{"id":2475,"date":"2012-01-07T11:17:57","date_gmt":"2012-01-07T03:17:57","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2475"},"modified":"2023-01-20T11:43:51","modified_gmt":"2023-01-20T03:43:51","slug":"azam-untuk-menurunkan-berat-badan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/azam-untuk-menurunkan-berat-badan\/","title":{"rendered":"Azam Untuk Menurunkan Berat Badan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: small;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/images.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"2488\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/azam-untuk-menurunkan-berat-badan\/images-8\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/images.jpg?fit=259%2C194&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"259,194\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"firework\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/images.jpg?fit=259%2C194&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-2488\" title=\"firework\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/images.jpg?resize=259%2C194&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"259\" height=\"194\" \/><\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api itu dengan kehidupan realiti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Bila kita melihat percikan bunga api, elok juga kita menanamkan azam dalam hati<\/em>..\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Dia tercengang dengan penjelasan saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Sudah menanam azam<\/em>?\u201d Saya memandangnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Shafiq mahu dapat nombor satu.Tapi matematik susahlah abah.\u201d<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya tahu kelemahannya dalam matematik dan saya tidak mahu dia berputus asa. Saya harus menanamkan semangat dalam hatinya. Terus berusaha.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Kalau dapat nombor tiga pun, abah sudah cukup bangga. Tahun ini masuk kelas 5 Bukhari, adalah pencapaian terbaik untuk tahun lepas\u2019<\/em>\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Dia menganggukkan kepala.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Kelas 5 Bukhari adalah kelas darjah lima terbaik di sekolahnya. Tahun lepas dia berada dalam kelas yang lain. Saya sangat hargai pencapaian ini. Semoga motivasi saya memberikan anjakan semangat dan azamnya untuk terus berusaha.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Apabila tamat pertunjukkan bunga api, saya masih duduk atas kerusi di halaman rumah. Saya cuba bermuhasabah diri. Apa yang perlu diperbaiki agaknya tahun 2012.\u00a0<em>Apa azam saya pula?<\/em><\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_2_0_1_1325668575523808\" style=\"text-align: justify;\"><span id=\"yui_3_2_0_1_1325668575523807\" style=\"font-size: medium;\">Petang tadi, seorang pesakit saya yang menghidap diabetes dan menerima rawatan suntikan insulin setiap hari datang berjumpa saya kerana demam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Umurnya sebaya saya. Dia memberitahu, pengurus cawangan tempat dia bekerja dan seorang temannya baru saja meninggal dunia. Si pengurus berumur 51 tahun dan temannya berumur 45 tahun. Kedua-dua mereka mempunyai \u2018penyakit tiga-serangkai\u2019 dan selalu mengabaikan aspek penjagaan diri yang betul.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Beberapa minggu lepas pula jiran sebaris rumah saya pula diserang stroke dan meninggal dunia di bilik air ketika berumur 43 tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Semua ini mengganggu ketenangan saya sepanjang minggu ini. Perbualan saya dengan pesakit saya pula seolah-olah diulang-ulang dalam kotak pemikiran ini. Agaknya itulah mesej yang Allah mahu ilhamkan pada saya malam itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cJagalah kesihatan<\/em>..\u201d Itulah juga nasihat yang sering ibu saya berikan apabila saya mengadu letih akibat bertugas melebihi 36 jam tanpa henti semasa bekerja di hospital awam. Selesai <em>oncall <\/em>24 jam, kemudian sambung dan terus bekerja sehingga Isyak. Keadaan ini tidak bertambah baik walaupun saya telah pun meninggalkan perkhidmatan awam 15 tahun lepas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Tertanam dalam hati. Saya harus mematuhi nasihat itu. <strong>Menjaga kesihatan bermula dengan mengurangkan berat badan<\/strong>. Banyak penulisan di jurnal yang saya baca mendapati penurunan berat badan akan <span style=\"text-decoration: underline;\">mengurangkan kebarangkalian kematian pramatang<\/span> (mati muda).