{"id":2077,"date":"2011-09-14T12:59:59","date_gmt":"2011-09-14T04:59:59","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2077"},"modified":"2023-01-17T15:40:52","modified_gmt":"2023-01-17T07:40:52","slug":"jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan\/","title":{"rendered":"Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (<em>liver disease<\/em>), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus <span style=\"text-decoration: underline;\">diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala <\/span>kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk <em>liver function test,<\/em> bagi memastikan fungsi hati pesakit dalam keadaan normal dan toksik dari perkumuhan hormone ini dapat dibuang dengan selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, saya datang sebab mahu meneruskan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tidak sempat untuk ke klinik yang saya selalu pergi..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSudah berapa lama puan mendapatkan suntikan ini?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cLebih lima tahun. Doktor yang menyuntik saya tak cakap apa-apa pun. Saya rasa tentu tidak ada masalah untuk mengambil suntikan ini, kan? \u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya serba salah..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan yang biasa diberikan untuk mencegah kehamilan ialah <strong>Depo-Provera<\/strong> iaitu suntikan yang mengandungi hormone progesterone sahaja (medroxyprogesterone acetate) atau DMPA 150mg yang memberikan kesan mencegah kehamilan dalam jangka yang lebih lama. Oleh itu suntikan ini diberikan setiap 3 bulan pada punggung atau otot bahu secara suntikan intramuscular.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">DMPA mencegah kehamilan dengan cara menghalang perkembangan <em>follicular<\/em> dalam kilang telur ovari dan seterusnya menghalang ovulasi. Selain itu, ia juga membuatkan lendiran pangkal rahem cervix menjadi lebih pekat dan menghalang sperma memasuki rahem.(1)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun kesan \u2019perlindungan\u2019 ini hanya bermula <span style=\"text-decoration: underline;\">selepas seminggu <\/span>suntikan diberikan. Maksudnya selepas diberikan, jika wanita mengadakan hubungan jima\u2019 bersama suami pada malam itu, berkemungkinan beliau boleh hamil. Jadi doktor akan memberikan suntikan itu ketika wanita itu sedang mengalami darah haid kerana ini bermakna wanita itu tidak hamil. (Wanita hamil tidak boleh diberikan suntikan pencegah kehamilan)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, sebaik sahaja selesai kedatangan haid (selalunya mengambil masa 5-7 hari), ubat itu mula memberikan kesan perlindungan dan wanita itu boleh melakukan jima\u2019 bersana suami tanpa risau tentang kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cAda kemungkinankah suntikan ini gagal dan saya hamil? Saya bertanya kerana sudah 3 bulan saya tidak kedatangan haid selepas suntikan terakhir\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak menafikan ada kemungkinan untuk suntikan ini gagal menghalang kehamilan, iaitu secara purata sebanyak 0.3%. Ini bermakna dalam 1000 orang wanita yang mendapat suntikan, 3 orang berkemungkinan hamil atas pelbagai sebab.(2)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun kebanyakan masalah tidak kedatangan haid adalah disebabkan oleh kesan sampingan suntikan itu sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan Depo-Provera boleh menyebabkan <strong>masalah kitaran haids yang tidak teratur<\/strong>. Jadi jangan terperanjat jika mengalami kedatangan darah haids yang sedikit\u00a0 dan hanya beberapa hari saja. Ada wanita yang mengadu tidak mengalami darah haid lebih dari enam bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor bolehkah saya hamil semula setelah saya menghentikan suntikan ini?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada amnya apabila suntikan dihentikan, seseorang wanita tidak mengalami masalah untuk hamil semula. Cuma masalahnya ialah suntikan ini boleh menyebabkan wanita tidak menjadi subur serta-merta apabila menghentikan suntikan itu. <strong>Kesuburan mereka menjadi lewat<\/strong>. Secara purata kesuburan akan datang semula antara 10-12 bulan selepas suntikan terakhir. Malah ada yang mengalami masalah kesuburan selepas 18 bulan.(3)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita yang mengamalkan suntikan ini melebihi 5 tahun juga boleh mengalami <strong>masalah kerapuhan tulang<\/strong>. Walaubagaimanapun ia minimal dan boleh diperbaiki dengan menghentikan suntikan itu.(4)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setakat ini belum ada bukti kukuh suntikan ini boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara pada kebanyakan wanita yang sihat. Namun bagi wanita yang mempunyai ibu, saudara perempuan atau ibu saudara yang pernah mengalami kanser payudara haruslah berhati-hati. Begitu juga dengan risiko kanser pangkal rahem (<em>cervical cancer<\/em>).