{"id":2270,"date":"2011-11-09T10:10:29","date_gmt":"2011-11-09T02:10:29","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2270"},"modified":"2022-12-22T21:27:56","modified_gmt":"2022-12-22T13:27:56","slug":"masalah-payudara-berlebihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-payudara-berlebihan\/","title":{"rendered":"Masalah Payudara Berlebihan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Malu bertanya akan sesat jalan\u2019 itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara<\/em>).\u201d (an-Nahl: 43)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka kitab di Asia Barat. Kalau perkara sains, tanyakanlah kepada ahli saintis atau doktor yang mengkaji sesuatu isu atau fenomena.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah ditanyakan tentang penyakit \u2018susu kucing\u2019 pada \u00a0wanita. Apabila saya bertanya dari mana istilah \u2018susu kucing\u2019 ini datang, dia hanya menjawab dari seorang wanita tua merangkap tukang urut. Malah bidan itu mengatakan bahawa wanita yang bermasalah itu sebenarnya mengalami saka kucing diturunkan oleh neneknya, melalui ibunya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Astaghfirullah.. saya mengurutkan dada. Apabila bertanyakan kepada seorang yang jahil dan si jahil tidak mahu mengaku kejahilannya, maka keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bukanlah di antara orang yang sangat faham tentang dunia sains biologi, namun insya Allah saya cuba menerangkan mengikut kefahaman saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menerima email dari rakan FB.<\/p>\n<div>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"590\">Assalamualaikum doktor,Saya sekarang sedang hamil 36 minggu. Saya mendapati ada benjolan di bawah lengan saya. Ia tidak sakit dan tidak bernanah. Saya telah merujuk perkara ini kepada doktor dan\u00a0 beliau memberitahu ia adalah bengkakan kelenjar susu kerana saya sedang mengandung. Doktor mendiagnosa sebagai <em>&#8220;accessory mammary glands&#8221;<\/em> dan bukannya sel kanser payudara.<\/p>\n<p>Boleh doktor terangkan lebih lanjut mengenai <em>&#8220;accessory mammary glands&#8221;<\/em> itu ?<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih kerana sudi membaca email saya.<\/p>\n<p>Bakal Ibu, Negeri Sembilan.<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rupanya baru saya sedar bahawa istilah \u2018susu kucing\u2019 yang dimaksudkan ialah terdapat lebihan payudara <em>(extra breast<\/em>) yang saiznya lebih kecil dari yang asal, terdapat pada tubuh isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia dinamakan \u2018<em>Accessory Breasts\u2019<\/em>, juga kadang kala disebut polymastia, atau dalam bahasa latinnya \u201cmammae erraticae\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebihan payudara ini boleh \u2018tumbuh\u2019 dalam bentuk benjolan saja, atau bersama<em> areolar<\/em> (kulit kehitaman di tengah payudara) atau bersama dengan puting (<em>nipple<\/em>). Jika terdapat benjolan payudara bersama dengan putting, ia dinamakan sebagai\u00a0 &#8220;polythelia&#8221;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kehadiran payudara ini menandakan bahawa masih terdapat lagi <em>\u201cmilk line\u201d<\/em> yang dibentuk ketika di alam janin lagi, menyebabkan pembentukan bilangan payudara yang berlebihan pada seorang wanita. (Gasser RF: \u201c<em>Atlas of Human Embryos<\/em>\u201d. Hagerstown, Harper &amp; Row, 1975)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kira-kira 67% daripada lebihan payudara ini tumbuh di bahagian \u2018thoracic\u2019 atau \u2018abdominal\u2019 sepanjang \u2018<em>milk line\u2019, s<\/em>elalunya berada pada celahan antara payudara dan dada, terutama di sebelah kiri.<\/p>\n<\/div>\n<p>(untuk grafik, sila google perkataan &#8216;<em>accessory mammary glands&#8217; <\/em>untuk lebih memahami)<\/p>\n<div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Peliknya fenomena ini boleh berlaku pada 1-3% lelaki terutama lelaki Jepun. Nasib baik, kerana kebanyakan lebihan payudara ini tidak mengeluarkan susu. Saya tidak dapat membayangkan jika ada lelaki Jepun yang mempunyai <em>accessory breast <\/em>yang boleh mengeluarkan susu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara statistiknya, hanya 2-6% wanita yang mengalami fenomena ini. Kebanyakan mereka merasakan benjolan ini ketika memasuki fasa akhil baligh, atau di akhir kehamilan. Ia boleh berlaku pada sebelah badan atau kedua belah badan. Seperti lelaki, kebanyakannya tidak mengeluarkan susu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maha suci Allah, bagaimana agaknya jika kesemua bilangan lebihan payudara itu,mengeluarkan susu? Tentu mereka yang jahil membayangkan bagaimana seorang ibu kucing menyusukan anak-anaknya. Istilah \u2018susu kucing\u2019 adalah fantasi orang yang jahil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persoalan yang dikatakan misteri ialah, mengapa dulu tidak ada tanda-tanda mempunyai lebihan payudara dan baru sekarang ia muncul? Bukanlah ini menandakan sesuatu yang mistik?