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Malah ia <span style=\"text-decoration: underline;\">mengurangkan kebarangkalian untuk pembedahan jantung<\/span>. Hidup lebih selesa apabila berat badan berkurangan. Pernafasan lebih mudah. Melakukan ibadat kepada Allah tentu tidak menyiksakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya tidak mahu ketika pencen nanti saya tidak mampu beribadat dan banyak masa terpaksa dihabiskan di hospital akibat dialysis atau kerap dimasukkan hospital. Saya mahu masa-masa yang berbaki itu dipenuhi dengan ketaatan kepada NYA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Tuntutan keazaman dengan melakukan perubahan sikap<\/span><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya segera mengambil pen dan buku diari untuk memcatatkan azam bagi tahun baru. Saya mencatatkan segala apa yang saya mahukan dalam buku itu sebelum saya membuat senarai yang lebih pendek kemudian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Ada 15 langkah yang ingin saya lakukan untuk mencapai matlamat saya mengurangkan berat badan pada tahun 2012.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Semuanya saya tuliskan, antaranya:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">mahu\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga<\/span> yang akan mengurangkan stress saya,<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\">memperbaiki tahap kesihatan dengan<span style=\"text-decoration: underline;\"> melakukan pemeriksaan kesihatan berkala setiap 4 bulan<\/span><\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">mengurangkan berat badan<\/span> sebanyak 25-30kg<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\">mengamalkan diet yang lebih baik dengan <span style=\"text-decoration: underline;\">mengurangkan pengambilan karbohidrat<\/span> terutamanya nasi<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\">mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan baru mengenai <span style=\"text-decoration: underline;\">pemakanan dan teknik senaman yang betul<\/span><\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">menulis lebih banyak dalam blog berkenaan senaman dan diet<\/span> untuk memberikan motivasi pada saya sendiri dan boleh dikongsikan dengan pembaca lain<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium; text-align: justify;\">mahu <span style=\"text-decoration: underline;\">lebih mendekatkan diri dengan Tuhan<\/span> kerana segala dugaan kesihatan, mental dan emosi semuanya adalah ujian dariNYA, dan Allah tempat saya mengadu nasib.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Kita ambil pengajaran daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a. Kita perlu menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Perubahan diri kita seiring usia dan harus membuahkan peningkatan diri dari masa ke semasa\u201d,<\/em> itu kata abah saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Walaupun tahun ini beliau berumur 71 tahun, tapi beliau masih sihat. Masih mampu membersihkan laman rumah dan memberikan makan pada ikan-ikan tilapia yang dibelanya. Masih mampu menghadirkan diri dalam majlis-majlis zikir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya harus membuat perubahan diri dengan segera.\u00a0Tidak kiralah sama ada tahun baru masihi atau hijrah, yang penting ialah saat memulakan langkah pertama dalam perjalanan yang panjang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Malah tidak menjadi dosa jika mengambil tarikh lahir atau tarikh perkahwinan sebagai titik perubahan itu. Semuanya dibenarkan, asalkan jangan bertangguh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya sedar bahawa menulis sebuah keazaman sebenarnya bukan sekadar catatan tetapi sebuah <span style=\"text-decoration: underline;\">komitmen yang bakal memaksa saya untuk mencapai dan mengekalkan sebuah tujuan atau cita-cita<\/span>. Sikap baru harus dibentuk dan sikap lama yang negatif harus diubah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Percayalah kita ada kuasa memilih<\/span><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Apakah saya mampu meneruskan satu perjalanan baru sedangkan perjalanan hidup saya kini sudah agak sibuk?