{"id":212,"date":"2010-05-25T21:21:02","date_gmt":"2010-05-25T13:21:02","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.wordpress.com\/?p=212"},"modified":"2022-12-22T21:39:30","modified_gmt":"2022-12-22T13:39:30","slug":"rubella-dan-kehamilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rubella-dan-kehamilan\/","title":{"rendered":"Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung\u2026? thanx<\/em> \u201d<\/p>\n<div style=\"text-align: justify;\">\n<p>\u201c<em>Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi<\/em>?\u201d<\/p>\n<p>Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan\u00a0<em>virus Rubella<\/em> dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum.<\/p>\n<p>Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun). Walau bagaimanapun tahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun). Perlindungan adalah sepanjang hayat.<\/p>\n<p>Jadi jika kanak-kanak itu mencapai umur 12 tahun sebelum 1988, bermakna mereka tidak disuntik oleh vaksin Rubella. Kalau anda wanita berumur 22 tahun ke atas (pada tahun 2010) dan belum berumahtangga, pastikan ada memiliki imuniti terhadap virus Rubella sebelum anda berkahwin atau merancang untuk hamil.<\/p>\n<h3><strong>Tanda-tanda jangkitan virus<\/strong><\/h3>\n<p>Jangkitan\u00a0<em>virus Rubell<\/em>a bagi orang dewasa bermula dengan ruam (<em>rash<\/em>) dan demam. Selalunya ruam bermula dari muka dan merebak badan, lengan terus ke tangan, peha terus ke kaki. Selepas 2-3 hari ruam akan hilang dengan sendirinya.<\/p>\n<p>Ada pesakit tidak mempunyai ruam, tetapi mengalami sakit kepala, sakit tekak dan rasa tidak sihat. Ini diikuti dengan bengkakan kelenjar di belakang telinga, leher dan tengkuk.<\/p>\n<p>Cuma yang menjadi masalah apabila virus ini menjangkiti wanita yang hamil, terutama ketika tiga bulan pertama usia kehamilan. Ketika itu perkembangan bayi amat sensitif dengan jangkitan virus rubella.<\/p>\n<p>Jika seseorang wanita itu hamil, dan dijangkiti virus rubella, haruslah memberitahu doktor yang menjaga. Pastikan bayi diperiksa secara berkala oleh\u00a0<em>pediatrician<\/em>. Kadang kala masalah-masalah ini tidak dapat dikesan sehingalah kanak-kanak ini membesar.<\/p>\n<p>Jika bayi dalam kandungan dijangkiti virus dari ibunya, ia boleh menyebabkan keguguran, bayi mati ketika dalam kandungan (<em>stillbirth<\/em>) atau mengalami \u201d<strong><em><a href=\"file:\/\/\/C:\/Documents%20and%20Settings\/user\/Desktop\/DRZ\/UJIAN%20PEMERIKSAAN%20DARAH%20MENENTUKAN%20SAMADA%20WANITA%20HAMIL%20TELAH%20DISUNTIK%20DENGAN%20VAKSIN%20RUBELLA.doc\">congenital<\/a><\/em><\/strong><strong><em> rubella syndrom<\/em><\/strong><em>e\u201d (CRS)<\/em>, iaitu kecacatan bayi yang serius dan kekal.<\/p>\n<p>CRS boleh menyebabkan perkembangan mental dan fizikal yang lambat pada bayi, kepekakan, kebutaan mata akibat\u00a0<em>cataracts<\/em>, kepalanya kecil, masalah hati dan juga jantung.<\/p>\n<p>Kadar jangkitan pada bayi begitu tinggi iaitu 80 hingga 90 peratus. Ini bermakna jika seorang ibu dijangkiti virus Rubella, bayi dala kandungan hampir pasti mengalami musibah seperti yang disebutkan di atas.<\/p>\n<p>Oleh itu, kerajaan Malaysia mewajibkan suntikan rubella kepada semua pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Oleh sebab itu, suntikan vaksin\u00a0<em>Rubella<\/em> adalah suatu keperluan bagi wanita bagi mengelakkan terjadinya musibah seperti ini.<\/p>\n<p>Golongan wanita pula dinasihatkan untuk mengambil ujian darah bagi memastikan kepekatan antibodi di dalam tubuhnya mencukupi.<\/p>\n<h3><strong>Perlukah pemeriksaan darah?<\/strong><\/h3>\n<p>Bagi wanita yang tidak pasti sama ada pernah menerima suntikan, atau merasa ragu tentang tahap immuniti terhadap virus itu, pemeriksaan darah boleh dilakukan.<\/p>\n<p>Jika dia\u00a0<strong>yakin<\/strong> pernah mendapat jangkitan virus Rubella, atau pernah diberikan suntikan vaksin Rubella, maka pemeriksaan darah tidak diperlukan dan tidak perlu menerima suntikan vaksin \u00a0Rubella.<\/p>\n<p>Ujian ini juga disarankan kepada pekerja kesihatan yang terdedah pada jangkitan virus dari orang ramai, atau gadis yang baru memasuki kolej atau universiti. Di sesetengah negara ianya diwajibkan bagi wanita yang hendak mendirikan rumah tangga.<\/p>\n<h3><strong>Kesimpulan ujian<\/strong><\/h3>\n<p>Darah diambil dari saluran darah vena pada pada lengan. Ujian ini bagi menentukan kewujudan antibodi terhadap rubella dalam darah iaitu dua jenis antibodi : IgM dan IgG.