{"id":2429,"date":"2011-12-30T07:40:22","date_gmt":"2011-12-29T23:40:22","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2429"},"modified":"2023-01-04T11:04:01","modified_gmt":"2023-01-04T03:04:01","slug":"scoliosis-dan-kehamilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/scoliosis-dan-kehamilan\/","title":{"rendered":"Scoliosis Dan Kehamilan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembaca boleh rujuk di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2302\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2302<\/a> dan <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2358\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2358<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini dapat dijadikan panduan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya ada membaca artikel penulisan doktor mengenai scoliosis. Kebetulan saya adalah salah seorang daripada pesakit ini. Saya telah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum ada rezeki lagi, saya belum dikurniakan anak. Saya ingin tahu adalah masalah scoliosis ini menyebabkan saya tidak dikurniakan zuriat?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang saya tulis sebelum ini, scoliosis adalah <span style=\"text-decoration: underline;\">kecacatan sejak kecil pada tulang belakang<\/span> <em>(spine)<\/em> pesakit yang menyebabkan bengkokan tulang belakang berbentuk \u2018S\u2019 atau \u2018C\u2019 apabila pesakit mengalami pembesaran fizikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setakat ini tiada kes kematian yang disebabkan secara langsung oleh scoliosis, namun ia memerlukan rawatan yang sempura.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika tidak, scoliosis boleh menyebabkan kecacatan yang teruk. Ia biasanya berlaku ketika pesakit menghampiri usia pertengahan (50an) di mana komplikasi scoliosis menyebabkan organ paru-paru, jantung dan saraf mengalami masalah akibat terhimpit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara masalah yang bakal dihadapi mereka ialah:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li><span style=\"text-decoration: underline;\">kesukaran bernafas<\/span> kerana fungsi paru-paru terjejas akibat bengkokan tulang belakang yang teruk<\/li>\n<li>mengalami <span style=\"text-decoration: underline;\">sakit belakang di kawasan pinggang<\/span> (<em>lumbar<\/em>) atau di<span style=\"text-decoration: underline;\"> bahagian aras dada<\/span> pada tulang belakang (<em>thoracic<\/em>)<\/li>\n<li>mengalami beberapa <span style=\"text-decoration: underline;\">masalah sendi<\/span> pada tulang belakang.<\/li>\n<li>menyebabkan masalah <span style=\"text-decoration: underline;\">kebas<\/span>, atau rasa \u2018mencucuk-cucuk\u2019 kerana tulang belakang yang bengkok memberikan tekanan pada saraf.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi persoalan yang sering ditimbulkan adakah scoliosis boleh menyebabkan ketidaksuburan?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara amnya, saya berpendapat masalah scoliosis bukanlah punca utama bagi masalah kesuburan. Bagi pasangan yang telah berkahwin <span style=\"text-decoration: underline;\">melebihi dua tahun<\/span> dan telah mencuba pelbagai cara, saya mencadangkan agar <strong>berjumpa dengan pakar kesuburan yang profesional<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor akan melakukan beberapa ujian bagi memeriksa punca ketidaksuburan ini. Saya juga ada menulis punca-punca masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan muda di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1955\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1955<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang selalu saya beritahu bahawa <strong>masalah ketidaksuburan ini amat kompleks<\/strong>. Ada kalanya ia mungkin disebabkan oleh faktor isteri sahaja, atau faktor suami sahaja dan mungkin juga disebabkan oleh kedua-dua suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu suami dan isteri perlu <strong>melakukan pemeriksaan bagi mengesan masalah sebenar<\/strong>. Apa yang penting berfikirlah secara positif dan kedua-dua suami dan isteri haruslah serius dalam mencari rawatan untuk masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang pesakit scoliosis wanita yang mempunyai beberapa orang anak. Ada juga pasangan telah berkahwin melebihi 5 tahun yang telah diuji dengan masalah ketidaksuburan tetapi cekal berusaha dan akhirnya hamil. Apa yang perlu ialah sentiasa berfikiran positif, berdoa dan berusahalah untuk mendapatkan rawatan yang berkesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pesakit scoliosis dan bimbang untuk hamil, saya beri jaminan bahawa scoliosis <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak memberikan kemudharatan secara langsung sepanjang kehamilan dan ketika proses kelahiran<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Scoliosis bukanlah alasan untuk tidak hamil. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa scoliosis tidak menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam rahem. Scoliosis juga tidak menyebabkan keguguran dan kematian bayi dalam rahem (<em>stillbirth).