{"id":2029,"date":"2011-08-25T12:32:18","date_gmt":"2011-08-25T04:32:18","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2029"},"modified":"2023-03-28T13:17:46","modified_gmt":"2023-03-28T05:17:46","slug":"kekurangan-gula-hypoglycemia-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-gula-hypoglycemia-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cDoktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi\u00a0 terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cIsteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab dia bersahur pagi tadi dengan saya\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau begitu, bolehlah berbuka. Jangan tunggu sampai pengsan pula\u201d <\/em>jawab saya ringkas. Saya percaya isteri beliau sedang mengalami <em>hypoglycemia.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTahun lepas pun dia berpuasa, tapi dia tidak pernah mengalami rasa lemah, menggigil dan lemah badan walaupun badannya agak kurus. Sekarang, dia mengalami masalah ini. Adakah ini disebabkan kehamilannya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSudah pasti. Mungkin isteri awak jenis yang kurang makan, sebab itu badannya kurus. Apabila kurang makan dan semua nutrient dikongsikan dengan bayi dalam rahem, sudah tentu tidak mencukupi..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cOh.. berkongsi tiga oranglah doktor. Isteri saya hamil kembar dua orang bayi. Padanlah..\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Hypoglycemia<\/em> adalah keadaan disebabkan kekurangan gula glucose dalam darah. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja ketika hamil, tetapi kerap berlaku pada trimester pertama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan orang dewasa mempunyai kandungan glucose melebihi 4.0 mmol\/L ketika berpuasa. Mereka mula mengalami tanda-tanda <em>hypoglycemia<\/em> apabila kandungan gula glucose menurun kurang dari 4.0 mmol\/L. Namun masih ramai orang yang berkeadaan seperti biasa walaupun bacaan glucose mereka menhampiri 3.5 mmol\/L.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanda-tanda <em>hypoglycemia<\/em> itu pasti muncul apabila <strong>kandungan gula kurang dari 3.0\u00a0mmol\/L (50 to 54\u00a0mg\/dl)<\/strong>. Tanda-tandanya ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">pening, rasa lemah badan, menggigil, berpeluh, rasa keliru dan pandangan berkabur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang tidak mempunyai diabetis, <em>hypoglycemia <\/em>ketika hamil disebabkan apabila wanita itu tidak makan dengan secukupnya. Doktor selalu menasihatkan agar <span style=\"text-decoration: underline;\">wanita hamil makan dengan kerap iaitu antara enam dan lapan kali sehari<\/span>, termasuk makanan berat dan makanan ringan, termasuk buah-buahan segar dan sayur-sayuran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun bayi dalam rahem tidak mengalami <em>hypoglycemia<\/em> dan masalah yang serius jika ibu mereka mengalami kekurangan gula yang agak sederhana kerana bayi dalam rahem mendapat bekalan makanan dan nutrient \u00a0yang dibekalkan dari organ hati ibu mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika seorang wanita hamil mengalami kekurangan glucose yang serius, kemungkinan bayi dalam rahem juga turut mendapat musibah. Ini kerana kekurangan glucose bukan saja menjejaskan fungsi otak ibu, namun ia akan menjejaskan juga fungsi otak bayi dalam rahem jika tidak menerima glucose yang mencukupi. Ini selalunya berlaku pada ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrisi dan kelaparan akibat kemarau panjang atau pun peperangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Otak adalah satu-satunya organ utama yang memerlukan glucose secara berterusan kerana sel-sel otak tidak mempunyai kebolehan untuk menyimpan bekalan glukos bagi jangka masa yang lama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa glucose yang secukupnya, otak gagal berfungsi dengan baik. Keadaan ini berlaku apabila kandungan glucose menjadi kurang dari 3.5 mmol\/L. Otak akan menjadi keliru dan tidak bertindak cepat. Apabila kandungan glucose menjadi semakin rendah iaitu kurang dari 2.5 mmol\/L, wanita itu akan terus pengsan dan koma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Hypoglycemia<\/em> dapat dirawat dengan memberikan glucose atau gula yang mudah diserap seperti air soda, jus buah-buahan, atau air gula pasir. Selalunya keadaan menjadi bertambah baik, selepas 5-10 minit. Masa itu bolehlah diberikan makanan yang lebih kompleks seperti sandwich, biskut dan kuih-muih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika <em>hypoglycemia<\/em> berlaku pada jangkamasa yang lama , ia akan merosakkan sel-sel otak secara kekal. Otak akan menghadapi masalah kognitif, tidak mampu menggerakkan anggota malah ada yang terus dalam keadaan koma.