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Malah ia agak memenatkan. Pagi menghantar anak ke sekolah, masuk ke pusat kesihatan, melihat sekurang-kurangnya 50 orang pesakit sehari, menyiapkan tugasan pejabat seperti menyiapkan laporan perubatan, FOMEMA dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya pulang ke rumah selalunya pukul 6 petang dan kadang-kalanya harus melakukan kerja lebih masa secara \u2018suka-paksa\u2019 sehingga pukul 10 malam. Jika isteri tidak sempat memasak, sayalah yang akan mengambil alih tugas menyediakan makanan. Namun itulah rezeki saya di dunia. Saya tetap perlu berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya sedar tahun-tahun sebelum ini, saya mudah menuliskan azam dalam buku nota saya, malangnya di pertengahan tahun, saya melupakannya. Akhirnya azam menjadi sebuah angan-angan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cAbang ingat tahun ini nak kuruskan badan, nak kurangkan berat badan\u201d,<\/em> saya menyerlahkan keazaman saya pada isteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cDah dengar banyak tahun dah. Tak juga berubah.. berat macam tu jugak\u201d,<\/em> jawapan ringan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Tiada galakan tapi sindiran yang menyedarkan saya. Memberitahu keazaman di awal tahun sudah menjadi perkhabaran yang sukar dipercayai oleh keluarga sendiri. Bukan salah sesiapa, tetapi salah sendiri yang selalu saja \u2018hangat-hangat tahi ayam\u2019.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cAbah, kenapa abah makan nugget Shafiq. Abah kan tengah diet..\u201d<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Aduhai\u2026 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya memaafkan \u2018kesalahan\u2019 saya melanggari peraturan yang saya buat. <strong>Memaafkan diri pada kesalahan itu adalah permulaan kepada sebuah pengkhianatan kepada azam yang saya ikrarkan..<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Itu puncanya saya gagal. Saya telah memilih untuk gagal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Strategi perang untuk merealisasikan azam<\/span><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya masih duduk di kerusi halaman rumah. Masih mencari-cari formula mengelakkan kegagalan dalam mencapai matlamat saya. Apakah yang menyebabkan saya tidak ada stamina bermotivasi sepanjang tahun?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya menyemak ingatan saya pada sebuah buku yang saya baca. Merealisasikan azam harus mempunyai strategi seperti berperang! Ibarat bermain catur, kematian seorang askar akan membunuh askar berkuda dan akhirnya menghancurkan kota.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Selalu mencari alasan untuk memuaskan nafsu perut dengan mengorbankan ikrar dan azam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Itulah masalah yang saya hadapi. Bila umur semakin meningkat, motivasi untuk mendapatkan sesuatu matlamat bagaikan mengejar \u2018mat rempit\u2019 yang berlumba haram di jalanraya. Semput mengejarnya tetapi tidak berjaya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Apalagi perkataan untuk memotivasikan saya? Mengurangkan badan untuk kelihatan segak dan tampan? Itu tidak lagi menjadi agenda yang memotivasikan apabila saya memasuki pertengahan umur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Mungkin ayat\u00a0<em>\u2018mengurangkan berat badan agar tidak mati cepat sebab belum bersedia untuk mati\u2019<\/em> lebih memotivasikan saya. Saya sendiri termangu bila mendengar cerita rakan-rakan sebaya yang pergi menemui tuhan mereka. Saya belum bersedia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya menarik nafas panjang. Menggenggam tangan dan menghentakkan ke kerusi. Bukan mudah untuk berjaya. Saya telah melaluinya ketika di universiti dulu. Saya telah membuktikan saya boleh lulus dan mendapat ijazah tanpa perlu menyambung tahun pengajian atau\u00a0<em>repeat paper<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Kini perjuangan bermula semula. <strong>Berjuang antara untuk hidup lebih sihat atau mati lebih awal<\/strong>. Walaupun ajal dan maut itu takdir Allah, namun inilah <strong>sunnatullah<\/strong>, orang yang menjaga kesihatan akan hidup lebih lama daripada orang yang mengabaikannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Jangan terperangkap lagi dengan alasan. Harus menanamkan azam dan terus berusaha. Tetapi mengapa saya gagal sebelum ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Setelah membaca beberapa buku motivasi, barulah saya faham situasi sebenar. Untuk berjaya merealisasikan suatu keazaman, saya gagal memahami tiga faktor.