{"id":2022,"date":"2011-08-24T14:39:46","date_gmt":"2011-08-24T06:39:46","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2022"},"modified":"2024-10-09T11:39:29","modified_gmt":"2024-10-09T03:39:29","slug":"bahaya-dehidrasi-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-dehidrasi-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTeruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah\u2026\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Habis tu siapa yang masak di rumah?\u201d<\/em> saya menduga beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMakan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSekarang ini dia di mana?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKat rumah. Sudah 3 hari terbaring di atas katil..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau sudah terbaring\u00a0 3 hari, itu sudah tanda bahaya. Kena bawakan ke hospital. Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Berbahaya pada ibu dan anak dalam rahem\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terbeliak mata dia mendengar penjelasan saya. Tidak sempat menjawab salam yang diberikannya, kelibatnya telah hilang, memandu kereta pulang ke rumah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam istilah perubatan, \u2018dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh\u2019. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan <span style=\"text-decoration: underline;\">peningkatan suhu dalam tubuh <\/span>dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahem terutama ketika awal kehamilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Air dalam tubuh memainkan peranan penting ketika membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahem. Kekurangan air menyebabkan organ tersebut mengalami masalah menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi kerana ketika hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dehidrasi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Namun ia selalunya pada awal kehamilan apabila usia kehamilan kurang 12 minggu (fasa <strong>trimester pertama<\/strong>) akibat fenomena <em>morning sickness. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila mereka mengalami muntah, banyak cecair badan yang keluar dari tubuh mereka. Ini akan menyebabkan dehidrasi. Apatah lagi wanita itu tidak mempunyai selera untuk makan dan minum sepanjang tempoh itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada fasa kehamilan <strong>trimester kedua dan ketiga<\/strong> pula, dehidrasi berlaku apabila wanita hamil mengalami sakit dan demam, pergerakan fizikal yang terlalu aktif, bekerja atau tinggal di dalam cuaca panas, atau tidak cukup minum air. Dehidrasi akan merangsangkan rahem untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan berasa sakit perut \u00a0seolah-olah mahu melahirkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, ketika berpuasa saya sering mengalami rasa contraction di bahagian bawah abdomen. Adakah itu tanda bahaya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, kita mengalami\u00a0 dehidrasi sama ada sederhana atau teruk. Dehidrasi yang sederhana boleh menyebabkan kontraksi rahem, sementara dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (<em>amniotic fluid<\/em>) menjadi kurang dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Air tuban dalam rahem berfungsi sebagai cecair pelindung\u00a0 dalam rahem untuk pembesaran fizikal bayi. <strong>Di awal kehamilan<\/strong>, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi malah boleh menyebabkan keguguran bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Di pertengahan kehamilan<\/strong> pula, kekurangan air tuban selalu dikaitkan dengan kelahiran pramatang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan talipusat di leher bayi ketika dilahirkan dan ada kalanya menyebabkan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara pembedahan <em>cesarean<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mengalami <em>hyperemesis<\/em> dan dehidrasi yang teruk, selalunya akan melahirkan bayi yang kecil atau dilahirkan secara pramatang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk : Dodds L, Fell DB, Joseph KS, Allen VM, Butler B. (2006). &#8220;Outcomes of pregnancies complicated by hyperemesis gravidarum.&#8221;.\u00a0<em>Obstet Gynecol. 2006 Feb;107(2 Pt 1):285-92.<\/em> 107\u00a0: 285\u201392.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Komplikasi akibat kekurangan air tuban ini dapat dirawat dengan memberikan air secukupnya pada wanita hamil ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara tanda dehidrasi ialah rasa haus, tetapi janganlah menunggu rasa harus barulah mahu meminum air kerana apabila kita berasa haus kemungkinan proses dehidrasi telah bermula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain haus, air kencing menjadi kurang (isipadu dan kekerapan) dan warnanya menjadi pekat dan berbau hancing yang kuat. Bibir menjadi kering, sembelit, rasa sangat letih walaupun tidak melakukan kerja yang kuat, merasa mengantuk walaupun telah cukup tidur, rasa pening apabila berubah kedudukan dari posisi duduk kepada posisi berdiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cDoktor, mohon nasihat. Tekak saya tidak mampu menelan air kosong. Jika dipaksa minum, saya akan muntah\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak ada cara lain untuk merawat dehidrasi selain dari meminum air. Selain dari air mineral, air jus buah-buahan adalah air yang terbaik untuk mengekalkan hidrasi tubuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun <span style=\"text-decoration: underline;\">soda, kopi dan teh tidak digalakkan<\/span> kerana mereka mengandungi <em>caffein<\/em> dan bersifat <strong>diuretik<\/strong>. Diuretik akan menyebabkan seorang wanita rasa mudah untuk kencing dan akan menyebabkan dehidrasi bertambah teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika tahap dehidrasi teruk kemungkinan harus dibawa ke hospital dan diberikan rawatan intravenous, iaitu memasukkan cecair melalui saluran darah venous. Rawatan ini akan merawat dehidrasi dengan segera dan pesakit akan cepat segar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil. Antaranya ialah:<\/p>\n<ul>\n<li>Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.