{"id":2177,"date":"2011-10-21T12:56:28","date_gmt":"2011-10-21T04:56:28","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2177"},"modified":"2025-04-29T12:52:14","modified_gmt":"2025-04-29T04:52:14","slug":"perlukah-lidah-yang-pendek-tie-tongue-dibedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-lidah-yang-pendek-tie-tongue-dibedah\/","title":{"rendered":"Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah\u00a0 anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini menyebabkan hujung lidah tidak boleh diangkat ke lelangit dan tidak boleh digerak ke kanan dan ke kiri dengan mudah. Apabila saya memintanya menjelir, lidahnya tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya dan terdapat lekukan pada hujung lidah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan ini dinamakan \u201ctongue-tie\u201d, atau dinamakan \u201cankyloglossia\u201d di mana lidah tidak dapat digerakkan sebebasnya kerana terdapat selaput yang pendek melekat antara lidah dan lantai mulut. Selaput ini dinamakan <em>frenulum<\/em>. Akibat pergerakan lidah yang terbatas, masyarakat Melayu kita menamakan sebagai \u2018pendek lidah\u2019.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Tongue-tie<\/em>\u201d boleh dikesan selepas kelahiran apabila secara rutin doktor meletakkan jarinya di bawah lidah bayi. Namun begitu ada kalanya ia sukar dikesan sehingga bayi itu membesar dan mengalami kesukaran menyusu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan saya amat risau dengan masa depan anaknya, bimbang anaknya akan menjadi pelat dan mengalami rasa rendah diri di sekolah akibat diejek oleh rakan-rakan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes yang sederhana, keadaan ini tidak mengganggu perkembangan fizikal bayi. Namun dalam kes yang agak teruk, lidah bayi melekat pada lantai mulut dan hampir tidak dapat digerakkan langsung.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam keadaan ini, bayi akan mengalami berat badan yang tidak mencukupi kerana menghadapi kesukaran ketika menghisap susu badan atau botol. Lidah yang mempunyai peranan penting dalam proses menelan, tidak dapat menolak susu ke dalam kerongkong. Kesukaran ini menyebabkan bayi itu tidak mempunyai minat untuk menyusu dan makan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana tidak dapat meletakkan lidah pada posisi yang betul,\u00a0 puting susu tidak dapat diletakkan di rongga mulut dan sering kali terlepas dari mulutnya. Untuk mengatasi ini, tanpa disengajakan bayi menggigit puting susu ibunya menyebabkan kesakitan pada puting dan emosi ibu akan merasa tertekan setiap kali menyusukan anaknya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalan yang selalu ditanyakan kepada saya, adakah bayi mereka akan mengalami masalah pertuturan. Kebanyakan kita yang mungkin mudah membuat tanggapan bahawa \u2018tongue-tie\u2019 menyebabkan masalah pertuturan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Messner and Lalakea, mereka mendapati hanya anak yang mengalami masalah \u2018tongue-tie\u2019 yang teruk akan mengalami pertuturan pelat terutama ketika menyebut huruf \u2018R\u2019\u00a0 dan \u2018L\u2019 kerana hujung lidah tidak dapat diletakkan pada hujung gigi. Jadi apabila menyebut \u2018L\u2019 akan menjadi \u2018W\u2019 seperti menyebut \u201clupa\u201d menjadi \u201cwupa\u201d.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka berpendapat bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah bertutur yang berkait rapat dengan \u2018tongue tie\u2019, akan dapat diperbaiki dengan menjalankan pembedahan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun kajian ini mendapati kanak-kanak ini tidak mengalami masalah lambat untuk bercakap atau masalah gagap.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persoalan seterusnya ialah perlukan mereka diberikan rawatan pembedahan? Saya sendiri tidak mengesyorkan sebarang pembedahan kecuali jika bayi itu mengalami kesukaran untuk menyusu, sukar menelan cecair atau bertutur dengan baik (pelat). Ada doktor hanya menasihatkan agar \u2018tunggu dan lihat\u2019 terutama jika bayi itu tidak mengalami masalah-masalah itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan kecil yang dinamakan <em>frenotomy<\/em>, boleh dilakukan sama ada menggunakan bius atau tidak. Selalunya pendarahan selepas pembedahan agak minimal dan akan berhenti selepas beberapa minit. Jarang sekali berlaku komplikasi seperti jangkitan kuman atau luka yang lambat sembuh. Jika kanak-kanak itu sudah besar, pembedahan mungkin lebih kompleks dan memerlukan bius kerana saluran darah telah terbentuk di dalam selaput <em>frenulum <\/em>itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi sama ada bayi atau kanak-kanak itu memerlukan pembedahan kecil atau tidak, bukanlah satu keputusan yang mudah. Dalam segala hal, sentiasalah mengutamakan kebaikan daripada mudharat. Jika ia menggangu penyusuan dan pertuturan, maka lakukanlah pembedahan itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Bin Ahmad (211011)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<ol>\n<li>Messner AH, Lalakea ML (2002). &#8220;The effect of ankyloglossia on speech in children&#8221;.