{"id":2070,"date":"2011-09-13T15:08:55","date_gmt":"2011-09-13T07:08:55","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2070"},"modified":"2025-01-14T15:58:38","modified_gmt":"2025-01-14T07:58:38","slug":"2070","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/2070\/","title":{"rendered":"Bilateral Tubal Reversal"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut <strong>Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12<\/strong> pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh <strong>Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981<\/strong> memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini berdasarkan ayat al Quran:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201c..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah memberikan rezeki pada kamu dan kepada mereka..\u201d<\/em> (Al An\u2019am:151)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi terdapat pengecualian yang diberikan kepada wanita yang tidak boleh menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan sementara (atas faktor kesihatan), di mana mereka boleh\u00a0 menggunakan kaedah pencegahan kehamilan secara kekal. Ramai juga wanita yang menerima alahan teruk kerana ubat pil perancang kehamilan, suntikan atau implant mengandungi hormone. Jadi mereka boleh melakukan kaedah pencegahan kehamilan secara kekal<span style=\"text-decoration: underline;\"> jika kehamilan mereka boleh membahayakan nyawa<\/span>.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hukum pengharaman melakukan prosedur mencegah kehamilan secara kekal ini melibatkan doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang sama-sama mempromosikan penggunaan kaedah ini (tanpa sebab-sebab yang dibenarkan). Orang yang melakukannya, orang yang membantu melakukannya dan mereka yang menyediakan kemudahan untuk prosedur itu sama-sama membantu melakukan perkara yang haram.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk Al Syeikh Walid bin Rasyid al Su\u2019aidan, <em>Isu-isu fiqh perubatan semasa, <\/em>Penerbitan al Hidayah 2007)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cHendaklah kamu saling Bantu membantu dalam hal al Birr dan at Taqwa (kebaikan, kebenaran dan kepatuhan), tetapi janganlah saling membantu dalam membuat dosa dan kemungkaran. Takutlah Allah\u201d.<\/em> (Surah al maidah ayat 2)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kaedah menghalang kehamilan secara kekal ini dinamakan <strong><em>bilateral tubal ligation (BTL)<\/em><\/strong>, biasanya dilakukan dengan mengikat, memotong atau apa saja kaedah yang memutuskankan tiub fallopian dari terus bersambung ke rahem.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila fallopian tube ini dipotong, benih lelaki sperma tidak dapat melintasi bahagian yang diputuskan untuk bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari. Dengan ini ini\u00a0 kehamilan dapat dihalang.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu keadah ini tidak menjamin ketidakhamilan 100%. Pada tahun pertama BTL dilakukan, ia amat berkesan menghalang kehamilan sebanyak 99%. Keberkesanannya semakin menurun pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana saluran fallopian yang diputuskan atau diikat itu boleh bercantum dan bersambung semula, terutama jika ia tidak dilakukan dengan cara yang sempurna.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan kuasa Allah, proses <em>recanalization<\/em> iaitu pembentukan saluran yang halus dalam saluran fallopian, menghubungkannya semula\u00a0 dengan rahem, boleh berlaku dan menyebabkan sperma berenang melaluinya. Setelah itu berlakulah persenyawaan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ovum yang telah disenyawakan mempunyai saiz yang lebih besar dan tidak boleh melepasi semula saluran halus ini. Maka ia tidak dapat dibesarkan di dalam rahem, tetapi terus membesar di fallopian tube. Naka berlakulah kehamilan di luar rahem.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menerima pertanyaan di <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/KlinikDrZubaidi\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Klinik FB Dr Zubaidi<\/a>, kelolaan saya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Salam Doktor, maaf sekiranya saya menganggu, saya telah di&#8221;BTL&#8221; pada November tahun lepas, setelah 3 kali LSCS di hospital kerajaan, saya telah membaca tentang &#8220;reverse BTL &#8220;, tentang risiko yang mungkin dan sebagainya. Dr, apakah mungkin saya melakukan &#8216;reverse btl&#8217; ini di Malaysia?\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam dunia perubatan moden, prosedur untuk menyambung semula fallopian tube dapat dilakukan oleh doktor pakar microsurgeon gynaecologist, yang harus mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Prosedur ini dinamakan \u201c<strong>tubal reversal\u201d.<\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, ramai pakai-pakar gynaecolgist yang boleh melakukan prosedur ini. Kejayaan seorang wanita itu untuk hamil semula, bergantung juga pada tahap kemahiran seseorang doktor pakar.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika berhasrat untuk hamil semula, <span style=\"text-decoration: underline;\">pastikan tiada masalah kesuburan yang lain<\/span>. Jika tidak, pembedahan rumit ini akan menjadi sia-sia dan wanita itu masih tidak dapat hamil.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain dari kemahiran doktor pakar , kejayaan persedur ini bergantung pada berapa faktor lain seperti:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li><strong>Umur \u2013 <\/strong>semakin meningkat umur wanita itu semakin rendah kebarangkaliannnya untuk hamil semula. Kesuburan wanita akan menurun bermula umur 35 tahun.<\/li>\n<li><strong>Panjang saluran yang tinggal dan tahap kerosakannya \u2013<\/strong> jika tidak banyak kerosakan pada saluran fallopian, pemulihan boleh dilakukan. Namun ada kalanya terdapat banyak parut di sekeliling bahagian yang dibedah, ia menyukarkan kehamilan semula.