(5),(6)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sudah lama kah puan menerima suntikan pencegah kehamilan ini?\u201d <\/em>Tanya saya kepada seorang wanita yang berumur 45 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSemenjak umur saya 35 tahun, doktor. Apabila umur semakin meningkat, saya takut hamil sebab suami saya masih aktif. Saya datang haid pun sesekali\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tersenyum dengan jawapan ini. Pertama kedatangan haid yang tidak teratur berkemungkinan disebabkan oleh suntikan ini, tetapi beliau sedang memasuki fasa <em>menopause<\/em>. Keduanya pengambilan suntikan ini tidak perlu terlalu lama, kerana kaedah suntikan pencegahan haid ini hanyalah untuk sementara. Jika diberikan terlalu lama dibimbangi akan mendatangkan kesan yang tidak baik pada badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>American College of Obstetricians and Gynecologists <\/em>menasihatkan para doktor agar<span style=\"text-decoration: underline;\"> tidak memberikan suntikan ini melebihi 2 tahun<\/span> jika dikhuatiri akan menyebabkan kerapuhan tulang dan kesan-kesan yang lain.(7)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi saya mencadangkan agar menghentikan suntikan ini. Saya percaya memberikan suntikan untuk jangka masa lama akan mengundang kemudharatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, kenapa saya rasa sakit kepala selepas disuntik? Adakah ia disebabkan suntikan terlalu dalam dan terkena saraf saya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan ini harus diberikan pada otot besar seperti otot bahu atau otot punggung. Jika diberikan pada tempat yang betul, ia tidak akan menyebabkan kerosakan saraf.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bolehjadi suntikan itu menyebabkan bengkak akibat terkena saluran darah yang kecil. Darah yang berkumpul di bawah kulit akan kelihatan lebam dan sakit bila disentuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ubat DMPA boleh memberi kesan secara langsung pada rasa <strong>sakit kepala<\/strong>. Ini adalah kesan sampingan yang sering dialami oleh wanita yang mengambil suntikan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan sampingan yang lain <span style=\"text-decoration: underline;\">rasa tidak selesa atau kadang kala merasa sakit perut terutama di bahagian ari-ari, penambahan berat badan, mudah rasa loya dan mahu muntah, mudah rasa letih dan penat (<em>asthenia<\/em>), mengalami keguguran rambut dan rasa mudah risau atau <em>nervous<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi apabila seorang wanita mengalami simptom-simptom ini, saya sering menasihatkan agar menghentikan pengambilan suntikan itu dan mengamalkan kaedah yang lain. Untuk ini harus berjumpa dengan doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun saya ingin mengingatkan bahawa jika seseorang wanita atau suami menasihatkan wanita untuk melakukan pencegahan hamil bukan atas sebab kesihatan, ia dilarang dan kebanyakan ulama memberitahu hukumnya <strong>haram<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut <strong>Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12<\/strong> pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh <strong>Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981<\/strong> memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal dan melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini berdasarkan ayat al Quran:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201c..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan,(sebenarnya) Kamilah memberikan rezeki pada kamu dan kepada mereka..\u201d<\/em> (Al An\u2019am:151)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/EkstrakKacipFatimah\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (140911)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<ol>\n<li>(Glasier, Anna (2006). &#8220;Contraception&#8221;. In DeGroot, Leslie J.; Jameson, J. Larry (eds.).\u00a0Endocrinology\u00a0(5<sup>th)<\/sup><\/li>\n<li>Trussell J (2004). <em>&#8220;Contraceptive failure in the United States&#8221;<\/em>.\u00a0<em>Contraception<\/em> 70\u00a0(2): 89\u201396.<\/li>\n<li>Speroff, Leon; Darney, Philip D. (2005). <em>&#8220;Injectable Contraception&#8221;<\/em>.\u00a0A Clinical Guide for Contraception\u00a0(4th ed.). Philadelphia: Lippincott Williams &amp; Wilkins. pp.\u00a0201\u2013220.<\/li>\n<li>Scholes D, LaCroix AZ, Ichikawa LE, Barlow WE, Ott SM (2002).\u00a0<em>&#8220;Injectable hormone contraception and bone density: results from a prospective study<\/em>&#8220;.\u00a0Epidemiology\u00a013\u00a0(5): 581\u20137.