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Faktor pertama,\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">adakah saya sedia untuk berubah, apakah saya mempunyai ilmu pengetahuan dan panduan untuk melakukan perubahan itu atau mencapai sasaran saya<\/span>?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Ya, saya mahu berubah. Saya mahu menjaga kesihatan saya supaya saya tidak menjadi rakan-rakan yang telah \u2018pergi tidak kembali\u2019 di usia muda. Saya sudah sedia mengorbankan masa, wang malah tenaga untuk perubahan ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya percaya menjaga kesihatan bermakna <strong>menjaga pemakanan, mendapat rehat yang secukupnya dan melakukan senaman yang berterusan<\/strong>. Ini harus diterjemah dengan pengurangan berat badan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya juga harus menjalani <strong>pemeriksaan penyaringan agar saya dapat mengesan penyakit-penyakit itu dengan lebih awal<\/strong>. Saya boleh melakukan pemeriksaan darah bagi saringan untuk pemeriksaan gula dan kolestrol di pusat kesihatan tempat saya bertugas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Ada kemudahan untuk memantau terus kadar gula dan kolestrole setiap 3-4 bulan dalam darah. Ini kerana beberapa bulan lepas saya mendapati tahap kolestrol saya agak tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Faktor \u2018lebihan berat badan\u2019 dan tahap kolestrol yang tinggi menyebabkan saya mengalami keletihan apabila pulang ke rumah. Berdiri lama untuk berceramah sepanjang hari ketika menjalankan latihan\u00a0<em>first-aid<\/em> dengan pekerja-pekerja kilang akan menyebabkan kaki-kaki saya kejang dan sakit di malam hari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Selalunya saya akan balik ke rumah dan berehat. Sudah kepenatan dan tidak mampu lagi bertugas. Keadaan saya tidak seperti sepuluh tahun dulu. Dulu saya mampu berdiri seharian dan menyambung semula tugas di pusat kesihatan selepas itu. Itu semua memaksa melakukan perubahan. Sebelum ini juga saya\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">gagal untuk memahami punca-punca yang menghalang saya dari mencapai matlamat<\/span>. Inilah faktor kedua punca saya gagal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya tidak menyalahkan sesiapa. Semuanya salah saya yang tidak fokus dan tidak dapat mengekalkan motivasi sepanjang tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Selalunya motivasi saya hilang apabila saya terlalu penat setelah melakukan kerja melebihi 8 jam. Kepenatan membuatkan saya makan apa saja dan terus berehat. Kepenatan menyebabkan saya memaafkan diri untuk bersenam atau melakukan kerja-kerja ringan yang boleh mengeluarkan peluh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya lupa bahawa <strong>senaman adalah satu-satunya cara untuk membakar tenaga yang disimpan dalam bentuk lemak<\/strong>. Tanpa bersenam saya tidak dapat mengurangkan berat badan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Nasi juga adalah musuh bagi saya. Nasi membekalkan banyak kalori. Masalah yang sering dihadapi ialah tidak dapat menyekat selera makan apabila sudah menjamah nasi. Saya harus menghindarkan nasi kerana saya tidak dapat mengawal pengambilannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Faktor ketiga\u00a0yang menjaga punca kegagalan saya ialah saya tidak pernah\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">mengenalpasti punca yang menyebabkan saya kembali kepada tabiat lama.<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Inilah punca kita hangat-hangat tahi ayam. Saya bersungguh-sungguh untuk melakukannya di peringkat permulaan kemudian kembali semula ke tabiat asal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya pernah memulakan diet\u00a0<em>roti gardenia<\/em> bagi menggantikan diet nasi. Saya istiqamah selama beberapa bulan dan berjaya mengurangkan beberapa kilo lemak dari tubuh saya. Malang sekali apabila saya bercuti dan sukar untuk mendapatkan roti berkenaan, tabiat makan nasi saya bermula semula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Apabila mula memasuki kerja, saya kembali ketagihan nasi. Tanpa nasi saya tidak berasa kenyang. Kekenyangan yang memberikan saya kalori tambahan dan disimpan semula sebagai lemak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Akhirnya hanyut dalam kealpaan. Saya lupa tentang perjuangan mengurangkan berat badan. Saya membiarkan alasan susah mendapat roti gardenia bagi memaafkan kesalahan saya dan melupakan diet saya untuk mengurangkan pengambilan nasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Semuanya kembali pada asal. Berat badan bertambah semula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Sabar dalam mencapai kejayaan<\/span><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya masih ingat ketika jamuan makan kecil-kecilan di rumah saya sempena keberangkatan saya mengerjakan umrah kali pertama. Saya melihat abah saya sedang menghirup kopi yang hitam pekat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cAbah, doakan Long selamat di Mekah nanti. Rasa macam semput je kalau berjalan jauh..