:27:35","modified_gmt":"2024-02-12T03:27:35","slug":"risau-air-mani-bercampur-darah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/","title":{"rendered":"Risau Air Mani Bercampur Darah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2481\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/darah-dalam-airmani\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?fit=370%2C270&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"370,270\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"darah dalam airmani\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?fit=370%2C270&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2481\" title=\"darah dalam airmani\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?resize=300%2C218&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"218\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?resize=300%2C218&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani.jpg?w=370&amp;ssl=1 370w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a>Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke<em> inbox <\/em>Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya ketika bertugas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya ada masalah peribadi. Setiap kali saya melakukan hubungan seksual dengan isteri, air mani saya keluar bersama-sama darah. Kadangkala ia berwarna gelap seperti coklat. Saya berumur 35 tahun, kami tidak tinggal serumah buat masa ini kerana urusan kerja. Apakah masalah yang mungkin berkaitan dengan keadaan ini?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkara utama dalam pertanyaan ini ialah kepastian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cPastikah itu darah dari air mani dan bukan dari faraj isteri?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cEntahlah doktor, tapi yang pasti,\u00a0 ketika isteri saya membersihkan diri, air mani saya akan keluar semula dan berwarna gelap. Saya bimbang jika air mani saya mengandungi darah\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya berfikir dalam. Jarang kandungan dalam faraj diteliti setelah selesai hubungan jima\u2019 kecuali dalam keadaan tertentu seperti ketika membersihkan faraj dengan tisu atau kain dan ternampak perubahan kepada cecair yang keluar dari faraj.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cuma ada satu cara untuk memastikannya iaitu dengan <strong>membuat ujian air mani<\/strong>. Sampel air mani yang dikumpulkan harus dihantar ke makmal untuk diteliti sama ada mengandung darah atau tidak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memberikannya <em>container.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cNak buat apa ini doktor?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cContainer ini gunanya untuk mengumpulkan sampel air mani supaya dapat dihantar ke makmal. Buatlah macam mana pun, asalkan esok pagi bawakan sampel air mani itu\u201d<\/em><\/p>\n<p><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2480\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/2-46\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/21.jpg?fit=317%2C360&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"317,360\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;3.5&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;DSC-T33&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;Sterile container that the semen is carried in for local pick up.  Must be used within 30 minutes.&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1196889378&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;6.7&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;100&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0.025&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"2\" data-image-description=\"&lt;p&gt;Sterile container that the semen is carried in for local pick up.  Must be used within 30 minutes.&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/21.jpg?fit=317%2C360&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2480\" title=\"2\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/21.jpg?resize=264%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"264\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/21.jpg?resize=264%2C300&amp;ssl=1 264w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/21.jpg?w=317&amp;ssl=1 317w\" sizes=\"auto, (max-width: 264px) 100vw, 264px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia tercengang. Saya tersenyum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau tak pandai, mintalah bantuan isteri..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pesakit keliru sama ada darah yang bercampur dengan lendiran yang keluar sesudah berjima\u2019 itu, berpunca dari isteri atau dari dirinya sendiri. Jika isteri datang haid atau mengalami luka di sekitar faraj dan pangkal rahem, lendiran bercampur darah itu berpunca isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jalan terbaik ialah membuat <strong>pemeriksaan air mani untuk suami atau pemeriksaan <em>paps smear<\/em> untuk isteri.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa hari kemudian, saya menelefonnya kerana keputusan pemeriksaan air mani telah diketahui.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMemang confirm, hematosperma..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cApa maknanya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMaknanya memang terdapat darah dalam air mani. Tapi masalah belum selesai\u2026\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cBahayakah doktor? Kanser prostate kah?<\/em>\u201d Tidak sabar-sabar teman ini bertanyakan soalan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya berfikir panjang kerana mahu menyusun ayat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Minggu lepas pasangan <em>Lebanase<\/em> datang berjumpa saya. Isterinya yang berumur 30an mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan jima\u2019 dengan suaminya. Darah yang merah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya segera merujukkannya kepada pakar sakit puan kerana saya tidak melakukan pemeriksaan paps smear.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalan yang sama dari si suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cIs it dangerous? Any possibility of cancer?