<\/li>\n<li><strong>Tahap kesihatan wanita \u2013<\/strong> jika wanita itu tidak mempunyai masalah penyakit kronik seperti diabetes mellitus, ia tidak menyukarkan kehamilan semula.<\/li>\n<li><strong>Masalah gynaecological yang lain \u2013<\/strong> jika wanita itu mengalami penyakit seperti fibroid pada rahem dan pernah mengalami masalah kelahiran pramatang, ia mengganggu kejayaan untuk hamil semula.<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu, prosedur ini boleh menyebabkan kehamilan luar rahem kerana bahagian saluran fallopian yang disambungkan akan menyebabkan <strong>parut<\/strong>. Parut menyebabkan rongga dalam saluran menyempit, dan hanya membenarkan sperma berenang melaluinya tetapi tidak membenarkan telur ovum yang telah disenyawakan balik semula ke dalam rahem. Walau bagaimana pun kebarangkalian untuk berlaku adalah kecil.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya lebih suka menasihatkan wanita yang telah melakukan BTL dan mahu diperbaiki fallopian tube yang telah diikat agar <span style=\"text-decoration: underline;\">berjumpa dan berbincang dengan doctor gynaecologist yang merawat<\/span>. Nasihat saya ini hanyalah sebagai panduan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li><em><a href=\"http:\/\/www.fhi.org\/en\/rh\/pubs\/network\/v18_1\/nw181ch2c.htm\">Female Sterilization Occlusion Techniques<\/a> Sarah Keller.<\/em> Network Vol. 18, No. 1, Fall 1997.<\/li>\n<li>Hurskainen, R.; Hovi, S.; Gissler, M.; Grahn, R.; Kukkonen-Harjula, K.; Nord-Saari, M.; M\u00e4kel\u00e4, M. (2010). &#8220;<em>Hysteroscopic tubal sterilization: a systematic review of the Essure system&#8221;.<\/em> Fertility and sterility 94 (1): 16\u201319.<\/li>\n<li>Campbell M, Sahin-Hodoglugil NN, Potts M (2006). <em>&#8220;Barriers to fertility regulation: a review of the literature&#8221;.<\/em> <em>Studies in family planning<\/em> 37 (2): 87\u201398.<\/li>\n<li>Baill, I. C., V. E. Cullins, and S. Pati. <em>&#8220;Counseling Issues in Tubal Sterilization.&#8221;<\/em> American Family Physician 67 (March 15, 2003): 1287-1294.<\/li>\n<li>Kariminia, A., D. M. Saunders, and M. Chamberlain. <em>&#8220;Risk Factors for Strong Regret and Subsequent IVF Request After Having Tubal Ligation.&#8221;<\/em> Australian and New Zealand Journal of Obstetrics and Gynaecology 42 (November 2002): 526-529.<\/li>\n<\/ol>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (130911)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link <a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. \u00a0 Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[186,8],"tags":[210,458,457],"class_list":["post-2070","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-fiqh","tag-majlis-fatwa-kebangsaan","tag-muzakarah-jawatankuasa-fatwa","tag-tubal-reversal"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/s10sZy-2070","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5765,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/cider-epal-dan-kurma-ada-alkohol-boleh-digunakan\/","url_meta":{"origin":2070,"position":0},"title":"Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?","author":"drzubaidi","date":"25\/04\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan\u201d \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah \"haram \" mengikut syariat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"cider apple","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/cider-apple-295x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5356,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/implanon-hukum-dan-kesan-sampingan\/","url_meta":{"origin":2070,"position":1},"title":"Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan","author":"drzubaidi","date":"06\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201dSaya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"0112","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/0112-300x248.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2077,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan\/","url_meta":{"origin":2070,"position":2},"title":"Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"14\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2898,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kopi-luwak-manfaat-dan-hukum\/","url_meta":{"origin":2070,"position":3},"title":"Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum","author":"drzubaidi","date":"15\/07\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad. \u00a0 Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/kopi-luwak-5-300x193.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1074,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berkhatan-kanak-kanak-perempuan-suatu-penghormatan-atau-kezaliman\/","url_meta":{"origin":2070,"position":4},"title":"Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?","author":"drzubaidi","date":"06\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. \u201dPerlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?\u201d Saya menjawab, \u201cBerkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan\u201d. \u201dDoktor, selama ini saya tidak pernah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/2-274x300.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5852,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hukum-menggunakan-rawatan-terapi-ulat-bagi-pesakit-luka-kronik\/","url_meta":{"origin":2070,"position":5},"title":"Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Ulat Bagi Pesakit Luka Kronik","author":"drzubaidi","date":"11\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: \u00a0 Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"Maggot treatment Therapy","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/Maggot-treatment-Therapy.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2070","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2070"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2070\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21013,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2070\/revisions\/21013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}