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jika pesakit tidak pulih selepas 10 minit, haruslah dibawa ke hospital terdekat supaya rawatan infuse IV drips dextrose 50% dapat diberikan. Ini membantu otak mendapat bekalan gula glucose dengan cepat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Situasi yang paling bahaya ketika\u00a0<em>hypoglycemia<\/em> ialah apabila ia berlaku ketika tidur. Kita dapat mengagak seseorang mengalami keadaan itu apabila melihat baju yang dipakai menjadi basah akibat berpeluh, dan dia mengalami mimpi yang menakutkan. Bila tersedar, pesakit akan rasa penat, keliru dan lemah. Apa yang harus kita lakukan ialah mengejutkannya dan bertanyakan adakah dia tidak apa-apa. Langkah yang drastik harus dilakukan sebelum mereka masuk ke fasa koma dalam tidur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250811)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cryer, Philip E. (2001). &#8220;Hypoglycemia&#8221;. In Jefferson L, Cherrington A, Goodman H, eds. for the American Physiological Society.\u00a0<em>Handbook of Physiology; Section 7, The Endocrine System.<\/em>.\u00a0II. The endocrine pancreas and regulation of metabolism.. New York: Oxford University Press. pp.\u00a01057\u20131092.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cryer, Philip E. (1997).\u00a0<em>Hypoglycemia: Pathophysiology, Diagnosis, and Treatment<\/em>. New York: Oxford University Press<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cDoktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?\u201d Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi\u00a0 terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. \u201cIsteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[447],"class_list":["post-2029","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-hypoglycemia"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-wJ","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7002,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kencing-kotor-ketika-hamil-pendarahan-dan-sakit-pinggang\/","url_meta":{"origin":2029,"position":0},"title":"Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang","author":"drzubaidi","date":"17\/01\/2015","format":false,"excerpt":"KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN \u00a0SAKIT PINGGANG \u201cAssalamualaikum dr. \u00a0Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya.. \u00a0 1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"kencing kotor","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/01\/kencing-kotor.jpeg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7587,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/isteri-belum-hamil-tidak-datang-haid-3-bulan\/","url_meta":{"origin":2029,"position":1},"title":"Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan","author":"drzubaidi","date":"26\/06\/2015","format":false,"excerpt":"ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN \u201cAssalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6020,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-mana-yang-boleh-dan-tidak-boleh-berpuasa\/","url_meta":{"origin":2029,"position":2},"title":"Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?","author":"drzubaidi","date":"21\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":769,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sapaan-maut-dengan-strok-ringan\/","url_meta":{"origin":2029,"position":3},"title":"Sapaan Maut dengan Strok Ringan","author":"drzubaidi","date":"12\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. \u00a0Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya \u201cDia baru kena angin ahmar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/stroke_ischemia.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7762,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sukar-hamil-anak-kedua\/","url_meta":{"origin":2029,"position":4},"title":"Sukar Hamil Anak Kedua","author":"drzubaidi","date":"05\/10\/2015","format":false,"excerpt":"SUKAR HAMIL ANAK KEDUA Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama. Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":2029,"position":5},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2029","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2029"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16139,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2029\/revisions\/16139"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}