{"id":2065,"date":"2011-09-12T20:14:40","date_gmt":"2011-09-12T12:14:40","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2065"},"modified":"2023-03-24T16:24:06","modified_gmt":"2023-03-24T08:24:06","slug":"ovarian-cyst-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ovarian-cyst-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Ovarian Cyst Ketika Hamil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar <span style=\"text-decoration: underline;\">bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi<\/span>. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSalam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. Walaubagaimanapun doktor meminta saya datang semula pada umur kehamilan saya memasuki umur 20 minggu untuk memeriksa semula perkembangan saiz ovarian cyst saya. Hati saya sangat risau kerana saya baru hamil 11 minggu. Kehamilan pertama pada 2008, saya keguguran ketika berusia 13 minggu. Pada kehamilan kedua 2009 saya mengalami keguguran lagi, juga ketika kehamilan berusia 13 minggu. Ini adalah kehamilan ketiga setelah berkahwin 5 tahun dan kami belum mempunyai anak lagi. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Saya ingin bertanya, adakah ovarian cyst merbahaya kepada kehamilan saya\u00a0 dan bila pembedahan perlu dilakukan? Sekian. Terima kasih.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum ini saya ada menulis tentang kekeliruan setengah wanita tentang kaitan ovarian cyst dengan masalah ketidaksuburan mereka. Mereka menganggap bahawa ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Ini adalah anggapan yang salah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujuk : \u201c Apakah kaitan ovarian cyst dan ketidaksuburan\u201d https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2058<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai juga wanita yang hamil dan didiagnosa sebagai ovarian cyst bertanyakan kepada saya, apakah cyst mereka perlu dibuang. Sekali lagi, ia bergantung kepada<strong> jenis dan saiz ovarian cyst<\/strong> itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja,\u00a0 kemungkinan ia adalah tidak merbahaya (bukan kanser). Namun ini gambaran kasar. <span style=\"text-decoration: underline;\">Pemeriksaan lebih detail harus dilakukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan darah untuk mengetahui kepekatan CA-125 dan pemeriksaan CT scan abdomen membantu doktor memastikan jenis ovarian cyst yang berada di abdomen seorang wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ovarian cyst adalah jenis yang tidak merbahaya dan saiznya kecil (kurang 5cm) selalunya doctor tidak melakukan apa-apa kerana ia tidak mendatangkan mudharat kepada wanita hamil dan bayi dalam rahemnya. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound secara berkala untuk mengetahui perkembangan saiz ovarian cyst itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi jika saiznya sudah membesar<strong> melebihi 5cm<\/strong>, dikhuatiri cyst itu akan pecah, berdarah atau berpintal. Ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius ketika hamil. Selain menyebabkan ketidakselesaan dalam abdomen, ovarian cyst yang besar boleh memberikan tekanan secara fizikal pada punci kencing dan rahem, seterusnya menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk saiz ovarian cyst yang kecil, pembedahan hanya dilakukan <strong>jika<\/strong> doktor mengesyaki ovarian cyst itu adalah jenis kanser.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang berlaku jika wanita hamil tidak mahu melakukan pembedahan walaupun ovarian cyst telah besar melebihi 5cm, sedangkan beliau tidak mengalami apa-apa masalah ketika hamil?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk melakukan pembedahan membuang cyst. Pesakit harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya dan doktor perlu menasihatkan dan memberikan penjelasan lengkap kepada pesakit mengenai risiko-risiko pembedahan dan risiko-risiko jika tidak dibedah. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika umur kehamilan memasuki fasa trimester kedua (selepas 16-20 minggu).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara risiko jika tidak dibedah ialah dikhuatiri ovarian cyst yang besar dan tidak dibuang, akan pecah, berdarah atau berpintal (<em>twist<\/em>). Jika ini berlaku, pembedahan <em>emergency<\/em> harus dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst pada ovari tetapi berkemungkinan juga terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan emergency juga mengundang risiko dan komplikasi yang lebih besar. Antaranya ialah reaksi alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan pada organ sekitar rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara organ yang mungkin tercedera ialah pundi kencing, usus dan saluran darah. Kerosakan pada saluran fallopian dan rahem juga boleh berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu risiko jangkitan kuman selepas pembedahan emergency adalah lebih besar dari pembedahan biasa.