<\/p>\n<p>Antibodi yang mula muncul selepas jangkitan kuman ialah antibodi IgM rubella. Kepekatan antibodi ini akan meningkat secara perlahan-lahan dalam masa 7 hingga 10 hari selepas jangkitan virus Rubella.Ia akan menjadi kurang secara perlaha-lahan selepas itu.<\/p>\n<p>Antibodi IgG pula lambat muncul, namun ia kekal lama dalam darah dan merupakan komponen antibodi yang akan melindungi diri dari serangan semula (<em>re-infection<\/em>) jangkitan virus Rubella.<\/p>\n<p>Jika ujian pada wanita itu mendapati\u00a0<strong>IgG<\/strong> rubella antibodi\u00a0<strong>negatif<\/strong>, bermakna beliau tidak pernah dijangkiti virus rubella atau tidak pernah mendapat suntikan vaksin rubela. Maka beliau tiada imuniti terhadap virus itu. Beliau perlu mendapatkan suntikan vaksin itu.<\/p>\n<p>Jika\u00a0<strong>IgG positif<\/strong> tetapi IgM negatif atau mungkin positif, menandakan beliau pernah dijangkiti\u00a0<em>virus Rubella<\/em> atau pernah diberi suntikan vaksin, maka ia mempunyai immuniti pada virus rubella. Tidak perlu suntukan vaksin tambahan.<\/p>\n<table border=\"0\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<thead>\n<tr>\n<td valign=\"bottom\" width=\"72\"><strong>IgM<\/strong><\/td>\n<td valign=\"bottom\" width=\"149\"><strong>IgG<\/strong><\/td>\n<td valign=\"bottom\" width=\"324\"><strong>Kesimpulan<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<\/thead>\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"72\">Positif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"149\">Negatif atau positif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"324\">Jangkitan baru. Ada immuniti selepas ini dan tidak perlu suntikan vaksin.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"72\">Negatif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"149\">Positif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"324\">Jangkitan virus Rubella yang lama dan ada immunisasi. Tidak perlu suntikan vaksin.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" width=\"72\">Negatif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"149\">Negatif<\/td>\n<td valign=\"top\" width=\"324\">Tidak pernah ada jangkitan virus Rubella atau tidak pernah diberikan suntikan vaksin. Tiada immuniti dan perlukan suntikan vaksin<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h3><strong>Perlu suntikan vaksin atau tidak?<\/strong><\/h3>\n<p>Vaksin\u00a0<em>Rubella<\/em> tidak boleh diberikan pada wanita yang sedang hamil dan wanita yang merancang untuk hamil tiga bulan\u00a0 sebelum kehamilan.<\/p>\n<p>Suntikan vaksin\u00a0<em>Rubella<\/em> mengandungi virus\u00a0<em>Rubella<\/em> hidup tetapi sudah di\u2018tidak aktif\u2019kan. Sebagai langkah berjaga-jaga, selalunya ibu-ibu dinasihatkan tidak mengandung pada 3 bulan selepas menerima suntikan. Ini kerana walaupun telah dilemahkan, dibimbangi virus dalam vaksin boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.<\/p>\n<p>Jika seseorang itu belum selesai tempoh 3 bulan, sudah hamil atau ketika hamil diserang jangkitan virus\u00a0<em>Rubella<\/em>, berserahlah saja kepada qada\u2019 Allah kerana setakat ini perubatan moden belum ada cara menjamin anak yang dikandung tidak mengalami apa-apa masalah.<\/p>\n<p>Banyaklah berdoa, bersedekah dan tetaplah beristiqamah dalam menjalani rawatan susulan kehamilan seperti mana yang ditetapkan. Berbincang dengan doktor apa yang perlu dilakukan untuk mengesan masalah bayi apabila ia dilahirkan.<\/p>\n<blockquote><p><em>\u201cKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan\u201d. (<\/em>surah ali-imran, ayat 38<em>)<\/em><\/p><\/blockquote>\n<p>Sebagai kesimpulan:<\/p>\n<ol>\n<li>Wanita muda atau gadis yang belum berkahwin, haruslah mendapatkan suntuikan vaksin\u00a0<em>Rubella. <\/em>Jika tidak pasti, jalanilah ujian darah untuk menentukan kehadiran antibodi dalam darah.<\/li>\n<li>Jika wanita itu sudah berkahwin, tetapi belum hamil, segeralah mendapatkan suntikan vaksin. Ini kerana selepas suntikan vaksin, puan dinasihatkan agar menangguhkan kehamilan selama 3 bulan, kerana dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, bayi dala kandungan amat sensitif dengan virus\u00a0<em>Rubella.<\/em><\/li>\n<li>Jika wanita itu hamil dan dijangkiti virus\u00a0<em>Rubella, (<\/em>boleh dipastikan dengan pemeriksaan darah), tiada ada apa yang perlu dilakukan selain berharap dan doa. Selepas kelahiran bayi, buatlah pemeriksaan darah pada bayi pula. Wanita itu tidak perlu suntikan vaksin selepas itu kerana antibodi telah dibentuk secara semula jadi dari jangkitan virus itu.