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang masih lagi mempunyai <em>\u2018milk line\u2019,<\/em> lebihan payudara ini tidak dapat dilihat pada permukaan. Dengan teknologi moden, lebihan payudara pada peringkat permulaan hanya dapat dikesan melauli MRI. Apabila ada pengaruh hormone, lebihan payudara ini semakin membesar dan menonjol.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia kelihatan semakin membesar di permukaan kulit, terutama ketika memasuki akhil baligh dan di akhir kehamilan. Malah lebih misteri lagi, apabila lebihan payudara ini boleh muncul di bahagian punggung, belakang badan , muka dan leher. Jadi ia bukan disebabkan oleh saka atau santau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Laor T, Collins MH, Emery KH, Donnelly LF, Bove KE, Ballard ET (2004). <em>&#8220;MRI appearance of accessory breast tissue: a diagnostic consideration for an axillary mass in a peripubertal or pubertal girl&#8221;<\/em>. <em>AJR Am J Roentgenol<\/em> 183 (6): 1779\u201381)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebihan payudara ini memberikan kesan emosi negatif yang hebat pada remaja perempuan. Gadis yang memiliki payudara lebihan ini selalunya mengalami masalah tekanan emosi dan mempunyai \u2018rasa rendah diri\u2019 apabila bersama rakan-rakan mereka. Ia hanya boleh dirawat dengan pembedahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah lebihan payudara bukan setakat masalah kosmetik. Ia juga berkait rapat dengan masalah kesihatan secara umum. Ada beberapa kajian yang menunjukkan terdapat hubungan antara penyakit ginjal dan lebihan payudara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal, telah mengaitkan fenomena mempunyai beberapa puting pada tubuh <em>(polythelia<\/em>) dengan beberapa penyakit seperti cysts dan ginjal yang tidak berfungsi <em>(unilateral renal agenesis<\/em>). Penyakit-penyakit ini ditemui pada 15% dari wanita yang mempunyai <em>polythelia<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Pellegrini JR, Wagner RF: <em>\u201cPolythelia and associated conditions<\/em>\u201d. Am Fam Phys 1983; 28:129-132)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga <em>polythelia<\/em> dikaitkan dengan masalah ginjal yang lain seperti ginjal yang berganda tetapi tidak mempunyai fungsi yang sempurna, dan ada yang mengalami pembentukan ginjal yang sempurna. Kejadian kanser ginjal juga dilaporkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: M\u00e9hes K, Sz\u00fcle E, T\u00f6rzs\u00f6k F, et al: <em>\u201cSupernumerary nipples and urologic malignancies\u201d<\/em>. Cancer Genet Cytogenet 1987; 24:185-188\u00a0 dan\u00a0 Goedert JJ, McKeen EA, Fraumeni J: <em>\u201cPolymastia and renal adenocarcinoma\u201d<\/em>. Ann Intern Med 1981; 95:182-184 dan\u00a0 Varsano IB, Jaber L, Garty BZ, et al: <em>\u201cUrinary tract abnormalities in children with supernumerary nipples\u201d<\/em>. Pediatrics 1984; 73:103-105)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah kadang kala ia melibatkan struktur organ yang lain seperti jantung (<em>cardiovascular)<\/em>, sistem saraf tunjang dan sistem pencernaan (<em>gastrointestinal systems<\/em>). Apa yang lebih merungsingkan, ia mungkin berkait rapat dengan kecacatan kromosom dan sindrom genetic.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Cohen PR, Kurzrock R: <em>\u201cMiscellaneous genodermatoses: Beckwith-Wiedemann syndrome, Birt-Hogg-Dube syndrome, familial atypical multiple mole melanoma syndrome, hereditary tylosis, incontinenta pigmenti, and supernumerary nipples<\/em>\u201d. Dermatol Clin 1995; 13:211-229)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu artikel di Journal <em>America\u00a0 Family\u00a0 Physician, 1983 <\/em>menyebut polythelia juga boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti kecacatan jantung sejak dilahirkan (<em>congenital heart anomalies<\/em>), penyakit tekanan darah sejak kecil dan degupan jantung yang tidak teratur (<em>conduction or rhythm disturbances<\/em>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Pellegrini JR, Wagner RF: \u201c<em>Polythelia and associated conditions\u201d<\/em>. Am Fam Phys 1983; 28:129-132)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bukan setakat ginjal, ada kalanya ia dikaitkan dengan kanser buah zakar (testicular tumors).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Goedert JJ, McKeen EA, Javadpour N, et al: \u201c<em>Polythelia and testicular cancer\u201d<\/em>. Ann Intern Med 1984; 101:646-647)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kanser juga boleh berlaku pada lebihan payudara.