<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum tahun 1950, ramai doktor yang percaya bahawa kehamilan boleh memberikan mudharat kepada pesakit scoliosis. Mereka bimbang apabila hamil akan menyebabkan bengkokan tulang belakang pada wanita hamil akan bertambah buruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun banyak kajian sepanjang 40 tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa perkara ini sebenarnya tidak benar. Bengkokan pada tulang belakang tidak menjadi lebih teruk ketika hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu banyak juga kajian yang mendapati bahawa wanita yang hamil, sama ada mempunyai scoliosis atau pun tidak, mempunyai risiko kehamilan yang sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah proses melahirkan anak secara biasa (melalui faraj) atau\u00a0 dikenali sebagai <em>spontaneous vaginal delivery <\/em>juga tidak bermasalah kerana bengkokan hanya melibatkan tulang belakang bukannya tulang punggung. Jadi \u2018jalan untuk melahirkan anak\u2019 tidak sempit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cuma isu yang biasa ditimbul oleh pesakit scoliosis ketika hamil ialah<span style=\"text-decoration: underline;\"> masalah sakit pinggang<\/span> yang lebih dirasakan berbanding dengan wanita normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia mula dapat dirasa apabila usia kehamilan mencapai 12 minggu kerana rahem mula membesar dan selalunya wanita hamil akan cuba mengimbangi kedudukan rahem itu dengan menarik bahunya ke belakang dan menyebabkan lengguh di bahagian pinggang (<em>lumbar<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya mencadangkan agar mereka <strong>menggunakan alat bantuan bagi menyokong tulang<\/strong> mereka, untuk mengelakkan rasa sakit belakang. Perkara ini boleh di<strong>bincangkan dengan doktor perbidanan yang merawat dan physiologist yang membantu<\/strong> sepanjang tempoh kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat mengurangkan rasa sakit belakang, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat tahan sakit. Jika tidak tahan dengan rasa sakit bolehlah menggunakan pil <strong>paracetamol<\/strong>. <span style=\"text-decoration: underline;\">Paracetamol adalah antara ubat penahan sakit yang selamat bagi wanita hamil, namun kadang kala ia tidak berkesan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembaca boleh membaca artikel tentang paracetamol dan kehamilan di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1308\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1308<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu boleh menggunakan <strong>ubat krim panas<\/strong> untuk disapukan pada bahagian yang sakit bagi mengurangkan kesakitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang penting, pesakit scoliosis harus menjaga kesihatan semasa hamil dengan lebih sempurna terutama dalam <span style=\"text-decoration: underline;\">penjagaan pemakanan, mendapat rehat yang cukup, melakukan senaman ringan dan rawatan berkala (<em>antenatal) <\/em>yang lengkap dengan doktor perbindanan di hospital<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (301211)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2302 dan https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,6],"tags":[547,558],"class_list":["post-2429","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-pregnancy","tag-scoliosis","tag-tulang-bengkok"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-Db","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2358,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/scoliosis-jalani-pembedahan-atau-guna-brace\/","url_meta":{"origin":2429,"position":0},"title":"Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?","author":"drzubaidi","date":"16\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/brace1-300x237.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2302,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengesan-scoliosis-di-peringkat-awal\/","url_meta":{"origin":2429,"position":1},"title":"Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?","author":"drzubaidi","date":"17\/11\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, mengapa anak saya sering batuk?\u201d \u00a0 Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil \u2018history taking\u2019, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk. Baru-baru ini seorang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":2429,"position":2},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1198,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-yang-dihamilkan-dilarikan-orang-bunian\/","url_meta":{"origin":2429,"position":3},"title":"Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian","author":"drzubaidi","date":"03\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!\u201d Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. \u201dMana suaminya?\u201d soal saya. \u201dDia ni ada masalah sikit dengan suami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3483,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-penahan-sakit-dan-keguguran\/","url_meta":{"origin":2429,"position":4},"title":"Ubat penahan sakit dan keguguran","author":"drzubaidi","date":"25\/10\/2012","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor saya sering mengalami sakit kepala dan telah didiagnosakan oleh doctor sebagai migraine. Kadang kala saya tidak tahan menanggung sakit kepala saya, seolah-olah ada batu berat yang berada pada kepala saya. Adakalanya saya rasa mahu menghantukkan kepala saya bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala sangat mengganggu kerja saya sehingga saya terpaksa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3595,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rahem-terbalik-dan-kesuburan\/","url_meta":{"origin":2429,"position":5},"title":"Rahem terbalik dan kesuburan","author":"drzubaidi","date":"13\/11\/2012","format":false,"excerpt":"Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat. Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids. Doktor pernah mengesyaki saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/ibu-300x200.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2429"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15339,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2429\/revisions\/15339"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}