{"id":2397,"date":"2011-12-26T10:12:43","date_gmt":"2011-12-26T02:12:43","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2397"},"modified":"2023-07-10T17:12:09","modified_gmt":"2023-07-10T09:12:09","slug":"silap-potong-ketika-berkhatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/silap-potong-ketika-berkhatan\/","title":{"rendered":"Silap Potong Ketika Berkhatan!"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam hal ini saya teringat beberapa insiden yang pernah berlaku dalam hidup saya. Seorang bapa membawa anaknya yang berumur 14 tahun. Remaja itu agak pendiam mungkin malu kerana terpaksa menurut kemahuan bapanya ke pusat kesihatan tempat saya bertugas untuk diperiksa kemaluannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, anak saya sekarang berumur 14 tahun. Doktor ingat lagi tak dia? Saya yang minta doctor mengkhatankan anak saya 4 tahun lepas. Tapi masa itu doktor bercuti. Jadi saya bawa ke klinik lain untuk berkhatan\u201d.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya melihat wajah bapanya agak kemarahan. Mesti ada masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor tahu tak, apa yang doktor itu telah lakukan pada anak saya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba memahami perasaan bapanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSaya akan saman doktor itu kalau saya tidak dapat menimang cucu. Anak saya tidak boleh menimang cahaya mata. Doktor itu telah salah potong&#8230;<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari perasaan marah kepada linangan air mata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKenapa ? Terus putus ke? Salah potong?\u201d<\/em> terbeliak mata saya mendengar penjelasan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya hanya membayangkan bagaimana keadaan remaja itu apabila dia besar kelak dengan zakarnya telah terpotong habis. Bagaimana dia mahu berkahwin nanti dan mempunyai anak?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cBukan potong habis. Tapi potong tak habis..!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cOooo\u2026 maksudnya ada sisa kulit hujung itu ke&#8217;? Kalau macam itu, jangan risau sebab tidak ada kena-mengena dengan kesuburan. Orang bukan Islam yang tidak berkhatan pun ada ramai anak..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya cuba meyakinkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memeriksa remaja itu. Mulanya dia enggan, tetapi atas desakan bapanya dia beralah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mendapati memang ada sisa kulit namun saya tidak rasa ia perlu dibuang semula. Sisa kulit itu tidak menutupi kepala zakar dan keseluruhan zakarnya bersih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMacam mana doktor? Perlu dibuang ke sisa itu. Saya takut ia mengumpulkan najis..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memang benar. Tujuan seorang kanak-kanak lelaki dikhatankan ialah agar kebersihan zakarnya dapat dijaga dengan mudah. Islam amat menggalakkan orang Islam menjaga kebersihan terutama <em>personal hygiene.<\/em> Malah seorang Islam harus mencukur bulu kemaluannya agar bersih dan tidak mendatangkan penyakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalil&nbsp;utama berkaitan \u2018khatan\u2019 adalah:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u062e\u0645\u0633 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0641\u0637\u0631\u0629 : \u0627\u0644\u062e\u062a\u0627\u0646 \u0648\u0627\u0644\u0625\u0633\u062a\u062d\u062f\u0627\u062f \u0648\u062a\u0642\u0644\u064a\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0638\u0627\u0641\u0631 \u0648\u0646\u062a\u0641 \u0627\u0644\u0625\u0628\u0637 \u0648\u0642\u0635 \u0627\u0644\u0634\u0627\u0631\u0628<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cLima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.\u201d (Riwayat Muslim)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah telah disepakati oleh ulama mazhab Syafie bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib dan digalakkan dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.<\/p>\n<div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah Rasulullah s.a.w juga berkhatan. Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma\u2019ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah s.a.w telah dikhatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pendapat yang mengatakan Rasululllah s.a.w dilahirkan dalam keadaaan berkhatan adalah lemah. Begitu juga pendapat yang menyatakan bahawa Jibrail a.s. yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi kewajiban berkhatan tidak menjadi keraguan lagi. Hukumnya wajib bagi orang lelaki Islam bermazhab Syafie. Namun bagaimana cara dikhatankan dan siapa yang harus mengkhatankan tidak ada disebut secara jelas dalam mana-mana hadis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka menurut kebanyakan ulama bahawa sesiapa saja boleh mengkhatankan kanak-kanak Islam, termasuk doktor bukan Islam, asalkan perawat itu mempunyai kemahiran dan menggunakan teknik yang tidak memudharatkan. Tidak kira sama ada menggunakan teknik jahitan biasa, <em>clamp<\/em>, atau laser, asalkan teknik yang digunakan adalah teknik yang cepat dan selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMacam mana doktor tahu yang anak saya tidak perlu dikhatan semula?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terdiam sebentar mengumpul ayat-ayat untuk menjawab soalan. Alhamdulillah, saya pernah menghadiri muzakarah mengenai khatan ini yang dianjurkan oleh sebuah hospital awam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai di antara kita hanya faham bahawa berkhatan bermakna memotong lebihan kulit pada hujung batang zakar yang dikenali sebagai <em>prepuce<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana pula dengan persoalan \u2018berapa banyak kulit yang harus dibuang yang dikehendaki syarak?