\u00a0 Jangkitan kuman boleh disyaki jika pesakit mengalami rasa bengkak dan sakit pada abdomen, demam yang tinggi, keluar lendiran gelap dan berbau busuk dari faraj atau keluar nanah atau lendiran busuk dari tempat jahitan pembedahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya, untuk mengelakkan risiko komplikasi yang memberikan kemudharatan yang lebih teruk, selalunya doktor akan mencadang membuang ovarian cyst jika ianya dianggap terlalu besar walaupun ketika sedang hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun walau bagaimana pun , nasihat saya <span style=\"text-decoration: underline;\">berbincanglah dengan doktor yang merawat<\/span> kerana setiap pesakit tidak mempunyai masalah yang serupa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Schorge JO, et al. <em>Surgeries for Benign Gynecologic Conditions<\/em>. In: Schorge JO, et al. Williams Gynecology. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2008.<\/li>\n<li>Mikio N, et al. <em>Perioperative consideration in gynecologic surgery.<\/em> DeCherney AH, et al. Current Diagnosis &amp; Treatment Obstetrics &amp; Gynecology. 10th ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2007.<\/li>\n<li><em>Laparoscopy and ovarian cancer: A paradigm change in the management of ovarian cancer?<\/em> Journal of Minimally Invasive Gynecology. 2009;16:250.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (120911)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengalaman pembaca:\u00a0Saya menjalani pmbedahan laparoscomy dan oophorectomy utk membuang cyst seberat 1.8kg dan ovary kiri yg rosak ketika hamil 22 minggu. Alhamdulillah baby selamat dan kemudian dilahirkan secara cesarean ketika hamil 37 minggu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[6],"tags":[168,456,166],"class_list":["post-2065","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-ca-125","tag-oophorectomy","tag-ovarian-cyst"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-xj","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2058,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apakah-kaitan-ovarian-cysts-dengan-ketidaksuburan\/","url_meta":{"origin":2065,"position":0},"title":"Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?","author":"drzubaidi","date":"10\/09\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. \u201c Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4229,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-ovarian-cyst-merbahaya\/","url_meta":{"origin":2065,"position":1},"title":"Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?","author":"drzubaidi","date":"15\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0\u201cDoktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?\u201d Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut \u2018functional ovarian cyst.\u2019 Cyst ini mengandungi ovum atau telur\/benih perempuan, dan cyst ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid&quot;","block_context":{"text":"Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/soalan-ketidaksuburan-dan-kitaran-haid\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":9820,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-hamil-tapi-upt-positif\/","url_meta":{"origin":2065,"position":2},"title":"TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?","author":"drzubaidi","date":"22\/09\/2018","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya. \u00a0 \"Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia...\" \u00a0 Ya puan. Apa masalahnya? \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/UPT-1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":804,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pembedahan-untuk-ovarian-cysts\/","url_meta":{"origin":2065,"position":3},"title":"Pembedahan untuk Ovarian Cysts","author":"drzubaidi","date":"19\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta\u2019ruf) sama ada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/hemorrhagic-ovarian-cyst-300x240.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":20216,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bilakah-pembedahan-ovarian-cyst-itu-perlu\/","url_meta":{"origin":2065,"position":4},"title":"BILAKAH PEMBEDAHAN OVARIAN CYST ITU PERLU?","author":"admin","date":"21\/10\/2024","format":false,"excerpt":"Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan: PERTAMA untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan. KEDUA\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":321,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pelvic-pain-adakah-perlu-dibedah-segera\/","url_meta":{"origin":2065,"position":5},"title":"Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?","author":"drzubaidi","date":"19\/06\/2010","format":false,"excerpt":"Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2065","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2065"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2065\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16108,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2065\/revisions\/16108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2065"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2065"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2065"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}