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba menerangkan dari A hingga Z. Semuanya macam masuk ke telinga tuli. Apabila saya menyebut perkataan \u2018<em>cancer\u2019<\/em>, si isteri terus menjerit kesedihan. Meraung <em>stail<\/em> orang arab. Puas saya memujuknya akhirnya dia berhenti meraung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas itu, saya sangat berhati-hati dengan perkataan saya. Saya rela dikatakan \u2018doktor serba tak tahu\u2019 daripada memberitahu sesuatu yang belum pasti dan menyebabkan pesakit berputus harap dari rahmat Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memahami setiap perasaan yang dihadapi pesakit kerana saya juga pernah sakit dan menjadi pesakit. Sebagai pesakit kita mengharapkan\u00a0 motivasi dari doktor dan mengharapkan kesakitan yang diterima hanyalah suatu amaran awal saja. Bukan hukuman dariNYA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sentiasa ingat akan ayat ini.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cWahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan\u201d<\/em><em> [Luqman 31: 17]<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Itulah perkataan-perkataan Allah yang memberikan motivasi. <em>Bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekuatan kita sebagai orang Islam akan terserlah apabila kita kembali kepada fitrah kita. Kembali mengharapkan ihsan Allah ketika menghadapi sakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terdapat kesempatan, saya selalu mengingatkan pesakit saya supaya jangan lupa untuk jaga solat, dan bersabar dengan segala kesukaran yang menimpa. InsyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Di kala itu, tiada ubat yang boleh merawat kita kecuali atas izin Allah. Jadi banyaklah berdoa dan membuat kebajikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKita tidak pasti lagi diagnosis tentang penyakit ini. Tapi boleh saya bertanya beberapa perkara?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia dalam kebimbangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya saya tidak bimbang sangat darah dalam air mani kerana rakan saya masih muda. Punca darah dalam air mani terlalu banyak. Bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah ia tidak menandakan penyakit yang serius. Ia boleh terjadi bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai lelaki yang mengalami masalah ini. Ia boleh berlaku sekali seumur hidup, atau beberapa kali dalam hidup mereka. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Ada yang sebentar ada juga yang berlarutan selama beberapa bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kuantiti darah dalam air mani berbeza, bergantung kepada punca dan sebabnya. Darah itu boleh setitik sahaja bersama air mani, atau air mani yang bercampur dengan darah yang banyak atau seolah-olah memancutkan darah ketika mengadakan hubungan jima\u2019 dengan isteri kerana terlalu banyak darah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cPernah tuan terjatuh dan terhentak di bahagian zakar?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia menggelengkan kepala.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya hametosperma disebabkan oleh <span style=\"text-decoration: underline;\">trauma hentakan pada kerandut zakar<\/span>. Ini menyebabkan saluran darah pada kerandut zakar akan pecah lalu berlakulah pendarahan dalaman. Akhirnya darah akan keluar melalui air kencing atau air mani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2479\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/1-62\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?fit=300%2C327&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"300,327\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?fit=300%2C327&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-2479\" title=\"1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?resize=275%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"275\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?resize=275%2C300&amp;ssl=1 275w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/11.jpg?w=300&amp;ssl=1 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 275px) 100vw, 275px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga jika pesakit <span style=\"text-decoration: underline;\">pernah menjalani pemeriksaan <em>biopsy<\/em> untuk <em>prostate<\/em><\/span> atau <span style=\"text-decoration: underline;\">menjalani pembedahan vasectomy<\/span> di bahagian kerandut zakar. Pendarahan dari luka pembedahan akan menyebabkan pendarahan dalam air mani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTapi doktor, sebulan lepas saya ada jangkitan kuman pada pundi kencing saya. Selepas doktor yang merawat saya memberikan antibiotic, alhamdulillah saya sembuh. Baru-baru ini saja saya perasan ada darah dalam air mani saya.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika <span style=\"text-decoration: underline;\">jangkitan kuman pada pundi kencing tidak dirawat dengan baik<\/span>, jangkitan itu boleh melarat pada kelenjar prostate (<em>prostatis) <\/em>dan saluran air mani <em>(epididymitis). <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada peringkat permulaan jangkitan kuman pada bahagian ini beserta dengan tanda-tanda lain seperti <span style=\"text-decoration: underline;\">demam, sakit pada kerandut zakar, rasa sukar kencing dan terdapat darah pada air kencing<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika kuman yang lebih merbahaya menjangkiti bahagian ini, ia boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk. Selalunya berlaku apabila <span style=\"text-decoration: underline;\">pesakit pernah mengadakan hubungan seksual dengan pelacur atau secara bebas dengan beberapa teman wanitanya<\/span>. Antara kuman berbahaya ini ialah <em>chlamydia, genital herpis, dan gonorrhea.