\u2019 Isu ini menjadi perdebatan ringan di kalangan ulamak. Kebanyakan ulama mazhab Syafie mengatakan bahawa kesemua kulit haruslah dibuang. Oleh itu membuang sebahagian kulit tidak memadai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ada sebahagian kecil ulama mazhab Syafie&nbsp; yang mengatakan memotong sebahagian kulit juga mencukupi,&nbsp; asalkan kepala zakar tidak ditutup oleh sisa kulit <em>prepuce<\/em> itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ulama\u2019 mazhab Hanbali juga bersependapat dengan cara ini, iaitu mesti membuang keseluruhan kulit <em>prepuce<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi ulama mazhab Hanafi, membuang \u2018melebihi separuh kulit\u2019 dan tidak menutupi kepala zakar, telah mencukupi. Membuang kurang dari separuh kulit dan masih menutupi kepala zakar, dianggap tidak mencukupi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya suka pada pendapat Imam Al-Mawardi yang lebih berlapang dada. Menurut Imam Al-Mawardi, \u201ccara terbaik (berkhatan) adalah membuang keseluruhan kulit bermula dari kepala zakar <em>(glans of penis<\/em>), dan&nbsp; (setidak-tidaknya) paling kurang ialah (membuang) kulit (agar) tidak menutupi kepala zakar itu\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Nama sebenar Imam Al-Mawardi ialah Abu al-Hasan Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi&nbsp; (972-1058 ), adalah ulama\u2019 berbangsa Arab bermazhab Shafie)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau, apabila kulit telah dibuang dan kepala zakar tidak lagi ditutup, maka kebersihan zakar secara keseluruhan dapat dijaga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga berpendapat khatan kali kedua adalah tidak perlu sekiranya ia akan memberikan mudharat terutamanya kepada kanak-kanak yang terlalu trauma (takut) pada pengalaman khatan yang lalu atau mengalami masalah pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan yang tidak berhenti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mengambil pendapat apabila seseorang yang telah dikhatan, <span style=\"text-decoration: underline;\">kepala zakar (<em>glan of penis<\/em>) haruslah boleh dilihat dan tidak lagi dilindung oleh lebihan kulit atau prepuce tadi<\/span>, maka khatan itu telah sempurna.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun boleh bertanyakan kepada ulama yang lebih arif mengenai keperluan untuk membuang semula sisa kulit hujung zakar itu. Dari segi kesihatan, khatan semula tidak diperlukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Bacaan :<\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Bigelow, J. <\/span><em style=\"text-align: justify;\">The Joy of Uncircumcising<\/em><span style=\"text-align: justify;\">, Hourglass Books 2nd edition 1995 p55<\/span><\/li>\n<li><span style=\"text-align: justify;\">Yellen, H.S. Bloodless circumcision of the newborn. <\/span><em style=\"text-align: justify;\">Am. J. Obstet. Gynecol.<\/em><span style=\"text-align: justify;\"> 1935; 30:146-47<\/span><\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Hunter R.H. Notes on the development of the prepuce. <em>J. Anat.<\/em> 1935; 70:68-75<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (261211)<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[8,517,10],"tags":[553,555],"class_list":["post-2397","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-ulasan-berita","category-umum","tag-hukum-berkhatan","tag-prepuce"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-CF","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1074,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berkhatan-kanak-kanak-perempuan-suatu-penghormatan-atau-kezaliman\/","url_meta":{"origin":2397,"position":0},"title":"Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?","author":"drzubaidi","date":"06\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. \u201dPerlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?\u201d Saya menjawab, \u201cBerkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan\u201d. \u201dDoktor, selama ini saya tidak pernah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/2-274x300.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4012,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berkhatan-secara-smart-klamp\/","url_meta":{"origin":2397,"position":1},"title":"Berkhatan secara SMART KLAMP","author":"drzubaidi","date":"21\/04\/2013","format":false,"excerpt":"Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":17283,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sunat-guna-laser\/","url_meta":{"origin":2397,"position":2},"title":"SUNAT GUNA LASER?","author":"admin","date":"19\/12\/2023","format":false,"excerpt":"\u00a0 1. Ramai ibubapa yang tersalah sangka kerana membayang 'sunat guna laser' adalah satu kaedah berkhatan menggunakan laser sebenar untuk memotong kulit kemaluan anak (batang za-kar). 2. Ia adalah istilah yang salah kerana kaedah ini tidak menggunakan laser langsung. 3. Ia adalah kaedah yang menggunakan diathermy iaitu sejenis rod pemanas\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":9868,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kaedah-berkhatan-yang-terbaik\/","url_meta":{"origin":2397,"position":3},"title":"Kaedah berkhatan yang terbaik","author":"drzubaidi","date":"27\/11\/2018","format":false,"excerpt":"KAEDAH BERKHATAN YANG TERBAIK \u00a0 \u00a0 Program Khatan Perdana Pulau Larapan \u00a0 \u00a0 Assalamualaikum doktor. Saya bertanya pendapat doc. Anak saya berumur 6 tahun, bercadang utk berkhatan pada cuti sekolah. Adakah kaedah clamp dan konvesional, mana yg terbaik doc? Yang mudah sembuh dan kurang risiko.\u00a0 Saya confius sama ada nk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":19823,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-cepat-sembuh-luka-berkhatan\/","url_meta":{"origin":2397,"position":4},"title":"ANAK CEPAT SEMBUH LUKA BERKHATAN","author":"admin","date":"17\/09\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Anak lelaki saya nak bersunat minggu depan. Boleh doktor bagi suplemen yang cepat sembuhkan lukanya. Terima kasih\". \u00a0 Waalaikumussalam. \u00a0 Untuk membantu penyembuhan luka selepas bersunat, terdapat beberapa suplemen yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan. \u00a0 1. Vitamin C : Membantu dalam penghasilan kolagen, yang penting untuk penyembuhan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/WhatsApp-Image-2024-09-03-at-11.15.42-AM-300x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":823,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/shaken-baby-syndrome-penderaan-bayi-yang-kejam\/","url_meta":{"origin":2397,"position":5},"title":"SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam","author":"drzubaidi","date":"23\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat Shaken Baby Syndrome (SBS). Shaken Baby Syndrome, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2397"}],"version-history":[{"count":17,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16619,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2397\/revisions\/16619"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}