<\/p>\n<div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya berpendapat bahawa masalah lebihan payudara bukan masalah kosmetik semata-mata. Bagi doktor yang didatangi oleh pesakit yang mengadu mempunyai lebihan payudara, haruslah membuat pemeriksaan teliti atau merujukkan kepada doktor pakar di hospital agar pemeriksaan yang lebih teliti dapat dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit juga harus melakukan pemeriksaan fizikal dan air kencing <em>(urinalysis)<\/em> secara rutin terutama jika air kencingnya berdarah atau kurang membuang air kecil, kerana kadang kala di peringkat awal organ ginjal dan jantung mungkin normal, tetapi apabila umur semakin meningkat, fungsi organ-organ itu mula menunjukkan masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (091111)<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malu bertanya akan sesat jalan\u2019 itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. \u201cMaka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).\u201d (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[7],"tags":[16,3324,3155,1581,3328,1600,3325,3322,3326,1580,523,522,1610,3323,3327],"class_list":["post-2270","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-wanita","tag-bengkak","tag-benjol","tag-dada","tag-hormon","tag-ibu","tag-kanser-payudara","tag-kelenjar","tag-ketiak","tag-milk-line","tag-payudara","tag-payudara-berlebihan","tag-polythelia","tag-susu","tag-susu-kucing","tag-thoracic"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-AC","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":9300,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/susu-ibu-keluar-walaupun-tidak-hamil\/","url_meta":{"origin":2270,"position":0},"title":"SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL","author":"drzubaidi","date":"10\/08\/2017","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3769,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bengkakan-payudara-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2270,"position":1},"title":"BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"17\/01\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2454,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risiko-pembedahan-membesarkan-payudara\/","url_meta":{"origin":2270,"position":2},"title":"Risiko Pembedahan Membesarkan Payudara","author":"drzubaidi","date":"03\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya mengambil kesempatan membaca akhbar NST bertarikh 24 Desember 2011 pada waktu makan tengah hari. Oleh kerana ia berkaitan dengan \u2018berita perubatan\u2019, saya tertarik untuk membacanya. NST melaporkan pihak polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran menangkap pengasas syarikat Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas, seorang warga Perancis setelah mendapati syarikatnya\u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/1-300x219.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5276,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-kanser-payudara-peringkat-satu\/","url_meta":{"origin":2270,"position":3},"title":"Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu","author":"drzubaidi","date":"28\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSaya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara\u201d Assalamua alikum. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"kanser payudara 1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/kanser-payudara-1-261x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":277,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghasilkan-susu-ibu-untuk-anak-angkat-adakah-tuntutan-naluri-dan-nutrisi-atau-tuntutan-syarie-2\/","url_meta":{"origin":2270,"position":4},"title":"Menghasilkan Susu Ibu Untuk Anak Angkat?","author":"drzubaidi","date":"05\/06\/2010","format":false,"excerpt":"Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/Breastfeeding-And-Bottlefeeding-And-Transtition.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5748,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/payudara-kecil-menyebabkan-susu-sedikit\/","url_meta":{"origin":2270,"position":5},"title":"Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?","author":"drzubaidi","date":"23\/04\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSalam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya. \u00a0 Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"anatomi breast","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/anatomi-breast-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2270","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2270"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2270\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15192,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2270\/revisions\/15192"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2270"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2270"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2270"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}