\u00a0<em>Otolaryngology&#8211;head and neck surgery\u00a0: official journal of American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery<\/em> 127\u00a0(6): 539\u201345.<\/li>\n<li>Horton CE, Crawford HH, Adamson JE, Ashbell TS (1969). &#8220;Tongue-tie&#8221;.\u00a0<em>The Cleft palate journal<\/em> 6: 8\u201323.<\/li>\n<\/ol>\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah\u00a0 anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya. \u00a0 Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini menyebabkan hujung lidah tidak boleh &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[486,487],"class_list":["post-2177","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-lidah-pendek","tag-tongue-tie"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-z7","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7038,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-pembedahan-bagi-tongue-tie\/","url_meta":{"origin":2177,"position":0},"title":"Rawatan pembedahan bagi tongue-tie","author":"drzubaidi","date":"24\/01\/2015","format":false,"excerpt":"RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE \u201cSalam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"toungue tie before","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/01\/toungue-tie-before-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2587,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menebuk-lidah-tongue-piercing-perbuatan-yang-memudaratkan\/","url_meta":{"origin":2177,"position":1},"title":"Menebuk Lidah (tongue-piercing) Perbuatan yang Memudaratkan","author":"drzubaidi","date":"13\/02\/2012","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka, FB saya juga dibaca oleh rakyat Indonesia yang memahami bahasa Malaysia. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana FB dapat memanjangkan info yang berguna hingga ke luar negara. Assalamualaikum doctor, nama saya Hendry dari Indonesia . Saya mahu bertanya tentang \"PIERCING\". Lidah saya ditebuk dan sekarang membesar sebesar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/1tongue-piercings-276x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":346,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/halitosis-pernafasan-berbau-busuk\/","url_meta":{"origin":2177,"position":2},"title":"Halitosis : Pernafasan berbau busuk","author":"drzubaidi","date":"01\/07\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Semua orang mulut berbau \u00a0 Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali. \u00a0 Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/11.gif?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9979,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pernafasan-berbau-busuk\/","url_meta":{"origin":2177,"position":3},"title":"PERNAFASAN BERBAU BUSUK","author":"drzubaidi","date":"24\/12\/2018","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \"Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas dia berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1395,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangkitan-fungal-di-mulut-bayi\/","url_meta":{"origin":2177,"position":4},"title":"Jangkitan Fungal di Mulut Bayi","author":"drzubaidi","date":"09\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya. Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya. Keputihan itu seakan-akan kepingan \u2019susu basi\u2019 melekat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":21682,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kenapa-lidah-jadi-begitu\/","url_meta":{"origin":2177,"position":5},"title":"KENAPA LIDAH JADI BEGITU?","author":"admin","date":"09\/06\/2025","format":false,"excerpt":"\u00a0 Terima kasih kerana berkongsi gambar. \u00a0 Berdasarkan imej lidah anak yang ditunjukkan (dengan beberapa bintik bulat kemerahan\/putih yang berkelompok pada permukaan lidah), beberapa kemungkinan diagnosis awal boleh dipertimbangkan: \u00a0 \ud83d\udd0e Kemungkinan Punca: \u00a0 1. Geographic Tongue (Lidah Geografi) Bintik atau tompok kemerahan tidak sekata dengan sempadan putih. Tidak menyakitkan.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/WhatsApp-Image-2025-06-03-at-21.21.57.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/WhatsApp-Image-2025-06-03-at-21.21.57.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/WhatsApp-Image-2025-06-03-at-21.21.57.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/WhatsApp-Image-2025-06-03-at-21.21.57.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2177","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2177"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2177\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21509,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2177\/revisions\/21509"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2177"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2177"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2177"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}