{"id":2166,"date":"2011-10-19T07:19:19","date_gmt":"2011-10-18T23:19:19","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2166"},"modified":"2023-03-10T12:26:34","modified_gmt":"2023-03-10T04:26:34","slug":"selamatkah-menjalani-pemeriksaan-xray-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selamatkah-menjalani-pemeriksaan-xray-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Selamatkah Menjalani Pemeriksaan Xray Ketika Hamil?"},"content":{"rendered":"<h1 style=\"text-align: justify;\"><\/h1>\n<p style=\"text-align: justify;\">Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan xray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menerima e mail dari seorang pembaca blog saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Assalamualaikum Dr.<\/em><\/p>\n<p><em> Dr. saya ada masalah untuk diberitahu. Saya telah didapati hamil 6 minggu oleh doktor. Masalahnya, saya telah menjalani pemeriksaan x-ray untuk lantikan sah jawatan kerajaan sebelum mendapat tahu saya hamil. Saya amat bimbang. Buat pengetahuan doktor, haid saya yang terakhir pada pada 30\/8\/2011-5\/9\/2011, dan sebelum membuat x-ray pada 19\/9\/2011di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Awam, saya sudah buat ujian kehamilan dan resultnya negatif. Adakah bayi saya dalam rahem akan terjejas?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Wanita yang kekeliruan.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang bertanyakan hal yang sama, \u201cDoktor, adakah xray selamat untuk bayi dalam rahem saya?\u201d Masalahnya ramai doktor yang tidak dapat menjawab persoalan ini kerana tidak pasti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor yang memeriksa pesakit haruslah memberikan penerangan yang jelas dan berhati-hati. Jika perkataan yang dipilih tidak sesuai, ia akan menambahkan kerunsingan pada wanita yang hamil itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka juga keliru dengan tanggapan awam yang mengatakan bahawa xray merbahaya kepada bayi dalam rahem. Apabila berlaku kelahiran bayi yang cacat, maka masyarakat terus bersangka buruk kepada hospital.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sedangkan risiko bagi masyarakat awam untuk mendapat kelahiran bayi yang cacat, adalah 286 dalam 1,000 kelahiran normal, berbanding dengan risiko kelahiran bayi yang cacat bagi akibat pendedahan sinaran xray hanya sebanyak 0.17 kes dalam 1,000 kelahiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya faham ramai ibu yang masih khuatir dengan data ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun percayalah, dos xray yang diberikan di hospital dianggap selamat dan risiko yang dihadapi oleh bayi dalam rahem sangat kecil selagi dos terkumpul (<em>cumulative dose<\/em>) yang digunakan untuk menjalani pemeriksaan xray ialah 5 rad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Brent RL. \u201c<em>The effect of embryonic and fetal exposure to x-ray, microwaves, and ultrasound: counseling the pregnant and nonpregnant patient about these risks<\/em>\u201d. Semin Oncol 1989;16:347-68.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakna seorang wanita hamil boleh menerima beberapa kali xray sehingga maksimum dos yang diberikan ialah 5 rad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, sekali pemeriksaan xray dada akan mendedahkan seorang ibu hamil, sebanyak 0.00007 rad. Bayi dalam rahem hanya akan terdedah pada sinaran x ray pada dos terkumpul 5 rad, apabila telah melakukan sebanyak 71,429 kali x ray dada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<table border=\"0\" width=\"643\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td colspan=\"3\" valign=\"top\" width=\"639\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"bottom\" width=\"218\"><strong>Jenis-jenis Pemeriksaan <\/strong><\/p>\n<div>\n<hr size=\"2\" \/>\n<\/div>\n<\/td>\n<td valign=\"bottom\" width=\"207\"><strong>Dos yang diterima oleh bayi dalm rahem bagi setiap pemeriksaan (rad)<\/strong><\/p>\n<div>\n<hr size=\"2\" \/>\n<\/div>\n<\/td>\n<td valign=\"bottom\" width=\"206\"><strong>Bilangan pemeriksaan untuk mendapat dos terkumpul 5-rad <\/strong><\/p>\n<div>\n<hr size=\"2\" \/>\n<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td colspan=\"3\" valign=\"top\" width=\"639\"><strong>Plain xray <\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Skull (Tengkorak)<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.004<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">1,250<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Dental(Gigi)<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.0001<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">50,000<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Cervical spine(tengkuk)<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.002<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">2,500<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Upper or lower extremity(tangan atau kaki)<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.001<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">5,000<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Chest (dada)<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.00007<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">71,429<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Mammogram<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.020<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">250<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"218\">Abdominal<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"207\">0.245<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"206\">20<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu doktor seringkali akan berhati-hati walaupun pemeriksaan xray dianggap selamat. Ini kerana pada usia kehamilan antara 10-17 minggu, sistem saraf pada bayi amat sensitif terhadap sinaran xray. Bagi mengelakkan salah faham di kalangan pesakit, doktor hanya akan melakukan pemeriksaan xray selepas usia kehamilan melepasi trimester pertama iaitu selepas 13 minggu, jika pemeriksaan ini sangat diperlukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekeliruan yang sering berlaku apabila orang awam membandingkan\u00a0 pemeriksaan xray di hospital dengan malapetaka manusia menggugurkan bom atom di Jepun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mangsa ledakan bom atom di Jepun menerima dos yang agak tinggi antara 10 rad hingga 150 rad dan menyebabkan ibu yang hamil melahirkan anak yang mempunyai otak yang kecil (<em>microcephaly<\/em>) dan otak terencat (<em>mental retardation<\/em>). Sedangkan xray dada yang diberikan hanyalah 0.00007 rad sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Yamazaki JN, Schull WJ. \u201c<em>Perinatal loss and neurological abnormalities among children of the atomic bomb: Nagasaki and Hiroshima revisited, 1949 to 1989\u201d.<\/em> JAMA 1990;264:605-9.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Otake M, Schull WJ. \u201c<em>In utero exposure to A-bomb radiation and mental retardation: a reassessment<\/em>\u201d. Br J Radiol 1984;57:409-14. )<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Blot WJ, Miller RW. \u201cMental retardation following in utero exposure to the atomic bombs of Hiroshima and Nagasaki\u201d. Radiology 1973;106:617-9.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>American College of Radiology<\/strong> dan <strong>American College of Obstetricians and Gynecologists<\/strong> sendiri telah memberi jaminan bahawa &#8216;tidak ada prosedur diagnostik yang boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahem dan risiko pada bayi dalam rahem boleh diabaikan jika terdedah pada 5 rad atau kurang, sama ada dalam bentuk kecacatan bayi atau keguguran ketika hamil\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(\u201c<em>National Council on Radiation Protection and Measurements. Medical radiation exposure of pregnant and potentially pregnant women.\u201d<\/em> NCRP Report no. 54. Bethesda, Md.: The Council, 1977)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedua-dua badan ini juga memberitahu bahawa risiko kecacatan hanya bertambah apabila dos yang diberikan melebihi 15 rad (walaupun jumlah dos yang terkumpul haruslah tidak melebihi 5 rad). Pemeriksaan xray pula harus dielakkan bagi wanita hamil yang berada dalam usia kehamilan kurang dari 13 minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>American College of Obstetricians and Gynecologists <\/strong>juga mencadangkan sebaik-baiknya pemeriksaan xray harus dielakkan dan digantikan dengan pemeriksaan ultrasound yang lebih selamat. Pemeriksaan ultrasound lebih selamat dan mereka memberi jaminan bahawa &#8220;Tiada laporan yang sahih mengenai kesan sampingan pada bayi dalam rahem apabila pemeriksaan ultrasound dijalankan.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(American College of Obstetricians and Gynecologists, Committee on Obstetric Practice. Guidelines for diagnostic imaging during pregnancy. ACOG Committee opinion no. 158. Washington, D.C.: ACOG, 1995. )<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Kesimpulannya <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita hamil yang diuji dengan musibah sakit dan memerlukan pemeriksaan xray mempunyai dua risiko. Pertama, risiko daripada penyakit yang dihadapi olehnya dan kedua, risiko dari pendedahan terhadap sinaran x ray yang rendah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun harus diingat, tanpa pemeriksaan xray berkemungkinan doktor tidak mengetahui punca sebenar penyakit yang dihadapi. Maka rawatan yang sepatutnya mungkin tidak dapat diberikan dengan sempurna tanpa melakukan pemeriksaan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor selalunya akan menimbang antara keperluan dan risiko dengan melakukan pemeriksaan xray. Jika kebaikannya lebih besar, iatu doktor mengetahui punca penyakit yang dihadapi oleh wanita itu, dan tiada jalan lain untuk mengetahui punca penyakit kecuali dengan melakukan pemeriksaan xray, maka janganlah risau. Doktor akan melakukan perkara yang difikirkannya terbaik untuk menyelamatkan pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah pemeriksaan xray boleh jatuh hukum menjadi wajib pula, jika hanya dengan