{"id":2090,"date":"2011-09-19T18:19:25","date_gmt":"2011-09-19T10:19:25","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2090"},"modified":"2023-02-16T16:05:19","modified_gmt":"2023-02-16T08:05:19","slug":"adakah-pil-perancang-kehamilan-menyebabkan-kegemukan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-pil-perancang-kehamilan-menyebabkan-kegemukan\/","title":{"rendered":"Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pil Pencegah Kehamilan (<em>Oral Contraceptive Pills &#8211; OCP<\/em>) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan saiz pada payudara, peha dan punggung mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai wanita yang mengamalkan OCP kerana masalah kesihatan mereka bertanyakan perkara yang sama kepada saya. Jika berat mereka bertambah tentu tidak baik untuk kesihatan dan dikhuatiri bakal berdepan masalah perubatan yang lain pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan ini tidak dirasakan oleh semua orang. Tiada bukti saintifik yang kukuh mengatakan bahawa OCP menyebabkan penambahan berat badan pada semua wanita yang mengamalkannya. Ia hanya berlaku pada wanita tertentu dan selalunya ia akan hilang dalam masa dua hingga tiga bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Peningkatan berat badan selalunya disebabkan oleh pertambahan cecair dalam badan<em> (water retention) <\/em>dan bukannya disebabkan oleh pertambahan bilangan sel-sel lemak. Kesan hormone estrogen hanya menambahkan<strong> saiz<\/strong> sel-sel lemak adipose, bukannya bilangan mereka. Jadi peningkatan berat bukanlah disebabkan oleh lemak tetapi cecair di dalam badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada awal OCP diperkenalkan iaitu pada sekitar tahun 1960an, ia mempunyai kandungan hormone estrogen dan progestin yang sangat tinggi. Kandungan hormone estrogen yang tinggi ini akan meninggikan selera makan dan menyebabkan penambahan cecair dalam badan. Memang benar jika wanita yang mengamalkan OCP mengalami peningkatan berat badan yang ketara ketika itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam laman web <em>ScienceDaily <\/em>(Jan. 19, 2011), Dr Alison Edelman, M.D., seorang pakar perubatan dan penyelidik di Jabatan Obstetrics dan Gynecology di <em>Oregon Health &amp; Science University<\/em>, percaya bahawa pil itu tidak menyebabkan peningkatan berat badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hari ini OCP yang berada di pasaran mempunyai kandungan hormone yang lebih rendah. Jadi penambahan berat badan\u00a0tidak perlu dirisaukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 1986 satu kajian yang dilakukan di Hungary memeriksa kesan pil pencegah kehamilan ini mendapati bahawa pil yang mempunyai kandungan hormone yang rendah mempunyai kesan penambahan berat badan yang sedikit berbandingan pil pencegahan kehamilan yang mempunyai kandungan hormone yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: Balogh A (1986). <em>&#8220;Clinical and endocrine effects of long-term hormonal contraception&#8221;<\/em>.\u00a0Acta Med Hung\u00a043\u00a0(2): 97\u2013102)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam tahun 2000 saintis dan pakar perubatan di British telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti kukuh bahawa pil pencegah kehamilan yang mempunyai dos yang rendah boleh menyebabkan pertambahan berat badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk: \u00a0Gupta S (2000). <em>&#8220;Weight gain on the combined pill\u2014is it real?<\/em>&#8220;.\u00a0Hum Reprod Update\u00a06\u00a0(5): 427\u201331.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun jika wanita yang mengamalkan OCP masih mengalami penambahan berat badan, saya menasihati agar berbincang dengan doktor yang merawat. Mungkin doktor boleh mencadangkan OCP jenis lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat dua jenis pil pencegah kehamilan, pertama dinamakan sebagai combination pills, yang mengandungi hormone estrogen dan progestin, dan kedua dinamakan progestin-only pills, yang tidak mengandungi hormone estrogen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap jenis pil mempunyai kesan sampingan yang berbeza pada dos yang berbeza. Jadi kemungkinan masalah berat badan dapat diatasi tetapi kesan sampingan yang lain pula timbul. Selalunya apa juga kesan sampingan akan berlangsung selama 3 bulan, sebelum tubuh dapat serasi dengan kesan sampingan itu. Jika ia berkekalan maka haruslah menghentikannya atau bertukar kepada pil yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau apa pilihan pil perancang yang mahu digunakan, haruslah berbincang dengan doktor yang mahir. Bertanyakan pada pembantu farmasi atau pembantu klinik tidak memadai kerana kesan sampingan ubat pencegah kehamilan kadang-kala serius sehingga menggganggu perjalanan kehidupan yang sempurna.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (180911)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk. Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pills &#8211; OCP) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186],"tags":[463,101],"class_list":["post-2090","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","tag-pertambahan-berat-badan","tag-pil-perancang"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-xI","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":6164,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga\/","url_meta":{"origin":2090,"position":0},"title":"Kesan sampingan suntikan perancang keluarga","author":"drzubaidi","date":"13\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. \u00a0 Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/EKF.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13266,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/haid-tidak-datang-selepas-suntikan-perancang-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2090,"position":1},"title":"HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN","author":"admin","date":"16\/04\/2021","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum. Doktor saya bersalin normal dan merancang untuk mengambil suntikan depo tetapi saya mengambil suntikan tersebut sekali sahaja kerana orang sekeliling saya mengatakan depo itu agak berbahaya. Jadi saya pun menghentikan proses suntikan itu. Yang saya sangat risaukan kerana saya sudah 6\/7 bulan tidak datang bulan. Sangat merisaukan kalau ia\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2207,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kaitan-pil-perancang-keluarga-dengan-stroke\/","url_meta":{"origin":2090,"position":2},"title":"Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke","author":"drzubaidi","date":"28\/10\/2011","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=350%2C200 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=525%2C300 1.5x"},"classes":[]},{"id":6894,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wanita-yang-tidak-sesuai-menggunakan-implanon\/","url_meta":{"origin":2090,"position":3},"title":"Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon","author":"drzubaidi","date":"29\/12\/2014","format":false,"excerpt":"WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun. \u00a0 Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan \u2018etonogestrel\u2019. \u00a0 Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas. \u00a0 Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"implanon 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/implanon-2-300x216.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4418,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-menggunakan-pil-pelangsing\/","url_meta":{"origin":2090,"position":4},"title":"Kesan menggunakan Pil Pelangsing","author":"drzubaidi","date":"09\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan. \u00a0 Saya mencuba\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":11270,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/info-tentang-atenolol\/","url_meta":{"origin":2090,"position":5},"title":"INFO TENTANG ATENOLOL","author":"admin","date":"01\/06\/2020","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u00a0 INFO YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT SINTETIK UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI-ATENOLOL Atenolol adalah ubat sintetik yang diberikan untuk pesakit hipertensi. Ia telah digunakan lama, semenjak saya berada di universiti lagi. Pada masa itu ialah adalah ubat yang biasa diberikan. \u00a0 Itu cerita 25 tahun lepas. Bermakna\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/farmasi-3\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/atenolol.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2090"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15745,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2090\/revisions\/15745"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}