{"id":2302,"date":"2011-11-17T13:32:04","date_gmt":"2011-11-17T05:32:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2302"},"modified":"2024-10-04T10:34:44","modified_gmt":"2024-10-04T02:34:44","slug":"bagaimana-mengesan-scoliosis-di-peringkat-awal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengesan-scoliosis-di-peringkat-awal\/","title":{"rendered":"Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><strong>\u201cDoktor, mengapa anak saya sering batuk?\u201d<\/strong><\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil <em>\u2018history taking\u2019<\/em>, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang berumur 13 tahun, mengalami batuk yang kerap. Sudah beberapa orang doktor ditemui, namun batuk anaknya tetap sama. Cuma dia belum mahu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bukanlah doktor pakar yang tahu banyak perkara. Tapi saya percaya ada bebarapa perkara yang mungkin doctor yang memeriksa sebelum ini \u2018terlepas pandang\u2019. Mereka mungkin tidak perasan ada \u2018tanda-tanda\u2019 yang ada pada pesakit menjadi faktor menyumbang (<em>contributing factor<\/em>) kepada satu-satu penyakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah bertanya beberapa soalan yang relevan, saya meminta anak perempuannya mengangkat baju di bahagian belakang. Saya menghormati maruah seorang gadis remaja yang mungkin malu jika saya memeriksa dadanya di hadapan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mulanya dia agak keberatan untuk mendedahkan belakangnya. Saya faham. Saya berikan pilihan sama ada mahu berjumpa dengan doktor wanita, yang akan masuk bekerja pukul 5 petang hari itu, atau mahu saya meneruskan pemeriksaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bapanya berkeras meminta anaknya membuka saja baju di bahagian belakang untuk diperiksa kerana sebelum ini ramai doktor tidak memeriksa dengan teliti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSebelum ini pun, doktor periksa lebih kurang. Letak sthethoscope tak pernah pula suruh buka baju\u201d keluh ayahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSebab mereka periksa lebih kuranglahlah, kali ini saya periksa dengan lebih teliti\u201d, jawab saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya anak perempuannya mengangkat baju dibahagian belakang. Saya memeriksanya dengan sthethoscope dan mendapati memang banyak kahak. Apabila saya minta dia batuk, kahak itu kedengaran semakin jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apa yang menarik perhatian saya ialah bentuk tulang belakangnya. Saya mendapati tulang belakang dia agak bengkok. Agaknya inilah punca batuk anaknya lambat baik kerana bengkokan tulang belakang ini menyebabkan struktur anatomy paru-paru yang tidak normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan sebegini dinamakan \u201cscoliosis\u201d di mana berlakunya bengkokan sisi pada tulang belakang (spine) berbentuk huruf \u201cS\u201d atau \u201cC\u201d jika dilihat dari belakang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Scoliosis berlaku pada 2% wanita dan 0.5% lelaki. Terlalu banyak punca bagi kecacatan ini. Saya tidak akan membincangkan dengan terperinci punca-puncanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cuma terdapat pesakit pada mulanya kelihatan sihat, dan kemudian secara beransur-ansur mengalami bengkokan ini apabila akhil baligh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jika dalam keluarga ada sesiapa yang mengalami scoliosis, pemeriksaan juga harus dilakukan pada anggota keluarga yang terdekat, kerana dibimbangi mereka juga mengalami masalah yang sama. <em>Early detection is essential<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSebelum ini tak ada pun doctor memberitahu anak saya mengalami masalah ini?\u201d rungutnya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAgaknya mereka tak perasan..\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Scoliosis sebenarnya boleh dikesan peringkat awal dengan meminta pesakit berdiri depan ibubapa mereka, dan buat perbandingan pada diri pesakit. Minta anak buka baju dan pandang dari belakang. Perhatikan salah satu dari tanda-tanda ini.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Cuba lihat tulang belikat (<em>scapula<\/em>). Selalunya sebelah tulang belikat lebih jelas berbanding dengan tulang yang satu lagi.<\/li>\n<li>Kedudukan kepala tidak berada betul-betul di atas pinggul (<em>pelvis<\/em>)<\/li>\n<li>Kedudukan pinggul di sebelah lebih tinggi dari yang sebelah lagi.<\/li>\n<li>Tulang dada (ribs) mempunyai ketinggian berbeza.<\/li>\n<li>Boleh lakukan <strong><em>Adam&#8217;s Forward Bend Test<\/em><\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Adam&#8217;s Forward Bend Test<\/em><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Caranya mudah, apabila meminta remaja itu bongkok seolah-olah dalam keadaan rukuk ketika solat, di mana kedua-dua lutut dirapatkan dan membongkok 90 darjah. Ibubapa dapat melihat dengan jelas dan mudah bengkokan pada tulang belakang ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila disyaki, pesakit scoliosis akan disahkan dengan pemeriksaan x-ray, CT scan atau MRI. Ibubapa bolehlah berbincang dengan pakar orthopaedik rawatan terbaik bagi kecacatan ini kerana dibimbangi\u00a0 kecacatan ini boleh beransur-ansur menjadi bertambah teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (171111)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cDoktor, mengapa anak saya sering batuk?\u201d \u00a0 Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil \u2018history taking\u2019, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk. Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[534,535],"class_list":["post-2302","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-adams-forward-bend-test","tag-tulang-belakang-bengkok"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-B8","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4372,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-anak-saya-batuk-waktu-malam\/","url_meta":{"origin":2302,"position":0},"title":"Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam?","author":"drzubaidi","date":"01\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. \u00a0 Ibubapa selalu membawa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":11756,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/batuk-berdarah\/","url_meta":{"origin":2302,"position":1},"title":"BATUK BERDARAH","author":"admin","date":"21\/10\/2020","format":false,"excerpt":"Assalamualaikum Doktor. Dua hari lepas isteri saya mengalami batuk berdarah. Pada masa itu beliau sedang tidur, tiba-tiba batuk berdarah darah segar dalam suku botol mineral yang kecil. Saya buat pemeriksaan di hospital dan telah menjalani pemeriksaan darah dan xray. Doktor mrmberitahu keputusan kedua-dua ujian itu normal. Dia tiada rasa sakit\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":13288,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-saya-menelan-duit-syiling\/","url_meta":{"origin":2302,"position":2},"title":"BAYI SAYA MENELAN DUIT SYILING","author":"admin","date":"20\/04\/2021","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum dr, maaf menganggu. Maaf juga terpaksa bertanya dr, sebab sy tidak tahu nak refer pd siapa. Baru sekejap ni anak saya darjah 1 kata dia tertelan duit syiling 10sen. Sy tanya pd dia ada rasa apa2 tak, dia kata takda apa & keadaan dia spt biasa shj. Adakah berbahaya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5568,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-berdengkur-ketika-tidur\/","url_meta":{"origin":2302,"position":3},"title":"BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR","author":"drzubaidi","date":"18\/03\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cDr...saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4820,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bayi-mati-secara-tiba-tiba-dalam-tidur\/","url_meta":{"origin":2302,"position":4},"title":"Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur","author":"drzubaidi","date":"22\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAs salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":13134,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-selsema-dan-batuk-untuk-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":2302,"position":5},"title":"UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK","author":"admin","date":"09\/03\/2021","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung\u2026tp msih elsema..Akhirnya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2302"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20018,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2302\/revisions\/20018"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}