pemeriksaan itu dilakukan, punca penyakit dapat diketahui, rawatan yang sempurna dapat diberikan dan nyawa ibu yang hamil dapat diselamatkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika penyakit wanita itu tidak mengancam nyawa dan pemeriksaan boleh ditangguh, eloklah pemeriksaan ini ditangguhkan sehingga usia kehamilan mencapai usia 13 minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi pesakit haruslah diberikan kaunselling bagi mengelakkan rasa runsing dan salah faham. Tanpa komunikasi yang baik, pesakit mungkin akan meninggalkan rawatan perubatan moden dan melarikan diri ke rawatan alternatif yang tidak berkesan dan kembali semula ke hospital apabila keadaannya bertambah teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sering\u00a0 mendapat kes di mana ramai wanita yang hamil dan menghidap kanser payudara yang menolak pemeriksaan xray, dan akhirnya datang semula ke hospital apabila kanser payudaranya sudah memasuki fasa ke empat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a&#8217;lam..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Bin Ahmad (181011)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan xray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya. Saya menerima e mail dari seorang pembaca blog saya. Assalamualaikum Dr. Dr. saya ada masalah untuk diberitahu. Saya telah didapati hamil 6 minggu oleh doktor. Masalahnya, saya telah menjalani &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[6],"tags":[483],"class_list":["post-2166","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-xray-bagi-wanita-hamil"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-yW","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":6986,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pemeriksaan-gigi-ubat-bius-xray-dan-cabut-gigi-semasa\/","url_meta":{"origin":2166,"position":0},"title":"Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa","author":"drzubaidi","date":"16\/01\/2015","format":false,"excerpt":"PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY \u00a0DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL \u00a0 \u00a0 \u201cAssalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4554,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-melakukan-mgtt-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2166,"position":1},"title":"Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?","author":"drzubaidi","date":"28\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca \u00a0blog\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"GM","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/09\/GM.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5217,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/benarkah-saya-hamil-sebelum-nikah\/","url_meta":{"origin":2166,"position":2},"title":"Benarkah saya hamil sebelum nikah?","author":"drzubaidi","date":"05\/01\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamualaikum doctor, saya berumur 32 thn. Saya baru sahaja bernikah pada bulan November 2013. Masalah saya, kitaran haid saya pada setiap bulan akan lewat 7 ke 8 hari setiap bulan. Pada bulan oktober hari pertama haid saya pada 23 haribulan dan saya jangkakan saya akan datang haid pada 30\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"UPT 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/UPT-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4942,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangkitan-cytomegalovirus-cmv-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2166,"position":3},"title":"Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil","author":"drzubaidi","date":"13\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami \"silent miscarriage\" pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2065,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ovarian-cyst-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2166,"position":4},"title":"Ovarian Cyst Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"12\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3847,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hamilkah-saya-bila-ultrasound-kosong\/","url_meta":{"origin":2166,"position":5},"title":"Hamilkah saya bila &#8216;Ultrasound Kosong&#8217;   ?","author":"drzubaidi","date":"15\/02\/2013","format":false,"excerpt":"Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di \u00a0bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari. \u00a0 Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"Endo","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/02\/Endo1-300x248.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2166","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2166"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2166\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16015,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2166\/revisions\/16015"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2166"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2166"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2166"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}