<\/li>\n<li>Minum sebelum rasa haus.<\/li>\n<li>Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (240811)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Dodds L, Fell DB, Joseph KS, Allen VM, Butler B. (2006). &#8220;<em>Outcomes of pregnancies complicated by hyperemesis gravidarum.&#8221;<\/em>.\u00a0<em>Obstet Gynecol. 2006 Feb;107(2 Pt 1):285-92.<\/em> 107\u00a0(2 Pt 1): 285\u201392.)<\/li>\n<li>Hofmeyr GJ, G\u00fclmezoglu AM, Novikova N. <em>\u201cMaternal hydration for increasing amniotic fluid volume in oligohydramnios and normal amniotic fluid volume<\/em>\u201d. Cochrane Database of Systematic Reviews 2002, Issue 1).<\/li>\n<li>Sawka MN, Cheuvront SN and Carter III R. Human water needs. Nutr Rev 2005;63:S30-S39<\/li>\n<li>Valtin H. &#8220;<em>Drink at least eight glasses of water a day.&#8221; Really? Is there scientific evidence for &#8220;8&#215;8&#8221;?<\/em> Am J Physiol Regul Integr Comp Physiol 2002;283:R993-R1004<\/li>\n<\/ol>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cTeruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah\u2026\u201d Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. \u201cHabis tu siapa yang masak di rumah?\u201d saya menduga beliau. \u201cMakan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..\u201d \u201cSekarang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[23,31],"class_list":["post-2022","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-dehidrasi","tag-kekurangan-air"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-wC","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4241,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perokok-boleh-menyebabkan-anak-lelakinya-mandul\/","url_meta":{"origin":2022,"position":0},"title":"Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?\u201d seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting \u00a0di facebook. \u201cMasalah yang bagaimana ..?\u201d \u201cSaya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi \u00a0mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca \u00a0dari saya..\u201d \u201cSaya terkejut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":7842,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sabar-mengharungi-kehidupan\/","url_meta":{"origin":2022,"position":1},"title":"Sabar mengharungi kehidupan","author":"drzubaidi","date":"26\/11\/2015","format":false,"excerpt":"SABAR MENGHARUNGI KEHIDUPAN \u00a0 \u00a0 Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya. \u201cSayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Motivasi&quot;","block_context":{"text":"Motivasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/motivasi\/"},"img":{"alt_text":"poor man","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/11\/poor-man-300x121.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":565,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hyponatraemia-penyakit-misteri\/","url_meta":{"origin":2022,"position":2},"title":"Hyponatraemia: Penyakit Misteri?","author":"drzubaidi","date":"30\/08\/2010","format":false,"excerpt":"\u201d(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali\u201d (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2029,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekurangan-gula-hypoglycemia-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":2022,"position":3},"title":"Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"25\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?\u201d Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi\u00a0 terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. \u201cIsteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1453,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekuningan-pada-bayi-normal-atau-bahaya\/","url_meta":{"origin":2022,"position":4},"title":"Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?","author":"drzubaidi","date":"04\/03\/2011","format":false,"excerpt":"Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik. \u00a0 Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi. \u00a0 Saya tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":268,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-berurut-pada-abdomen-ketika-hamil-2\/","url_meta":{"origin":2022,"position":5},"title":"Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"03\/06\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB \u201cdoctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi\u00a0 yang songsang?\u201d Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2022"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20062,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2022\/revisions\/20062"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}