<\/li>\n<li>Thomas D, Ye Z, Ray R (1995). <em>&#8220;Cervical carcinoma in situ and use of depot-medroxyprogesterone acetate (DMPA). WHO Collaborative Study of Neoplasia and Steroid Contracepti<\/em>ves&#8221;.Contraception\u00a051\u00a0(1): 25\u201331.<\/li>\n<li>The Who Collaborative Study Of Neop, (1992). <em>&#8220;Depot-medroxyprogesterone acetate (DMPA) and risk of invasive squamous cell cervical cancer. The WHO Collaborative Study of Neoplasia and Steroid Contraceptives&#8221;.<\/em> Contraception\u00a045(4): 299\u2013312)<\/li>\n<li>Committee on Gynecologic Practice (2008). <em>&#8220;ACOG Committee Opinion No. 415: Depot medroxyprogesterone acetate and bone effects&#8221;.<\/em> Obstetrics and gynecology\u00a0112\u00a0(3): 727\u2013730.<\/li>\n<\/ol>\n<p>IKLAN<\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"[KLIK]\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n<p>Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,8],"tags":[449,140,459],"class_list":["post-2077","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-fiqh","tag-cegah-kehamilan","tag-kemandulan","tag-ketidaksuburan"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-xv","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":212,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rubella-dan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2077,"position":0},"title":"Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA","author":"drzubaidi","date":"25\/05\/2010","format":false,"excerpt":"\u201dSalam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela\u2026 ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak\u2026 perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung\u2026? thanx \u201d \u201cSaya sedang hamil 12 minggu dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4586,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-yang-banyak-setiap-bulan\/","url_meta":{"origin":2077,"position":1},"title":"PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN","author":"drzubaidi","date":"09\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor\u201d. Waalaikumussalam. Pendarahan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13266,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/haid-tidak-datang-selepas-suntikan-perancang-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2077,"position":2},"title":"HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN","author":"admin","date":"16\/04\/2021","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum. Doktor saya bersalin normal dan merancang untuk mengambil suntikan depo tetapi saya mengambil suntikan tersebut sekali sahaja kerana orang sekeliling saya mengatakan depo itu agak berbahaya. Jadi saya pun menghentikan proses suntikan itu. Yang saya sangat risaukan kerana saya sudah 6\/7 bulan tidak datang bulan. Sangat merisaukan kalau ia\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/nutrell-kacip-fatimah-phyto-plus-capsules-500mg-1695019150583.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":7726,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-datang-haid-selepas-melahirkan-anak\/","url_meta":{"origin":2077,"position":3},"title":"Tidak Datang Haid Selepas Melahirkan Anak","author":"drzubaidi","date":"14\/09\/2015","format":false,"excerpt":"\u00a0TIDAK DATANG HAID SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Salam doktor . Saya ingin bertanya, selepas melahirkan anak yang kedua pada bulan Mei 2011, saya diberikan suntikan pencegah kehamilan. Selepas suntikan itu, haid saya menjadi tidak menentu. Beberapa bulan selepas dicucuk, haid saya ada datang, tetapi selepas itu haid saya tidak datang langsung.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6164,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga\/","url_meta":{"origin":2077,"position":4},"title":"Kesan sampingan suntikan perancang keluarga","author":"drzubaidi","date":"13\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. \u00a0 Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/EKF.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5504,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/dimarahi-kerana-kehamilan-kembar\/","url_meta":{"origin":2077,"position":5},"title":"Dimarahi kerana kehamilan kembar","author":"drzubaidi","date":"08\/03\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal. \u00a0 Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2077","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2077"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2077\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15459,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2077\/revisions\/15459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2077"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2077"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2077"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}