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya tidak pernah buat semua itu, saya setia pada isteri saya\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terdiam. Saya bukan menuduh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila teringat rakan saya tinggal berjauhan dengan isterinya, saya syaki pendarahan dalam air mani itu mungkin disebabkan oleh hubungan seks dengan isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terlalu kerap melakukan hubungan seks apabila sesekali berjumpa, atau melakukannya dengan kasar boleh menjadi punca pendarahan seperti itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJadi apa kata kalau kita ulangi semula ujian air mani pada bulan depan. Lagi pun darah dalam air mani tuan, tidak banyak. Memandangkan umur tuan masih muda, saya percaya pendarahan dalam air mani ini berpunca dari sebab-sebab yang tidak merbahaya. Mungkin darah itu akan hilang dengan sendirinya\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pemeriksaan air mani masih menunjukkan <em>haematosperma<\/em>, berkemungkinan pendarahan dalam air mani itu disebabkan oleh <span style=\"text-decoration: underline;\">ketumbuhan yang tidak merbahaya<\/span> seperti <em>cysts<\/em> dan <em>polyps<\/em> pada pundi kencing, atau di saluran kencing <em>urethra. <\/em>Selalunya pendarahan ini tidak berhenti dan berulang-ulang. Selain dalam air mani, pendarahan juga boleh berlaku dalam air kencing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan <em>cystocope <\/em>boleh dilakukan, iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran <em>urthera<\/em> bagi melihat keadaan\u00a0 sebenar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cBagaimana doktor pasti bahawa penyakit saya ini bukan kanser?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah soalan cepumas yang sukar saya jawab. Kebanyakan jurnal memberitahu bahawa kebarangkalian kanser terjadi pada pesakit yang berumur 40 tahun ke atas amat tinggi sementara jarang berlaku pada pesakit beumur kurang 40 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain faktor umur, jarang sekali kanser di bahagian kemaluan seperti kanser pundi kencing (<em>bladder cancer<\/em>), kanser prostate atau kanser testis, menunjukkan tanda awal seperti darah dalam air mani. <span style=\"text-decoration: underline;\">Selalunya kanser-kanser ini menunjukkan tanda bengkak, sakit dahulu sebelum pendarahan dalam air mani<\/span>. Pendarahan seperti ini mungkin berlaku setelah beberapa bulan disahkan sebagai kanser.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu lelaki yang mengalami <em>haemtosperma<\/em>, haruslah berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut jika:<\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">berumur 40 tahun ke atas<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">mempunyai gejala lain seperti bengkakan besar dan sakit pada kemaluan, \u00a0sakit ketika kencing, sakit ketika memancutkan air mani (<em>ejaculation<\/em>), sukar kencing, atau ada darah dalam air kencing (<em>haematuria)<\/em><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">mengalami pendarahan dalam air mani yang berulang-ulang.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">mempunyai masalah-masalah lain seperti pernah mempunyai kanser, mengalami masalah pembekuan darah, pernah mengalami trauma hentakan pada kemaluan, mengalami penyakit kecacatan pada kemaluan, atau pernah melanggan pelacur.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasihat saya, jangan berputus asa pada rahmat Allah. Pemeriksaan dan nasihat yang betul akan membantu pesakit mengesan awal penyakit yang lebih merbahaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Rujukan dan bacaan:<\/strong><\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Stefanovic KP, et al. \u201c<\/span><em style=\"text-align: justify;\">Evaluation and treatment of hematospermia<\/em><span style=\"text-align: justify;\">\u201d. American Family Physician. 2009;80:1421.<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Torigian DA, et al. \u201c<em>Hematospermia: Imaging findings. Abdominal Imaging\u201d<\/em>. 2007;32:29.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Leocadio DE, et al<em>. \u201cHematospermia: Etiological and management considerations\u201d<\/em>. International Urology and Nephrology. 2009;41:77.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (060112)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,647,1372,310],"tags":[573,571,572],"class_list":["post-2478","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-hubungan-intim","category-proxeed-plus","category-suami-isteri","tag-darah-dalam-air-mani","tag-haematosperma","tag-hematuria"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-DY","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1123,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selesema-yang-membawa-maut\/","url_meta":{"origin":2478,"position":0},"title":"Selesema Yang Membawa Maut","author":"drzubaidi","date":"21\/12\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Tarikh 16 Februari\u00a0adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki\/","url_meta":{"origin":2478,"position":1},"title":"CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor \u201d Rakan FB di kalangan kaum Adam telah\u00a0bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/16-300x177.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6119,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menjadi-kurus-tiada-selera-demam-rendah-batuk-berdarah-tanda-santau-kata-rakannya\/","url_meta":{"origin":2478,"position":2},"title":"Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2014","format":false,"excerpt":"Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit\u00a0baru yang masuk.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":491,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mc-sijil-perakuan-sakit-hak-pekerja-atau-hak-majikan-atau-hak-doktor\/","url_meta":{"origin":2478,"position":3},"title":"MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?","author":"drzubaidi","date":"17\/08\/2010","format":false,"excerpt":"\u201dYa Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.\u201d MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/edzat1%4012-183x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":769,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/","url_meta":{"origin":2478,"position":4},"title":"Sapaan Maut dengan Strok Ringan","author":"drzubaidi","date":"12\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. \u00a0Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya \u201cDia baru kena angin ahmar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1332,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe\/","url_meta":{"origin":2478,"position":5},"title":"Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)","author":"drzubaidi","date":"27\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation\/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2478"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17624,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2478\/revisions\/17624"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}