\u201d<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya memberanikan diri membuka \u2018pekung di dada\u2019 pada semua ahli keluarga. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Abah memandang hairan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cMengapa?\u201d<\/em> tanyanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cAgaknya sebab badan dah over-weight dan kolestrol sudah border-line\u201d<\/em> saya meminta simpati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cEngkau dengan aku, siapa lebih tua? Malulah sikit..\u201d<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Sekali lagi sindiran tajam. Saya malu, memang malu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Keesokan harinya saya ke\u00a0<em>Hospital Pakar Puteri Johor Bahru<\/em> melakukan\u00a0<strong><em>stress test<\/em><\/strong>. Alhamdulillah normal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Masalah kolestrol saya yang berada pada paras borderline ini meragut keyakinan diri saya. Tolonglah faham, saya juga manusia biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cDoktor pun ada kolestrol??\u201d<\/em> teriak ibu saudara saya apabila mendapat tahu kolestrol saya sudah tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">\u201c<em>Sabar sajalah<\/em>\u2026\u201d saya memujuk hati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Firman Allah dalam surah Al-Anbiya\u2019 ayat 83.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cDan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: \u201cSesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.\u201d<\/em><\/span><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya tidak layak berkeluh kesah. Saya harus meilhat sisi positif terhadap ujian ini. Ujian saya tidak boleh dibandingkan dengan penderitaan Nabi Ayyub a.s yang diuji dengan sakit kulit yang teruk sehingga isteri dan anak-anak menjauhkan diri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cAllah hanya memberikan ujian yang kecil. Ya Allah kasihanilah aku..!\u201d <\/em>doa saya<em>.<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Semoga banyak lagi motivasi dari al-Quran yang akan membantu saya. Menguatkan semangat saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Firman Allah SWT bermaksud:<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>\u201cPatutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?\u201d <\/em>(Surah Al Ankabut: 2)<\/span><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Saya harus melakukan sesuatu. Menyerah kalah bukanlah sifat sabar yang sebenar. <strong>Sabar adalah menerima qada\u2019 Allah dan masa yang saya berusaha agar Allah memberikan kesembuhan.<\/strong> Saya redha dengan ujian ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Pada saat ini berat saya memasuki 99.5 kg. Saya harus berusaha keras. Tiada jalan penyelesaian yang mudah dan cepat. Saya percaya selama ini saya gagal kerana saya mudah putus asa. Tidak istiqamah..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Untuk memotivasikan diri dan istiqamah, bukan perkara yang mudah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"> Matlamat harus saya capai. Mungkin bagi memudahkan diri saya, saya harus <strong>memecahkan matlamat saya kepada beberapa beberapa matlamat yang lebih kecil (<em>sub-goal<\/em>)<\/strong>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Matlamat kecil ini lebih mudah. Saya mensasarkan agar penurunan berat badan saya sebanyak 500gm setiap minggu. Setiap bulan harus turun dua kilogram. Ini lebih mudah daripada saya memikirkan harus mengurangkan berat badan sebanyak 25-30 kg bagi mencapai berat ideal.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<p id=\"yui_3_2_0_1_13256685755231027\" style=\"text-align: justify;\"><span id=\"yui_3_2_0_1_13256685755231024\" style=\"font-size: medium;\"><em id=\"yui_3_2_0_1_13256685755231021\">\u201cDan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk\u201d. (Surah Al-Baqarah: 45)<\/em><\/span><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\"><em>Ya Allah tetapkanlah hatiku. Jangan kau bolak balikkan hatiku ini, dalam mengejar hasrat hati agar lebih sihat agar mudah beribadah pada MU.