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Namun jika wanita itu sedang menyusukan anak, beliau selamat untuk menerima suntikan vaksin<em>Rubella<\/em>.<\/p>\n<p>Wa allahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (271110)<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201dSalam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung\u2026? thanx \u201d \u201cSaya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[6,7],"tags":[2911,2407,3847,1376,1667,557,3843,639,203,204,1488,3840,768,1388,2337,2041,1816,3325,2673,1918,1209,3846,2884,3643,2198,3655,3845,3842,1299,52,69,1345,643,1253,205,2995,3844,3841,3839,827],"class_list":["post-212","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","category-wanita","tag-antibodi","tag-buta","tag-cacat","tag-darah","tag-daya-tahan","tag-demam","tag-german-measles","tag-hamil","tag-igg","tag-igm","tag-immuniti","tag-imunisasi","tag-janin","tag-jantung","tag-jarum","tag-jom-hamil","tag-kecacatan","tag-kelenjar","tag-kulit","tag-leher","tag-mari-hamil","tag-masalah-penglihatan","tag-muka","tag-nikah","tag-otak","tag-pekak","tag-pendengaran","tag-rancang-kahwin","tag-ruam","tag-rubella","tag-sakit-kepala","tag-sakit-tekak","tag-saraf","tag-suntikan","tag-suntikan-vaksin-rubella","tag-telinga","tag-tengkuk","tag-vaccination","tag-vaksi","tag-virus"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3q","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5158,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/5158\/","url_meta":{"origin":212,"position":0},"title":"Rubella dan Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"25\/12\/2013","format":false,"excerpt":"Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella. Soalan beliau seperti berikut: \u201dSalam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2161,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menerima-suntikan-vaksin-mmr-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":212,"position":1},"title":"Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"16\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella\/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/1-1-300x217.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1052,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-suntikan-vaksin-memberikan-kesan-sampingan\/","url_meta":{"origin":212,"position":2},"title":"Adakah Suntikan Vaksin Memberikan Kesan Sampingan?","author":"drzubaidi","date":"27\/11\/2010","format":false,"excerpt":"(Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia) S: \u201cSaya telah difahamkan bahawa sesetengah vaksin seperti vaksin untuk polio boleh menyebabkan penyakit tersebut dan bukan mencegahnya. Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika anak saya berisiko untuk mendapat penyakit tersebut? Adakah lebih selamat jika anak saya langsung tidak mendapat sebarang vaksin?\u201d Hampir semua kanak-kanak di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/vac21-300x221.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2077,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan\/","url_meta":{"origin":212,"position":3},"title":"Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"14\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6164,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga\/","url_meta":{"origin":212,"position":4},"title":"Kesan sampingan suntikan perancang keluarga","author":"drzubaidi","date":"13\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. \u00a0 Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/EKF.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1162,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suntikan-voltaren\/","url_meta":{"origin":212,"position":5},"title":"Suntikan Voltare","author":"drzubaidi","date":"27\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya. \u201dCepat doktor, saya sudah tak tahan ni. Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !\u201d Setelah mengambil history-taking dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/212","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=212"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15200,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/212\/revisions\/15200"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}