<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Tahun ini saya serius dalam mengejar hasrat saya. Saya akan jadikan keazaman ini sebagai suatu usaha yang mantap.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Insya Allah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: medium;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (060112)<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[575,574],"tags":[399,576,577,159],"class_list":["post-2475","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-catatan-peribadi","category-motivasi","tag-kolestrole","tag-mengurangkan-berat-badan","tag-stress-test","tag-stroke"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-DV","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":502,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vitamin-b-kompleks-membantu-mencegah-migraine\/","url_meta":{"origin":2475,"position":0},"title":"Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine","author":"drzubaidi","date":"20\/08\/2010","format":false,"excerpt":"Sakit kepala adalah ujian dari Allah Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu. Sabda Rasulullah saw \"Sesiapa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":19746,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/diabetes-dan-air-bunga-telang\/","url_meta":{"origin":2475,"position":1},"title":"DIABETES DAN AIR BUNGA TELANG","author":"admin","date":"10\/09\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Pagi tadi saya buat pemeriksaan gula dalam darah di farmasi dan mendapati bacaan gula saya 11.0 mmol\/L. Kakak ipar saya mencadangkan minum Air Bunga Telang. Adakah ia membantu? Terima kasih\". ******** Waalaikumussalam. Bacaan gula darah 11.0 mmol\/L adalah tinggi dan mungkin menunjukkan bahawa puan telah mengalami diabetes,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/tocotrienol-softgel-300x300.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4253,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/demam-suatu-musibah-atau-rahmat\/","url_meta":{"origin":2475,"position":2},"title":"Demam suatu musibah atau rahmat?","author":"drzubaidi","date":"14\/07\/2013","format":false,"excerpt":"Saya sering didatangi oleh pesakit yang demam. Demam bukanlah suatu penyakit tetapi lebih kepada tanda-tanda kewujudan penyakit dalam tubuh. Sungguhpun ia hanya suatu tanda, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan seseorang yang demam merasa menderita akibat rasa tidak sedap badan, kurang berselera makan, sakit kepala dan tubuh dan malah ada yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":12108,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sabun-menurunkan-berat-badan\/","url_meta":{"origin":2475,"position":3},"title":"SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN","author":"admin","date":"01\/12\/2020","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Assalamualaikum, Dr. Saya ingin bertanya kerana saya ingin tahu adakah sabun boleh menguruskan badan? Hal ini kerana ada keluarga saya yang promote sabun tersebut. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya tanyakan dengan Dr. Terima kasih.\" \u00a0 Walaikumussalam. \u00a0 Saya tidak dapat memikirkan mekanisme bagaimana sabun mandi dapat menguruskan tubuh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":831,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-berat-badan-underweight\/","url_meta":{"origin":2475,"position":4},"title":"Kekurangan Berat Badan (Underweight)","author":"drzubaidi","date":"25\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini,\u00a0saya dikunjungi oleh seorang ibu\u00a0bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun.\u00a0Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4111,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-menggunakan-sauna-selepas-bersenam\/","url_meta":{"origin":2475,"position":5},"title":"Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam","author":"drzubaidi","date":"03\/06\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas \u00a0joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor\". \u00a0 Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2475"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15535,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2475\/revisions\/15535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}